Arman's Going to School



Dah tiga anak nie, Irfan still yang paling banyak kami kene focus. Normally anak2 sulung bila dah besar, parents dah lega sket, dah bleh focus kat anak2 yang lebih kecik and anak sulung pun dah independant untuk jaga diri sendiri and assist jaga adik beradik. But this will not happen if you have an autistic child.

To-do-list untuk Irfan tak pernah lagi sikit dari Arman dan Airis. Irfan kene buat banyak test and treatment yang masih pending sebab semua pakai duit so kami buat slowly step by step. Nasib baik therapy session dia insurans company cover. Huhu...

Arman dah nak masuk 1 tahun 8 bulan July nie. Alhamdulillah, kehadiran Arman banyak sangat membantu progress Irfan. Arman macam diturunkan untuk bantu abang dia. Arman sangat cepat catchup and sangat senang nak handle. walaupun ada lah masa dia buat perangai jugak. Biasalah, kids...

Masa umur Arman 1 tahun, dah banyak sangat dah akal dia. Dia suka buat lawak and selalu cari modal nak purposely suruh orang gelak. And yang paling banyak gelak kat lawak dia adalah Irfan. Arman ajar Irfan banyak benda termasuk menari, cara bersalam, cara grooming, cara main, etc.

Arman has a lot of potential tapi hidup dia hanya terperap dengan bibik dah nak masuk 2 tahun. Irfan dulu umur 10 bulan saya dah start hantar nursery. Masa saya on medical and maternity leave ni, saya observe lah routine Arman dari tingkat atas. Kesian. Memang bibik biarkan dia buat hal sendiri and fokus buat kerja rumah jer. Bila ada something wrong jer baru dia attend.

So saya kesian tengok dia pusing2 dalam rumah sorang2, menari depan tv sorang2, main sorang2 masa abang Irfan pergi terapi. Agaknya 2 tahun saya tinggal dia dengan bibik camtu je kot rutin harian dia. And dia banyak pick up perangai bibik seperti gaya bercakap panjang lebar and high pitch and term2 indon yang saya pun tak paham. So I think, it's time to send him to school. Biarlah dia pick up bende yang proper sket kat skolah tue. Haha!

Bibik pun dah surrender awal2 kan tak mampu nak jaga 3 anak bila saya start masuk keje nanti. So pencarian skolah untuk Arman amek masa almost sebulan. Sebab tak banyak branch islamic montessori yang nak amek 18 bulan. Kalau ada pun intake dah full kene tunggu tahun depan. End up jumpa branch Brainy Bunch kat KL Sentral yang masih ada free slot.


So bila buat visit dengan husband aritu, both of us macam dah jatuh cinta pandang pertama. Arman pun macam dah sangat suka sampai meronda 1 building and dah start kejar kawan baru. Haha! So insyaallah kalau takde aral melintang, next week dah start nak praktis hantar dia.Kami dah cuba hantar Irfan kat normal nursery since dah banyak sangat improvement Irfan kat KL nie, but he's not ready yet.


So harapan kami supaya Arman dapat adapt cepat and belajar benda baik2 so that dia dapat ajar abang dia balik. Please help mama to help abang Irfan yer Arman. Huhu...


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.