Updet Kehidupan di Miri

Dah lama tak menulis blog dengan penuh perasaan. Tulis sekadar nak update jek. I'm on sick leave today (will update dalam entry nie jugak) and Isnin nie pun public holiday, so meaning saya weekend 4 hari lah this week. Hihi...

Ok, kehidupan agak up and down sekarang. The only thing yang buat saya super lega ialah sebab dah ade working partner untuk takeover kerja-kerja saya bila saya cuti bersalin nanti. And she is a fast learner and agak independant. Ok, saya dah pernah handover kerja pada 4 working partner yang tak pernah lekat. And saya bukan jenis manusia yang handover keje on a piece of paper or through a piece of email only.

Macam last time, for the 1st few months saya bawak partner saya to any meetings and suruh dia observed the way I present and respond to the question. Handover keje plak, siap ade manual bertulis step by step untuk setiap task yang berbeza. Ajar teori almost everyday untuk relate dengan apa yang kene buat, etc. Sehari sampai berjam2 keje ngajar jek sambil selang seli buat keje opis. It takes an effort gak la untuk handover keje, especially bile you terpaksa terlepas dateline sebab nak train new partner buat keje untuk dateline tue so that dia experience buat sendiri (but with guidance). Saye tau penatnye struggle kalau orang tak handover bebetul (dah penah merasa pun)

So, untuk new working partner nie, saye cam gak agresif sket handover. Instead of tunjuk2 example, saya suruh dia buat terus (but again with guidance). Sebab I have limited time dah. Saye boleh deliver bebila masa jek bulan Oct nie. Saya siap sempat mintak maaf lagi kalau the way I handover agak harsh and tak semanja saya handover kat orang lain, but she is fine with it.

Ok, tu jelah kot mende yang nak dilegakan. Yang lain agak hampeh. 1st, maid lari di saat tengah sarat pregnant nak beranak dah. Dahla tue, siap bawak lari sekali barang dalam rumah. Yang nie memang till now saya kecik hati. Malam sebelum dia balik raya tue, kami pegila spot check bilik dia sebab dia tidokan Irfan dalam bilik Irfan. Bijak pompuan bodoh tue. Dia tak terus pack bag malam tue, tapi dia susun2 baju2 and barang2 dia luar beg. So kami tak tahu barang mana yang dia nak bawak masuk beg. Sebab bilik tue cam campur dengan barang2 rumah kitorang jugak.

So kitorang observe apa barang yang ada dalam bilik tue. Mana yang saya rasa saya takkan kasi dia curi saya ambil bawak keluar sesiap. Antaranya brooch2 yang cantik + cincin tunang hasben (which I dont know camne boleh masuk dalam bilik dia + aksesori rambut yang cantik. Yang saya rasa cam tak pakai sangat saya biarkan je dalam bilik tue nak tengok esok tue hilang ke tak.

Kesimpulannya memang hilang esok tue lepas dia balik. Konfem curik. Kasut saya sampai 2 pasang dicuriknya termasuk kasut hantaran kawen. Dah pompuan bajet cun walopun hodoh kan, barang2 curik pun adalah barang2 bergaya cam kasut, brooch, aksesori rambut, alat mekap and duit pun ade curi gak sket. Seriusly memang makan hati. Kalau kami majikan jahat lainlah. Nie mewah gila hidup dia kat rumah nie, cani dia balas kat kitorang. Memang saya takkan halalkan sampai matilah.

Bila dah konfem maid tak balik sini lagi, terpaksa kitorang ungkit pasal barang2 yang dia curik. Cakap nak report polis. Kemain sampai berbelas2 SMS dia hantar merayu jangan report polis and jangan bitau family dia. Pastu Tuhan memang nak tunjuk, sebab sibuk sangat dok curik barang, dia tertinggal diari dia di rumah kami. Kami ugut nak kasi diari tu kat family dia (dia ada abang di Miri). Tue pun dia merayu mintak bakarkan diari tue instead of kasi abang dia. Hello, takdenye saya baik sangat nak layan seme kehendak dia.

Kami dah selamat report polis dah pun and copy report tue kami akan kasi dengan diari tue kat abang dia next week. Biar seme orang tahu, yang bawak masalah ialah dia, bukam kami. Dalam diari tue 90% adalah pasal masalah cinta dia. Buweekk.. Maid indon nie kalo dah bercinta memang bangang la. Maid 1st dulu pun berubah sebab bercinta. Mungkin kat Indon banyak sangat sinetron cinta yang merepek dan melalaikan, maid plak tak cukup education, memang terbawak2 ah.

Ok, 2nd bila maid takde terpaksa hantar Irfan full day kat nursery. Tetibe kitorang dapat news tentang a few unpleasant things about the nursery. Mungkin tak affect orang lain, tapi isue tue agak affect me and some of my friends yang turut hantar anak kat situ. So tetibe satu keje lak nak cari solution either tukar nursery, or cari babysitter or expedite amek maid baru. And sekarang Irfan dah selamat dalam jagaan seorang babysitter sebagai short term solution sebelum kami pikir solution lain lagi. Seriusly serabut sangat, especially masa husbanda tengah duty so banyak bende dia takley buat termasuk nak uruskan Irfan pagi2 cam biasa.

3rd, my pregnancy plak tetibe cam ade banyak keraguan. Kepala baby dah start masuk pintu birth canal and kalau ikut size baby, saya mungkin boleh beranak sebulan awal. Sebulan awal tue banyak perbezaannya okay. Patut mid Nov now dah jadi mid Oct. Owh inilah punca dapat sick leave actually. Sebab perut bahagian pusat ke bawah asek mengeras bape minit sekali dalam sehari. Pastu kalo jalan laju rasa sakit sangat, rasa cam terkoyak2 kat bawah. Huhu... Dengan dah takde maid now, kalau tetibe tersakit beranak sure kalut hasben nak urus saya lagi and Irfan lagi. Tiket mama tatau nak beli bile dah. Mama still keje, cuti pun dah tak tinggal banyak. Seriusly berserabut. 

4th, energy saya memang dah significantly dropped sangat now. Balik ofis tue, malam tue bedridden jek. Contribution saya now cumalah tidurkan Irfan and bangun buat susu kalau Irfan terjaga lapar. Keje rumah memang tak larat sangat dah nak buat. Hasben yang buat seme keje rumah now. Dulu time hasben buat keje rumah, bersemangatla gak saya tolong. Now cam mampu pandang sambil rasa nak nangis sebab tak larat nak tolong. Dahla 2 minggu nie hasben duty, so kene kuar keje awal and balik lambat. So 2 minggu nie, tugas uruskan Irfan seme saya kene buat sorang2. Nak siapkan dia gi sekolah bukan senang. Nak kejutkan tido, mandikan, basuh berak, masak bekfes, siapkan beg, layan dia ngamuk, hantar and amek gi sekolah, etc. Fuuuhhh... Nak terberanak.

And now ade sorang ejen maid offer new maid. Duit lagi. Dah bape belas ribu abih kat maid. Hasben berminat nak amek, tapi saya masih belom ade excitement. Ntahlah mungkin terasa hati yang amat sangat dengan maid haritu. Tengoklah cane nanti. Sekarang nie penat mengandung cam dah bunuh segala pertimbangan saya. Huhuhu...Ok mari sambung mengharungi hidup di Miri.


3 comments:

crvmin sudin September 20, 2012 at 12:02 PM  

Salam sis,nak tanya ckt pasal miri bole..pasal rumah..life and so all...bukan apa insyallah nak berhijrah ke sana december niii ikut husband..
sesambil tuu nak cari juga leee kenalan...heeee salam kenal sis..& take care yaa moga dipermudahkan bersalin nanti...

crvmin sudin September 20, 2012 at 12:02 PM  

my email crvmin@gmail.com

Golden Lounge September 21, 2012 at 4:23 AM  

mak aiii..betahun aku x bukak ni..dok bombad wasap kat kau dengan tenang..sori la yer..hihu...aku sebok ngn blog kau yg satu tu lagi je..hisss...buruk perangai tak kaver..
ok take care ye...xde bnda nk komen dah rs cm baru stgh jam lepas wasap kau tnya updet..hahaha

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.