Maid Ikut Balik Kampung

Dah banyak update tertinggal especially birthday party Irfan 5 May aritu. Ok kalo ade peluang akan uplod gamba2 kat sini. Ignorance sket coz hasben dah tolong uplod banyak gambar kat Facebook dia. Huhu...

Ok nak cite pasal balik kampung 24 May till 1 June aritu. Balik sempena adik ipar kawen. Sebenarnya takdelah redha sangat nak balik bercuti sebab masa tue adalah musim WPB submission, musim getir untuk para Field Analyst. Last year takdela sebusy this year sebab proses last year cam smooth. Kalau time AIS workshop tu cam dah leh challenge final activities yang nak kene buat tahun depan. Tapi this year, time AIS tue cam starting point nak register new activities, pastu baru identify clashing bersepah2, macam2. Nak kene setelkan seme tue dulu baru leh proceed dengan paperwork, which ended up memang tak sempat. Saya terpaksa handover 17 tasks to the new Field Analyst yang back to back dengan saya, which is of course tak siap jugak dalam masa seminggu saya takde. Huhuhu...

It was a tiring journey especially bila maid plak tetibe wat perangai. Dah 8 bulan dia keje dengan kami, nie la 1st time yang rasa nak marah kat maid tu membuak2 cam gunung berapi. Ok actually silap kitorang jugak sebab sepanjang 8 bulan nie tiap kali kitorang bawak Irfan keluar, kitorang tak bawak dia sekali. Bukan sengaja taknak bawak, tapi dia tak suka keluar rumah. Dia baru ikut keluar a few times jek tue sebab ada barang nak beli untuk diri sendiri. Kalau takde memang dia takmau ikut kitorang keluar. So dia tak pernah experience penatnya nak kejar Irfan time bawak Irfan keluar.

So bila cakap nak balik kampung haritu, dia nye assumption adalah balik untuk bercuti. Hello, kami balik untuk kenduri kawen, bukan nak gi Disneyland. Kenduri kawen adalah sangat sinonim dengan panas, berpeluh2, ramai orang, angkut barang, terkejar sana-sini, etc. So bila dia pack baju, seme baju2 cun yang kalo orang tengok, eh ni maid ke? Pastu masa kat Kedah, dia cakap sandal dia putus. Bila bawak dia beli sandal, dia gi beli high heel mahal yang 3 inches ok, yang tumit halus tue. Bengang tak? Padahal dah bawak dia pegi section 70% off yang mostly sandal yang flat. Time I pegi kedai lain dah nampak dia terkedek2 dah pakai high heel baru beli.

Pastu sepanjang kat kampung, sorry to say, dia cam pompuan bodoh yang duduk tunggu arahan je nak kene buat pape. Kalau tak suruh, memang dok jek diam terjelepok. Nak marah la jugak tengok. Even kat Terengganu pun camtu. Seme bende nak kene bersuruh. Even dah suruh pun, buat ala kadar jek, sebab dia cam dia assume balik kampung as tetamu, not as a maid. Even kat kampung pun dia tengok TV selamba macam kat Miri, siap leh baring2 atas toto dengan nenek Irfan. Takde adat as a maid langsung.

Pastu 1 week before balik kampung kitorang baru perasan, our maid simpan kuku panjang gila, bukan kuku tangan jek, kaki sekali. Masa kat Kedah tak sempat sound, on the way gi Terengganu baru ade peluang nak suruh dia potong kuku. Pastu bergaya nye ya Allah. Orang lain sibuk berpeluh angkut2 barang nak packing balik, dia sibuk2 dok mekap pakai cun2, pastu kuar masuk kete jek.

Yes it was a very long journey. Memula KL-Perak dah 3 jam naik kete. Esok pagi tue, Perak-Kedah dah 4 jam lebih. Pastu Kedah-Terengganu 8 jam plak. Pastu Terengganu-KL 9 jam plak. Everyone was tired, tapi my maid tue letih dia cam dia yang bawak kete. Jaga Irfan pun dah kurang sabar, asek tinggikan suara. Pastu ade skali tue masa tengah stop kat 1 RNR, kaki dia terpeleot time kejar Irfan. Mana tak terpeleot, pakai skirt ketat, pastu pakai heel 3 inch. Tudung terbelit kalah artis.

So bile dah terpeleot tue, mulalah buat drama sakit kaki dah tak larat nak kejar Irfan. So lepas tue tugas kejar Irfan adalah saye and hasben jek. Cam takde guna langsung bawak maid. Semua tue buat saya marah. Lagi marah bila saya tetibe bleeding sebab asek dukung and lari kejar Irfan. Ada 1 time tue saya jerit kuat2 depan public termasuk adik ipar saya sendiri "Ade orang gaji takleh harap!" Sangat kuat. Hasben cakap dia nampak my maid nye nafas turun naik and muka macam tahan nak marah. Marahla kalau berani. Lagi banyak saye boleh sound balik. Sebbek mati sampai situ jek. Tapi lepas tue memang sepatah pun saya tak tego maid sampai balik Miri, even a few days kat Miri pun tak tego dia lagi.

Time bayar gaji teruk kene pompuan tue. Yang nie akan diceritakan dalam next entry. Tapi balik kampung kali nie cam lain macam jek. Tetibe ade perasaan nak balik Semenanjung. Mungkin sebab kesian kat mama yang makin sunyi. Balik aritu, kebetulan adik bongsu saya dapat masuk UITM Shah Alam gak. So seme tinggalkan mama serentak and I could feel her loneliness T_T. Yeahh one day saye akan pindah balik Semenanjung jugak, now tak puas lagi pakai kabinet dapur baru. Wahaha ngeng... Biarlah kami kumpul duit banyak2 dulu kat sini. Hidup kat Miri nie tenang, and senang buat saving. I think I've shopped a lot, now it's a time to start saving money for our future.


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.