I Love Dr Suhaiza

Isnin lepas pegi Gleneagles buat postnatal checkup. Kedatangan saya disambut dengan 1 soklan yang sama dari different staff "Tak bawak baby ke?" Huhu... Isnin tue Irfan nye offday terapi. So bila nak kuar gi spital, kalut dia nak ikut so terpaksala bawak Irfan instead of Airis.

Dr Suhaiza plak ceria cam biasa. She asked about the baby too. "Alaaa sampai hati you Engku tak bawak baby, I nak tengok besar mana dah dia now" Haha! And dia mintak nak tengok gambar Airis "Ada tak simpan gambar baby dalam handphone" And when I showed her the pic, Dr Suhaiza was so excited tahap kiss2 skrin henfon and showed the pic to her staff. LOL! Her personal touch with the patient adalah sangat best. See, sebab tue la sanggup tunggu dia balik dari Johor instead of ganti gynae lain. Huhu...

Pastu Dr Suhaiza check jahitan operate. Katenye cantik, pandai saya jaga katanya. Hihi... Kesimpulannya semua okay alhamdulillah. Dr Suhaiza said I'm her best patient this year and she's gonna miss me (hope bukan manis mulut jelah haha!) Sebab katenye, selama berbelas2 tahun dia jadi gynae, saya sorang je masa masuk bilik operate tanya dia soalan "Doctor nervous tak?" Hahaha. Saye pun tatau nape otomatik tanya soklan tue. Yelah, she was coming back from a family's funeral, takutlah terganggu emosi. Pastu penat lagi travelling, sampai2 KL terus kene operate saya. Kuang kuang...

And we did discuss about family planning method. Kata Dr Suhaiza, untuk yang belum pernah normal labor, dia tak rekemen sangat IUD walaupun tue la kaedah yang ramai gila suh saya try sampai almost nak consider dah. Katanya, proses pasang IUD untuk yang beranak czer akan menyakitkan sket. Wuuuu ngiluuuu.... So dia suruh saya maintain amek pil Cerazette tu sebab dia pun pakai tue. The only pil with single hormone yang leh tahan sampai 12 jam kalau miss makan.

And di akhir pertemuan, Dr Suhaiza siap keluar dari bilik dia lagi untuk main2 dengan Irfan. Owhh so sweet. So Dr Suhaiza adalah sangat highly recommended buat sesiapa yang nak cari gynae perempuan and muslim. Saya dulu sebenarnya tak berapa kesah doktor lelaki ke perempuan. Tapi lepas tue terdengar satu forum agama kat TV cakap kalaulah suami terpaksa berhutang untuk dapatkan doktor perempuan untuk isteri, maka berhutanglah. Point dia nak cakap betapa kene try cari doktor perempuan dulu. Wallahualam, pernah tahu ade debate pasal nie, tapi tak pernah nak follow in depth. Tapi since dah pindah KL and banyak options, memang insaf lah cari doktor perempuan jer. Kat Miri dulu memang limited.

When will I meet you again doc? Huhu...

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.