Rindu Fiona

Harini dah 14 hari Fiona Nasuha tinggalkan kami semua. Saya syukur sebab cam tetibe dapat cuti 2 minggu and seme bende berlaku dalam 2 minggu tue. At least sempatlah saya ambil masa untuk tenangkan emosi and rehatkan fizikal.

1st week kehilangan Fiona masih meninggalkan kesan yang dalam buat kami semua. Bukan mudah nak lupakan segalanya sekelip mata walau sekuat mana pun kami mencuba. Ada satu haritu, tengah2 drive tetibe ambulans lalu. Lepas kasi laluan kat ambulans, tetibe termenangis dalam kete. Teringat time sama2 dok dalam ambulans dengan Fiona sambil tengok nurse dok pam2 oksigen. Masa tue masih seronok sebab kaki tangan Fiona aktif bergerak, saya memang fikir masih ada harapan. 

Pastu bila gi belakang rumah, tiap kali tengok tempat uri Fiona ditanam, sedih gak lagi. Yang paling drama a few days lepas Fiona meninggal, saya tercari2 tudung yang saya pakai masa hari kelahiran Fiona. Tudung tue yang saya buat balut Fiona lepas sambut dia dalam kereta.


Nie lah tudung yang saya pakai. Bibik dah cuci bersih tudung nie. Bila saya dapat balik tudung nie, struggle saya pegi cari kesan2 darah kat tudung tue. Harapan adalah sangat tinggi nak jumpe darah sebab sangat rindukan Fiona. Bau darah pun takpe. Haha drama kan?

Now alhamdulillah semua cam dah okay. Emosi dah makin stabil, kadang2 jela bila datang rindu tue menitik la jugak air mata. And alhamdulillah gak masuk keje je saya terus busy sebab Isnin nie saye ade ACD. So 2 hari masuk ofis tue fokus kat keje and ACD. Belajar 2 hari je tue pun tak sampai 6 jam sari, apelah sangat yang dapat. Takpelah, saye dah sangat penat. Cam dah takde energy nak spend untuk ACD. Huhu..






Bidadari syurga mama, bila nak muncul dalam mimpi mama nie? Hmmm...

Fiona Nasuha Part 3

Ahad, 17 March - Kami ke GH untuk tuntut jenazah Fiona. Bila staff rumah mayat bukakkan kunci, saya terus tanye boleh mintak mandikan baby tak. And jawapannye tak dapat sebab hari Ahad. Sentap di situ. Saya tanya mak baby nak mintak tolong ustaz mandikan tak? Dia cakap okay. So saya terus call Ustaz Zul. Tapi since kubur baby kat kawasan perkuburan Kristian, ustaz cakap tak boleh campur aduk. 

Masa tengah bercakap dengan ustaz tue, staff rumah mayat dah keluarkan Fiona and tangisan air mata bermula. Saya dah tak dapat fokus ape yang ustaz cakap and saya cakap kat ustaz takpelah ustaz, kite proceed kebumi cara Kristian jer. Lepas tue saya letak fon. Kami berjaya nego dengan staff rumah mayat nak pakai bilik mandi tue untuk mandikan sendiri baby. 

Fiona adalah sangat sejuk macam daging beku sebab letak dalam fridge bilik mayat tu kan. 1st thing yang kami buat adalah belek2 wajah and badan Fiona sambil menangis2. Saya terkejut saiz Fiona dah sangat besar dari saiz yang saya sambut dia masa lahir. Tak nampak macam prematured baby pun. And wajah Fiona sangat tenang dan indah, tak nampak macam mayat pun. Nampak macam baby tengah tidur. Saya pernah jugak tengok gambar mayat baby tapi seriusly Fiona tak nampak seperti mayat. Bibirnya merah cantik.

Pada awalnya, mulut Fiona agak senget sebab banyak wayar yang dia sumbat masuk masa proses treatment. Hujung bibir Fiona pun ade kesan koyak sket. Lepas tue kami sama-sama mandikan Fiona. Moyang Fiona pun ade datang sekali, dia macam tak dapat kawal perasaan. Asyik merintih cakap kenapa buat macam nie pada nenek? Tak sayang nenek ke? Kenapa tinggalkan nenek? So dalam bilik mayat tue memang bermandikan air matalah. Rasanya air mata kami sama banyak dengan air yang kami guna untuk mandikan Fiona. 


Ini Fiona lepas dimandikan. Perlahan2 kami nampak wajah Fiona makin cantik. Mulut sengetnya makin sempurna. 


Mama takkan lupakan detik memandikan kamu sayang...


Fiona dah almost ready untuk dikebumikan.


Kereta Exora kami adalah tempat Fiona lahir. Kereta itu jugak yang bawak jenazah Fiona ke kawasan perkuburan. Dari rumah mayat ke kubur, saya diberi pengiktirafan untuk pegang Fiona. Tapi saya kasi juga ahli keluarga Fiona untuk memeluk Fiona buat kali terakhir. 

Sepanjang jalan cuaca adalah sangat sempurna. Ada hujan renyai2 mengiringi jenazah Fiona. Sampai siap ade ofismate SMS tanye, tadi baby kebumi pagi ke? Sebab cuaca sangat cantik dan syahdu.

Sampai di kawasan perkuburan, prosesnya adalah kene isi borang rasmi untuk kebumikan jenazah secara sah di situ. Sepatutnye kene isi di ofis diorang during weekdays, tapi since weekends, wakil diorang kene datang ke kubur. Fiona takde keranda sebab family Fiona memang orang susah yang tak berduit, tak plan nak beli keranda pun. Pihak kubur cakap better ada satu bekas nak letak Fiona, cam polysterine ice box yang letak ikan tue. 

Saya cek belakang Exora ade 1 collapsible compartment yang saya beli dari Cosway. Pihak kubur cakap okay. Masa tue saya rasa sedih gile. Ape la nak jadi dengan proses kebumi Fiona nie. Macam koboi jer. Mandi sendiri ikut suke. Kafankan sendiri ikut suka. Besen ikan jadi keranda. Berkali2 saya cakap kat Fiona mama mintak maaf banyak2 kalau cara ini tak betul. Mama mintak maaf kalau proses ini tak sempurna. Mama mintak maaf tak uruskan Fiona cara Islam. Mama mintak maaf banyak2 sayang. Masa tue Fiona masih lagi dalam pelukan saya. Bila tiba masa nak masukkan Fiona dalam besen, saya selak kain tutup muka Fiona untuk cium dia buat kali terakhir.


Subhanallah... Fiona tengah tersenyum dengan tenang sekali. Terus saya menangis teresak2 on the spot. Memang takley tahan2 dah tangisan tue bila tengok wajah Fiona macam tue. Lepas tue semua bergilir2 cium Fiona. Cantik sangat Fiona waktu tue memang kami tak puas tengok. Memang syurga itu tempatmu sayang...

Selesai perkebumian kami hantar family Fiona balik. Harini baru selesai semua urusan Fiona termasuk buat sijil kematian. Family Fiona takde transport, so saya ada di setiap proses tue sebab alang2 hantar diorang sekali. Lepas tue memang saya rasa lega yang amat dahsyat. Macam dah tertunai janji untuk sempurnakan Fiona.

Bila difikirkan dengan teliti, sebenarnya pemergian Fiona adalah yang terbaik untuk semua orang termasuk untuk kami. Sebab kes ini agak complicated. Cuma, proses nie memang amat menyedihkan. Kami telah terpilih untuk menyelamatkan keluarga Fiona. Kami telah terpilih untuk sempurnakan kelahiran dan kematian Fiona, bukannya berakhir melalui cara pengguguran. 

Sejarah hidupmu sangat unik Fiona. Kita berkongsi kasih antara dua ibu berlainan agama. Uri Fiona telah kami sempurnakan secara Islam sebelum Fiona menghembuskan nafas terakhir. Tapi jasad Fiona terkubur di perkuburan Kristian.

Walaupun Fiona bukan darah daging mama, tapi mama tetap menganggap Fiona seperti anak mama. Dan perasaan kehilangan anak adalah menyakitkan. Mama redha di atas pemergianmu sayang. Mama tahu kita tiada pertalian darah. Tapi mama yakin kita ada pertalian yang hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya. Sebagaimana Allah telah aturkan pertemuan kita di dunia ini, mama yakin Allah punya perancangan buat kita di akhirat sana. Mama takkan lupakan detik 12 jam kehidupanmu di dunia ini sayang. Terima kasih di atas 12 jam yang indah itu. 

Tiada apa yang dapat mama doakan buatmu Fiona sayang, sebab syurga sudah pasti milikmu. Cuma mama harapkan mama dapat menjadi sebahagian dari hidupmu sayang. Mama harap Fiona akan menjadi salah satu sebab yang boleh memimpin mama ke syurga. Selamat tinggal sayangku Fiona Nasuha. Mama redha atas pemergianmu.Sehingga kita ketemu lagi di alam sana....


Kesan darah Fiona ketika Fiona dilahirkan di dalam kereta...


Baju-baju Fiona yang tak sempat mama pakaikan....

Fiona Nasuha Part 2

Kesinambungan dari Part 1. Esok tue kul 8 pagi, saya and hasben bawak family baby ke GH. Baby dah dipindahkan ke rumah mayat tak lama lepas dia meninggal. So mak baby kene datang untuk ambil surat untuk release mayat. Kami tanye pihak hospital, boleh tak tengok mayat baby je dulu and bawak keluar later. Diorang cakap tak dapat.

Konflik berlaku di sini. Sebab baby and the family adalah Kristian. Kami adalah Islam. Bila tanya pihak hospital, mudah jer diorang jawab. Kami arrange pasal baby jer. Yang lain2 tue kene find out sendiri. Ok fine! Mak baby kalau boleh memang nak lepas terus kat kitorang, means biar kitorang yang uruskan jenazah baby ikut cara Islam. Tapi kami belum official parents angkat untuk baby tue lagi sebab tak sempat buat dokumen angkat sumpah ape lagi seme. Masa tue hari Sabtu, pejabat kerajaan semua tutup untuk kami pergi tanya. 

Struggle pegi tanya 2-3 ustaz kat masjid. And para ustaz pulak tolong contact staff JAIS untuk confirmation. Ini penjelasannya. Jenazah baby boleh diuruskan secara Islam. The moment kita berniat nak ambil baby tue as anak angkat kita, baby tue dah considered Islam. And uruskan cara mana pun baby dah confirm ke syurga. 

Tapi macam yang kami cakap tadi, situasi anak angkat ini adalah sangat complicated. Bila kami ceritakan pada Ustaz Zul Masjid Lutong, dia syorkan baby diuruskan cara Kristian sahaja. Lagipun if baby nie diuruskan secara Islam, akan ade a few issues kat pentadbiran a.k.a undang2 dunia. If nak senang, cepat dan selamat, ikut jer cara diorang. 

Hasben mungkin dah sangat penat. Dia suruh saya cakap kat family baby, pandai2lah diorang fikir tapi diorang yang kene uruskan jenazah baby tue. Family baby patuh. Petang tue diorang start berusaha cari kubur untuk baby.

Saya sebenarnya agak terkilan. Sebab family baby dah awal2 mintak uruskan jenazah baby cara Islam and JAIS pun cakap memang dapat tapi kitorang yang decide suruh buat cara Kristian just untuk elakkan risiko2 yang kami risaukan tapi belum tentu lagi akan terjadi. Tapi dah ustaz rekomen macam tue and hasben setuju so saya diamkan jelah.

Saya masa tue tak boleh berhenti fikirkan baby walaupun family baby dah agree akan uruskan jenazah baby. Sebab saya dah pernah berniat untuk jadikan baby tue anak angkat. Ape yang jadi pun dia masih anak angkat saya. Saya tak boleh lari macam tue jer. Saya perlu selesaikan segala yang dah bermula.

Petang hari Sabtu 16 March, saya tertidur sebab penat. Tetibe saya terdengar satu jeritan nyaring dan kuat sebut Mama dalam mimpi saya. Rasa sangat real sampai saya terlompat bangun dari katil. Tula, tido lepas Asar kan.. Lepas tue saya menangis teresak2 sorang2. Tetibe teringat baby sorang2 dalam bilik mayat belum disempurnakan. Adakah tadi saya mimpi jeritan baby mintak sempurnakan dia? Lepas tue memang nape ntah takleh berenti menangis.

Malam tue keluar bawak Irfan naik kete, tetibe hasben tersilap lalu area kubur. Ha amek ko, sambung nangis makin kuat. Balik rumah masih tak dapat berhenti menangis sampai ke tengah malam. Dah bengkak2 mata menangis kesiankan baby sorang2 dalam rumah mayat. Teringat pengalaman sambut baby dalam kereta. Teringat gerak bibir baby yang seolah2 nak sampaikan sesuatu pada saya. Teringat detik2 menemani baby since dari MCMC ke GH. Dan sekarang saya nak biarkan baby macam tue jer?

Saya tak kesah ape hasben saya cakap, malam tue saya kontek balik mak baby tanya khabar pasal proses kebumi baby. Mak baby cakap, dah jumpe lot kubur di Lambir tapi 1 lot harga dia almost 2 ribu. Dia tatau mana nak cari duit. Kalau ada duit, esok dia dah kuarkan baby dari rumah mayat. Saya cakap kat dia nape tak bitau saye. Ada nada marah di situ. Dia cakap dia dah rasa bersalah sebab saya dah bayar kos bersalin di MCMC 2 ribu, now takkan nak suruh saya bayar kos kebumi pulak, and saya tak dapat pape pun in return.

Tanpa pikir panjang, saya bitau dia saya akan bayar. Esok kite sama2 keluarkan baby dari rumah mayat. And saya bitau bende sama kat hasben. Hasben setuju jer walaupun itu adalah ayat penyata sebenarnya, bukan ayat mintak izin. Haha!

Saya tanya mak baby ape prosedur kebumikan jenazah ikut adat diorang? Terasa diri sangat loser masa tue sebab tak berusaha untuk ikut cara Islam walaupun peluang tue dah ade. Diorang cakap, yang penting kebumikan jer secara rasmi. Mandi and panggil Farther untuk sembahyangkan baby adelah optional sahaja. Mak baby plan nak mandi and kebumikan jer, tak plan untuk panggil Farther, atau dikenali sebagai Pastor di sini.

So malam tue kami, mak kandung dan mak angkat baby tido lambat dok diskas pasal hari esok. Kami plan nak mintak pihak hospital yang mandikan sebab according to wife Carlos yang keje nurse hospital tue, memang diorang ade servis mandikan jenazah cuma kene bayar sket lah.

Malam tue jugak kami decide nama untuk baby tue. Sebab lepas kebumikan, still kene register birth and death cert and kene letak nama. Sepatutnya if baby masih hidup, stepnye adalah register dulu baby tu pakai nama Kristian. Masa nak isi borang anak angkat and angkat sumpah boleh pilih nama baru untuk baby. So saya dah sediakan 2 nama terus, nama Kristian dan nama Islam. Nama Kristian adalah Fiona. Tapi since dah tak dapat proceed dengan permohonan anak angkat, nama Islam tak dapat pakai. Mak baby pulak agree nak combine nama saya dengan nama Fiona tue sebagai kenangan. So nama baby adalah Fiona Nasuha....

To be continued in Part 3...

Fiona Nasuha Part 1

Inilah kronologi kelahiran anak angkat kami, Fiona Nasuha....

Rabu, 13 March - Sekolah Irfan call suruh ambil Irfan balik sebab nampak cam ade simtom HFMD. Amek Irfan dari sekolah terus bawak jumpe Dr Chen. Konfem HFMD. Dr Chen cakap baru simptom awal, tapi HFMD memang sangat cepat. Dia expect malam tue ulcer akan start ada kat mulut Irfan. Dia mintak asingkan Arman totally dari rumah tue minimum 5 hari. Pening pikir cane nak asingkan Arman yang masih menyusu badan tengah2 malam nie.

Khamis, 14 March - Amek cuti sebab HFMD Irfan makin teruk. Suhu badan Irfan 39.5 degree masa tue. Dr Chen cakap kuman HFMD can jump to the brain. To avoid that, 1st rule adalah suhu badan takleh lebih 38.5 degree 3 hari berturut2. 2nd rule kene keep him hydrated and cukup glucose. Irfan meragam sangat dahsyat. Selera makan dah mula takde. Minum susu sket trus baling botol. Sebab blister dah penuh kat kerongkong and lelangit, memang sangat pedih.

Jumaat, 15 March - Hasben pun amek cuti sebab both of us tak cukup tido malam tue jage Irfan. Menangis kesakitan non stop. Kitorang dah sampai hilang arah dah tatau nak buat ape. End up terpaksa biarkan jer dia menangis sampai penat.

Tetibe pagi tue pegawai kesihatan dari General Hospital Miri datang rumah sebab dapat laporan HFMD dari Dr Chen. 2 staff datang check Irfan and keluarkan surat kuarantin. Tanpa diduga, mak kepada pesakit HFMD pun leh dapat cuti 2 weeks jugak.

Pegawai kesihatan balik jer kami bawak Irfan keluar naik kereta. Budak meragam kan, the quickest way nak tenangkan dia adalah bawak jalan2 naik kereta. Tak plan nak turun memana pun since dah kene kuarantin. On the way tetibe mak baby angkat call cakap dah sakit beranak. Sangat saspen sebab dah siap dengar jerit2 nangis2 kesakitan dari dalam phone. Masa tue nak dekat kul 12 pm, hari Jumaat pulak, jalan adalah sangat maha jam. Tengah2 dalam jam, mak baby call lagi cakap air ketuban dah pecah. OMG saspen!!

Sampai rumah, terus mak baby masuk kereta. Tak sampai 2 minit dalam kereta tetibe dia mengerang dengan sangat dahsyat. Saya selak kain dia. Shittt! Dah nampak tapak kaki baby! Baby akan lahir songsang! Dengan saspen saya bitau husband baby dah kuar and suh drive laju. Hasben adalah sangat saspen. Jalan jam memang sangat teruk. Sepatutnya hospital terdekat adalah di Tudan but no way nak pegi sana. So hasben carik jalan pintas, dapat tembus ke  mainroad.

Masa tue sebelah kaki baby dah keluar. Hasben cakap kite try pegi nearest clinic. Sampai klinik, klinik reject sebab doctor dah kuar lunch, nurse tatau nak buat ape. Damn, masa dah sangat suntuk. Kaki baby dah keluar 2 belah. And dah biru!

Hasben cari shortcut lagi berjaya tembus ke jalan besar. So kami decide untuk terus ke MCMC. Hasben adelah sangat saspen tahap takley pikir. Saya terpaksa kasi arahan. Saya suruh dia hidupkan emergency light and mencelah tengah2 lane kereta sambil tekan hon sepanjang driving.

Saya tengok sepasang kaki baby dah biru sangat2. Seriusly sangat takut masa tue. Pastu saya tatau mana datang skill tetibe ajar mak baby breathing technique sambil meneran. Dia patuh and ikut arahan saya. Lepas tue satu persatu keluar, dimulai badan baby, pastu tangan kanan and tangan kiri.  

Bila both bahu baby dah keluar, mak baby dah sangat penat. Dia macam berehat lama. Saya dah rasa tak sedap hati sebab kepala baby masih tertinggal di dalam. I told my husband "Bang, kite terima jer ape yang akan terjadi k?" And then saya bitau mak baby, please cuba teran lagi, takut baby lemas, dah lama kepala dia kat dalam. Body baby pun dah takde gerak ape. And one final push, kepala baby keluar. Saya cecepat cabut tudung yang saya pakai and balutkan baby. 

Baby keluar tak menangis langsung. Saye plak yang nak menangis masa tue. Saya cakap kat husband Ă„bang, baby dah keluar tapi tak nangis" Mak baby masa tue dah terdampar tak larat. Saya cium baby tue dalam keadaan berdarah2 dan baca bismillah. Tetibe tangan and kaki baby bergerak. Mulut baby terkumat kamit macam nak cakap something tapi takde tangisan yang keluar. Sepanjang2 saya pegang baby, mulut baby bergerak.

Sampai MCMC terus ke area emergency. Tapi tak cukup laju respon sebab tengah lunch hour banyak staff dah keluar lunch. Baby lahir tengah jalan tue jam 12.15pm. Jam 12.26pm kami sampai MCMC. Ade a few nurses nampak saya dah pegang baby diorang plak saspen and panggil nurse lain. Daaanggg!!! Sebbek Dr Lee and Dr Chen belum pegi lunch masa tue. So, Dr Lee datang potong tali pusat and baby nurse amek pass ke Dr Chen.

Masa tue saya nampak hasben tengah dukung Irfan berdiri kat satu penjuru dinding MCMC. Both of them nampak sangat terkejut. Irfan yang tengah meragam sakit HFMD tetibe senyap sepanjang jalan bila tengok situasi saspen nie. Hasben drive sambil peluk Irfan masa tue sebab Irfan macam takut bunyi hon kete sepanjang jalan plus bunyi perempuan mengerang kat belakang. Bila saya pegi dekat hasben, dia cakap dia nak pitam and tak boleh nak bercakap dah.

Nurse panggil saya masuk emergency room lepas tue. Dr Chen briefed something kat saya. Masa Dr Chen dapat baby tue, baby dah flat with no heartbeat at all. Dr Chen cakap practically the baby was dead. Gigih Dr Chen berusaha. Buat CPR, tebuk lubang sana sini buat bypass, etc. Alhamdulillah, baby kembali bernafas lepas tue, tapi medical officer terpaksa bag the baby manually (means picit botol oksigen manually untuk baby bernafas) Nampak kaki tangan baby bergerak. Lepas tue baby kene rush ke GH sebab kat MCMC tak cukup facility untuk prematured baby. Mak baby stay je kat ward MCMC.

Dr Chen cakap, kalau baby tue survive, dia akan ade potensi untuk dapat brain damage sebab lama oxygen tak sampai ke otak. Saya ikut naik ambulance. Dari dulu sangat bercita-cita nak naik ambulans sebab rasa sangat cool sebab semua orang kasi laluan. Memang sempat jugaklah rasa cool dok dalam ambulans tue. Haha bongoknye saya. Semua kat MCMC dah tau saya akan jadi mak angkat baby tue, so semua urusan baby atas nama saya lepas tue.

Sampai GH, seriusly rasa macam dalam cerita Grey Anatomy. Seme bende nampak macam emergency. Dan saya berdiri kat situ almost sejam tengok para doktor berusaha untuk baby tue. Lepas tue baby dimasukkan dalam SCN (Special Care Neonatal Nursery). And masa tue saya dah tak dibenarkan dok dekat baby, kene tunggu kat kerusi luar jer. 

Petang dalam kul 6 petang, doktor jumpe saya cakap baby was progressing well tapi dengan bantuan ubat dan mesin. Dia cakap concern adalah pada jantung dan otak. Jantung dah under control tapi after dah kasi 3 jenis ubat which is dah maximum dose. Dia cakap if baby survive the first 48 hours of her life, insyaallah dia akan survive. Sebab dalam masa 48 jam tue baby ade potensi diserang sawan, which akan rosakkan otak dia. 

Soalan cepumas dari doktor. Saya dah tengok keadaan baby macam tue, adakah saya masih nak proceed ambil baby tu as anak angkat? And saya tak teragak-agak cakap yes. 

Pastu doktor mintak sain surat kebenaran buat blood tranfusion. Doktor cakap darah tue adalah dari penderma. Memang diorang akan buat test kat darah tue, tapi takkan 100% accurate. So ade chances darah tue akan infected oleh HIV ke ape ke. Sain je lah nak buat ape lagi dah.

Dalam kul 7 malam baru dapat balik rumah. Kul 10 malam SCN call suruh datang hospital sebab keadaan baby kritikal. Paru-paru baby berdarah. Chances untuk baby survive makin tipis. Doktor cakap saya boleh pilih either nak stay atau balik rumah. Saya pilih balik rumah sebab saya ada 2 anak yang memerlukan saya di rumah.

On the way balik rumah, I told my husband that the baby is gonna be okay. Saya ada instinct yang baby akan ok. Sebab pada saya, Tuhan dah kasi petunjuk suruh ambil baby nie, so takkan Dia nak tarik balik.

Kul 12.30 tengah malam, SCN call lagi cakap baby dah takde. Sentap kejap saya dibuatnya. Kejut hasben bagitau dia. Hasben sentap jugak. Kami dua-dua terdiam tatau nak cakap ape. Penat jage anak sakit tak hilang lagi, pastu penat seharian uruskan pasal anak angkat, and now dapat berita baby dah meninggal. 

Saya SMS mak baby cakap baby dah meninggal tapi takde reply maybe dah tidur. Saye pun tertidur jugak lepas tue. Seriusly sangat penat tak terdescribe. Belakang rasa nak patah. Saya lupe dah cemana position saya dalam kereta masa tue. Yang saya ingat, mak baby menyandar pada saya and saya sambut baby at the same time.

Tapi hasben tak tido, dia stay sampai subuh. And lepas subuh husband nangis teresak2. Saya pulak mungkin masih terkejut masa tue. Saya macam tak boleh terima hakikat. Ape yang Allah cuba sampaikan? Kenapa Dia gerakkan hati kami untuk ambil baby tue tapi lepas tue Dia ambil kembali? Apa hikmah yang tersembunyi?

To be continued in Part 2....

Anak Angkat Part 2

Ok mari sambung.  Dipendekkan cerita, baby girl tue dah ade 2 orang yang berminat nak amek. Saye adelah orang ke-3 yang bertanya. Pada mulanya, keadaan adalah seperti saya yang akan kene reject awal2 tapi saya tak kesah. Yelah saya bukan tahap desperate lagi, dah ade 2 anak dah pun, cumanya cam saya cakap if ade orang offer baby saya nak amek.

Sabtu 23 Feb haritu adalah birthday saya. Jumaat malam tue saya ade cakap macam nie kat husband "Saya dah let go dah baby tue. Taknak fikir dah. Tapi kalau ada rezeki tetibe dapat kat kita baby tue, kita accept je k?" And husband pun cakap ok. Tetiba esok tu Sabtu which is on my birthday, mak baby SMS saya cakap dia decide nak kasi baby tue kat kitorang.

So Sabtu tue kitorang aturkan pertemuan dengan keluarga baby. Bile dah tau semua cerita detail, both of us rasa berat nak amek baby tue. It's a complicated situation yang mana kalau kitorang amek baby tue, banyak risiko yang mungkin kami hadapi termasuklah to risk our lives. Tak perlulah saya cerita detail di sini sebab keluarga baby tue sekarang dah macam keluarga kami sendiri dan biarlah kami jer yang tahu kisah ini.

It was an unwanted pregnancy yang perlu dirahsiakan pada certain pihak. Ibu baby macam dah tahap merayu suruh amek baby tue, kalau tak mungkin baby tue end up terpaksa digugurkan. BTW, baby adalah non-muslim. Bila mintak nasihat ustaz, ustaz recommend amek sebab if kami amek, kami dah berjaya selamatkan dia dari digugurkan and dah berjaya islamkan baby tue. 

Seriusly, saya sangat stress dok pikir pasal nie. Saya memang tak boleh decide langsung. Memang totally 50-50. Ingat yang ustaz cakap tue, memang rasa nak amek. Ingat baby girl, memang nak amek. Tapi bile ingat semua risks yang akan kami hadapi, sangat takut nak amek. Adelah few ofismate tau pasal nie. Diorang pun sama. If diorang kat tempat saya, seriusly tatau nak decide. Memang agak complicated.

So, buatlah solat istikharah. Tahukah anda ini adalah solat istikharah kedua dalam hidup saya? 1st masa mintak petunjuk nak pilih calon suami yang kini dah jadi suami saya. Betapa saya sangat tak mampu nak decide, memang kene mintak guidance dari Allah. Doa saya simple jer, kalau baby itu baik untuk kami dan semua orang, bukalah pintu hati suami saya untuk accept baby tue. Lepas solat istikharah memang lega dan tenang tahap baru lepas meneran beranak 8 anak sekaligus. Maunye tak tenang kan sebab lepaskan tanggungjawab kat hasben suruh pikir. Hahaha!

Sebab hasben sebenarnya adalah 90% taknak amek baby tue. Saya 50%. Means kalau ikut percentage memang patutnye dah byebyebye dah kat baby tue. Tapi saya mintak tolong hasben buat istikharah sekali. Mintak petunjuk Allah. Malam tue hasben buat solat istikharah, esok tue tetibe hasben dah pegi pejabat daerah semua dah pegi amek borang anak angkat.  Means husband decide nak amek.

Walaupun hasben dah decide macam tue, hati saya masih tak tenang. Adelah a few ofismate yang rapat tau pasal nie. Tapi saya cuba sedaya upaya pujuk hati saya, kenapa nak pertikaikan petunjuk yang Allah dah kasi. Kenapa masih sangsi? Lepas tue saya decide memang taknak pikir pape dah except tunggu je baby tue lahir.

Hari demi hari tetibe start timbul rasa sayang pada baby tue. Tiap kali bawak mak baby pergi checkup, hati saya yang berbunga tengok baby gerak2 kat screen. And saya dah start beli baju pun kat baby tue. Due date baby sepatutnya bulan 5. Tapi malang tak berbau, baby lahir tak cukup bulan Jumaat lepas 15 March dan meninggal keesokannya. Saya akan ceritakan detailnya pada next entry. Maka, tamatlah hutang entry pasal anak angkat. Huhu...

Anak Angkat Part 1

1. Maid
2. Susu Formula 
3. Pengalaman Pantang Anak No.2 
4. Anak Angkat
5. Implanon 
6. Anak Susuan
7. Pil Perancang


Sebenarnya bende lain yang saya nak ceritakan dalam entry anak angkat nie, tapi along the way terlalu banyak bende baru berlaku. Ade hikmah jugak lambat update blog kan? Ok, this entry is gonna be long and I will try my best to shorten it but will get the story delivered.

Ok, masa berpantang lepas lahirkan Arman dulu, tetibe saya di-offer seorang anak angkat oleh satu local family yang susah kat Miri nie. Family tue dah ramai anak and ada yang tak sekolah sebab tak mampu nak tanggung. Masa dapat offer tue, si ibu tengah pregnant dalam 6 bulan. Baby sebelum nie pun dia kasi orang jugak.

Perasaan masa tue adelah amat berbelah bahagi. Umur Arman baru sebulan masa tue, tapi ade gak perasaan nak amek. See, betapa saya rasa Arman sangat senang nak handle sampai boleh consider nak amek anak angkat. Haha! Sebab baby tue kan rezeki, nie orang nak kasi free2 tak payah pregnant ape, tingggg ade baby! Haha! Tapi ade jugak perasaan taknak amek bile pikir penatnye nak bangun malam menyusu and tidokan anak balik. Irfan pun masih bangun malam.

Diskas dengan hasben, dia cakap taknak amek sebab baby adelah baby boy. Saya dah ade 2 boy kan sekarang. Kalau baby girl maybe boleh consider sebab saya pun tengah breastfeed now so relationship dah macam anak sendiri. So since tak amek, si family mintak tolong carikan keluarga angkat untuk baby tue.

So proses mencari family angkat agak makan masa berminggu2. Ramai yang nak tapi tetibe ramai yang banyak halangan. Macam2 ragam yang kami lalui sepanjang proses carikan keluarga angkat untuk baby nie. Salah satunya ialah bila saya offer baby nie pada customer saya dari Brunei. Dia dah lama kawen tapi belum ade rezeki cahaya mata. Banyak produk untuk hamil dia beli dari saya. Dah beratus2 dia berhabis dekat produk. Bila saya offer baby kat dia tetibe banyak songeh plak.

Memangla family baby tak mintak pape dari family angkat, tapi saya cakap tolongla bagi sumbangan sket kat diorang. Diorang dah kasi baby free seketul kot. Si orang Brunei nie plak cakap, if nak kasi duit, dia boleh kasi maksimum RM500 jer. Tue pun lepas tue dia tanya, nie tak kire perdagangkan manusia ke? Isk isk isk... Saye nak marah pun ada. So reject.

BTW, harap korang jangan salah paham. Saya memang tak amek komisen sesen pun. Cumanya, alang2 saya diamanahkan cari keluarga angkat, kalau boleh saya taknak carik yang sebarang. Ade one time tu mak baby tue cam pelik nape saye sangat beria dok gi interview a few potential parents angkat untuk baby tue sedangkan dia ibu kandung baby tue tak kesah pun sape yang akan angkat anak dia nanti. Syarat dia cuma satu, sayang anak tue seperti sayang anak sendiri jer.

Sebenarnya saya dah jatuh sayang pada baby dalam perut tue the moment saya bawak mak baby tue pegi scan. Due date baby tue pun doctor estimate jatuh pada 23 Feb, iaitu birthday saya. Halangannya cuma husband tak setuju jer. Kata hasben, kalau tue baby girl, dia boleh consider. Nie dah ade 2 boys, Arman plak baru umur sebulan, nak tambah lagi sorang boy macam tak praktikal.

Dipendekkan cerita, saya kasi baby tue kat Carlos, ofismate yang suke buat saya darah tinggi kat ofis. Hahaha! They're a nice couple, good background, sumber kewangan yang kukuh untuk raise anak, etc. Wife dia dah 3 kali keguguran sebelum nie. So buatla arrangement untuk diorang sebab Carlos nie cam budak kecik nak kene ajar satu-satu. 

Dipendekkan cite lagi, baby tue lahir awal plak, 2 Feb. Masa tue Carlos kat KL. Mak baby call saya 4 kali rupenye masa sakit beranak tue, tapi malam2 saya memang silentkan fon sebab Arman senang terjaga. Subuh tue baru perasan, si mak baby tue dah terberanak rumah jiran dah tak sempat pegi hospital. Huhu...

Dipendekkan lagi cite yang tak pendek2 nie, bile tengok baby tue tetibe rasa menyesal tak amek baby tue. Rasa sayang sangat2 kat dia. Cakap kat mak baby boleh ke saya amek baby tue. Mak baby cakap boleehhh, dia memang nak sangat saya yang amek baby tue sebab dah selesa dengan saya. Tapi kalau saya amek memang frust menonggeng tahap bunuh dari la kot Carlos tue.  

Lalu saya pasrah je. Lepas tue saya berniat lepas nie kalau orang offer anak angkat lagi memang saya nak amek. Saya taknak ade perasaan menyesal macam tue lagi. Lagipun, best kot dapat baby takyah pregnant. Pregnant lah masalah terbesar saya. Saya tak berapa gemar pregnant tapi sangat suke baby. Huhu...

Paling dramatik di sini, hari baby tue lahir, hari yang sama wife Carlos tahu dia pregnant jugak. Rezeki berlipat ganda. Tahun sama dapat 2 baby sekaligus setelah bertahun2 mencuba dan asyik kehilangan. Tuhan itu Maha Adil kan... BTW, nama anak angkat Carlos itu adalah Muhammad Adam.

Dan lagi dramatik, lepas tue ade orang offer baby girl pada wife Carlos. Wife Carlos pulak pass pada saya since dia teringat statement saya yang saya takmau Adam tue sebab dia baby boy, kalau girl mungkin amek. Okehh to be continue in Part 2. Hihi...

Pil Perancang Cerazette

1. Maid

2. Susu Formula 
3. Pengalaman Pantang Anak No.2 
4. Anak Angkat
5. Implanon 
6. Anak Susuan
7. Pil Perancang 


Sejak mencabut implanon haritu, saya adalah on birth control pills until today. Risau jugak memula sebab takut tak serasi lagi tapi so far masalah2 yang mengganggu saya masa pakai implanon rasa cam dah takde. Berat badan pun takde naik2 dah tapi saya masih selalu tanye kawan2 suh notify if saya nampak kembang. Sebab pil2 hormon nie boleh mengembangkan badan gak walopun berat badan tak naik. Honestly, saya rasa saya agak bloated lately tapi still manageable. So sesape kalo nampak saya cam terkembang sket sile trigger awal2 k. Diri sendiri payah nak sedar, asek perasan cun jek. Bahaha!

Sebelum tue nak gak cite pasal implanon. Haritu ade miting kat hotel dengan orang2 KL. Masa tengah pam2 kat surau hotel ade la borak2 gak pasal birth control nie. Rupe2nya orang kat KL tue memang ramai yang ade prob macam saya lepas pakai implanon, especially bab depression tue. Asek rasa nak marah2 and telan orang jer. Huhu...

Ok, berkenaan pil perancang nie, daripada soal selidik saya dengan kawan2 yang pakai, 2 brands yang paling famous  orang banyak pakai ialah Yasmin and Noriday. Yasmin femes sebab dia leh cantikkan kulit gak. Noriday femes sebab sesuai untuk yang breastfeed. 

Bila mintak consultation Dr Lee, dia suggest Cerazette. Noriday tu katenye sama tua dengan umur dia. Cerazette nie antara yang paling latest and paling safe untuk breastfeeding mommies. Cerazette nie pun sesuai untuk orang2 yang ade migrain and obesity, dua2 saya ade tapi saye belom obese lagila, baru overweight. Haha! Harga dia dalam RM30 je untuk kegunaan sebulan.

Pastu kan kalau makan pil nie kelecahan dia adelah kene makan everyday timing yang sama. If terlambat a few hours nanti dah tak berkesan and leh jadi pil kesuburan pulak. Tapi Cerazette nie, if terlupa makan, gap dia adalah 12 jam korang masih protected. Macam Noriday, gap dia 3 jam je. If lepas 3 jam terlupa makan, good luck lah yer. Hahaha!

Oh yes yess! Tinggal hutang 3 entry je lagi! Haha!


Pengalaman Pantang Anak No.2

1. Maid
2. Susu Formula

3. Pengalaman Pantang Anak No.2
4. Anak Angkat
5. Implanon
6. Anak Susuan
7. Pil Perancang

Tatau nak marah kat sape, checklist update blog asek bertambah. Haha! Ok harini nak sambung tajuk pengalaman berpantang anak no.2 yakni encik Arman Aqasha. Now both anak tengah demam selsema, so sementara diorang tengah tido, mari update super laju.

Ok, boleh refer balik entry ini di mana semasa anak pertama saya telah nyaris mengalami postnatal depression. So bila 2nd child nie, saya refer balik checklist2 yang memungkinkan saya stress masa pantang and bernekad untuk mencegahnya dari berulang.

  1. Dulu ade masalah jeles dengan bibik (apentah problem saye masa pantang nih haha!). Pantang tengok bibik pegang Irfan, cam nak sound heyy jangan sentuh anak aku. Wahaha! So 2nd child faktor nie dah tiada sebab memang takde bibik pun masa tue. Bibik muda itu telah lari dari rumah a few months sebelum saya beranak
  2. Masalah asyik demam time pantang. Thanks to Shaklee sebab 2nd time berpantang nie memang tak demam langsung. Sangat super sihat walafiat. Syukur alhamdulillah
  3. Masalah tak cukup makan and asyik kelaparan sebab cam pantang makan adelah sangat ketat, especially bila mama balik and MIL datang. MIL memang jenis yang takde pantang, so dia masak je seme bende. Saye macam takley nak convert immediately dari pantang makan ke trus tak pantang, so saya banyak berlapar dulu. Now hamek ko, tak pantang makan langsung maka tak stress dah bab makan. Hahaha!
  4. Dulu stress sebab abih pantang je terus kene keje department baru dengan bos baru. So dalam pantang dok asek pikir pasal keje je. Now takde dah mende tue. Babai keje opis. Saya rest 2 bulan! Hehe...
  5. Dulu ade masalah susu badan tak berapa nak banyak so sangat struggle buat stok EBM nak masuk keje. Now slow and steady je buat stok and alhamdulillah sempat hit target 100 oz sebelum masuk keje
  6. Anak ke-2 tak banyak ragam and masalah sangat. Syukur sangat doa saya makbul. Pernah berdoa, walaupun anak ke 2 saya harapkan kuar girl, tapi saya kemudiannye tak kesah janji senang jage. Irfan dulu start umur sebulan memang tak pernah berhenti nangis sampai umur dia 2 tahun lebih. Irfan membesar dalam kete je, asek kene bawak naik kete tiap malam untuk tidokan dia. Masa tido jelah dia nak stop nangis pun, tue pun bape jam sari je Irfan tido. 
  7. Dulu ade masalah asyik rasa sunyi dok rumah jage anak. Biasalah orang pantang nie pelik2 sket emosi. Now memang tak sempat nak sunyi. Belum abih pantang dah berjalan merata2 pegi mekap pengantin. Bahaha!
  8. Dulu tak berpantang dengan sempurna, tak panggil makcik urut pun. Now saya panggil datang urut hari2 selama seminggu. Alhamdulillah rasa segar sket badan. Saya juga sempat nak mandi herba, makan jamu, berbengkung, etc. Memang sangat rasa sihat bila dapat berpantang dengan betul.
  9.  
Kesimpulannya pantang kalini memang menggembirakan. Owh memula tue adela stress kat 1 bende jer. Dulu masa anak 1st mama sangat menjaga makan minum saya semasa pantang. Dia memang masak asing untuk saye and husband. Mungkin sebab masa tue saya tengah ade maid, so keje mama ialah masak jer. 2nd child nie, masa beranak tengah takde maid. Mama was trying to ease my burden dengan tolong buat kerja rumah so tugasnye sebagai tukang masak cam distracted sket sebab dah penat buat keje rumah. Memang kadang2 mama tertido je lupa masak untuk saya.

Tapi as I said, tema berpantang kali nie tamau stress so saya mengambil kesempatan itu untuk makan apa sahaja yang saya rasa nak makan. Saya siap masakkan dinner untuk husband lagi. Owh, lupe pula mahu cerita. Hari 1st balik rumah lepas beranak, nesting instinct saya masih belum hilang. Saye stay up malam itu okay untuk kemas rumah. Hari ke-7 tue memang dah gotong royong buat makan2 sempena cukur jambul Arman. Alhamdulillah sangat dikurniakan kekuatan fizikal untuk bergerak aktif sepanjang pantang nie. And bisnes pun berjalan lancar masa tengah pantang.

And saya perasan saya makin sihat bila tak berpantang ketat sangat. Mungkin bila pantang ketat sangat kite jadi stress lalu susu pun tak keluar. Makan tak cukup masa pantang lalu rasa lemah badan. So saya rasa next baby pun saya tamau la pantang2 sangat yang sampai stress jiwa raga. You need energy to take care of your baby, so makan kene cukup. Tapi janganla sampai dok gi bantai fast food hari2, berpada2 lah. And if nak bergerak aktif pun janganlah sampai tahap gi lompat galah. Ikut sekadar kemampuan, tapi janganlah manjakan sangat terbaring terbongkang mengharapkan belaian orang sekelililing. Huhu... So, sekian kisah pantang saya yang menggembirakan.

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.