Maid Kene Marah

Ok, sambung pasal maid. Sampai Miri dalam kul 7 pm gitu. Sampai2 rumah jek maid terus duduk atas sofa and tengok TV. Ok memang tak reti bahasa, orang dok tengah marah kat dia, tak sedar diri lagi. Tengok cite keling ok, kempunan seminggu tak tengok sebab kat kampung channel Astro adalah limited. Pastu lupe nak cakap, sepanjang cuti kat kampung dia tertinggal henfon kat Miri, tue yang lagi tambah emo dia. Bukan masalah kitorang pun. Takde henfon pun keje cam sial, kalo bawak henfon tatau la cane.

Malam tue pendam dulu rasa marah sebab esok and lusa tue nak kene gi mekap pengantin. I told husband "Abang, saya sakit hati sangat2 nie, saya sanggup invest untuk new maid and kite start all over balik" Ok tengah pregnant, memang emo. Sebbek slow2 hasben tue, dia lagi berhemah bab emosi nie. Yelah, kitorang dah spend almost 10k untuk 2 maids. It's not a small amount for us, bukan boleh bayar ansuran or kredit kad pun bab2 amek maid nie. So hasben volunteer nak brainwash dia time bayar gaji. Hasben cakap, after brainwash kalo dia tak berubah ok baru cari lain. Nie kite cube dulu. Sebab maid kitorang muda and nampak cam boleh dibentuk lagi.

So time bayar gaji, bila hasben panggil maid untuk duduk kat meja, maid tu cam dah boleh agak kot. Before this sign borang gaji sambil berdiri jek. 1st soalan hasben tanya "Ati balik kampung haritu ade nak komplen pape tak?" Dia cakap takde, pastu pusing muke and badan arah lain. Pastu kene sound dengan hasben "Bila saya bercakap tengok muke saya" Uikkss leh tahan laki I. Hahaha.. And he said "Kami ade banyak nak komplen." Pastu bungbang bungbang bebel. Seme bende dari dia start keje kami ungkit:

1) Bab Tengok TV

Ok nie memang her worst attitude sepanjang jadi maid. Tengok TV selamba mengalahkan majikan. Dia tak pernah kene training dengan ejen, kalau through ejen then dia tau, tengok TV time majikan ada adalah salah. Kami cakap tak salah tengok TV tapi tolongla, before decide nak tengok TV tue, gi check lu 1 rumah ade bende yang boleh tolong buat ke tak. Jangan dok buat keje rutin jek and jangan asek nak tunggu kene suruh jek. I told her, kalau tetamu datang saya malu sebab seme ingat dia bukan maid sebab selamba sangat tengok TV. Tengok TV lagi banyak dari buat keje. Jaga Irfan pun senang jek, tengok jek TV sambil biar Irfan main sorang2.

2) Penampilan

Dia datang sini nak keje as maid, bukan nak keje penari disco. Hasben cakap dia tak suke high heel tue. Lepas nie ikut kitorang keluar and beli sandal baru yang biasa. Pastu beli seluar 1, jangan dok asek nak pakai skirt duyung ketat tue everytime kuar. Susah nak kejar Irfan.

Pastu hasben cakap, dah lama nak cakap tapi takut dia kecik hati. Hasben mintak dia pakai tudung dalam rumah sebab hasben yang kene tanggung dosa tengok aurat dia. Dia cakap okay. Lepas tue memang kitorang bawak dia kuar cari tudung instant sebab dia ade shawl jek (bergaya kan?). So now memang kuar bilik jek dia bertudung, siap pakai sarung lengan lagi kalo tshirt dia lengan pendek. Sian plak tengok. Eh eh? Bagusla patutnye kan...

Pastu bab kuku, dia tanya nape tak sound awal2? Kenapa balik kampung masa orang tua dah sound baru dia cakap? Hasben cakap laaa tu common sense kot. Ko simpan kuku panjang2 sah ke air smayang ko tu? Rajin ke ko nak belek 20 batang jari nak check wudhuk masuk ke tak? Dia cakap majikan lama dia tak pernah sound pasal kuku, so dia tak tau itu adalah salah. Ok fine, nie dah tahu, jangan simpan kuku lagi dah.

3) Performance kat Kampung

Yes, sepanjang 8 bulan dia keje, masa balik kampung nie la perangai dia paling teruk kami tengok. Dia cakap, nie 1st time dia ikut majikan balik kampung, dia tatau nak buat apa. And kitorang pun takde suruh pape. Isskk ko nie memang, seme bende nak bersuruh. We could just remind her, kalau balik kampung, busy dia patut bertambah. Tolong ape yang patut boleh tolong. Kalo takde keje, gi tanye ape yang boleh tolong, jangan dok diam terjelepok tengok TV jek. Mana2 dia pegi ikut kitorang, status dia menten as a maid, bukan sebagai pelancong ke tetamu ke ape ke. Ok pastu dia nangis, hasben cakap balik kampung lagi sekali jangan buat gini dah.

4) Bab Jaga Irfan

Hasben cakap, Ati tau kan Irfan dah 2 tahun masih takley cakap. Cara jaga dia bukan setakat tengok TV and tunggu dia main jek. Layan dia main, cakap dengan dia. Buku banyak2 tu bacakan kat Irfan. Pastu kalu nak tinggikan suara kat Irfan jangan melampau kalah majikan. Kami takdela larang langsung dia tinggikan suara, sebab kami paham Irfan kene naikkan suara sket baru dia tau bende tue salah. Pastu now baru hegeh nak layan Irfan main and Irfan seems so happy playing with her. Malam pun dia ajarkan Irfan baca ABC and alif ba ta. Huh kalo dari dulu wat cani takdela saye sakit hati. Huhu..

And banyak lagi yang kitorang tegur pasal time managament, remind pasal adat guna henfon, etc. Harus diungkit kemewahan yang dia dapat dalam rumah nie, tido atas tilam spring berselimutkan comforter and leh tido pakai aircond, makan boleh unlimited, boleh tengok TV, so sila keje betul2. Paling kelakar, hasben cakap, depan kitorang jangan buat muke masam. Balik keje dah penat, kalo tengok muke maid masam lagi penat jadinye. Nie asek dok tersengeh2 kerang bile bertembung dengan kitorang. Tapi kitorang tak balas balik pun. Wahaha.

Pastu baru kitorang start tahu latar belakang dia sket. Masa dia keje kat Kuching dulu, majikan dia berjiran dengan kakak my maid, sebab kakak dia kawen local. Dulu start keje kat Kuching suka2, sebab dekat dengan kakak. Boleh selalu pegi rumah kakak. Kalau majikan balik kampung, dia dok dengan kakak. Kire before this keje enjoy jek. Tak pernah rasa kene treat as orang gaji.

And dia terbawak perangai sama bila datang kerja dengan kitorang. Baguslah sebab end up dah clear both sides. Now dia dah tau ape expectation kitorang. Memula risau gila takut impact lepas tegur tue dia mintak berhenti keje tapi now alhamdulillah dia tengah struggling meeting our expectation. Tatau la lama mana bertahan kan, but we will give her a chance sebab nie pun 1st time kitorang tegur dia.

So setakat hari nie, lega sebab sakit hati pasal maid dah hilang. Nie tengah pregnant and busy keje, sakit hati kat maid adalah sangat mengganggu.

1 comments:

F a i z a h ' s June 11, 2012 at 2:20 AM  

Berhati2 kunaz...bahaya kot pregnant mom tensi n emo pastu sgt aktif smpai bleeding... sy pun sgt aktif gak time pregnant sbb da anak seorg yg makin melasak kkdg lupa diri pregnant pastu bleeding masa 33weeks..so better be careful kunaz... all the best kunaz~! agar maid ni lbh behave n bleh diharap... susah jgk kan maid nehs... yela manusia biasa perlu ditego slalu kkdg lupa diri...hehe :D

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.