Update 3-in-1

Astaghfirullah! Last update bulan December tahun lepas rupenya. Hahahaha! Sorry my dear blog, life has been treating me so tough. Nak update kamu dah takde dalam priority list langsung. And to all readers, you can always get my updates via my Facebook k. Yang tue rajin plak I meng-update. Kuang kuang....

Okeh, mari recall balik sejarah hidup yang dah berlaku sepanjang tak update. Start dari July tahun lepas, hidup adelah sangat super busy. Irfan dah officially diagnosed ade Autism. Kami buat personal arrangement dengan child psychiatrist kat UM untuk assessment. Mungkin nak dijadikan rezeki, biasanya mana2 assessment memang kene Q panjang giler, tapi kes Irfan nie, doktor arrange sendiri dengan staff suruh potong line, so kitorang tak perlu Q lama. Ermm rasanya tak Q pun. Hahaha! 

It was a very sad day after the assessment. Termenung kami laki bini sambil renung jer Irfan dok lari bertempiaran kat airport. Entahlah, perasaan yang bercampur baur tak terluah. Irfan was diagnosed as moderate autistic. Tue lagi down. Kitorang ingat kalo betul autism pun, maybe mild je. Nie moderate. Huhu...

Then we went back to Miri, figuring out the ways we could help Irfan. So limited. Ade lah NASOM kat Miri satu, tapi bile kami enroll bulan 7 tue, dia cakap bulan Jan 2014 baru boleh masuk. The only place yang ade provide therapists untuk autistic kids nie kat GH je, tu pun 3 bulan sekali je diorang turun. 

Since I ade facility untuk dapatkan treatment untuk Irfan and fully covered by my company, the only best solution is to get out of Miri and get better options in KL. Sementara tue, kami banyak buat self study and home therapy je untuk Irfan. Masa tue banyak fokus kat GCFC diet. Alhamdulillah, ade la nampak progress. Kami hantar dia pegi rawatan Islam gak, tue jelah yang dapat buat masa kat Miri.

Suatu hari tue, dengan sangat rasa nak menangis, mintak nak jumpa boss bincang hal personal. I mintak transfer KL untuk treatment anak. Kat SKO tue, nak mintak transfer memang payah kate orang. Saye tak pernah kesah sebab tak pernah terdetik nak mintak transfer. Rumah pun dah beli and renovate cantik2 kat Miri. Dah bahagia sangat dah hidup kat Miri. So our transfer nie memang 100% sebab Irfan. And sangat tak expect, cite tak sampai 5 minit, boss cakap "Ok I proceed bawak kes you ke HR" Ok lagi double rasa nak nangis. Huhu... Pastu bile start cari position kat KL, terus dapat 2-3 offer sekaligus. Alhamdulillah memang sangat mudah.

Dipendekkan cite, proses transfer yang pada awalnya dah mudah tersangkut kat bahagian HR. Makin lama nampak macam makin dipayahkan. End up 2-3 bulan berlalu camtue jer. Husband yang mintak transfer jugak lambat sket dari saya dah selamat transfer dah bulan October tahun lepas. I told myself, I cannot wait longer. Hasben dah kat KL, dia engaged dengan Prince Court for weekly therapy. So, I la yang kene ngangkut Irfan tiap minggu Miri-KL.

Tue adalah detik paling menguji ketabahan I, bawak budak hyper naik flight 2 jam. Sebab tetibe I disahkan pregnant plak. Patutla asyik cepat rasa penat sebelum tue. 1st trip tue memang pegi awal airport macam biasa. Tapi nak nangis handle Irfan kat airport sementara tunggu boarding. Lari ntah mana hala. Tantrum guling2 atas lantai. So lepas2 tue, memang set masa sampai airport, ngam2 jer tunggu sekejap pastu boarding terus. 

Dalam flight pun takyah cakap lah. Koyak semua buku dalam flight tue. Meraung, masuk bawah seat orang, muntah, etc. Kecik hati tengok orang jeling2 buat muka. Siap pernah dengar orang cakap "It was an uncomfortable flight" sebab Irfan memang tantrum sepanjang 2 jam. So lepas tue, tukar naik Air Asia je sebab at least takdelah saye kaco orang2 bisnes and kaya dalam MAS. Huhu...

So bila dah naik Air Asia tue, proses naik flight pun susahlah sket. Kene turun tangga 3 tingkat dulu, jalan bawah panas and then panjat tangga flight balik. Bahu kanan galas stroller, bahu kiri galas handbag, pastu galas bagpack and last one dukung Irfan plak so that dia tak lari mana2 hala. Penah gak dia terlepas, and I pun pernah blackout a few second sebab cuaca sangat panas. Dengan mabuk2 pregnant lagi. 

Sampai KL je, kadang2 terus direct ke PCMC, kadang2 overnight hotel dulu. Terapi cuma 45 minit untuk OT and 45 untuk ST. And Irfan tak cooperate langsung. Therapist pun macam tak dapat handle Irfan till I kene masuk sekali to control him. They said kami kene increasekan frequency terapi baru Irfan boleh ok sket. Minimum 3 kali seminggu katanya. Manelah saya mampu nak angkut budak tue travel sekerap tue. 

Memang tiap kali travel I buat drama air mata jer. Nak transit Irfan dah kemain susah, habis terapi takde hasil sangat pun. So itulah rutin I suatu masa dulu. Sangat penat. Bleeding pun ada a few times, tapi masa tue dah redha kalau pregnancy tue tak dapat diteruskan. Tiap kali travel mesti check panty ade bleed ke tak. Kalau ade, takde pun saspen ke ape, memang redha habis. Huhu...

Dipendekkan cerita, alhamdulillah start 1 Jan 2014 saya dah selamat transfer ke KL. Masa tue dah tawar hati dah dengan HR. Tak follow up ape dah walaupun ramai gila yang push siap nak tolong buat petition lagi hahaha! Emosi and fizikal saya dah sangat penat masa tue, saya tak larat nak penat pikir pasal transfer lagi dah. Tak larat nak penat gaduh dengan HR. So saya biarkan je ape nak jadi. Alhamdulillah dapat gak transfer.

Disebabkan notis adelah sangat super short, kelam kabut lah jugak dibuatnya. Dengan rumah sewa kat KL belum ada. So cari rumah sewa pakai internet jer. Since kami plan nak hantar Irfan kat EIP center di Selayang (jumpe and arrange thru internet gak), cari rumah sewa area tue. And disebabkan short notis itu jugak, barang2 kami dari Miri sampai sebulan lambat. Kalut la jugak nak pegi keje takde transport, baju pun limited. Rumah sewa memang macam rumah bujang habis, sebab perabot kami semua tinggal di rumah Miri untuk disewakan sekali.

And department baru saya kat KL nie kebetulan memang sangat nak pakai orang. Sebab tue cepat and mudah je dapat position. So, bila masuk keje tempat baru, terus start keje gear 5. Keje saya nie dah luar radar, totally mende baru, haru nak catch up. Huhu... 

Irfan was not doing well at the EIP. Sebulan pegi sana keje nangis je. So kami stop hantar and hantar pegi private OT je dulu. 3 jam sehari, 6 hari seminggu. Very intensive. So the 1st 4 month I kat KL memang sangat kalut nak catchup dengan new lifestyle. And lagi sedih, hasben has been sick and saya bawak dia treatment every week kat sini. Lagi terburai fokus.

Alhamdulillah early May I dapat medical leave sebulan due to some complications related to my pregnancy. Yang nie maybe kene buat entry lain. So, masa early May nie baru I start dapat kenal erti rehat since July tahun lepas. And alhamdulillah I pun dah selamat deliver a very cute baby girl 25 May lepas. 

So setakat nie dulu update 3-in-1. 1st dah pindah KL, 2nd progress hidup kat KL and 3rd dah beranak. Huhu... Nanti free sambung entry lagi. Maternity leave 2 bulan. Huhu...


4 comments:

anissa_kyra June 2, 2014 at 1:51 PM  

kak kunaz, rindu.! baru dapat baca entry. lama menyepi

Faizah^Ramli June 2, 2014 at 3:38 PM  

Semoga allah swt mempermudahkan urusan kunaz sekeluarga... tabahnya kunaz! kagum sy..kalu sy mmg surrender dahh... all the best kunaz!

Kunaz June 2, 2014 at 7:34 PM  

hi anis. tulah.. stngah tahun gitu x bukak blog. hahaha

Kunaz June 2, 2014 at 7:35 PM  

tqvm faizah. the same prayer goes to u. lama x catch up dgn awk. huhu...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.