Kisah My Filipino Maid

Assalamualaikum blog. Mintak maaf, betul2 dah terlupa akan kewujudan kamu. Almost setahun tak update yer.. Haha! Ermmm, di zaman email ini, surat dah tak laku. So, adakah blog masih laku dengan adanya Facebook, Instagram, Twitter, etc.? Huhu ok sebenarnya tak pandai cari masa nak update kan, alasan jer lebih. Hahaha...

Ok, so harini nak sambung entry pasal my Phillipines maid. Percaya tak, I received more than 20 emails asking about this. Itu email. Belum lagi message kat Facebook, I lost count. Tak sempat reply semua lagi till now. Maaf sangat2, bukannya tak update, but I updated it in another channel, which is Facebook and Instagram. Ok, so mari retrieve kembali peristiwa itu. Ini adalah kesinambungan entry Kisah Maid Yang Panjang.

Our maid arrived Malaysia on 19 August 2014 (haa kau dah nak setahun, konon nak update soon after maid sampai kan? hahaha). Proses ambil maid dari agency tu bermula dari 17 July 2014 lepas dah setel submit semua dokumen yang diperlukan. And maid sampai 19 August 2014. So total processing days adalah 33 hari. Untuk 2nd maid application, memang agency dah cakap awal2 akan lebih 20 hari sebab lain proses. Diorang assumed amek masa up to 45 days paling lama sebab masa I amek tu dah nak dekat raya. Tapi Alhamdulillah, sampai awal dari jangkaan.



Ini email dari pihak agency. Seriously, bila dapat email nie, perasaan adalah melonjak2 excited dan nervous sekaligus. Well, untuk booking maid nie kan cuma perlu bayar RM500 sahaja and tak perlu bayar apa2 sampailah maid sampai. So bila nak pegi amek maid, kenelah bawak another RM10K.

Hari nak amek maid tue memang amek annual leave lah. Almost breakdown sebab cemas. Paham tak perasaan bila banyak sangat dugaan ditimpa kat KL nie, and suddenly nak risk amek maid baru yang taktau lagi macam mana orang nye. Risau sangat kalau ini jalan yang salah. Risau sangat kalau dapat maid yang lagi teruk dari previous 3 maids. Risau sangat salah buat pilihan bila dah spent amount yang banyak untuk pilihan yang tak pasti itu.

Pegi dengan Irfan and Airis. Arman masih sekolah di Brainy Bunch KL Sentral masa tue. Sepanjang jalan berdebar2 sambil pegang cash RM10K tue. Masuk dalam ofis agency tu pun tak hilang lagi cemas. Hahaha over sangat ko Kunazzz!!! I masuk dulu dengan Airis sebab husband terpaksa kejar Irfan yang lari ntah mana2 dah sebab excited tengok banyak kedai. So, bila my maid dipanggil keluar, dia keluar dengan penuh charming, penuh senyuman, terus datang ambil Airis and said "Hi, I'm gonna be your nanny"


OMG! Masa tue kan, rasa macam jasad dah terus masuk syurga dah. Memula tue tergantung antara syurga dan neraka kan. Wahahahaha! Ok, lega gila bila 1st impression adalah ok. Her name is Pinky (comel jer haha). So sementara I setelkan urusan pembayaran dia dok main dengan Airis.

Kene sit down dengan staff agency tu for a while. Diorang kasi briefing tentang procedure apa semua. And advice2 tentang nak handle maid. I was so impressed sebab agency akan checked beg maid yang datang and filter barang yang diorang bawak. Macam Pinky ada bawak 2 tshirt Vcut kat leher, so nampak seksi sket, agency amek and simpan sana.

And lagi sweet sebab boss agency tetibe datang and personally thanked me for the good review yang I dah tulis pasal agency sebelum nie. And because of that entry, banyak yang dah amek maid dari agency tu jugak termasuk a few of my friends.


Lepas dah setel semua urusan kat agency, pegi amek Arman di Brainy Bunch dulu. Look, tataula kenapa bebudak tue tetibe berebut nak duduk atas riba Pinky. Impressed la jugak sebab baru 1st time kan. I was so happy but I reserved my happiness sebab maid2 yang sebelum nie pun awal2 pun semua bagus. Dah lama jadi makin lupa daratan.

Pinky did not know much about Autism, dia cuma tahu yang dia kene handle 1 special kid. So me and husband selalulah educate dia pasal nie. And sangat terharu bila dia amek initiative sendiri untuk tahu lebih lanjut. Abih buku2 pasal autism dia gi study. Memang sangat2 university graduate. Hahaha!



Ada masa terluang je dia akan baca buku2 autism yang ada kat rumah nie. You know, sejak datangnya Pinky, kami macam ada semangat baru. Dia macam my working partner in raising up the kids. Dia memang hadir untuk mudahkan urusan kami.

1st she told me that I dont have to send Arman to nursery anymore. Yuran sekolah Arman is RM750 per month. And gaji dia ialah RM1200, doubled gaji yang I bayar pada Indonesian maid I. So alhamdulillah dah jimat kat situ. Dulu kami hantar Arman pun sebab my Indonesian maid tak dapat nak handle 3 anak bila I keje. Banyak sangat eksiden berlaku, berdarah2 pun ada.

And, lepas Pinky ada kami macam terus usahakan macam2 untuk Irfan sebab dia ada untuk assist. Kami start buat IGG Test. Masa tue tahu Irfan tak boleh minum susu and makan telur, padahal 2 bende tue adalah nyawa harian Irfan. Sangat challenging nak control diet Irfan. Dah penah cuba, tapi bila I pegi keje maid tak sambung kat rumah. Macam2 alasan, maid cakap tak sampai hatilah tengok anak lapar. Pinky lain, instead of mengalah, dia cuba banyak cara.

Memang dah nak setahun Irfan tak minum susu and makan telur. Susu dia kami tukar dengan oatmilk. Memang amek masa untuk dia accept. And let say kami tak sempat beli barang dapur and ada telur je kat rumah, Pinky still takkan kasi Irfan makan telur. Dia akan usahakan mende lain macam buat nasik goreng kicap.

Memang kami sangat bersemangat nak baikpulihkan Irfan bila Pinky ada. Husband is sooooo busy with his work, memang urusan anak2 banyak jatuh kat bahu I. And Pinky sangatttt membantu. Apa2 terapi yang kami bawak Irfan, dia sangat cooperative. Pernah dapat sampai sebakul besar ubat2, kami sama2 atur jadual ubat Irfan. Tak pernah dia questioned usaha kami untuk Irfan, sebaliknya memang support. It's not easy to do that sebab dia masih kene jaga 3 anak yang lain jugak.

Yess I dah ada 4 anak now. Yang nie pun pending for updates kan. Haha! Ok later. Cuma Filipino Maid nie diorang jenis "jujur" sket bila bercakap and kasi pandangan. Contoh dia penah cakap kat husband yang husband terlalu manjakan anak sampai spoilt them. Pergghh, husband said memang memula tercalar hati, tapi it is a fact so terpaksa accept. Haha! Oooo kalau I cakap takde effect, maid cakap sentap yer. Good job Pinky haha!

 Ini masa balik kampung bawak Irfan buat terapi ais

Ini masa pergi Zoo Negara


Kami selesa bawak dia ke mana2 sebab orang cakap boleh bawak masuk majlis. And bila keluar pun kitorang takde pening kepala nak pikir pasal maid. Tataula nape sebelum nie bila keluar bawak maid jadi rasa lagi susah. Huhu. And she is very supportive bila kami decide untuk adopt seorang baby.



Yes this is my new baby. Latest and hopefully the last one. Hahaha tak larat dahhhhh. Penah tak dengar statement cakap jaga sorang anak autistik ni macam dah jaga 5 anak. So selain Irfan I ada 3 lagi anak, so anology nye penat I now ialah seperti menjaga 8 orang anak ok. Haha!

Oklah so rasanya dah selesai tanggungjawab nak update pasal kisah Filipino maid. I memang recommend the agency,but sekali lagi I nak advice, company bagus macam mana pun, tapi ini adalah bisnes yang melibatkan manusia. Manusia ada behaviour yang pelbagai. That one memang company tak dapat control.  They have done their best untuk bawak masuk maid2 yang bagus. Tapi if ada jugak flaw mana2, memang nasib lah kan. Sebagaimana nasib I dengan 3 maids sebelum nie.

Ok, doakan kami supaya Pinky nak sambung kontrak yer. Tak sedar tinggal setahun jer lagi.  Huhu...



7 comments:

Kyra Lee May 27, 2015 at 11:04 AM  

patut la kak kunaz dah lamaaa sangat senyap.! haha. rupanya dah ada new baby. but ur maid looks so adorable. nampak macam berjuruh betul.

Dewi Aja August 14, 2015 at 6:31 PM  

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Yang Hayati November 4, 2015 at 3:10 PM  

Hi Kunaz..salam perkenalan..actually today is my laziest day..hahah, buat keje sambil baca blog about GDM mother, end up bump into you blog. Anyway, I have read 80% of your story and I really like it. I rasa mcm kenal you sangat (tp sebenarnya belum kenal). I love your passions towards family and i adore it. I like the way you handle Irfan and make a decision to move to KL only because of him. Really admire. 20% of story will be continued tomorrow..hahahah..ada dateline plak petang ni...

Linda Danish November 12, 2015 at 2:05 AM  

HAI KUNAZ SAYA MENCARI ANK ANGKAT , DAH KAHWIN 15 TAHUN TIADA ANAK
AKAN PELIHARA SEPERTI NAK SENDIRI, BERI AGAMA, DAN PENDIDIKAN SEMPURNA

016 431 5984/010 5082678

Linda Danish November 12, 2015 at 2:10 AM  

ASSALAM SAYA MENCARI ANAK ANGKAT, AKAN JAGA SEPERTI ANAK SENDIRI, HUBUNGI SAYA 016 4315984, 010 5082678

Fariza Jaafar October 17, 2016 at 11:56 AM  

Assalamualaikum..pn kunaz..sy pn fariza mahu bertanya ada lagi kah baby untuk di buat anak angkat..mahu tolong kakak yang sudah 11 tahun kahwin dan tidak dikurniakan zuriat lagi..
please whatsaap me 01118836143

Fariza Jaafar October 17, 2016 at 11:57 AM  

Assalamualaikum..pn kunaz..sy pn fariza mahu bertanya ada lagi kah baby untuk di buat anak angkat..mahu tolong kakak yang sudah 11 tahun kahwin dan tidak dikurniakan zuriat lagi..
please whatsaap me 01118836143

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.