Dugaan Besarkan Anak

Masa Irfan lahir, life was so tiring. 2 tahun lebih tak cukup tidur. 2 tahun lebih struggle bahagikan masa jaga anak, keje opis and bisnes. Masa tu 1st anak kan, takde anak lain untuk compare so I thought memang nie lah dugaan untuk setiap parents. But then, as the time goes by especially bila dah dapat 2nd baby, saye sedar yang saye sebenarnya telah melahirkan seorang anak yang special.

Saya hairan dengan a few ofismate yang cam baru habis pantang tetibe terasa nak pregnant lagi. Saya hairan dengan kawan2 yang nak anak ramai. I was like, heyy korang tak penat ke. Tak stress ke. But then once again setiap anak tue dilahirkan lain ragam and I was destined untuk dapat anak yang sangat meragam. Huhu...

Yes, membesarkan Irfan sangat menguji kami suami isteri. Irfan sangat kuat menangis sejak lahir till now, mungkin bukan menangis, tapi teriak. Haha... Teriakan yang takde sebab tak kira masa dan tempat. And it is still ongoing until now.  And dulu Irfan selalu sangat sakit yang sampai kalau saya dapat tidur tue memanglah sangat ajaib. Saya hanya dapat tidur yang sempurna bila start pregnant no.2 tue pun sebab ade maid masa tue (2nd maid)

Pastu Irfan nie cam entahlah, dia tak boleh duduk diam. Dia hanya diam masa tidur jer. Masa2 lain kene selalu make sure ade bende nak buat, kalau tak dia akan mengamuk. Dia tak macam Arman now yang boleh dok diam tenang sorang2. Irfan didn't watch TV, so nak distract dia pakai TV memang tak dapat. Pastu Irfan cepat bosan dengan aktiviti sama so kene selalu penat hiburkan dia dengan macam2 bende. Sebab tue rumah kitorang sangat banyak toys walaupun kene kutuk kat opismate manjakan sangat anak sebab beli banyak toys. Huhu...

Kalau pegi kedai makan tue, nak tunggu order siap adalah perkara yang sangat meresahkan buat kitorang sebab Irfan bukan budak yang boleh duduk dan tunggu. Pastu now makin besar, kami diduga dengan masalah temper tantrum Irfan plak. Sangat suka mengamuk yang kadang2 membahayakan diri sendiri seperti tarik rambut sendiri and ketuk barang kat kepala sendiri. Mungkin mahukan perhatian.

Pastu rumah takyah cakap la, memang pantang kemas memang dia sepahkan balik. Baling seme bende yang boleh baling. Bukak kabinet dapo, keluarkan pinggan and pecahkan pinggan pun sangat perkara biasa. Aktif tue takyah cakap lah, kalau berlari tue memang laju tak terkejar. And physical dia sangat kuat. Semua orang cakap. So sangatla penat untuk pastikan dia selamat sentiasa.

Nasib baik kami mak ayah awak Irfan. Kalau dapat kat parents yang kurang sabar, rasanya dah lama kuar front page suratkhabar tajuk anak kene dera. Haha! Dulu saya memang kurang tahan dengar suara budak nangis kuat2. Cam nak naik darah jer. Now terpaksa praktikkan biar jer dia nangis so that dia paham takde gune sangat menangis, takde pun orang nak pujuk. Now memang telinga dah sangat immune dah. Kalau dia start wat perangai tue, saya wat bodoh jela.

Tapi lama2 teknik tue dah tak menjadi. Dia bengang takde respon, dia mula main kasar seperti tarik rambut mak ayah dia. Once again, he's a strong boy, memang kalau tarik rambut tue boleh putus segenggam. Bila dia dah start main kasar camtu, memang saya dah terpaksa angkat tangan untuk didik dia walaupun saya tahu masih terlalu awal untuk start pukul anak. Saya nak dia tahu mende yang dia buat tue salah. Percayalah, kalau marah mampu kawal Irfan, saya takkan pukul dia. Tapi memang dia sangat di luar kawalan. Tapi saya bukanla pukul tahap dera anak.

And Irfan senang nak kasi minum susu je kot. Yang lain seme susah. Nak pakai pampers and baju pun till now masih kene struggle. Nak ajar gosok gigi payah, nak ajar bercakap pun payah. And dia masih belum dapat bercakap till now which is mungkin salah satu punca asyik cranky sebab tak dapat sampaikan apa yang dia nak.

So I was having a tough time untuk cari orang yang sanggup jaga Irfan masa saya gi keje. Imaginelah nenek sendiri (both sides) pun surrender. Nak tinggal 15 minit pegi kedai pun cam nightmare bagi diorang. Bape kali rasa nak benti keje jaga anak sendiri. Huhu...

And Irfan sangat mudah jatuh sakit. Tersangat2 mudah. Every week memang wajiblah jumpa Dr Chen tue sampai kitorang dah hafal ubat apa yang akan dapat and end up beli sendiri je kat farmasi sebab tak larat nak queu kat spital sambil manage Irfan. Pernah ada ofismate tanya kenapa pandai2 beli ubat sendiri? Tak sayang anak ke tak bawak pegi spital? Huhu... Minimum seminggu sekali pegi spital for 2 years and dah tau medicines apa nak dapat, please understand that I need an easier way to get those medicines tanpa perlu bawak Irfan. Huhu...

Tapi kami suami isteri percaya besar nanti Irfan akan jadi anak yang akan mudahkan kami. Banyak orang tua cakap camtu. Mungkin ini hanya penyedap hati untuk kami terus bersabar. Huhu... Now pun Irfan is getting better except dia akan buat semua di atas bila dia mengantuk. Tataula ape masalah budak nie, kalau ngantuk tido jela, nie nak lawan2 ngantuk pastu mengamuk tak tentu hala.

Pastu bila Arman lahir, barulah saya dapat rasa nikmat keibuaan yang sebenar. Perasaan bahagia besarkan anak. And tetibe dapat rasa perasaan ofismate yang nak anak next cepat2 even masih dalam pantang. And dah paham perasaan orang nak anak ramai. So kesimpulan yang saya dapat buat, mungkin anak2 diorang sangat behave. Alhamdulillah jaga Arman adalah sangat mudah. Ade lah ragam dia jugak, biasalah baby kan. Tapi sebab dah pernah experience jaga yang teruk, so setakat ragam Arman tue cam takde efek sangat kat saya. Haha! 

Kesian jugak kat Arman. Kalau keluar memana jarang bawak dia, terpaksa tinggalkan kat bibik. Sebab bila keluar dengan Irfan, memang memerlukan 2 tenaga untuk control dia. Banyak kali bila jumpe ofismate kat luar, diorang akan tanya, mana baby? Inilah jawapannye yer. Huhu..

Takpelah, dua-dua anak mama and mama sayang both. Mama terima semua ujian yang anak2 mama berikan. Semoga ia sebagai penghapus dosa mama. And semoga ia membantu meningkatkan tahap kesabaran mama. Mama harap bila anak2 mama besar, kamu semua boleh jaga mama and papa plak. Huhu...


6 comments:

ANAK MAMA SAYANG January 19, 2013 at 7:00 AM  

Irfan hyperactive ke na? Try bwk p playgroup ke? Kat sana dia ajar budak fokus pada seusatu...dulu hantar sofia p playgroup...past tu mmg ada parent yg ada ank macam irfan ni...mmg kesian kat parent tu...sbb ank dia langsung tak buat xtvt mcm budak2 ln..menangis tak tentu pasal..after sebulan, nampak perubahan....tak silap budak tu puntak bercakap sgt....padahal sama umur je ngan sofia time tu...tp mmg kene sabarkan....jaga ank sulung mmg byk dugaan..ank ke 2 lg terasa senang..Allah pun maha adil...tak kan nk uji benda yg kita tak mampu kan...nora dulu ujian sofia asma...tiap2 bulan sakit smp kene kuar masuk hospital..tp sejak lahirkan ikhlas elok plak berhenti sakitnyer...hehe...byk2 sabar...ada bwk irfan p jumpa doktor tak? Mana tahu doktor ada suggest kelas2 yg boleh irfan follow utk kurangkan tantrum dia...

Faizah^Ramli January 19, 2013 at 11:10 PM  

Setiap anak pe'el xsama...agreed!! tp bab ngantok tp xnak tdo asik nk ngamuk aisya pun cam tuh...sanggup tdo sambil berdiri sbb nk lawan rasa ngantok tuh... apa2 pun sy doakan insya allah xlama lg irfan akn jadi anak yg baek... mungkin amik masa sedikit dia nk uji kesabaran mama n papa dia... kesabaran kita sbg seorg ibu tinggi nilainya disisi allah swt...

MammaSun January 20, 2013 at 12:15 AM  

Aku pun selalu dengaq org kata anak2 yg byk hal masa kecik tu lah nanti besaq jd sangat boleh diharap dan berjasa pd mak ayah. Tp doakan semua anak2 sama2 berjasa dan menjadi manusia berjaya dunia akhirat. Ko memang kental!

Azwani Shaari January 21, 2013 at 10:57 PM  

ermmm.. baru nak suggest yg sama.. cuba bawak irfan kpd pakar, mungkin ada sesuatu yg mereka boleh tolong.. at least kalau mmg dia ada 'hyperactive' ke ADHD atau lain2, bleh kesan awal... tp doa2nya semua ok la...aminnn

Kunaz January 22, 2013 at 8:37 AM  

Aah ktorg dulu mcm2 pk. Irfan ni adhd ke? Autism ke? Hyperactive ke? Ms umur dia 10 bln ktorg dh stat anta dia pegi playschool sbb nk keep him occupied dgn activities kalo x dia ngamuk. Slalu suruh cikgu dia monitor irfan whether he needs medical attention or not. According to the principal irfan mmg aktif tpbbkn hyperactive yg pnyakit tue.

Tp ktorg bwk jugak jumpe pakar. Alhamdulillah seme ok. Hearing test ok. N irfan boleh trima n kasi feedback n boleh focus cuma x lama. So ksimpulannye mmg prangai dia cenggitu hahaha.

Kunaz January 22, 2013 at 8:37 AM  

Aah ktorg dulu mcm2 pk. Irfan ni adhd ke? Autism ke? Hyperactive ke? Ms umur dia 10 bln ktorg dh stat anta dia pegi playschool sbb nk keep him occupied dgn activities kalo x dia ngamuk. Slalu suruh cikgu dia monitor irfan whether he needs medical attention or not. According to the principal irfan mmg aktif tpbbkn hyperactive yg pnyakit tue.

Tp ktorg bwk jugak jumpe pakar. Alhamdulillah seme ok. Hearing test ok. N irfan boleh trima n kasi feedback n boleh focus cuma x lama. So ksimpulannye mmg prangai dia cenggitu hahaha.

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.