My Progress With Shaklee

Saya masih berShaklee, insyaallah akan terus jadi pengguna tegar Shaklee nie selagi mana tubuh nie memerlukan supplement tambahan. Bisnes Shaklee pun masih berjalan walaupun takdelah sehavoc iklan2 Shaklee di Facebook. Huhu...

Alhamdulillah, awal tahun 2014 nie dah dimurahkan rezeki sket dapat naik rank Coordinator and dapat car bonus at the same time. Oklah untuk yang buat bisnes Shaklee nie part time macam saya. Not going to purchase any new cars with the money at the moment, pakai monthly car bonus tue untuk tolong bayar existing car jer. Belum ada keperluan untuk tukar kereta, now dah ada Myvi and Exora dah cukup sangat dah. Thanks bebanyaklah Shaklee sebab bantu kami kurangkan komitmen hutang bulanan. Huhu...

Dalam bisnes Shaklee nie, nasib orang lain2 kan. Kalau dengar pengalaman2 leader2 Shaklee share, memang ada cabaran tersendiri. Ada yang rezeki murah gila dapat business partner yang dah kaya and terus jalan jer bisnes. Itu rezeki masing2. Macam saya, banyak ahli Shaklee di bawah saya ialah bekas customer saya dari seluruh Malaysia. Mostly dari golongan yang tak berapa nak mampu. Ada yang beli vitamin mintak bayar ansuran.

Bila saya mula switch dari jadi pengguna ke nak buat bisnes, saya ada niat nak tolong orang dengan bisnes Shaklee. So, mungkin Tuhan nak uji saya, betul ke niat saya tue atau sekadar nak cari untung jer. So Tuhan kirimkan orang2 yang susah untuk deal dengan saya. Saya cuba tolong satu persatu mana yang mampu.

Ada yang kerja kilang, takde modal pun nak buat bisnes, kredit kad pun takde. Ada yang surirumah jer, anak ramai and suami gaji kecik jer. Macam2 lagi, tapi once diorang ada minat nak buat bisnes, saya akan cuba bantu. Alhamdulillah, sekarang ada anak Shaklee saya dah nak jadi senior supervisor dah and monthly income dah lebih RM2K, walaupun bermula dengan zero and takde modal langsung nak start bisnes.

Yang lain2, walaupun belum hit status leader (supervisor ke atas), masing2 puas hati dengan jumlah yang diorang dapat, sebab dapat bonus tue base on banyak mana usaha yang diorang buat. Ada sorang surirumah nie tetibe SMS saya, "Akak, dalam akaun saya masuk RM600. Betul ke kak?" Huhu... mungkin RM600 nampak kecik pada kita yang bekerja makan gaji nie, tapi bagi mereka yang tak keje, dok rumah buat bisnes tanpa modal tetibe dapat RM600 adalah sangat besar. Teringat zaman belajar dulu, tak balik cuti buat kerja part time nak kumpul duit buat kawen. Dapat RM800 je pun sebulan.

Dengan bisnes Shaklee nie, kalau kena cara, boleh dapat lebih dari tue dengan dok rumah jer. Cuma jumlah bonus tue memang sangat berkadar langsung dengan usaha kita. Saya pun income naik turun jugak kadang2 tapi memang padan dengan usaha lah. Jom saya share sket benefit2 join Shaklee nie:

  1. Modal permulaan yang rendah.
  2. Dapat membeli dengan harga ahli. Penjimatan sehingga 35%.
  3. Dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah dari harga ahli melalui promosi bulanan Shaklee.
  4. Berpeluang mengumpul point dan menjana pendapatan sampingan hanya dengan penggunaan sendiri. Pengambilan supplement adalah amalan dan investment yang berterusan, jadi anda akan berpeluang menjana pendapatan yang berterusan.
  5. Berpeluang menjana pendapatan sampingan hanya dengan berniaga secara part time.
  6. Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menyimpan stok. Shaklee boleh membantu anda membuat dropshipping kepada customer anda.
  7. Tidak diwajibkan maintain point setiap bulan. Point adalah bergantung kepada banyak mana bonus yang anda inginkan. Tiada paksaan.
  8. Tidak diwajibkan menaja downline. Anda cuma perlu banyakkan sharing session untuk menarik lebih banyak ahli untuk menambahkan bonus bulanan anda. Sekali lagi, ia bergantung kepada target bonus yang anda inginkan.
  9. Tidak memerlukan kedai untuk berniaga. Kebanyakan distributor Shaklee membuat bisnes secara online dan perkongsian secara offline sahaja bersama family dan rakan terdekat.
  10. Harga produk yang berpatutan dengan kualiti produk yang hebat. Shaklee telah mencapai score 8.9 per 10 untuk effectiveness rating. Supplement Shaklee adalah semulajadi (bukan sintetik), selamat dan berkesan. Rangkaian produk hebat untuk penggunaan seisi keluarga dari kanak-kanak ke warga emas. Kehebatan Shaklee membuatkan produk ini senang untuk dijual.

Itu adalah antara top 10 faedah menjadi ahli Shaklee. Selain untung runcit, anda berpeluang mendapat 3C bonus dari Shaklee. Apa itu 3C?
  1. Cash bonus - bonus personal dan bonus kepimpinan sekiranya anda mempunyai downline.
  2. Car bonus - berpeluang memiliki kereta idaman pilihan anda.
  3. Convention bonus - berpeluang melancong ke luar dan dalam negara termasuk peluang mengerjakan umrah.

So if sape2 yang terbaca entry nie and minat nak cuba bisnes Shaklee bolehlah contact saya yer. Insyaallah saya akan assist mana yang termampu. I can be contacted at 013-8505778 or ms.kunaz@gmail.com


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.