Irfanless for 5 Nights

I'm at Sunway Putra Hotel, KL now for 5 days training here. Nie adalah SKG training yang compulsory. Owh, kalo korang lom kawen or belum ade anak, setelkanlaa training cecepat. Dah ade anak nie, berat sangat hati nak tinggal anak lama2 untuk training.

This is my 2nd SKG training sepanjang career saya kat Petronas nie. Wahaha.. 1st time adalah tahun lepas yang saye bawak Irfan kat Awana Kijal yang mama and Piju turun sekali tolong jage Irfan. Irfan was 6 months masa tue. Tahun nie ade dapat sekali training, tapi terpaksa postpon sebab job commitment sebab masa tue saya masih jaga Northern sorang2 di kala tengah banyak isu and keje nak setel. Now dah ade partner, and bile dah disuruh jadi supporting Field Analyst jek, so takdelah sangat rasa bersalah nak tinggal keje untuk gi training.

Lalu isu terbesar adalah nak tinggal Irfan. Huhuhu... As you know, sejak saya pregnant 2nd nie, Irfan cam over attached plak dengan saya. Macam kaulah segalanya untukku gitu.. Sampaikan kalo dia tengah main dengan maid, saya kuar bilik terpaksa senyap2 berjingkit2 untuk minum air kat dapur so that dia tak sedar. Kalau sedar, harus diterkam and takde orang lain dah di mata dia lepas tue.

And for the record, this is my 1st time leaving Irfan this long. Actually, pihak INSTEP ade terbuat kesilapan aritu. Diorang dah hantar confirmation email for this training, and suddenly diorang kenselkan sendiri. Bila tanya, diorang cakap accidently terkensel and asked me to resubmit application. Memula berbelah bahagi gak, nie cam kasi can untuk takyah gi training jek. Nak reapply ke tak? Huhu.. Pastu hasben dengan berhemahnye advise suruh pegi sebab nanti kalau anak dah masuk 2, lagi payah nak gi training. Tatau apa jadi in future, now tengah ade maid ape bagai pegi jela dulu. Ok baiklah...

Pada hari saye dapat flight and hotel confirmation (Rabu), esok tue Irfan demam. Makin hari makin teruk sampai muntah mengalir2 sampai nampak dia lembik sebab banyak muntah. Selera makan pun kurang. Hari Sabtu lepas patutnye apoimen untuk cucuk Chicken Pox kat Irfan, end up kene reject and dapat ubat untuk sakit plak. Arrgghh stress ok, Ahad dah nak travel, lama plak tue and nak tinggal anak sakit2 camtu. Paling teruk, bila hasben tetibe disuruh ke Labuan sehari on Monday. Tue pun dah nego, kalo tak 2 hari dia kene gi sana.

So cam biasa lah, mak mana tak sedih tengok anak sakit. And cam biasalah doa standard seorang mak, biarlah sakit anak tue berpindah kat mak. Biarlah mak yang tanggung. And malam tue tadaaa tetibe suhu badan saya naik and hingus mengalir non stop macam waterfall. Padahal esok Ahad pagi2 buta tue saya ada 2 job mekap. Packing untuk gi KL pun lom siap lagi. Packing kotak mekap pun belom. Tapi since sangat tak larat, saya tido awal dalam kul 10pm camtu and set jam kul 4 am untuk packing segala bagai. Kul 6 am lak ajak hasben gi Col Asia untuk amek ubat flu so that dapat la tahan hingus mengalir masa mekap pengantin.

Setel mekap untuk 2 orang tue dalam 11.30 am, terus bawak Irfan jalan2 buat kali terakhir. Ubat flu tu ngantuk and saya stay away since 4 am, sangat sakit kepala. Balik rumah tido kejap. Irfan pun tertido sekali. Irfan dah sihat sket dh masa tue. Saya harap Irfan tido terus so that saya leh pegi Airport senyap2. Plan nak turun kul 2.30 pm dari rumah sebab nak amek ofismate lu sorang, kul 2 pm tetibe Irfan bangun carik saye. Huhu.. Pastu maid mandikan Irfan. Saya suh dia mandikan Irfan lama2 sebab mandi adalah aktiviti fevret Irfan. Berjam2 pun takpe. Siap leh ngamuk lagi kalo angkat cepat. Tapi haritu dia stop mandi sendiri and nak masuk rumah carik saye. Alahai. So, last time saye jumpe Irfan masa dia baru lepas mandi. Cium peluk seme then terus blah naik kete gi Airport.

Bila dah sampai KL, hasben cakap Irfan moody sangat whole day. Asek dok ketuk pintu bilik saya. Bila bukak dia jenguk saya atas katil. Bila nampak takde, dia gi ketuk pintu toilet. Tercari2 gakla mana mama dia. Huhu... Hasben cite pun dalam nada sebak, I nie apetah lagi. Malam tadi masa call hasben set loud speaker. Bila saye panggil Irfan, dia tercari2 and tengok ke arah bilik, tatau mane datang punca suara. Owh so sad.. Huhu... Ikut hati nak jek suh hasben datang bawak Irfan sebab hotel Sunway Putra nie not bad at all. Dahla saye dapat free upgrade to apartment room. Besar, ade 2 TV, katil besar, ade pantry, microwave and tempat masak seme. And paling best, attached dengan mall. So leh jek siang2 hasben nak bawak Irfan jalan2 kat mall tue. Hasben cakap tengoklah cane, kalo rindu Irfan tue teruk sangat maybe bolehlah dipertimbangkan. Now, kene belajar adapt sebab nanti ade banyak lagi next training yang saye kene attend.

Ok sayang mama, I guess bawak balik hadiah dari KL pun takde makna sangat kan? Surely mama adalah hadiah terbaik untuk Irfan kan? Adekah carik alasan tamau beli barang kat Irfan? Haha... Ok see you this coming Friday. Abih training malam tue mama balik terus. Take good care and be a good boy k? I love you..



0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.