Irfan vs. Arman

Pospon dulu entry pasal maid and susu formula. Nak cite pasal 2 hero saya kat rumah nie dulu. Arman dah 1 bulan 3 hari arinie. Ramai yang tanya soalan sama "Cane Irfan, ok tak dengan adik baru?" Dah lama nak update pasal nie, baru teringat harini. Hehe...

Ok, sejak pregnant Irfan memang cam tak paham langsung yang dia nak dapat adik. Tatau la kot dia saje buat2 tak paham. So bile adik Arman dah lahir, kesimpulannya dia memang tahu dia dah ade adik, cuma bebuat tak tahu.


Nie gamba 1st day Arman balik rumah. Irfan tue happy sebab orang amek gamba dia, bukan sebab happy dapat adik. Haha! Ok, Irfan actually sangat jeles dengan adik dia tapi cara jeles dia tue sangat complicated. Sampai ke harini dia buat tak nampak je kewujudan adik dia. Kalau saye or hubby tengah pegang Arman, Irfan yang tengah eksaited lari2 nak datang kat kitorang akan stop bile nampak kitorang pegang Arman, and uturn balik tak jadi datang. 

And banyak kali bila Irfan terlalu rindukan saya tapi masa tue saya tengah pegang Arman, dia akan amek henfon saya and tengok gambar2 saya kat henfon. Tengok video kitorang bersama lah and then gelak sorang2. Bila Arman takde dengan saya baru dia akan datang peluk2, kiss2 and manje2 dengan saya. Dramatik kan? 

Dia tak pernah pukul or sakitkan adik dia lagi so far tapi jenis jeles camni bahaya, sebab dia pendamkan je perasaan dia. So sebagai parents yang prihatin memang kami manjakan jugak si abang Irfan nie at the same time cuba semai rasa sayang Irfan pada Arman. Penat okay membahagi kasih sayang sama rata untuk anak2. So jantan2 kat luar sana, kalau nak kawen dua tue pikirla namratus kali, I nak bahagi kasih sayang kat anak2 pun struggle. Inikan bini yang lagi banyak songehnye. Hahaha!

And a few times Irfan terkantoi yang dia sebenarnya sayang adik. Haritu Arman nangis kat sofa and tengah takde orang time tue, ade Irfan jek. Irfan gi amek puting and sumbat dalam mulut Arman. Bile saya datang menjerit and tepuk tangan, Irfan cecepat lari. Nie namanya abang yang ego. Sayang tapi ego. Huhu..


Now Irfan dah boleh dok dekat dengan Arman dah sesket. Ok now Irfan vs Arman. Alhamdulillah, setakat umur Arman sebulan lebih nie, sangat senang nak jaga budak nie. Beza 100 kaliganda dari Irfan ok. Arman nangis time lapar jer and merengek sket kalo mintak dukung. Other than that mmg takde isu langsung except a few weeks after lahir clock dia cam tarbalik sket. Siang hari kemain lama tido, malam hari sejam sekali bangun lapar. Now alhamdulillah dia bangun malam 2-3 kali camtu jek, takdelah tiap jam. Huhu...

Irfan dulu till now, nak tido and bangun tido akan nangis melalak2. Till now. Arman nie saye nak kene tengok2kan selalu sebab dia tido dan bangun tido saya asek tak sedar sebab diam jer. Tapi kalau dia start nangis sebab lapar memang high pitch gila and nangis tak menyempat2 cam kebulur sebulan tak makan. Huhu...

Kesimpulannya, walaupun dah ade baby baru now, 9/10 dari tangisan rumah ini adalah milik Irfan. Masa Irfan dulu saya tak sabar tunggu Irfan besar. Masa umur Irfan seminggu tak sabar tunggu dia sebulan. Pastu tak sabar tunggu dia setahun. Now saya tak sabar tunggu dia umur 4 tahun which I hope dia dah totally behave dah masa tue. Arman nie, owhh you are so adorable. Tak payahlah besar, jadilah baby selama2nya. Hahaha!

So legalah jugak. Memule dulu seriusly sangat tak redi nak pregnant no-2 sebab takut ade sorang lagi perangai macam Irfan memang mati tak sempat tengok cucu kot saye nanti. Haha! So alhamdulillah, sangat tenang jage anak this time. Kalau tak kerana beranak czer aritu, saya tak teragak2 nak pregnant lagi sekali. Wahaha! So dapat tak korang bayangkan keperitan hidup saya jage Irfan selama nie? Hahaha!

Cane2 pun saye sayang semua anak2 saye. Saya percaya ada hikmah suatu hari nanti. Ramai dah sangat yang cakap insyaallah besar nanti Irfan akan jadi anak yang dibanggakan sebab ramai budak yang susah nak handle masa kecik tapi bile besar adalah sangat behave. Yelah, smoga Irfan macam tue lah nanti. And Arman pun, baik masa kecik nie bsar2 nanti menten la baik jugak yer nak... Hihi...



Ok yang gambar atas adalah semua gambar Irfan and yang bawah adalah Arman. Lebih kurangkan muke diorang mase kecik? Huhu...


Arman dah sebulan time nie. Nie baby Shaklee saye. Nanti boleh buat entry pasal baby Shaklee plak kan? Huhu....

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.