Fiona Nasuha Part 3

Ahad, 17 March - Kami ke GH untuk tuntut jenazah Fiona. Bila staff rumah mayat bukakkan kunci, saya terus tanye boleh mintak mandikan baby tak. And jawapannye tak dapat sebab hari Ahad. Sentap di situ. Saya tanya mak baby nak mintak tolong ustaz mandikan tak? Dia cakap okay. So saya terus call Ustaz Zul. Tapi since kubur baby kat kawasan perkuburan Kristian, ustaz cakap tak boleh campur aduk. 

Masa tengah bercakap dengan ustaz tue, staff rumah mayat dah keluarkan Fiona and tangisan air mata bermula. Saya dah tak dapat fokus ape yang ustaz cakap and saya cakap kat ustaz takpelah ustaz, kite proceed kebumi cara Kristian jer. Lepas tue saya letak fon. Kami berjaya nego dengan staff rumah mayat nak pakai bilik mandi tue untuk mandikan sendiri baby. 

Fiona adalah sangat sejuk macam daging beku sebab letak dalam fridge bilik mayat tu kan. 1st thing yang kami buat adalah belek2 wajah and badan Fiona sambil menangis2. Saya terkejut saiz Fiona dah sangat besar dari saiz yang saya sambut dia masa lahir. Tak nampak macam prematured baby pun. And wajah Fiona sangat tenang dan indah, tak nampak macam mayat pun. Nampak macam baby tengah tidur. Saya pernah jugak tengok gambar mayat baby tapi seriusly Fiona tak nampak seperti mayat. Bibirnya merah cantik.

Pada awalnya, mulut Fiona agak senget sebab banyak wayar yang dia sumbat masuk masa proses treatment. Hujung bibir Fiona pun ade kesan koyak sket. Lepas tue kami sama-sama mandikan Fiona. Moyang Fiona pun ade datang sekali, dia macam tak dapat kawal perasaan. Asyik merintih cakap kenapa buat macam nie pada nenek? Tak sayang nenek ke? Kenapa tinggalkan nenek? So dalam bilik mayat tue memang bermandikan air matalah. Rasanya air mata kami sama banyak dengan air yang kami guna untuk mandikan Fiona. 


Ini Fiona lepas dimandikan. Perlahan2 kami nampak wajah Fiona makin cantik. Mulut sengetnya makin sempurna. 


Mama takkan lupakan detik memandikan kamu sayang...


Fiona dah almost ready untuk dikebumikan.


Kereta Exora kami adalah tempat Fiona lahir. Kereta itu jugak yang bawak jenazah Fiona ke kawasan perkuburan. Dari rumah mayat ke kubur, saya diberi pengiktirafan untuk pegang Fiona. Tapi saya kasi juga ahli keluarga Fiona untuk memeluk Fiona buat kali terakhir. 

Sepanjang jalan cuaca adalah sangat sempurna. Ada hujan renyai2 mengiringi jenazah Fiona. Sampai siap ade ofismate SMS tanye, tadi baby kebumi pagi ke? Sebab cuaca sangat cantik dan syahdu.

Sampai di kawasan perkuburan, prosesnya adalah kene isi borang rasmi untuk kebumikan jenazah secara sah di situ. Sepatutnye kene isi di ofis diorang during weekdays, tapi since weekends, wakil diorang kene datang ke kubur. Fiona takde keranda sebab family Fiona memang orang susah yang tak berduit, tak plan nak beli keranda pun. Pihak kubur cakap better ada satu bekas nak letak Fiona, cam polysterine ice box yang letak ikan tue. 

Saya cek belakang Exora ade 1 collapsible compartment yang saya beli dari Cosway. Pihak kubur cakap okay. Masa tue saya rasa sedih gile. Ape la nak jadi dengan proses kebumi Fiona nie. Macam koboi jer. Mandi sendiri ikut suke. Kafankan sendiri ikut suka. Besen ikan jadi keranda. Berkali2 saya cakap kat Fiona mama mintak maaf banyak2 kalau cara ini tak betul. Mama mintak maaf kalau proses ini tak sempurna. Mama mintak maaf tak uruskan Fiona cara Islam. Mama mintak maaf banyak2 sayang. Masa tue Fiona masih lagi dalam pelukan saya. Bila tiba masa nak masukkan Fiona dalam besen, saya selak kain tutup muka Fiona untuk cium dia buat kali terakhir.


Subhanallah... Fiona tengah tersenyum dengan tenang sekali. Terus saya menangis teresak2 on the spot. Memang takley tahan2 dah tangisan tue bila tengok wajah Fiona macam tue. Lepas tue semua bergilir2 cium Fiona. Cantik sangat Fiona waktu tue memang kami tak puas tengok. Memang syurga itu tempatmu sayang...

Selesai perkebumian kami hantar family Fiona balik. Harini baru selesai semua urusan Fiona termasuk buat sijil kematian. Family Fiona takde transport, so saya ada di setiap proses tue sebab alang2 hantar diorang sekali. Lepas tue memang saya rasa lega yang amat dahsyat. Macam dah tertunai janji untuk sempurnakan Fiona.

Bila difikirkan dengan teliti, sebenarnya pemergian Fiona adalah yang terbaik untuk semua orang termasuk untuk kami. Sebab kes ini agak complicated. Cuma, proses nie memang amat menyedihkan. Kami telah terpilih untuk menyelamatkan keluarga Fiona. Kami telah terpilih untuk sempurnakan kelahiran dan kematian Fiona, bukannya berakhir melalui cara pengguguran. 

Sejarah hidupmu sangat unik Fiona. Kita berkongsi kasih antara dua ibu berlainan agama. Uri Fiona telah kami sempurnakan secara Islam sebelum Fiona menghembuskan nafas terakhir. Tapi jasad Fiona terkubur di perkuburan Kristian.

Walaupun Fiona bukan darah daging mama, tapi mama tetap menganggap Fiona seperti anak mama. Dan perasaan kehilangan anak adalah menyakitkan. Mama redha di atas pemergianmu sayang. Mama tahu kita tiada pertalian darah. Tapi mama yakin kita ada pertalian yang hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya. Sebagaimana Allah telah aturkan pertemuan kita di dunia ini, mama yakin Allah punya perancangan buat kita di akhirat sana. Mama takkan lupakan detik 12 jam kehidupanmu di dunia ini sayang. Terima kasih di atas 12 jam yang indah itu. 

Tiada apa yang dapat mama doakan buatmu Fiona sayang, sebab syurga sudah pasti milikmu. Cuma mama harapkan mama dapat menjadi sebahagian dari hidupmu sayang. Mama harap Fiona akan menjadi salah satu sebab yang boleh memimpin mama ke syurga. Selamat tinggal sayangku Fiona Nasuha. Mama redha atas pemergianmu.Sehingga kita ketemu lagi di alam sana....


Kesan darah Fiona ketika Fiona dilahirkan di dalam kereta...


Baju-baju Fiona yang tak sempat mama pakaikan....

13 comments:

Anonymous March 20, 2013 at 3:15 AM  

Ya Allah kunaz.
menitik air mata ni baca.

masa kunaz post kat FB pasal arwah, dah tersentak hati.
sebab muka arwah macam muka my baby masa dia lahir dulu.

baca entry kunaz, memang menitik-nitik air mata.
Ya Allah, sedih sangat.

Paling sedih bila arwah Fiona tak dapat dikebumikan dengan cara islam.
Al fatihah untuk arwah.

Dah rasa dah nama Nasuha tu mesti diamek dari nama kunaz.

Sedih sangat tengok gambar atas tu.
teringat-ingat arwah anak sulung kakak yang meninggal dulu.

Be strong.

ANAK MAMA SAYANG March 20, 2013 at 9:01 AM  

Takziah..sedih baca...maybe ada hikmah atas apa yg betlaku...tiba2 terasa syg kat fiona.....

bibi yusof March 20, 2013 at 9:39 AM  

kunaz,
i cant stop crying while reading pasal Fiona Nasuha...tak boleh bace the enrty sampai habes.. sebak!

InsyaAllah, Fiona Nasuha akan ditempatkan di syurga...

be strong k kunaz...

RuZaNNa March 20, 2013 at 9:59 AM  

Takziah kunaz..
Menitik2 air mata bila kak anne baca.. you have a beautiful soul kunaz.. never forget that.. apa yang terjadi pasti hikmah terbaik dari Allah..
Be proud of yourself too that you have done the best that you could with the power that you have..sempurna atau tak.. biarlah.. yang penting niat tuh ikhlas..
Take care dear!

~lalala~ March 20, 2013 at 2:32 PM  

Kunaz, sedeynye. Ko ni memang manusia yang baik la Kunaz. Aku bangga betoi ada kawan macam hang. Aku akan doakan yang terbaik untuk ko & family ko, and hopefully Irfan punya HFMD dah makin pulih okie.

Kasih Suci - Mama Damia March 20, 2013 at 3:04 PM  

Salam takziah..

Ya Allah, sebak hati baca kisah Fiona Nasuha. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Fiona pasti bangga kerana mempunyai ibu angkat yang sangat hebat macam Kunaz. You have a beautiful soul.. MasyaAllah... Semoga Fiona tenang di alam sana dan syurga itu sudah pasti tempatnya.

Juraidah Hashim March 22, 2013 at 11:02 AM  

takziah kunaz...ade hikmah semua ni...semoga irfan cepat sembuh gak ye..ko mmg kuat fizikal n mental..

Juraidah Hashim March 22, 2013 at 11:04 AM  

takziah kunaz..terbukti ko mmg kuat fizikal n mental..semoga irfan cepat sembuh ye..(td dh post comment tp xkuar)

mingming April 19, 2013 at 1:14 PM  

baru terbaca pasal fiona...sebak pulak bila baca. Mingming yg takde anak ni lg pun tiba2 terasa sedih dgn pemergian fiona...tahniah, sbb dah cuba yg terbaik utk fiona

mingming April 19, 2013 at 1:16 PM  

Kite baru terbaca pasal fiona ni....sebak pulak baca. Berjurai air mata. Kite yg takde anak lg pun rasa sayu dgn pemergian fiona...tahniah, sbb awak dh cuba buat yg terbaik utk fiona...

Faridah Tangah May 15, 2013 at 2:56 AM  

Ya allah . Menitis air mata bila baca ttg fiona nasuha . Tiba2 sya rasakan naluri seorg ibu . Walaupun sya blum prnah mnjd seorg ibu .

Anonymous June 8, 2013 at 2:13 PM  

salam kak takziah saya ucapkan... saya sudah lama ingin mencari anak angkat untuk dipelihara... sekiranya akak ada info pasal nie sudilah akak email pada saya irra_sky@yahoo.com terlalu inginkan penyeri utk rumah tangga kami

Anonymous November 13, 2013 at 10:16 AM  

Kehilangan yg hampir sama.... x berpeluang memeluknya lgsg tp fatneen tetap dlm ingatan ibu....b strong dear....

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.