Fiona Nasuha Part 1

Inilah kronologi kelahiran anak angkat kami, Fiona Nasuha....

Rabu, 13 March - Sekolah Irfan call suruh ambil Irfan balik sebab nampak cam ade simtom HFMD. Amek Irfan dari sekolah terus bawak jumpe Dr Chen. Konfem HFMD. Dr Chen cakap baru simptom awal, tapi HFMD memang sangat cepat. Dia expect malam tue ulcer akan start ada kat mulut Irfan. Dia mintak asingkan Arman totally dari rumah tue minimum 5 hari. Pening pikir cane nak asingkan Arman yang masih menyusu badan tengah2 malam nie.

Khamis, 14 March - Amek cuti sebab HFMD Irfan makin teruk. Suhu badan Irfan 39.5 degree masa tue. Dr Chen cakap kuman HFMD can jump to the brain. To avoid that, 1st rule adalah suhu badan takleh lebih 38.5 degree 3 hari berturut2. 2nd rule kene keep him hydrated and cukup glucose. Irfan meragam sangat dahsyat. Selera makan dah mula takde. Minum susu sket trus baling botol. Sebab blister dah penuh kat kerongkong and lelangit, memang sangat pedih.

Jumaat, 15 March - Hasben pun amek cuti sebab both of us tak cukup tido malam tue jage Irfan. Menangis kesakitan non stop. Kitorang dah sampai hilang arah dah tatau nak buat ape. End up terpaksa biarkan jer dia menangis sampai penat.

Tetibe pagi tue pegawai kesihatan dari General Hospital Miri datang rumah sebab dapat laporan HFMD dari Dr Chen. 2 staff datang check Irfan and keluarkan surat kuarantin. Tanpa diduga, mak kepada pesakit HFMD pun leh dapat cuti 2 weeks jugak.

Pegawai kesihatan balik jer kami bawak Irfan keluar naik kereta. Budak meragam kan, the quickest way nak tenangkan dia adalah bawak jalan2 naik kereta. Tak plan nak turun memana pun since dah kene kuarantin. On the way tetibe mak baby angkat call cakap dah sakit beranak. Sangat saspen sebab dah siap dengar jerit2 nangis2 kesakitan dari dalam phone. Masa tue nak dekat kul 12 pm, hari Jumaat pulak, jalan adalah sangat maha jam. Tengah2 dalam jam, mak baby call lagi cakap air ketuban dah pecah. OMG saspen!!

Sampai rumah, terus mak baby masuk kereta. Tak sampai 2 minit dalam kereta tetibe dia mengerang dengan sangat dahsyat. Saya selak kain dia. Shittt! Dah nampak tapak kaki baby! Baby akan lahir songsang! Dengan saspen saya bitau husband baby dah kuar and suh drive laju. Hasben adalah sangat saspen. Jalan jam memang sangat teruk. Sepatutnya hospital terdekat adalah di Tudan but no way nak pegi sana. So hasben carik jalan pintas, dapat tembus ke  mainroad.

Masa tue sebelah kaki baby dah keluar. Hasben cakap kite try pegi nearest clinic. Sampai klinik, klinik reject sebab doctor dah kuar lunch, nurse tatau nak buat ape. Damn, masa dah sangat suntuk. Kaki baby dah keluar 2 belah. And dah biru!

Hasben cari shortcut lagi berjaya tembus ke jalan besar. So kami decide untuk terus ke MCMC. Hasben adelah sangat saspen tahap takley pikir. Saya terpaksa kasi arahan. Saya suruh dia hidupkan emergency light and mencelah tengah2 lane kereta sambil tekan hon sepanjang driving.

Saya tengok sepasang kaki baby dah biru sangat2. Seriusly sangat takut masa tue. Pastu saya tatau mana datang skill tetibe ajar mak baby breathing technique sambil meneran. Dia patuh and ikut arahan saya. Lepas tue satu persatu keluar, dimulai badan baby, pastu tangan kanan and tangan kiri.  

Bila both bahu baby dah keluar, mak baby dah sangat penat. Dia macam berehat lama. Saya dah rasa tak sedap hati sebab kepala baby masih tertinggal di dalam. I told my husband "Bang, kite terima jer ape yang akan terjadi k?" And then saya bitau mak baby, please cuba teran lagi, takut baby lemas, dah lama kepala dia kat dalam. Body baby pun dah takde gerak ape. And one final push, kepala baby keluar. Saya cecepat cabut tudung yang saya pakai and balutkan baby. 

Baby keluar tak menangis langsung. Saye plak yang nak menangis masa tue. Saya cakap kat husband Ă„bang, baby dah keluar tapi tak nangis" Mak baby masa tue dah terdampar tak larat. Saya cium baby tue dalam keadaan berdarah2 dan baca bismillah. Tetibe tangan and kaki baby bergerak. Mulut baby terkumat kamit macam nak cakap something tapi takde tangisan yang keluar. Sepanjang2 saya pegang baby, mulut baby bergerak.

Sampai MCMC terus ke area emergency. Tapi tak cukup laju respon sebab tengah lunch hour banyak staff dah keluar lunch. Baby lahir tengah jalan tue jam 12.15pm. Jam 12.26pm kami sampai MCMC. Ade a few nurses nampak saya dah pegang baby diorang plak saspen and panggil nurse lain. Daaanggg!!! Sebbek Dr Lee and Dr Chen belum pegi lunch masa tue. So, Dr Lee datang potong tali pusat and baby nurse amek pass ke Dr Chen.

Masa tue saya nampak hasben tengah dukung Irfan berdiri kat satu penjuru dinding MCMC. Both of them nampak sangat terkejut. Irfan yang tengah meragam sakit HFMD tetibe senyap sepanjang jalan bila tengok situasi saspen nie. Hasben drive sambil peluk Irfan masa tue sebab Irfan macam takut bunyi hon kete sepanjang jalan plus bunyi perempuan mengerang kat belakang. Bila saya pegi dekat hasben, dia cakap dia nak pitam and tak boleh nak bercakap dah.

Nurse panggil saya masuk emergency room lepas tue. Dr Chen briefed something kat saya. Masa Dr Chen dapat baby tue, baby dah flat with no heartbeat at all. Dr Chen cakap practically the baby was dead. Gigih Dr Chen berusaha. Buat CPR, tebuk lubang sana sini buat bypass, etc. Alhamdulillah, baby kembali bernafas lepas tue, tapi medical officer terpaksa bag the baby manually (means picit botol oksigen manually untuk baby bernafas) Nampak kaki tangan baby bergerak. Lepas tue baby kene rush ke GH sebab kat MCMC tak cukup facility untuk prematured baby. Mak baby stay je kat ward MCMC.

Dr Chen cakap, kalau baby tue survive, dia akan ade potensi untuk dapat brain damage sebab lama oxygen tak sampai ke otak. Saya ikut naik ambulance. Dari dulu sangat bercita-cita nak naik ambulans sebab rasa sangat cool sebab semua orang kasi laluan. Memang sempat jugaklah rasa cool dok dalam ambulans tue. Haha bongoknye saya. Semua kat MCMC dah tau saya akan jadi mak angkat baby tue, so semua urusan baby atas nama saya lepas tue.

Sampai GH, seriusly rasa macam dalam cerita Grey Anatomy. Seme bende nampak macam emergency. Dan saya berdiri kat situ almost sejam tengok para doktor berusaha untuk baby tue. Lepas tue baby dimasukkan dalam SCN (Special Care Neonatal Nursery). And masa tue saya dah tak dibenarkan dok dekat baby, kene tunggu kat kerusi luar jer. 

Petang dalam kul 6 petang, doktor jumpe saya cakap baby was progressing well tapi dengan bantuan ubat dan mesin. Dia cakap concern adalah pada jantung dan otak. Jantung dah under control tapi after dah kasi 3 jenis ubat which is dah maximum dose. Dia cakap if baby survive the first 48 hours of her life, insyaallah dia akan survive. Sebab dalam masa 48 jam tue baby ade potensi diserang sawan, which akan rosakkan otak dia. 

Soalan cepumas dari doktor. Saya dah tengok keadaan baby macam tue, adakah saya masih nak proceed ambil baby tu as anak angkat? And saya tak teragak-agak cakap yes. 

Pastu doktor mintak sain surat kebenaran buat blood tranfusion. Doktor cakap darah tue adalah dari penderma. Memang diorang akan buat test kat darah tue, tapi takkan 100% accurate. So ade chances darah tue akan infected oleh HIV ke ape ke. Sain je lah nak buat ape lagi dah.

Dalam kul 7 malam baru dapat balik rumah. Kul 10 malam SCN call suruh datang hospital sebab keadaan baby kritikal. Paru-paru baby berdarah. Chances untuk baby survive makin tipis. Doktor cakap saya boleh pilih either nak stay atau balik rumah. Saya pilih balik rumah sebab saya ada 2 anak yang memerlukan saya di rumah.

On the way balik rumah, I told my husband that the baby is gonna be okay. Saya ada instinct yang baby akan ok. Sebab pada saya, Tuhan dah kasi petunjuk suruh ambil baby nie, so takkan Dia nak tarik balik.

Kul 12.30 tengah malam, SCN call lagi cakap baby dah takde. Sentap kejap saya dibuatnya. Kejut hasben bagitau dia. Hasben sentap jugak. Kami dua-dua terdiam tatau nak cakap ape. Penat jage anak sakit tak hilang lagi, pastu penat seharian uruskan pasal anak angkat, and now dapat berita baby dah meninggal. 

Saya SMS mak baby cakap baby dah meninggal tapi takde reply maybe dah tidur. Saye pun tertidur jugak lepas tue. Seriusly sangat penat tak terdescribe. Belakang rasa nak patah. Saya lupe dah cemana position saya dalam kereta masa tue. Yang saya ingat, mak baby menyandar pada saya and saya sambut baby at the same time.

Tapi hasben tak tido, dia stay sampai subuh. And lepas subuh husband nangis teresak2. Saya pulak mungkin masih terkejut masa tue. Saya macam tak boleh terima hakikat. Ape yang Allah cuba sampaikan? Kenapa Dia gerakkan hati kami untuk ambil baby tue tapi lepas tue Dia ambil kembali? Apa hikmah yang tersembunyi?

To be continued in Part 2....

2 comments:

Faizah^Ramli March 20, 2013 at 12:56 AM  

YA ALLAH..saspens, cuak gila baca...gelak2 n smbil air mata menitis jgk... ahli syurga kamu wahai fiona nasuha...rasa syg jgk kepada baby itu... mungkin itu yg terbaek utk dia... T_T sdehnya....

Kunaz March 20, 2013 at 2:58 AM  

Mmg sedih gle faizah. Zak sampai amek cuti sedih sehari. Huhu

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.