Kisah Maid Yang Panjang

Okeh, mari sambung pasal maid Filipino. Seriously, kami suami isteri sangat tak sabar nak tunggu maid nie sampai. Hope semua akan berjalan lancar. Kami baru lepas completekan semua required documents and harap takde sangkut kat mana2 lah. 

FYI, husband dah resign dari company sekarang and now tengah keje dengan new company sementara tunggu report duty ke Petronas on September nanti. And kami jugak tengah dalam proses cari rumah sewa baru sebab owner nie dah nak jualkan rumah yang kitorang tengah menyewa now. Dah almost finalize rumah sewa mana nak amek, tinggal tunggu nak jumpa owner this Friday jer. Better one. Cheaper, more rooms and lagi dekat untuk hantar Irfan terapi, dapat potong Jalan Kuching yang jam tue and boleh jimat sejam dah kat jalan. 

So you see, kami macam nak restart balik kehidupan kat KL. Banyak bende baru and tak sabar juga nak dapat maid baru. Ade maid memanglah ada penambahan beban dalam hidup, tapi tataula naper sejak pindah KL nie cam bertimpa-timpa plak beban yang bibik nie kasi kitorang.

Dulu masa kat Miri, memang makanan anak2 saya dah sediakan sebelum pegi keje, especially Irfan memang nak kene ada diet khas. Tapi tue Miri. Bangun tido kul 8.30 pagi pun sempat lagi bersiap and sampai ofis kul 9 pagi. Nie kat KL memang saya tak sempat. Kul 6.30 pagi dah kene start bergerak dari rumah untuk sampai ofis kul 9. Balik keje pun sampai rumah dah kul 8 malam. So banyak bende saya terpaksa letakkan harapan pada bibik, tapi sedihnyer laaa takley diharap plak.

Irfan needs GCFC diet. Kene buat brushing protocol. Kene PECS. Kene disiplin amek certain ubat and supplements - homeopathy, CVT, essential oil, Shaklee, etc. Banyak lagi sebenarnya homework untuk Irfan and I'm so sad that I have to ask bibik to help me with those things when we are at the office tapi dia tak dapat nak accomplish mission tue. Basic things pasal jaga anak pun dia tak dapat nak comply, inikan special tasks... Dahlah tahun nie dia mintak naik gaji. Kami pun tatau nape kami naikkan gaji dia padahal takde keje extra pun, lagi mudah adalah sebab rumah sewa kitorg takde banyak perabot macam rumah kat Miri pun. Irfan pun pegi terapi 3 jam sari and Arman pun dah independant banyak bende boleh buat sendiri. 

Dia sangat lose fokus now. Dulu kemain repeat dengan konfiden banyak kali cakap anak akan selalu jadi 1st priority masa kitorang takde, keje rumah comes later. Tapi now dah terbalik walaupun dah banyak kali kitorang remind. Yang paling bengang tue, time buat keje rumah berangan tak hengat. Cuci lantai toilet siap kunci pintu, anak2 tak kesah ape berlaku kat luar. Irfan siap bukak gate pagar lari keluar boleh tak sedar. Sebbek kitorang dok area gated guarded and guards kat sini adalah tahap perfect saya kasi 10 bintang.

It may look ok for other people biarkan anak2 main sendiri camtu. But I know my son. Irfan tue autistic. He can cuddle and attack Arman with no warning. And she knows that too tapi nak tunggu ada yang injured baru nak kalut. I hate that. Dah 2 bulan saya cuti kat rumah nie, sangat terganggu dengar jeritan anak2. Sebelum nie tak tau, sebab balik keje jer tanya dia anak macam mana arini, hari2 dia cakap ok. So we assume everything was ok, sampailah saya ditakdirkan dapat medical leave.

Handphone is always the major culprit. Dari 1st maid lagi. She was so great (except banyak mulut) sepanjang tahun pertama kerja dengan kitorang. Sebabnya masih belum ada henfon. Agent dah rampas sesiap sebab kami memang cakap kami taknak dia ada henfon. Dalam bulan 10 tahun lepas, kami terpaksa kasi dia handphone sebab masa tue saya travel Miri-KL everyweek untuk bawak Irfan terapi. Husband plak memang dah pindah KL. Perumahan kami boleh di consider as perumahan baru, tengah banyak development nak naik, lampu jalan lah, rumah kedai lah, so line telephone asyik terganggu. Kami takut ade emergency pape sepanjang kami kat KL, so kasi lah dia handphone.

Asalnya henfon tue untuk kegunaan emergency dah jadi kegunaan peribadi. Tak rasa bersalah plak tue mintak topap every week. Start situ fokus dia dah lari, sebab dah ada kontek dengan dunia luar. Tiap kali nak mintak topap macam2 alasan - kakak sakit, ayah sakit, anak sakit, mak sedara mati, itu mati, ini mati, etc. Esok2 ntah2 dia cakap "Buk, bibik nak topap sebab esok bibik nak mati" Haha!

Bibik ni sangat sayang suami dia. Homesick selalu keje. So bila dapat henfon lagila. Awal2 datang KL lu asyik cari jalan nak mintak balik jer. And kami tak suka perangai bibik yang kalau dia nak pape memang nak kene dapat. Tak bertolak ansur langsung. Kami balik KL nie banyak gila pakai duit, nak uruskan urusan tukar passport and permit dia saja dah nak dekat 2 ribu, boleh dia mintak advanced seribu nak hantar kat kampung. Kitorang cakap tengah takde duit pun mintak jugak lagi. Memang sakit hati. 

So kejadian anak2 cedera bila 1st time cuba tinggal 3 anak kat dia hanya untuk 30 MINIT was the last straw yang saye boleh tanggung (boleh refer entry lepas). Terus serta merta buat misi cari maid agency. Saya focus pada agency yang supply Filipino maid only. FYI, now dah ada requirement baru, maid Indo and Filipino memang dah kene through agency, dah tak bleh through personal agent macam yang kitorang buat untuk ketiga2 maid kami.

So, this is the 1st time kami pakai khidmat agency untuk dapatkan maid. Hohh!! Memang sangat mudah urusan rupanya. Agency fee untuk Filipino maid nie setakat yang saya survey range dia dari 10-16 ribu. Mine was RM10,500. RM10,300 kalau tak pernah ada maid sebelum nie. Bila dah survey a few agencies, I decided to choose YDS Maid Agency. U know my style, saya sukakan bende yang mudah dan cepat. 

YDS nie semua urusan boleh setel pakai email jer, tak payah pegi sana. Kat website dia memang dah letak biodata maid. Or kita boleh email dia dulu ceritakan semua requirement yang kita nak and dia akan matchkan dengan biodata yang ada. Itu yang saya buat dulu. Email detail cerita kita nak maid macam mana, and list kan a few preference kita jugak untuk agency further interview the maids sanggup tak terima job offer tue. 

Another good thing about YDS, selain dia ltakkan biodata kat website (PDF format), dia taruk video youtube jugak, video agency Malaysia interview maid tue kat agency Phillipines. So boleh lah tengok muka, dengar suara and tengok personaliti dia, berkenan ke tak. Yelah, kalau tengok gambar passport kat resume jer, tak berapa nak yakin kan. Ade gak gambar tak sama pun bila tengok dengan muka kat video. If kita nak further interview the maid, kita boleh ke agency dia kat The Strand Kota Damansara and Skype dengan maid tue. Maid2 kat sana biasanya memang dah ditempatkan kat agency kat Phillipines untuk training. 

And YDS nie hanya akan accept maids yang sanggup keje dengan muslim family. Certain agencies kite kene check, maid tue nak tak keje dengan muslim company. Ade satu agency nie, bila check biodata maid, ramai yang taknak keje dengan muslim sebenarnya. So, kalau yang listed under YDS insyaallah semua akan sanggup.

So nanti kene isi Job Offer form tak silap nama dia. Nanti maid2 kat sana akan baca and decide nak accept ke tak. I've chosen 4 maids, one of them ialah university graduate bidang civil engineering. Hahaha bapak mantap. Tapi tue saya letak last options sebab risaula jugak kan kot bijak sangat nanti berlagak pulak. So, bila dapat feedback, 3 maid reject bila saya listkan pasal Irfan nyer behaviour and main scope dia nak kene sabar dengan behaviour Irfan. Maid engineer tue jer yang reply cakap "I'm very much willing to accept" Nak menitik air mata baca, bila bitau hasben terus kitorang decide nak amek and bayar booking haritu gak.

And YDS nie amek booking RM500 sahaja okay. Dah bayar RM500, tunggu maid sampai baru bayar balance RM10K. And maid boleh sampai dalam masa 20 hari sahaja! Agency lain mostly 2-4 bulan. Tapi disebabkan kitorang apply as 2nd maid application, maybe lama sket max 45 days kata diorang sebab proses imigresen lain sket ke ape ntah. Gaji bulanan diorang RM1200 and 2 syarat utama yang diorang dah sedia maklum ialah no phone and no day off.

So tadi, baru courier immigration documents. Hope sangat2 takde hiccup, sebab kalau boleh nak maid sampai paling lambat pun lepas raya sebab maternity leave saya habis masa raya, so boleh sambung annual leave sket untuk train maid baru nie. Maid pilihan kami nie, selain ade educational background yang bagus, dia ada experience keje jadi housemaid kat Hong Kong 5 tahun and Dhubai 7 tahun. Kat Dhubai tue keje dengan muslim family. Harap sangat dengan experience and education dia tue leh bantu kami besarkan anak2.

And bila kawan2 tahu kami nak amek maid Filipino, ramai plak merisik mintak bibik. Aah, saya memang ada plan nak let go bibik nie, iklankan kat Mudah or Ebay ke, ade lah gak dapat duit wat topap amek maid Filipino. Hahaha! Tapi end up my mom kat kampung yang nak dia. Risau nak kasi kat my mom actually sebab dia baik sangat. Tiap kali datang rumah kitorang, dia layan bibik tu baik sangat tahap tidur sebilik sampai bibik tue dah takde respect sangat kat my mom. Owh btw, sebab dah almost 2 tahun bibik nie dengan kami, dia dah too comfortable, dia macam nak rule seme bende except me. Dia sangat takut dengan saya. Kalau nak mintak pape, dia akan cari hasben dulu. Hahaha!

But since my mom sangat bersungguh nak so kasi jelah for free. Lagipun bukan untuk jaga anak2, so should be ok. She's good with the house chores, tapi saya tak berkenan cara dia handle anak2 especially bila ada special kid. She should put more effort tapi jaga anak nie macam kerja sampingan bagi dia. So babailah bibik. Saya tak boleh hidup tak tenang kat opis pikirkan anak2 di bawah jagaan kamu. Dulu kemain cakap sangat berpengalaman jaga anak, pernah jaga 8 anak saudara serentak. Hmm lapan la sangat, baru kasi 3 orang for 30 minit dah nangis.

Walaubagaimanapun, kami takkan lupakan jasa kamu for the past 20 months.Thanks for that. Kami hargai sangat2. 1st maid tahan 10 bulan, 2nd maid 11 bulan. Kamu yang paling lama. And maafkan kami, kami tidak sebaik malaikat. Kami tak mampu nak simpan mende yang kami dah tak letak harapan. I know that you need this job badly to earn money to build your new house. I know that you want to extend your contract for another year. Tapi semua tue kamu buat hanya untuk dapatkan gaji bulanan sahaja. Hati kamu dah bukan pada kerja and anak2 sangat dah sekarang nie. Kamu hanya pentingkan keperluan kamu sahaja, tak pernah kisah penat lelah kami cari duit untuk menunaikan permintaan kamu. Dulu bila dah berjaya bayar hutang, kamu mintak balik Indon. Now nak kerja balik sebab nak duit buat rumah. Bila rumah dah siap? Kami bukan bank yang nak tolong kasi loan untuk kamu selalu. 

Kami tahu bukan mudah untuk lepaskan kamu. Arman is so attached dengan kamu sebab kamu jaga dia dari baby. And to train a new maid will take time and efforts. Tapi tak apalah, kami memang sangat perlukan pembaharuan hidup. Dan semoga kamu dapat bina hidup baru juga nanti. Sebenarnya, saya mengharapkan kamu jatuh di tangan majikan yang complicated so that kamu belajar erti susah cari duit di perantauan. Hidup kamu terlalu senang kerja dengan kami sampai kamu sangat takut nak balik bercuti di Indon lepas habis kontrak sebab takut kami cari maid lain.

Ok so lepas nie next update pasal maid ialah bila maid Filipino sampai lah kot. Oh Allah, tolonglah percepatkan urusan nie, so that I can train her earlier. Amin...

6 comments:

Faizah^Ramli July 7, 2014 at 2:55 PM  

Fuh berpeluh baca entri nehs... alhamdulillah dipermudahkan segalanya... kalu pasai anak2 mmg kita sbg ibu nak yg terbaik...kalu tak sanggup resign macam sy ni?haha! demi anak2 gak la ni kekdahnya... :D

Pening Ngan Maid August 4, 2014 at 9:53 AM  

Hi,
Nak tanya - ape status maid application u? 45 hari tu working days ke calendar days? U masih rekomen ke YDS ni?

Kunaz August 6, 2014 at 10:57 AM  

faizah, mmg x sanggup resign lg. terapi irfan 12 ribu sebulan. mmg konfem x mampu. ni sbb dpt pakai insuran petronas.

pening ngan maid, 45 working days but good news mine dah approved in 15 calendar days. now tgh proses kt filipin embassy. maybe in 2 weeks time lg akan dpt maid tu

Anonymous August 21, 2014 at 7:57 PM  

Maid dah sampai? Hope bagus...If tak bagus rugi le sebab jumlah yuran yds mahal. Innovedge siap ngan working video n bole settle via email gak.

Socrates March 28, 2015 at 7:10 PM  

WHAT HAPPEN TO YOUR FILIPINO MAID

Shuhaida Hassan February 11, 2016 at 10:01 AM  

Salam sis..sis dpat philipine maid yg muslim?blh sya dptkan no agency nya?

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.