On Long MC

OMG. Last entry adalah pada 9 Oct. Arini dah 31 Oct. Nak dekat sebulan tak update blog rupenye. Actually dah 2 weeks plus bercuti di rumah. Last 2 week habiskan annual leave, and starting from last week saye dah start on MC. Esok mama sampai dari Besut and Isnin depan adelah due date beranak.

Dalam 2 minggu dok rumah nie, jadual adelah sangat padat. Time saya tak sihat (I have a series of leaking problem + constant Braxton yang agak kuat dan menyakitkan) memang terbongkang jelah keje. Pastu cam biasalah dok ulang alik jumpe gynae dengan physian (for my gestational diabetes). Pastu dok busy arrange cari maid. Macam2 halangan okay nak cari maid end up bajet yang diallocate untuk carik maid saye pakai wat beli perabot baru.

Yer tebiat hodoh nak beranak dah start. Dulu masa nak beranak Irfan pun dok gile renovate rumah and buat kitchen kabinet bagai. Nie start balik. Dalam 2 weeks cuti nie saja dah ade 5 perabot baru masuk rumah. Tinggal 1 lagi, hope sempat masuk rumah before beranak. So now nesting habit adalah sangat dahsyat. Asek nak ngemas rumah jek. And Irfan lak keje sepahkan rumah jek, so memang tak berkesudahan lah kisah kemas rumah nie.

And yes busy bisnes jugak. Nantilah kalau free akan updet pasal bisnes. Tapi sangat kelakar sebab ade customer Shaklee marah2 nape blog saya takde produk nie. Dia terpaksa tengok blog orang lain and then order dengan saye. So struggle la update la jugak blog bisnes walopun memang siput sedut laa progress. Tak terkejar nak buat seme bende sekaligus. Huhu...

And now of courselah busy buat PPA dari jarak jauh nie. Benciiii! Esok dateline. Baru start wat semalam. Haha! Oklah, nanti sambung updet lagi (hopefully). Huhu...

Kes Pijak Perut

Kes 1: Saya tengah tido menelentang tetibe Irfan datang hempas badan atas perut sya yang boyot.

Kes 2: Saya tengah tido mengereng tetibe Irfan datang duduk atas perut, konon nak menyandar kat mama dia.

Kes 3: Saya tengah tido tepi tingkap tetibe Irfan datang pijak perut sebab nak tengok luar tingkap.

Kes 4: Irfan gedik nak berdukung lalu panjat badan saya dari bawah sampai ke atas termasuk memijak perut saya.

Kes 5: Irfan suke menggelupur tak tentu hala lalu tertendang perut saya banyak kali.

Kes 6: Saya tengah cucuk insulin kat perut tetibe Irfan datang terjah sampai jarum terodok masuk perut. Wujud ke term terodok tue?

Saya rasa seperti mahu mengikat kuali di perut sebagai protection dari serangan anak sendiri. Buat adik Irfan, thanks sebab masih survive hingga kini. Semoga kita akan terus bersabar sampai kamu keluar yer baby.

Mama Mintak Maaf Irfan

Irfan, mama mintak maaf. Lately mama banyak sangat marah2 and pukul2 Irfan. Mama tak suka and tak bangga pun buat semua tue. Banyak kali lepas mama pukul Irfan, mama pulak yang nangis pastu. Tapi bila perangai Irfan dah terlalu di luar kawalan, that is the best way untuk sedarkan Irfan yang apa Irfan buat tue salah.

Yer, kalau nak compare dengan papa, mama lagik garang. Mama lagi banyak marah and pukul Irfan. Tapi, papepun, mama yang Irfan cari dulu kan? Even lepas kita "bergaduh" besar, 10 minit lepas tue Irfan boleh datang balik cium pipi mama and peluk mama, seolah2 tak pernah ingat mama marah Irfan. Semalam Irfan tertido sambil nangis sebab mama marah Irfan teruk. Tapi bila Irfan bangun tido, the 1st thing yang Irfan buat adalah cari mama untuk peluk and cium mama... And Irfan tak pernah pun kiss papa macam tue. Huhu...

Mama harap hubungan kita akan terus begini. Mama harap Irfan paham yang mama marah bukan sebab benci, tapi sebab sayang. Orang cakap bila anak ke-2 nak lahir, anak sulung memang selalu extra crancky sebab jeles. Irfan jangan risau sayang... Mama tetap sayang Irfan. Cuma di minggu2 terakhir pregnant nie mama mintak Irfan behave sket ok. Mama dahla dah kene diabetes, takmola kene high blood plak. Huhu... Once again, I'm sorry and I love you...


Sambung Updet Kehidupan

Terasa adalah sangat hebat bila dapat buat 2 entry sehari dalam keadaan macam nie. Haha! Ok, mari sambung update. Iskk makin nak beranak makin kuat lak dugaan. 1st nak update yang pasal gestational diabetes (as promised).

1st week treatment adalah control diet sahaja, berbekalkan set untuk cek glucose level dan buku rekod. Kene amek rekod darah before and after breakfast, lunch and dinner. 6 kali sari kene cucuk kat jari amek darah. Saye nie walaupun berani banyak bende, actually amek darah adalah perkara yang menakutkan buat saya. 1st few injections hasben yang buatkan sebab dia dah biasa, my FIL dah berpuluh tahun diabetes. Pastu dah berani buat sendiri. Yelah, jarum cucuk jari tue tak nampak pun physically, hanya nampak sebatang pen jek pastu picit kat jari, kuarlah darah. Nak kene tahan rasa cuak bila nak picit pen tue jelah.

Seminggu strict diet tue memang suffer okay. Imagine la nasik takley, mee takley, roti takley, buah takley, sayur jek boleh. Memang lembik selembik2nye. Terlalu mengejut kot body takley adapt so sakit kepala sangat horror, masa tido jek tak sakit. Bangun tido terus sakit balik. Seminggu tue MC ok (tapi Jumaat kene gi opis gak sebab kene buat keje orang mintak)

Cukup seminggu, pegi follow up balik. Demit, dah tahap lembik tak makan, saye nye glucose level masih tak menepati selera Dr Yeo lalu decisionnya adalah kene cucuk insulin. Memula kene cucuk kat perut sekali sehari before tido. Masa nurse buat demo cara cucuk, aaaaa rasa nak nangis menyembah nurse tue mintak dia bekalkan ubat bius sekali. Hahaha! Sebab jarum itu adalah nampak physically, kene guide jarum tue cucuk masuk perut (which means kene tengok jarum tue menembusi perut) pastu baru leh picit ubat insulin tue masuk jarum tue. Hasben pun bile tengok gitu caranya trus tak berani nak tolong cucuk. Haha!

2 hari cucuk insulin, kesan tak berapa significant, so naikkan dose. Cukup seminggu gi follow up lagi. Rekod ok untuk masa puasa jek, which is rekod yang diambil before breakfast and last makan adalah kul 10 malam. Waktu2 lain Dr Yeo cakap mash tinggi. Hormon saya adalah amat tak stabil. Kadang2 tak makan pape pun glucose level leh jadi tinggi. And haritu pernah minum milo kosong sekali kat opis, rendah lak reading dia. So minggu ke-3 tue Dr Yeo kasi 1 jenis lagi insulin, this time kene inject kat perut gak tapi 10 minit before makan, which is before bekfes, lunch and dinner. Yang malam before tido maintain cucuk insulin yang dapat memula dulu. So sehari saya kene cucuk 4 kali kat perut. And saya kene buat nie sampai beranak okay. Sabo jelah.... Perut dah penuh parut cucuk ala2 drug addict dah.

Owh menyebut pasal perut, masa memula nurse nak ajar cara cucuk, 2 nurse tue tetibe dok kagum ngan perut saya and dok main gosok2. Katenye perut saya cantik takde stretch mark. Tapi sekarang, dah tak cantik, dah penuh dengan parut luka cucuk insulin. Huhu.... And pastu masa nak cucuk insulin, patut kene picit sket kulit perut. Problemnye perut saya dah sangat tegang takde tempat yang boleh dipicit pun. End up benam camtu jek jarum kat perut. Haha.. T_T

Ok habis pasal gestational diabetes. Pregnant 3rd trimester memang dah memenatkan. Kene diabetes pun memang sangat memenatkan. So combination dua tue paham2 jelah. Pastu makin nak beranak nie, Irfan nye cranky makin dahsyat, atau dengan ayat jujurnya makin menyakitkan hati. Seriusly tapak tangan saya nie sampai dah naik pedih sebab asek dok pukul dia. Mana tak marah, tak kene sket ngamuk tarik rambut saya sampai putus bergenggam2. Pastu seme bende nak menggelupur. Pakai pampers, mandi, pakai baju, naik kete, dukung, etc seme nak menggelupur. Pastu mulelah tertendang perut saye yang dah sarat nie. Saya dah tak cukup kuat nak kejar dia or nak dukung lama2 so that dia tak lari2. Ape yang boleh saya buat memang terpaksa selalu tinggikan suara. Memang mak rimau abih lah.

Pastu kat opis lak, makin nak beranak nie la tetibe cam seme bende penting. Seme bende nak dear Kunaz. MC seminggu pun ari2 orang opis call. Fedap okay. Nak beranak pun tak senang. Saya gi opis pun nak siapkan keje sendiri, tapi orang lain dok sebok dok push nak suh assist keje diorang gak sampai keje saye tertolak ke belakang. Busy saya memang tak pernah menang. Busy cemane pun, buat gak keje urgent orang lain. Dulu tak kesah sangat buat keje extra, now tengah tak larat nie hangin la jugak. Haha. Owh beranak la cepat, tak bagus betul emo begini.

BTW, next week adalah my last week keje. Pastu cuti dah. Nanti masa cuti, nak uruskan pasal new maid lagi. Tau tak barang baby baru pun takde lagi. Haha T_T Nak kuar shopping pun tak larat dah. Berat sangat dah rasanya beban kat rahim nie. Kalau nak kuar shopping memang kene tinggal Irfan umah babysitter. 

Owh yer, menyebut babysitter, disebabkan kedahsyatan perangai Irfan, saye tak pernah berani hantar Irfan ke babysitter. Tatau babysitter cukup sabar ke tak sebab saya pun kadangkala hilang sabar dengan anak sendiri. Huhu.. Tapi babysiter Irfan ini adalah x-teacher Irfan masa kat nursery dulu so takde prob sangat. So far so good. Yang penting cukup makan minum anak saye sekarang. Haritu masa bawak Irfan cucuk JE pun Dr Chen cakap graph pembesaran and berat badan Irfan dah makin bagus. Alhamdulillah...

Oklah dah panjang. Nanti kalau diberi peluang akan sambung lagi. Plan nak buat to-do-list sempena nak beranak seperti siapkan beg beranak. Huhu...


Dear Drama Queen

Hi Drama Queen.. I dedicate this entry to you. Di sini saya ingin meng-express-kan rasa kecewa yang amat dahsyat kepada kamu. Kamu memang seorang drama queen yang hebat. Hampir 2 tahun saye dah letak 100% kepercayaan kepada kamu sehingga kehebatan kamu saya warwarkan kepada ramai orang. Dan hampir 2 tahun juga saye rupa-rupanya tertipu dengan kamu. Mungkin isu ini tidak nampak besar pada certain orang tapi penipuan kamu terbongkar di kala saya tengah sarat mengandung dan penuh beremosi. Maka, beban kekecewaan itu terasa extra besar buat saya.

Lalu saya telah mengambil langkah untuk mengundur dari hidup kamu. Mungkin nampak terburu-buru, tapi dalam waktu yang sama banyak "penyelidikan" yang telah saya buat. Saya bukan dengar 1 side sahaja, dan bukan juga 2 side sahaja, malah berside-side. Yer memang betul, sampai sekarang semuanya masih belum jelas sejelas-jelasnya, namun ketika penyelidikan dijalankan, 4-5 penipuan yang dah terbukti memang tipu dah berjaya saya spot. Banyak drama yang telah kamu create hanya untuk menutup 1 isu pada asalnya. And itu menambahkan kekecewaan saya.

Once sudah merasa tertipu, saya sudah rasa hilang kepercayaan. Ingat, saya pernah letak 100% kepercayaan pada kamu. Apa lagi yang kamu tipu di belakang saya wahai drama queen. Tapi saya masih kagum dengan kehebatan kamu mereka drama-drama itu sehingga buat saya dan yang lain nyaris tertipu. Kadang2 saya sampai berfikiran negative, kamu survive hingga kini mungkin adalah kerana kehebatan kamu mengekalkan status drama queen kamu. 

And selepas pengunduran saya, saya dengar kamu sudah ada a few improvement. After 2 years baru nak improve? Dah jadi camni baru nak improve? Or betul ke improve or sekadar satu lagi drama kamu untuk menutup mata semua orang? Ok tak apalah, kali ini saya positif pula. Saya doakan itu adalah improvement yang kekal kerana it's good for you and untuk yang lain juga. Walaupun saya tidak sempat merasa nikmat improvement yang kamu buat, it's okay. Saya masih akan terus berundur kerana kekecewaan belum terubat...


Saye Tak Sehat...

Huhuhu nangis... Sila refer kembali entry lepas yang bertajuk Update Kehidupan di Miri. Di dalam entry itu kononnye the only thing yang buat saya lega adalah sebab dah ade replacement before cuti beranak. Ok tarik balik, dah tak berapa nak lega. That partner pun suddenly kene gi Production Academy gak, and most probably dia pegi dulu before saya beranak. I baru plan nak keje sampai 1st week of October jek then amek MC sampai beranak, but then kene extend sket lagi untuk train A NEW PARTNER. Owh shitt I'm damn tired! This is the 5th time dah kot. Mengah mak nyah...

Selain itu, masalah baru pun bertambah lagi. Last checkup dengan Dr Mattu adalah masa week 29. Next checkup adalah 4 minggu kemudian di week 32. In between tue saye suddenly ade emergency di mana tetibe mengalami leaking yang agak berhari-hari. Takde peluang jumpe Dr Mattu (his schedule is so so tight this year) so I went to see Dr Lee, another good gynae at MCMC. Kat situlah tetibe discover yang my baby nye measurement is quite big, besar 4 weeks dari saiz yang dia patut besar. So kalo tarikh beranak itu direvisekan ikut saiz baby, maka saya dijangka beranak sebulan awal. 

And then at week 32, buat further checkup dengan Dr Mattu. Ok saya disahkan menghidap gestational diabetes. My reading was 14.2. Patut kene bawak 6.5. Huhu... FYI, gestational diabetes nie adalah diabetes yang kene time pregnant jek (macam yang high blood masa pregnant jek, 2 penyakit nie la yang orang takmo kene masa pregnant), normally masa 3rd trimester, ada yang lagi awal. 3 sebab saye kene ialah dah overweight before pregnant (sebab tue dulu plan nak kurus lu) + both parents ade history diabetes + previous baby lahir besar/berat. Tambahlah lagi 1 sebab, memang 2nd pregnancy nie buang tabiat sangat suke makan mende manis tak hengat dunia. Sebbaik week 32 baru kene.

No wonder saya terlebih penat dari biasa. Diabetes rupanya. Ingatkan banyak angin dalam badan. Apa bahaya gestational diabetes? Ok, hormon yang tak stabil takley produce insulin yang cukup untuk proses gula dalam badan kita, so baby kije dok serap gula jek lalu baby akan jadi makin besar hari demi hari. Macam adik Irfan nie la dah besar 4 minggu advanced. Patutla 1 opis dok tego dah sarat sangat. Memang sangat berat pun okay. And di samping itu saya turut mengalami serangan Braxton Hicks yang sangat kerap, dah nak masuk 3 weeks dah constant BH. Kalo tak sakit takpe, ini sakit okay!

So bile glucose level dah 14.2 tu, my gynae terus refer saya ke seorang specialist. So 1st day jumpa dia which was last weekend, saye kene cut my carbo and sugar intake 100% dengan mengejut. Wuwuwu... Impact dia adalah lemah dan sakit kepala yang sangat kronik sampai kene bedrest. Bayangkanlah, masa 3rd trimester nie selera makan saya cam harimau jadian, tetibe kene cut mengejut camtu. Boleh makan sayur jek memula tue. Pastu kene test darah 4-6 kali sehari isi dalam log book dia. Sampai seminggu kene gi jumpe specialist tue balik untuk review and decide either saya perlu cucuk2 insulin ke tak. So apoimen itu adalah pada pagi ini. Nanti kalau berkesempatan akan diupdate lagi.

Saya tatau cane nak beranak nanti. Beranak needs energy and I'm too weak right now sebab tak cukup makan. Semalam cam ala2 nak reward diri sendiri sebab berjaya diet seminggu to control the glucose level, lalu pegi makan kat kedai and order nescafe o ais kurang manis. Ha kau, memang naik kaw2 nye glucose tapi rasa puas hati sebab sempat rasa energetic and sempat update 1 entry Shaklee kat blog Beyond Mama.

Owh menyebut pasal business, jangan risau. Bisnes mak bidan masih berjalan. Aritu MC seminggu pun alhamdulillah kaw2 rezeki masuk. Saye pun kaw2 gi drive kete buat delivery. Haha! Bisnes mekap lak terhad pada jualan alat mekap je yer, servis and kelas memang stop totally dulu, mak andam bawak kete pun perut dah tersangkut kat stereng kete. Thanks to all sebab banyak buyer datang dari blog Kunaz nie instead of Beyond Mama. Huhu.. Tapi mintak maap kalau respon SMS and email adalah super slow. Mess up tak abih2 lagi nie dengan isu keje, maid, nursery, health, etc.

Oklah watever it is, it is what it is (maybe kesan gestational diabetes boleh buat sorang tue jadi bongok jugak).

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.