Bibik, Kindergarten & Rumah

Lama tak update pasal bibik kan? Sedar tak sedar dah nak 2 tahun bibik radio bergerak nie keje dengan kitorang. Bulan 11 nie dah nak habis kontrak dah pun. I forgot to mention in the previous entries, bibik merupakan salah satu penyumbang kepada masalah negara semasa proses kami transfer ke KL. 

Tatau apa masalah, bila pindah KL, dia plak yang lelebih culture shock and di saat kami tengah kalut dengan macam2 perkara, dia tak memudahkan keadaan pun, lagi tambah pening kepala. 1st, rumah kami di Miri memanglah dah lengkap semua benda, bilik dia pun siap perabot and aircond. Bila pindah rumah sewa nie, seme bende dah downgrade. Nampak dia sangat tak selesa di rumah sewa. Ape kes ntah, kitorang yang majikan ni redha je, dia plak nak uncomfortable lebih2.

Mungkin salah satu faktor ialah layout rumah sewa nie. Kalau kat Miri semua section ade partition yang berdinding and berpintu. Kat rumah sewa nie open space dari ruang tamu sampai ke dapur. So dia buat apa2 je kitorang boleh nampak terus dari ruang tamu. Maybe kat situ dah start rasa tak selesa. But please, ko maid kot... Redha jelah, kate nak datang cari rezeki kan...

My maid tu 1st time keje kat Malaysia. Cari keje sebab suami dia berhutang anak dia eksiden patah kaki. So dia datang keje untuk bayar hutang. Dalam hujung tahun lepas hutang dia seme dah habis bayar. Masa tue terus nampak performance keje dah turun. Bila datang KL, dia cakap dia sakit tangan, tangan yang pernah patah masa eksiden sekali dengan anak dia dulu. Dia mintak balik Indon nak berurut.

Hello! Kat Malaysia ni ade bape ribu tukang urut. Tak perlu ngengada balik Indon. Dalam kontrak dah agree takley balik selagi tak abih tenure 2 tahun kontrak. So kitorang panggil la tukang urut datang rumah. Sampai 3-4 tukang urut kitorang panggil, seme dia cakap tak ngam. Dia cakap kene balik Indon gak urut dengan tukang urut kat sana. Nampak tak perangai dia tu?

Pastu keje memang makin teruk. Makin banyak termenung. Makin kerap mintak topap. Kitorang memang decide dah lepas habis kontrak dia bulan Nov nie, balik lah kamu forever. Kami cari orang lain pula. 

Pastu bila dah a few months dia kat KL, tetibe dia diketemukan dengan ramai maid2 malang kat kawasan perumahan nie. Sebab nie kawasan perumahan yang majoriti Cina and India, maid plak ramai Islam, so banyakla kes teraniaya. So bibik nie tetibe terinsaf sendiri. Baguslah, tak perlulah kitorang remind banyak kali yang hidup dia sangat terjaga keje dgn kitorang. 

Duit gaji bibik tue keluarga dia dah boleh beli tanah dah kat Indon. Mudah je hidup bibik kami, keje asek mintak advanced je hantar kat family, pastu potong gaji. Kami yang struggle cari duit, so tolong la appreciate. Suatu hari suami dia cakap nak buat rumah plak kat tanah yang diorang beli. So bila diorang buat calculation, diorang memerlukan duit certain amount nie. That amount equivalent to bibik kene keje dengan kitorang lagi setahun lepas habis kontrak. So aritu, bibik datang ala2 merayu mintak sambung kontrak lagi setahun. We were like, ooo bila perlu duit baru rajin keje. Bile dah takde keperluan, terus buat perangai. Keje untuk dapat gaji bulan jer.

Ada hikmah bila saya medical leave sebulan haritu sebab masa tue dapat monitor cara bibik buat keje. Sakit jantung ok tengok dia handle anak. Dia akan sibukkan diri dia dengan kerja rumah, if dah takde keje pun dia akan cari keje merepek seperti gosok seluar dalam sampai 5 jam, basuh pinggan lambat2 sampai stengah jam untuk 1 pinggan, etc. Janji nampak buat keje. 

Anak2 pulak dia biar je buat hal masing2. Kalau ada keperluan je baru attend seperti bila dah cedera bergaduh or bila nangis kelaparan. Sebulan saya kat rumah, asyik saya yang inform bibik it's time to change the diapers, anak2 dah berak. Kalau tak memang takde initiatives pun nak cek 2-3 jam skali, macam yang pernah saya ajar dia dulu. Padahal dulu dia dah well informed siap repeat sendiri lagi yang anak2 akan jadi 1st priority masa saya gi keje, keje rumah later. 

Betapa dia nak nampak rumah kemas, mainan anak seme dia sorok dalam stor. So anak2 saya cam tatau nak buat apa, dahla dibiarkan camtu je, mainan kene sorok, tue yang jadi gaduh2 tue, takde mende lain boleh buat. And please keep in mind Irfan tue autistic, energy dia sangat luar biasa. Kalau sekali gaduh pukul Arman tue, memang boleh mengucap panjang. Tapi bibik boleh rilek je datang leraikan, cam takde unsur cemas langsung. Nampak sangat dah biasa biarkan and tengok budak2 gaduh.

So, I told my husband, she WILL NEVER afford to handle 3 kids after this. 2 anak pun dah sakit jantung saya tengok. And when my mom came to our house for a few days, saya saja berkurung dalam bilik atas, nk suruh dia tengok sendiri cane bibik handle. Jangan lupa, my mom sangat besfren dengan bibik tapi end up dia pun buat conclusion bibik tak dapat handle 3 anak and keje rumah.

So sekarang kami sangat busy dok cari jalan nak resolve nie. Option yang ada ialah amek 2nd maid, hantar Airis ke babysitter or hantar Arman ke sekolah. Kalau amek maid, memang lepas nie kami nak cuba maid Phillipines plak, sakit jantung dah dengan 3 maid Indon. Tapi salah kami gak, sebab seme amek dengan personal agent. Kalau amek dengan agency, kate orang diorang akan kene training before keje. Kalau personal agent, memang diorang kutip je dari mana2 kampung.

And kawan2 di KLCC nye testimoni utk maid Filipin adalah sangat menjeleskan. Sebab Filipin nye agency akan tapis betul2 maid yang dia nak export ke Malaysia. Kene training sana dulu, and datang Malaysia training lagi. Pastu banyak kolej graduate yang keje jadi maid, terer speaking. Tapi mahallah utk dapatkan diorang. Ejen fee saja dah RM12K, and gaji bulan2 ialah RM1200. Tapi kalau tak menyakitkan hati, saya sanggup!!

Option nak amek 2nd maid belum sesuai buat masa nie. 1 sebab financial lah, pengsan gak nak bayar RM1900 sebulan untuk 2 maid. And bibik ktorang ni pun ade masalah sosial jugak, sure bergaduhnye lah dengan maid baru. Mak mertua saya pun dia boleh cari pasal sebab mengarah dia macam2, inikan maid yang setaraf dengan dia. So biar dulu bibik nie habis kontrak baru amek maid baru. Hoh, bukan senang nak bela manusia kat rumah. LOL!

Kami ada jumpe babysitter yang baik lagi comel kat Gombak yang willing nak jaga Airis. Tapi pikir2 balik, alahai lecehnye pagi2 nak kene hantar Irfan terapi lagi, hantar Airis lagi. Sure kalut. Tapi nie adalah option termurah sebenarnya sebab dia charge RM300 je untuk jaga whole day.

So now dah decide akan hantar Arman ke sekolah. Lagipun dia dah 1 tahun 7 bulan, dah nak masuk 2 tahun. Otak dia sangat pick up banyak bende now, biarlah dia pick up good things at school dari terperap dengan bibik kat rumah. So now dah almost finalize nak hantar dia sekolah mana after dah buat survey berminggu2.

Now, masalah yang tinggal ialah nak cari rumah sewa baru, sebab lepas habis kontrak sewa nie, owner dah suruh keluar sebab dia nak jualkan dah rumah nie. Now tengah pening lagi nak cari rumah kat mana. Sebab Irfan masih dalam terapi. Tatau apa hala tuju Irfan lepas nie. Kalau boleh nak cari rumah yang dekat sekolah tapi tatau lagi Irfan akan sekolah mana nanti. Lepas terapi kene buat assesment dulu boleh masuk sekolah normal ke tak. If tak, kene masuk special school. So beli rumah macam tak boleh consider lagi now, kene menyewa jela dulu nampaknya. Huhu...

Ok good luck Kunaz, semoga dapat menyelesaikan semua masalah rumahtangga sepanjang maternity leave nie. Huhu...

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.