Raya 2012 di Miri




Yeayy berjaya buat 2 entry sehari. Haa tue the only gambar raya yang kitorang ada. Takde baju raya. Raya pakai tshirt. Bongok tak kitorang? Hahaha! Ahh dah memang agak, kalau dah raya kat Miri tue memanglah takkan nak meriah sangat. Dahlah maid dah blah awal2 lagi seminggu lebih before raya. Anak sakit lagi, keje opis menimbun lagi, etc. so nak beli baju raya pun tak sempat.

Sebab tak balik beraya adalah sebab mama tak kasi saya balik. May haritu dah balik adik ipar kawen. Kitorang memang takde istilah balik ikut turn. Kalau balik semenanjung jek memang balik 2 kampung sekaligus, which is journey ulang-alik sahaja dah makan 4 hari. Aritu ade maid pun pancit habis. Nie dah makin boyot and Irfan yang buas and maid plak dah takde, mama suh raya Miri je. Nanti dia datang time beranak.

Kat Miri banyak beraya kat rumah ofismate hasben jek sebab diorang mostly local Sarawakians. Rumah orang SKO yang saya pergi beraya cumalah rumah Carlos dan rumah bos saya. Ok, bos saye and wife dia sudah approve kebuasan Irfan. Umah bos saye tue dia sempit sket sebab banyak perabot yang english style and ade banyak hiasan kaca. Seme yang datang beraya standby dengan sangat dasat kat barang2 berkaca kot Irfan rempuh. Pastu sudu makan 1 bakul Irfan keluarkan gi susun main atas sofa. Macam-macam...

1 rumah paling lama boleh duduk less than 30 mins. Lepas makan kene balik cepat2 sebelum berlaku apa2 kemusnahan kat rumah orang. Haha! Hadooii penatnye jadi maaaakkkk. Cepatla darjah 1 Irfan... Owh walaupun terlambat, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya dan saya mintak maaf kalau ada salah silap.


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.