Our 4th Wedding Anniversary

Hari ini 8/8 pada 4 tahun yang lalu, saya sah bergelar seorang isteri kepada syurga saya, Mohd Zakuan bin Md Nor. Tak sedar kan dah 4 tahun berlalu. Saya masih ingat, walaupun kami dah kenal selama 6 tahun and bercinta selama 5 tahun sebelum kawen, masa malam perkahwinan tue, we were like strangers. Sape baring sebelah saya nie? Eii takutnye.. and walaupun 5 tahun sibuk dok share macam2 cerita, malam tue tetibe both jadik pendiam tatau nak cakap ape. And walaupun nothing happened malam tue (saye period kuang kuangg) kami tido lambat and tak nyenyak sebab everything was so new that we could not adapt to it easily. Lalu sangat kagum dengan pengantin yang bunting pelamin. It took months for us to adapt sebab both cam mangkuk taktau ape2. Ehh kenapalah introduction cam tak senonoh. Huhu...

Lepas kawen, almost setahun hidup berjauhan, saya di Miri, hasben di Ipoh. 2 minggu sekali hasben beli tiket flight balik Miri sampai duit gaji abih kat tiket jek. Saya kat Miri plak terpaksa sewa rumah berasingan dari housemate and dok sorang sebab nak mudahkan hasben balik 2 minggu sekali. Now bile free2 pegi visit rumah sewa tue, I will tell my husband "Tak percayanya saya pernah dok dalam rumah hantu nie sorang2" Yeahh it looks haunted now especially bila tuan rumah dah meninggal and rumah tue dah cam kurang terurus. Even penyewa2 rumah tue yang sewa after saya pernah cakap cam pernah kene ganggu. Huhuhu....

Dulu hari2 mintak doa, nak sangat duduk dekat dengan husband. Nak sangat hidup sebumbung as husband and wife. Berapa belas resume kot dok print nak carikan keje untuk husband kat Miri nie sebab saya tahu it was better dari saya yang usahakan mintak tukar. Dah masuk SKO nie memang payah sket nak keluar. Itu adalah fakta, unless ade strong reason and reason untuk ikut suami adalah tak strong sama sekali.

Bila dapat tahu husband dapat offer kerja Miri, both nangis terharu. Alhamdulillah, makbul gak doa nak hidup sama2. Doklah kami berdua kat rumah sewa tue melayari kehidupan sebagai suami isteri. Life is up and down. Sebulan lepas tue abah pulak meninggal dunia. And a few months lepas tue plak saya disahkan pregnant putera pertama kami Engku Irfan Isqandar. And alhamdulillah dalam tahun yang sama dapat rezeki masuk rumah baru, our very 1st property.

Sedar tak sedar dah nak masuk 3 tahun dah bayar rumah sendiri, eh KWSP yang bayarkan tiap bulan. Hihi... Pernah saya tanya husband, berapa lama kita nak dok Miri? Jawapannya, bukan selama2nya. Rasanya baru semalam berusaha untuk bina kehidupan bersama, bila dah dapat, biarlah kami menikmati hasilnya dahulu. Dah terlalu banyak memori kami sekeluarga kat Miri nie - memori lahirkan Irfan, memori jaga husband kat wad, memori jage Irfan plak kat wad, memori house hunting, memori maid hunting, memori rumah masuk hantu, memori abah meninggal, it's too many untuk kami yang baru 4 tahun menetap di Miri.

And dalam 3 bulan lagi, insyaallah lahirlah pulak adik Irfan, another new chapter akan terlakar dalam diari kehidupan kami...

Thanks to Allah sebab masih kurniakan nafas dan kudrat untuk kami terus hidup bersama. Saya sedar nikmat ini hanya sementara. Mungkin esok, mungkin kejap lagi one of us akan pergi menutup mata, Buat suamiku sayang, terima kasih kerana telah menjadi ketua keluarga yang baik sepanjang kita bersama. Terima kasih atas segala susah dan senang, dan atas segala tawa dan air mata. Maafkan saya atas segala silap salah, sengaja ataupun tak sengaja, I love you forever sayang... And thanks for the Samsung Galaxy S3 yer sayang. Like like. Hihi...


2 comments:

chicA August 9, 2012 at 8:47 AM  

haha.. x sia2 ckp kat fb samsung s3 kurang 10% kan.. hehe.. :)
Tahniah dah 4 tahun ek..
Semoga baby baru lahir dgn sihat & hidup bahagia & hepi selalu

MammaSun August 12, 2012 at 7:31 AM  

huhu..makin lama idup, makin byk lakaran sejarah diri sendiri kan...kalo boleh buat buku or video...utk kenangan 1-20 tahun akan datang....heeee

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.