Aku Malaikatmu

Irfan permata hati mama yang pertama. Sayang mama pada Irfan tak dapat terucap dengan kata2. Sayang mama pada Irfan pernah buat mama takut untuk pregnant kali ke-2 sebab mama takut sayang mama berpindah pada adik Irfan. Tapi auntie Iman pernah cakap, sayang tue takkan berkurang, sebaliknya akan makin bertambah. Yer betul, sekarang mama dah merasakan sendiri perasaan itu, bukan sekadar fakta sahaja.

Walaupun mama sangat penat mengandung sambil menjaga Irfan sebab Irfan dah jadi tersangat aktif and terlalu attach dengan mama, semua tue buat mama makin sayang pada Irfan. Mama teringat pada satu kisah yang pernah mama baca. Semasa bayi dalam kandungan ibunya, bayi itu dijaga oleh malaikat yang selalu membuatkan bayi itu tenang. Di saat bayi itu mahu lahir ke dunia, bayi itu amat takut kerana tidak akan di bawah jagaan malaikat itu lagi. Lalu malaikat itu berkata, di dunia nanti akan ada 1 malaikat yang akan menjagamu dengan sempurna, yakni ibumu...

Ya Irfan, mamalah malaikatmu sayang... Mama akan lindungi Irfan selagi masih diizinkanNya, kerana Irfan adalah amanah terbesar buat mama.







Mama akan menjadi malaikatmu sayang sehingga ke akhir nafas mama... I love you Irfan. Thanks tido awal malam nie yer. Hihi...


2 comments:

F a i z a h ' s July 2, 2012 at 11:48 PM  

Btul kata2 iman tuh...sy pun isau menda yg sama masa tau pregnant yg 2nd nehs... tp allah maha penyayang n maha kaya dgn kasih syg... kasih syg kpd anak tidak pernah kurang apatah lg utk dibahagikan... malah ia berganda2 :) cuma perhatian je yg terbahagi sket tp xbermakna tiada syg kans... (mode penat yg amat handle 2org anak kecil... byk kena blajar terutamanya SABAR....)

Iman seperti dlm post d atas July 3, 2012 at 12:03 AM  

Wah lamanyee i x masuk blog u. Byknyehh updets. Tp i pilih nk komen kat post ni...almaklum terharu d quote gittew auww.. Aku je kn kwn kau nama iman yg anak dh byk..huhuhu. Hekhek

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.