Dear Drama Queen

Hi Drama Queen.. I dedicate this entry to you. Di sini saya ingin meng-express-kan rasa kecewa yang amat dahsyat kepada kamu. Kamu memang seorang drama queen yang hebat. Hampir 2 tahun saye dah letak 100% kepercayaan kepada kamu sehingga kehebatan kamu saya warwarkan kepada ramai orang. Dan hampir 2 tahun juga saye rupa-rupanya tertipu dengan kamu. Mungkin isu ini tidak nampak besar pada certain orang tapi penipuan kamu terbongkar di kala saya tengah sarat mengandung dan penuh beremosi. Maka, beban kekecewaan itu terasa extra besar buat saya.

Lalu saya telah mengambil langkah untuk mengundur dari hidup kamu. Mungkin nampak terburu-buru, tapi dalam waktu yang sama banyak "penyelidikan" yang telah saya buat. Saya bukan dengar 1 side sahaja, dan bukan juga 2 side sahaja, malah berside-side. Yer memang betul, sampai sekarang semuanya masih belum jelas sejelas-jelasnya, namun ketika penyelidikan dijalankan, 4-5 penipuan yang dah terbukti memang tipu dah berjaya saya spot. Banyak drama yang telah kamu create hanya untuk menutup 1 isu pada asalnya. And itu menambahkan kekecewaan saya.

Once sudah merasa tertipu, saya sudah rasa hilang kepercayaan. Ingat, saya pernah letak 100% kepercayaan pada kamu. Apa lagi yang kamu tipu di belakang saya wahai drama queen. Tapi saya masih kagum dengan kehebatan kamu mereka drama-drama itu sehingga buat saya dan yang lain nyaris tertipu. Kadang2 saya sampai berfikiran negative, kamu survive hingga kini mungkin adalah kerana kehebatan kamu mengekalkan status drama queen kamu. 

And selepas pengunduran saya, saya dengar kamu sudah ada a few improvement. After 2 years baru nak improve? Dah jadi camni baru nak improve? Or betul ke improve or sekadar satu lagi drama kamu untuk menutup mata semua orang? Ok tak apalah, kali ini saya positif pula. Saya doakan itu adalah improvement yang kekal kerana it's good for you and untuk yang lain juga. Walaupun saya tidak sempat merasa nikmat improvement yang kamu buat, it's okay. Saya masih akan terus berundur kerana kekecewaan belum terubat...


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.