The Runaway Maid

Yer saya perasan saya dah lama tak update blog, tapi nak buat cemane dah takleh nak elak. Seperti yang dijangka maid memang dah tak balik terus and sejak tue memang masa untuk sentuh laptop adalah sangat limited, even during weekends pun tak sempat.

Alhamdulillah in terms of managing the house, masih under control sebab saye ade suami yang pembersih dan neat-freak. Nie pun antara sebab yang saya saiko takley tengok rumah sepah. Hasben akan bersih and kemaskan sendiri rumah kalo bersepah and kita sebagai isteri haruslah berasa agak loser kan... Tapi now dengan dah sarat pregnant, loser pun loser lah.. Now memang kitorang back to back bersihkan rumah.  Kalau tak sempat, saya akan bangun tido dalam kul 1 pagi untuk sambung kemas barang2 yang Irfan lingkupkan.

Pagi2, kalau tak kene duty, hasben akan mandikan and hantar Irfan gi sekolah. So now Irfan dah full day lah kat nursery. Kesimpulannya bab rumah and bab Irfan masih under control so far. Cumanya, kalo time ade mekap job during the weekends tue memang amatlah sakit. Macam last weekend, sebbaik tue our very last job.

Kul 630 pagi dah bangun kejut mandikan Irfan. Nak angkut beg mekap + beg hair tools, angkut Irfan lagi yang ngamuk2 kene paksa bangun. Kat rumah pengantin lak cranky sampai hasben terpaksa bawak keluar dia naek kete. Tinggallah saya seketul beraksi dalam keadaan boyot. Kalau tak, hasben yang tolong siapkan pengantin lelaki, tolong setup hair tools, etc.

Sebbaik pengantin lelaki tue adalah orang SKO yang sangat sporting. Seriusly, before this saya boleh siapkan pengantin sejam sebelum event, now time tengah boyot mengah nie, 10 minit before event baru siap. Tue pun kelam kabut gila. Mekap sampai malam. Macam2 dugaan gi mekap bawak Irfan.

Pastu since hujung2 ramadhan sampai a few weeks lepas raya, saya adalah penjaga kedai kat ofis tue sebab majoriti staff balik cuti raya dengan lamanya. Haru jugak nak tolong cover keje OE, PS and FA at the same time (assume jela korang paham jawatan2 tue haha). Sangat takut kalau Irfan demam or sakit sebab nanti takde cara lain saya terpaksa cuti and memang ade kene cuti sebab Irfan sakit. Aduuhh...

So memang sangat penat last few weeks nak uruskan rumah, anak, keje opis and bisnes dalam keadaan pregnant 3rd trimester nie. Tapi Allah itu Maha Adil. Di sebalik dugaan yang Dia kasi, ada juga keindahan yang dikurniakanNya. Bisnes mak bidan saya kat blog Beyond Mama sangat mendapat sambutan. Kalau tak everyday, selang sari ade je masuk order. Kadang2 sale sampai RM1K sehari. Memang sangat syukur. Tue yang lagi tak cukup masa nak update blog. Sebbek hasben sangat super sporting and banyak tolong especially bab delivery.

Ok, nanti nak buat short update pasal raya kat Miri and then mungkin blog ini akan terabai lagi for a few weeks. Penatnye nak update 2-3 blog. Huhu...


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.