Susu Kambing Coklat untuk Arman

Ingat tak masa zaman nak survey formula milk untuk Arman, saya sangat obsess dengan susu kambing? Yes, sebab baru tahu khasiat susu kambing and minuman sunnah nabi juga. My friend, Iman pernah introduce susu kambing Higoat pada saya waktu pregnant Airis dulu. Katanya boleh cegah jaundice bila lahir nanti. And alhamdulillah, Airis adalah the only anak yang takde kuning langsung.

So now dah sangat addicted dengan susu kambing. Saya minum almost hari2 sepanjang confinement nie. Campo dengan ESP Shaklee, sangat yummy! Susu kambing Higoat nie ada banyak flavour. Now saya tengah amik yang ada campuran kurma dan madu.

Masa Arman dalam setahun lebih sket, dia suddenly dah taknak minum susu Anmum. Dia suka malt drinks yang macam milo tue. So saya belikan Dugro yang perasa coklat untuk Arman. Dia minum. Pastu datang plak perangai baru, taknak minum dalam botol dah. Nak minum dalam cawan jer.



Mak2 lain kemain struggle nak shift kan anak dari bottle feeding to cup feeding, but Arman did that tanpa disuruh pun. So growing up. Problem utama sekarang ialah susu Dugro coklat untuk umur setahun sangat susah nak dapat. Tak semua kedai runcit ada kat sini. Kene pegi big mall baru ada. Test beli susu formula coklat brand lain dia reject pula.

One day bila saya order susu kambing for myself, tetibe ternampak ada susu kambing coklat jugak under Higoat. Trus order sekotak, testing nak kasi Arman. Harga pun murah, 1 kg baru RM24. Since saya ahli dapat lagi murah. And yesss!!! Arman minum!


So nie lah susu kambing coklat itu. Boleh lah kalau ada sesape nak cuba. Kt header blog nie ada saya letak link if korang nak cuba beli online k.

1 comments:

nurul iman July 8, 2014 at 3:44 PM  

eh tulis nama penuh. nurul iman zairul. hahahahA

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.