The Body Temperature

Salah satu kebaikan ade maid/babysitter ialah bila anak demam takley gi skolah, adelah bekap nak jage anak. Yelah hidup di perantauan tanpa family member and both husband and wife keje memang nak kene ade bekap. But since our maid till now tak balik2, semalam Irfan tetibe lak suhu badan naik sampai 39 degree, option yang ada cumalah amek cuti or anta gak gi nursery, sebab nursery Irfan nie kalau sakit tak teruk diorang still leh jagakan. And tengok Irfan pun demam panas je takde selsema batuk muntah ape, kitorang cucuk jek ubat bontot yang 8 jam tue and hantar gi nursery.

Terharu dengan the way diorang monitor suhu Irfan. Every 2 hours akan amek reading and kasi report kat kitorang. Huhu... Sorry eh Irfan awak sakit takley amek MC, takde orang nak jage. Haha! Get well soon son!


The Maid is Leaving

It's past 12 now and saya masih belum dapat tidur. Irfan tengah batuk and flu teruk. Sangat sengsara tengok keadaan dia. And keadaan makin buruk sebab esok maid pun dah start balik kampung untuk cuti raya. I'm pretty sure that the nursery will not accept Irfan with that condition. So arini saya memang kene amek emergency leave. 

Tentang maid, we have a feeling that she's not coming back walaupun dalam surat agreement yang dah di-stamp-hasil-kan dia tulis dia akan balik pada 22 August. It took a few seconds for her untuk tulis date nak balik Indon which is today but it took days for her to write tarikh balik Miri semula.

Yes, dia bukan maid yang dari keluarga yang super susah sampai desperate keluar cari kerja. Masa keje dekat Kuching dulu pun sebab kakak dia yang introduce kat jiran dia. Cam keje suka2. Every weekend lepak dengan kakak buat rebonding ape bagai. So bila datang Miri dia macam hilang semua hiburan tue. Kami kat sini tak kasi dia pakai heel, tak kasi simpan kuku panjang, tak kasi pakai baju ketat, suruh pakai tudung dalam rumah, etc. Mesti dia suffer keje dengan kitorang walaupun hidup dia adalah sangat mewah dalam rumah nie. Kami juge pernah terbaca diari dia betapa bosannya dia dok kat rumah nie...

Yang kelakar, kitorang laki bini cam aahh mampuslah taknak balik semula. Cam dah malas nak pikir. Nak lari larilah. Pandailah kami cari solution lain nanti. Walaupun akan ada kejutan jugak nanti especially bab tidur malam. Memang dia yang tidurkan Irfan tiap malam and dia jugalah yang bangun berjaga malam untuk Irfan sejak saya pregnant nie. Yes, Irfan masih bangun malam, nie now lagila Irfan tengah sakit. Kehidupan kami maybe akan kucar kacir sket these few weeks. Tapi seriusly malas nak pikir masalah maid. Banyak lagi mende lain kitorang nak pikir...

Saye cuma harap Irfan akan cepat sihat supaya dia boleh pegi nursery and saya boleh pegi keje macam biasa. Dah takde bekap nak jage Irfan time sakit now. So sekarang, I need to learn to re-adapt dengan rutin berjaga malam untuk Irfan, bangun awal siapkan makanan and mandikan Irfan before gi sekolah, balik keje tak lambat sangat untuk amek Irfan dari nursery, keep the house at least 50% clean during the weekdays (I can't afford to mop the floor daily macam now or lipat and iron baju hari-hari). Saya dah nak masuk 7 bulan pregnant, dah kurang upaya. Huhu.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga...


Our 4th Wedding Anniversary

Hari ini 8/8 pada 4 tahun yang lalu, saya sah bergelar seorang isteri kepada syurga saya, Mohd Zakuan bin Md Nor. Tak sedar kan dah 4 tahun berlalu. Saya masih ingat, walaupun kami dah kenal selama 6 tahun and bercinta selama 5 tahun sebelum kawen, masa malam perkahwinan tue, we were like strangers. Sape baring sebelah saya nie? Eii takutnye.. and walaupun 5 tahun sibuk dok share macam2 cerita, malam tue tetibe both jadik pendiam tatau nak cakap ape. And walaupun nothing happened malam tue (saye period kuang kuangg) kami tido lambat and tak nyenyak sebab everything was so new that we could not adapt to it easily. Lalu sangat kagum dengan pengantin yang bunting pelamin. It took months for us to adapt sebab both cam mangkuk taktau ape2. Ehh kenapalah introduction cam tak senonoh. Huhu...

Lepas kawen, almost setahun hidup berjauhan, saya di Miri, hasben di Ipoh. 2 minggu sekali hasben beli tiket flight balik Miri sampai duit gaji abih kat tiket jek. Saya kat Miri plak terpaksa sewa rumah berasingan dari housemate and dok sorang sebab nak mudahkan hasben balik 2 minggu sekali. Now bile free2 pegi visit rumah sewa tue, I will tell my husband "Tak percayanya saya pernah dok dalam rumah hantu nie sorang2" Yeahh it looks haunted now especially bila tuan rumah dah meninggal and rumah tue dah cam kurang terurus. Even penyewa2 rumah tue yang sewa after saya pernah cakap cam pernah kene ganggu. Huhuhu....

Dulu hari2 mintak doa, nak sangat duduk dekat dengan husband. Nak sangat hidup sebumbung as husband and wife. Berapa belas resume kot dok print nak carikan keje untuk husband kat Miri nie sebab saya tahu it was better dari saya yang usahakan mintak tukar. Dah masuk SKO nie memang payah sket nak keluar. Itu adalah fakta, unless ade strong reason and reason untuk ikut suami adalah tak strong sama sekali.

Bila dapat tahu husband dapat offer kerja Miri, both nangis terharu. Alhamdulillah, makbul gak doa nak hidup sama2. Doklah kami berdua kat rumah sewa tue melayari kehidupan sebagai suami isteri. Life is up and down. Sebulan lepas tue abah pulak meninggal dunia. And a few months lepas tue plak saya disahkan pregnant putera pertama kami Engku Irfan Isqandar. And alhamdulillah dalam tahun yang sama dapat rezeki masuk rumah baru, our very 1st property.

Sedar tak sedar dah nak masuk 3 tahun dah bayar rumah sendiri, eh KWSP yang bayarkan tiap bulan. Hihi... Pernah saya tanya husband, berapa lama kita nak dok Miri? Jawapannya, bukan selama2nya. Rasanya baru semalam berusaha untuk bina kehidupan bersama, bila dah dapat, biarlah kami menikmati hasilnya dahulu. Dah terlalu banyak memori kami sekeluarga kat Miri nie - memori lahirkan Irfan, memori jaga husband kat wad, memori jage Irfan plak kat wad, memori house hunting, memori maid hunting, memori rumah masuk hantu, memori abah meninggal, it's too many untuk kami yang baru 4 tahun menetap di Miri.

And dalam 3 bulan lagi, insyaallah lahirlah pulak adik Irfan, another new chapter akan terlakar dalam diari kehidupan kami...

Thanks to Allah sebab masih kurniakan nafas dan kudrat untuk kami terus hidup bersama. Saya sedar nikmat ini hanya sementara. Mungkin esok, mungkin kejap lagi one of us akan pergi menutup mata, Buat suamiku sayang, terima kasih kerana telah menjadi ketua keluarga yang baik sepanjang kita bersama. Terima kasih atas segala susah dan senang, dan atas segala tawa dan air mata. Maafkan saya atas segala silap salah, sengaja ataupun tak sengaja, I love you forever sayang... And thanks for the Samsung Galaxy S3 yer sayang. Like like. Hihi...


Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.