Airis Qarmila






Introducing our new little princess - Airis Qarmila bt Mohd Zakuan. Lahir pada 25 May 2014. Pada hari entry ini ditulis, umur baby Airis dah masuk 9 hari. Sementara masih fresh, nak update pasal kisah kelahiran puteri nie dulu. 

Kehadiran Airis adalah sangat unexpected, di saat mama di puncak ujian yang sangat besar - abang Irfan memerlukan intensive daily therapy, papa memerlukan weekly treatment, mama baru nak familiarize dengan tempat keje baru, baru nak adapt dengan life kat KL, etc. (sila refer entry sebelum ini). Mama usung kamu ke mana-mana untuk hadapi semua tue.

Mama tak sempat nak pikir pasal kamu langsung. Tapi bila scan nampak gender baby girl, ada sedikit kagembiraan di situ. Mungkin Allah berikan kamu pada mama sebagai pengganti Fiona. Kamu hadir hanya beberapa bulan selepas Fiona pergi. 

None of my pregnancies went well, termasuk masa  mengandungkan kamu Airis. Alahan pregnant sampai 5 bulan adalah perkara normal. Usia 7 bulan kandungan, mama disahkan kene GDM lagi. So tiap bulan lah kene pegi jumpe 2 specialist. Kene cucuk insulin lagi. Kene control diet lagi. Tapi mama sangat penat kalau tak makan. Dahla kat KL godaan makanan sangat tinggi. Semua adaaaa.. Hahaha!

Kalau kat Miri ok lagi, everything is within 10 minutes distance. Kat KL nie, nak pegi keje kemain haru. Kul 6.30 pagi dah kene gerak dari rumah untuk sampai ke therapy center abang Irfan kul 8 pagi. Jam sampai 2 jam ok. Pastu gi park kete and amek bas pula ke KLCC. Kadang-kadang mama naik LRT, tapi di hujung2 pregnancies nie emosi terlebih sket. Orang tak kasi seat dalam LRT mama kecik ati. Berdiri la setengah jam dalam LRT boyot2 gitu. Huhu...

EDD kamu sepatutnya 21 Jun. Tapi oleh kerana abang2 kamu 2 orang dah lahir secara ceaserean, maka kamu automatik kene czer gak on 38 week. So mama pilih 6 Jun untuk lahirkan kamu. Cantik kan date? Tapi awal pulak kamu keluar. Mungkin sebab mama sangat lasak start dari travel bawak abang Irfan therapy, pastu ulang-alik Miri-KL untuk urusan transfer, pastu dok ulang-alik supermarket cari barang rumah sewa, ulang alik gi keje, ulang alik bawak papa berubat, etc...

Masa usia kandungan 32 weeks mama kene cirit birit, diikuti strong contractions. Memula pegi check di klinik panel dekat rumah jer, doktor suruh ke emergency trus, sebab CTG nya scale dah tunjuk tu sakit nak beranak. Ok, so pegi emergency terus kene tahan di wad Gleneagles 3 hari. Sampai 3 specialists yang datang attend mama. Mama terus dapat medical leave masa tue.

Owh, gynae kamu adalah Dr Suhaiza dari Hospital Gleneagles Ampang. Ramai yang tanya, keje Petronas nape tak pegi PCMC? Kenapa Gleneagles? Huhu.. Kisahnya, masa proses transfer, sangat banyak arrangement nak kene buat termasukla kene tukar guarantee letter insuran dari Miri ke KL. Mama dah tak larat nak gi banyak tempat. Gleneagles ada kemudahan check senarai doktor and buat appointment secara online. Memang urusan pakai internet jer. Mudah. So bila check, ada sorang je gynae perempuan muslim kat situ. Memang this time niat nak doktor pompuan plak and kalau boleh muslim. So 1st time pegi jumpe Dr Suhaiza, terus jatuh cinta. So sweet. So stick je dengan dia. The best so far kalau nak compare dengan 2 gynae kat Miri tue.

Masa kandungan 34 weeks, sekali lagi mama kene warded sebab leaking and premature contraction lagi. Dr Suhaiza decided untuk inject steroid untuk kuatkan lung kamu Airis, sebab high chances kamu akan keluar as prematured baby. So dapatla 2 das steroid. Hohh, lenguh bontot cucuk mende alah tue. 

Lepas tue dah ok sket. Dr Suhaiza cakap, please bertahan at least 36 week kalo nak terberanak pun. Huhu... Dr Suhaiza siap order 1 kit special nie, dia boleh detect whether kite akan give birth in 2 weeks time or not. The result was negative, tapi Dr Suhaiza cakap kit tue tak tepat. Yer, memang tak tepat pun.

Hari Jumaat 23 May pegi weekly checkup macam biasa. Everything was normal except frequent contraction tue memang masih ada cuma tak regular. 25 May kul 4 pagi tetibe mama terjaga dari tido sebab tetibe zappp sakit contraction yang tersangat kuat. Eh eh sakit ape nie? Cuba tido lagi zappp datang lagi. Bila rekodkan, frequency sakit tu 5-7 minit sekali. Lepas subuh baru bitau hasben sakit cam constant 5 minit sekali and lebih hangat dari biasa. Haha! Masa tue weekend, so kalo weekend memang kene pegi Gleneagles thru emergency unit, and biasanya kalo dah masuk emergency unit memang kene warded. Tue yang malas. So kami decide, if by tengah hari contraction tak stop baru pegi hospital.

So pagi tue sempat lagi hantar Irfan terapi, pastu packing barang2 customer order, pegi pos barang, siap sempat minum kopi kat Starbuck lagi. Contraction masih maintain 5 minit sekali. Hasben call kawan2 doktor dia mintak advise perlu pegi hospital ke tak. Since seme advise suh pegi, kami pun pegi lah. Kelebihan mama ialah cepat adapt, bile dah sakit since 4 pagi tue, rasa dah bleh adapt dengan sakit tue. So bile masuk emergency unit, muke tak macam muke orang ade kecemasan langsung. Mama tanya papa "Nak pura-pura buat muke cemas tak bang?" LOL. Hahahaha!

So pegi la labour room buat CTG. Nurse terus call Dr Suhaiza cakap mama memang ade regular and strong contraction. 2-3 orang nurse datang tanya, tak sakit ke, kuat nie contraction kamu. Sakit sebenarnya, tapi the way mama tahan sakit ialah diam instead of merintih meraung. Pastu nurse cakap Dr Suhaiza now kat Johor ada funeral family member dia. Dia suruh pass kat sorang gynae lain, lelaki dan cina. Unless mama sanggup tunggu dia balik dari Johor. Mama tamau, mama nak Dr Suhaiza jugak. So mama cakap kat nurse mama nak tunggu. 

Masa proses tunggu Dr Suhaiza, mama dah tumpah darah and air ketuban dah start leaking. Contraction pun macam dah di luar kawalan. And macam dah 3 minit sekali. Ohh nie ke sakit beranak? Sakit sangat... Dalam hati doa banyak2 supaya Dr Suhaiza takde halangan untuk sampai hospital awal. Dalam kul 4.30 petang camtu dengar suara Dr Suhaiza. Ok terus mama happy. Dr Suhaiza nak seluk check bukaan kot2 nak beranak. Masa nak check, muka Dr Suhaiza cam terkejut tengok darah and air dah ngalir2.

So bila seluk, dah terbukak 3cm. Terus Dr Suhaiza instruct untuk emergency ceaser. Huhu, planned ceaser dah jadi emergency ceaser. Amazingly, team yang dalam operation theater aritu semua pompuan. Takde sorang pun lelaki. Papa Airis jelah lelaki. Bila czer nie, mama paling sakit bile bab dia bius spine tue. Sebab sangat tajam, lama and lenguh belakang. Tapi this time, mama tak sedar pun dah siap kene bius sebab sakit contraction tue adalah sangat super sakit nak putus nyawa. Lagi sakit dari induced abang Arman dulu.

So bila Dr Suhaiza operate tue, dia cakap parut czer mama yg dulu dah tersangat2 nipis. Kalau lambat operate tue, mama mungkin mengalami uterine rupture, ataupun bahasa melayu dia rahim pecah. Patutlah tiap kali contraction rasa sakit and perit lain macam. Mungkin tue sakit uterine rupture. Alhamdulillah mama selamat dari terkena tue...

So pada jam 5.08 petang, keluarlah kamu Airis Qarmila. Dengan berat 4.78kg. Nak pengsan mama tengok kamu memula, macam tayar lori. 2 hari lepas masa checkup, komputer kira berat kamu as 3.5kg jer. Jauh gila variance. Huhu... 

Kamu keluar pada usia kandungan 36 minggu. Sepatutnye premature, tapi mama pun tak pernah dengar baby prem berat 5kg haha! Doctor tak berapa risau sebab dah inject steroid sebelum tue. Tapi 1 hari kamu kene tahan and mama tak dapat jumpe kamu langsung sebab oksigen kamu tak brapa nak cukup and kamu hypo sedikit.

Hari kedua everything was normal. Kamu sangat sihat. Jaundice takde langsung. Nurse pun impress since both mama and papa darah O and abang2 kamu ada sejarah jaundice. Hari ketiga mama dah balik rumah. 

Alhamdulillah dikurniakan quick recovery. Mama yang mandikan kamu hari2. Mama macam biasalah, confinement tak macam confinement jer. Masih boleh layang abang2 kamu and serve papa kamu. Semua yang melawat ngilu2 tengok movement mama. Huhu...

So, selamat membesar puteri mama. Rasanya dah lengkaplah hidup kami dengan kehadiran kamu Airis. Semoga jadi wanita solehah dan pandai jaga kehormatan diri. Amiin....


2 comments:

Faizah^Ramli June 2, 2014 at 11:40 PM  

Wakakaka :D tayar lori... alhamdulillah n tahniah kunaz...

anissa_kyra June 3, 2014 at 6:38 PM  

Comel.! Tahniah kak kunaz.

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.