Injection Anak

Ahaks. List entry yang konon nak buat dulu tak terbuat. Dok gi buat entry lain plak. Haha! Ok hopefully ini adalah last adhoc entry saye. Haha!

Last Friday I was on MC sebab sakit tekak kronik yang telan air liur pum sakit sampai ke telinga. Now pun still sakit and esok nak gi klinik lagi untuk follow up since dah habiskan antibiotik tapi sakit masih tak hilang.

Azam anak ke-2 nie kalau boleh saya taknak lambat bawak anak pergi injection sebab lesson learnt dari Irfan, makin dia besar makin bijak. Nampak hospital dah start nangis, apetah lagi masuk bilik doktor kan.

So walaupun tengah MC, saya bawak Arman pegi injection sebab dah due 2 hari. Pegi sorang2 dengan konfidennye. Hasben offer nak teman pun saye dengan machonye cakap takpe abang keje jer. Saya macho. Haha!

Appointment cucuk pukul 4 tapi kul 4.30 baru leh masuk. Setengah jam menunggu tu saya dengan tenang dok bersila ribakan Arman and main Facebook sampai kene panggil. Kalau bawak Irfan setengah jam tu kami dah berpeluh kot kejar dia and tobat saye takkan bawak dia sorg2 unless bebetul emergency. Haha!

So bile masuk bilik Dr Chen, ayat 1st dia tanya "Where's the abang?" Pastu saye jawab tak bawak tapi dia salah dengar ingat irfan kat luar. And dengan nada terkejut Dr Chen tanya "He's outside??" Saye cakaplah lagi sekali takde bawak Irfan and Dr Chen cakap no wonder lah takde dengar suara. Hahahaha!

Irfan memang lagenda kat klinik Dr Chen tue. Last bawak dia inject ialah bulan lepas. Masa sesi amek berat, suhu and ukur mengukur kat kaunter luar tu dia dah start meraung gear 5 sampai Dr Chen tanye nurse sape yang nangis sebab takut sakit emergency ke ape. So bila nurse cakap Engku Irfan terus Dr Chen cakap "Owh ok" Haha T_T

Nie si Arman kecik nie masuk2 bilik Dr Chen gi sengeh kat semua orang. Agak lama kami haritu sebab injection and kasi rotavirus sekaligus. Sebab dok sebok sengeh kat nurse dia tak sedar dia kene cucuk. End up sampai ke sudah tak nangis. Last month masa amek Hep B nangis la gak masa masuk jarum.

So alhamdulillah dipermudahkan. Dulu cam kagum tengok mak yang boleh bawak anak gi klinik sorang2 now dah dapat merasa. So tolongla kagum dengan saye pulak. Hahaha!

So hopefully Arman takde sakit2 yang boleh melambatkan injection dia macam Irfan dulu. Sebab kami memang amek 2-3 jenis additional injection yang takde dalam kad biru (tak wajib). Yang wajib pun jenuh nao habiskan, nie yang extra lagi banyak kali kene bawak gi klinik. Contoh macam pneumococcal injection saje sampai 4 dose kene amek now tapi dah cakap kat Dr Chen nak amek 2 kali je so lepas umur setahun baru leh start.

Ok sekian kisah bawak Arman pegi inject. Haha.

2 comments:

Faizah^Ramli January 23, 2013 at 2:42 AM  

Hahaha...xpenah miss baca entri kunaz sbb slalu bikin guwe gelak2 seorg...kikiki :P sy bangga dgn kamu sbb bwk bby g injek seorg2...hehe

Anonymous January 27, 2013 at 1:17 AM  

Syabas beta..hah hak.└(^o^)┘

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.