Fiona Nasuha Part 2

Kesinambungan dari Part 1. Esok tue kul 8 pagi, saya and hasben bawak family baby ke GH. Baby dah dipindahkan ke rumah mayat tak lama lepas dia meninggal. So mak baby kene datang untuk ambil surat untuk release mayat. Kami tanye pihak hospital, boleh tak tengok mayat baby je dulu and bawak keluar later. Diorang cakap tak dapat.

Konflik berlaku di sini. Sebab baby and the family adalah Kristian. Kami adalah Islam. Bila tanya pihak hospital, mudah jer diorang jawab. Kami arrange pasal baby jer. Yang lain2 tue kene find out sendiri. Ok fine! Mak baby kalau boleh memang nak lepas terus kat kitorang, means biar kitorang yang uruskan jenazah baby ikut cara Islam. Tapi kami belum official parents angkat untuk baby tue lagi sebab tak sempat buat dokumen angkat sumpah ape lagi seme. Masa tue hari Sabtu, pejabat kerajaan semua tutup untuk kami pergi tanya. 

Struggle pegi tanya 2-3 ustaz kat masjid. And para ustaz pulak tolong contact staff JAIS untuk confirmation. Ini penjelasannya. Jenazah baby boleh diuruskan secara Islam. The moment kita berniat nak ambil baby tue as anak angkat kita, baby tue dah considered Islam. And uruskan cara mana pun baby dah confirm ke syurga. 

Tapi macam yang kami cakap tadi, situasi anak angkat ini adalah sangat complicated. Bila kami ceritakan pada Ustaz Zul Masjid Lutong, dia syorkan baby diuruskan cara Kristian sahaja. Lagipun if baby nie diuruskan secara Islam, akan ade a few issues kat pentadbiran a.k.a undang2 dunia. If nak senang, cepat dan selamat, ikut jer cara diorang. 

Hasben mungkin dah sangat penat. Dia suruh saya cakap kat family baby, pandai2lah diorang fikir tapi diorang yang kene uruskan jenazah baby tue. Family baby patuh. Petang tue diorang start berusaha cari kubur untuk baby.

Saya sebenarnya agak terkilan. Sebab family baby dah awal2 mintak uruskan jenazah baby cara Islam and JAIS pun cakap memang dapat tapi kitorang yang decide suruh buat cara Kristian just untuk elakkan risiko2 yang kami risaukan tapi belum tentu lagi akan terjadi. Tapi dah ustaz rekomen macam tue and hasben setuju so saya diamkan jelah.

Saya masa tue tak boleh berhenti fikirkan baby walaupun family baby dah agree akan uruskan jenazah baby. Sebab saya dah pernah berniat untuk jadikan baby tue anak angkat. Ape yang jadi pun dia masih anak angkat saya. Saya tak boleh lari macam tue jer. Saya perlu selesaikan segala yang dah bermula.

Petang hari Sabtu 16 March, saya tertidur sebab penat. Tetibe saya terdengar satu jeritan nyaring dan kuat sebut Mama dalam mimpi saya. Rasa sangat real sampai saya terlompat bangun dari katil. Tula, tido lepas Asar kan.. Lepas tue saya menangis teresak2 sorang2. Tetibe teringat baby sorang2 dalam bilik mayat belum disempurnakan. Adakah tadi saya mimpi jeritan baby mintak sempurnakan dia? Lepas tue memang nape ntah takleh berenti menangis.

Malam tue keluar bawak Irfan naik kete, tetibe hasben tersilap lalu area kubur. Ha amek ko, sambung nangis makin kuat. Balik rumah masih tak dapat berhenti menangis sampai ke tengah malam. Dah bengkak2 mata menangis kesiankan baby sorang2 dalam rumah mayat. Teringat pengalaman sambut baby dalam kereta. Teringat gerak bibir baby yang seolah2 nak sampaikan sesuatu pada saya. Teringat detik2 menemani baby since dari MCMC ke GH. Dan sekarang saya nak biarkan baby macam tue jer?

Saya tak kesah ape hasben saya cakap, malam tue saya kontek balik mak baby tanya khabar pasal proses kebumi baby. Mak baby cakap, dah jumpe lot kubur di Lambir tapi 1 lot harga dia almost 2 ribu. Dia tatau mana nak cari duit. Kalau ada duit, esok dia dah kuarkan baby dari rumah mayat. Saya cakap kat dia nape tak bitau saye. Ada nada marah di situ. Dia cakap dia dah rasa bersalah sebab saya dah bayar kos bersalin di MCMC 2 ribu, now takkan nak suruh saya bayar kos kebumi pulak, and saya tak dapat pape pun in return.

Tanpa pikir panjang, saya bitau dia saya akan bayar. Esok kite sama2 keluarkan baby dari rumah mayat. And saya bitau bende sama kat hasben. Hasben setuju jer walaupun itu adalah ayat penyata sebenarnya, bukan ayat mintak izin. Haha!

Saya tanya mak baby ape prosedur kebumikan jenazah ikut adat diorang? Terasa diri sangat loser masa tue sebab tak berusaha untuk ikut cara Islam walaupun peluang tue dah ade. Diorang cakap, yang penting kebumikan jer secara rasmi. Mandi and panggil Farther untuk sembahyangkan baby adelah optional sahaja. Mak baby plan nak mandi and kebumikan jer, tak plan untuk panggil Farther, atau dikenali sebagai Pastor di sini.

So malam tue kami, mak kandung dan mak angkat baby tido lambat dok diskas pasal hari esok. Kami plan nak mintak pihak hospital yang mandikan sebab according to wife Carlos yang keje nurse hospital tue, memang diorang ade servis mandikan jenazah cuma kene bayar sket lah.

Malam tue jugak kami decide nama untuk baby tue. Sebab lepas kebumikan, still kene register birth and death cert and kene letak nama. Sepatutnya if baby masih hidup, stepnye adalah register dulu baby tu pakai nama Kristian. Masa nak isi borang anak angkat and angkat sumpah boleh pilih nama baru untuk baby. So saya dah sediakan 2 nama terus, nama Kristian dan nama Islam. Nama Kristian adalah Fiona. Tapi since dah tak dapat proceed dengan permohonan anak angkat, nama Islam tak dapat pakai. Mak baby pulak agree nak combine nama saya dengan nama Fiona tue sebagai kenangan. So nama baby adalah Fiona Nasuha....

To be continued in Part 3...

1 comments:

Anonymous March 21, 2013 at 11:49 PM  

kunaz..u r very kind hearted person. Tak kira yg pasal agama bayi tu..tapi dr segi kemanusiaan.. u dh buat yg terbaik and I cant imagine myself in your position now..be strong please..

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.