Posts

Showing posts from June, 2012

Chicken Pox Injection

Harini berjaya bawak Irfan pegi injection untuk Chicken Pox. Cam biasalah, budak dah makin besar nie dah makin pandai. Nampak pintu klinik jek dah lari, tau nak kene cucuk. Pastu sepanjang tunggu turn tu nangis jek, sebbek kene tunggu 10 minit jek sebab dah buat appointment.

Injection nie tak wajib, kalo tengok dalam list buku biru tue memang takde pun. So optional jelah, cam injection untuk pneumococcal tapi since boleh claim ING, apelah salahnye kan. Hihi..

Sedikit fakta tentang injection nie yang Dr Chen sempat brief saya tadi. 78% yang amek injection nie takkan kene chicken pox sepanjang hayat dia, 20% akan masih kene but with lesser impact and 2% akan kene gak sebab ade baby yang badan dia degil kalis vaksin. So kite tengoklah Irfan golongan mane nanti. Haha!

And bile dah inject, it is adviseable tak kasi baby mandi at least 8 hours. Takley kene air saje ke doc? Dia cakap bolehla sket2, cuma yang soak lama2 cam bawak gi swim, rendam dalam swimming pool tak digalakkan sebab dia taku…

Saye Buat Bisnes Mak Bidan

Sangat tak sangka baru seminggu jadi dealer untuk produk Ambar Kenanga, semua stok yang saya beli masa apply dealership dah habis terjual. Pelik gak memula sebab tak sempat lagi nak promote kat memana tetibe dapat a few calls dah nak order. Rupe2nya bila check balik, HQ dah publish contact no saya dalam website diorang dah. 
Kaget okay bila orang order tapi barang dah habis. Nie baru nak restock balik. Alang2 dah nak restock, kenela promote kan so that leh pusing modal balik. Hihi.. Maka dengan ini, saye telah melancarkan satu lagi selling blog yang dinamakan Beyond Mama (sila klik untuk visit). Blog baru nie masih simple and under construction lagi, tapi info2 asas tue dah ada. Bolehla visit yer. Saya akan update produk2 baru dari masa ke semasa.
Memula ingat nak sumbat jek dalam blog Jom Makeover tue sekaligus. Korang pun tahu la kan, blog nie pun saya bersabung nyawa nak update (haha!) ini plak nak jaga 2-3 blog. Tapi cam kelakarla plak kan tajuk blog makeover tapi gi jual barang o…

Easy Day Today

I feel good today. Irfan slept early last night and tido nyenyak tak bangun2 langsung. Helper cakap masa saya takde 6 malam tue Irfan asyik terjaga and nangis masa tido. And bangun pagi pun awal, senang nak siapkan gi nursery, hantar and amek nursery pun senang. Nie balik ofis pun saye disambut ceria oleh Irfan. Alhamdulillah.And helper pun is getting better day by day. 1 teknik nak handle maid ialah kalo nak sound, sound betul2 sampai ke lubuk hati. Lepas tu please dia balik dengan bawak jalan2 ke shopping ke or ajak makan sedap kat luar. Kene pandai main tarik tali, takley garang sangat and takley lembut sangat. Yang paling penting is communication. Kene selalu tunjuk ajar and ingatkan dia selalu sebab mungkin tue nature seorang maid. Haha! And harini agak tenang di ofis. Orang2 pun takde menyakitkan hati. It feels good when everything is in a good order. Especially harini saya puasa ganti maka perlukan ketenangan. Haha.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Confinement Set (Set Berpantang)

Ok sebelum baca, wajib baca the previous entry dulu (boleh klik sini) untuk baca pengalaman berpantang saye masa anak 1st dulu pakai set berpantang Tropical Herbs, yang membuatkan saya decide nak pantang pakai produk lain yang akan saya cite kat sini. Hihi.. Aihh baru pregnant 5 bulan kot dah sebok pikir nak pantang, wahaha. Tapi, sebagaimana saya tak sedar yang saya dah 5 bulan pregnant, kalau tak start now maybe nanti tak sedar esok dah nak beranak baru perasan takde set berpantang lagi. Huhu...
Thank god saya diketemukan dengan produk nie masa tengah training 5 hari kat KL. Nama produk nie Ambar Kenanga. Korang janganlah ingat saya bias plak sebab nama dia ala2 Amber Chia, hihihi.... Confinement set nie sesuai untuk ibu2 yang dok jauh and takde orang nak jage sangat masa pantang sebab dalam set tue ada 3 barang jek and 3-3 adalah kapsul tapi dah dirumus khas untuk gantikan function2 pilis, param, serbuk2 yang kene buat paste and kene tempek kat badan, bahan2 yang nak cuci tempat p…

Pengalaman Berpantang: Irfan

Image
Tetibe jadi active blogger plak lepas 5 hari training. 3 post gitu dalam sehari. Haha! Ade hikmah gak gi training, minda dan body ada masa untuk berehat. And ada masa untuk buat survey and research untuk to-do-list saya. Salah satunya adalah tentang persediaan berpantang.
Sedar tak sedar saya dah 5 bulan pregnant adik Irfan. Kesian dia, agak neglected. Tak banyak pun update pasal 2nd pregnancy. Masa Irfan dulu saya sangat merepek jek pantang sorang takde guidance sangat. Takde pun panggil makcik urut, makan herba2 pantang, sapu ape bagai, etc. Just pantang jage makan jek, tu pun 2 weeks je kot sampai mama balik. Wahaha... Nie untuk 2nd baby nie, niat di hati sangat nak pantang bebetul sampai jadi Amber Chia. Okay, jangan high expectation sangat plis Kunaz. Haha!
Dulu masa pregnant Irfan, kemain beli set berpantang Tropical Herbs dari Amway. Sebab 1 set tue cam complete banyak gila barang dia kasi, 11 barang tak silap termasuklah 1 bengkung ngan 1 baby oil yang orang claim sangat bagu…

Mati Itu Pasti

Ingat kah kalian pada satu ketika dulu saye pernah buat entry pasal hasben sakit teruk kat Miri? Boleh refer balik entry tue kat sini. Itu adalah salah satu kenangan pahit saye hidup kat Miri nie, jage anak kecik and suami sakit sendirian tanpa bantuan keluarga (sebab jauh) and kawan2 (sebab takmo nyusahkan).
Kami ada seorang kawan, dia manager untuk 1 syarikat contractor untuk dept lama saya dulu. Dia Chinese, sangat baik, jujur dan lurus bendul orangnya. Tak jahat, tak main pompuan, tak buat mende pelik2 yang biasa orang selalu relate untuk contractor. Paling jahat dia penah buat pun maybe minum arak (sebab memang non-muslim pun) and entertain client (tue pun sebab client yang galak dok mintak).
Orangnya baik tapi terlalu banyak diuji. 1st ujian terbesar bila baby dia meninggal time umur setahun, nie berlaku dalam tahun lepas. Umur anak dia lebih kurang Irfan. Meninggal sebab pneumococcal tak silap. Now 2nd baby dia baru umur 8 bulan, and guess what, dia baru jek meninggal dunia pe…

Malas Kerja

I'm home. Alhamdulillah. Tetibe flu stop mengalir bila dah balik jumpe orang2 tersayang. What a dramatic body system. Huhu... And Irfan seems so ceria today, tak macam hari2 biasa according to our helper. Kalo tak hari2 moody campak barang. Isk isk..
Isnin nie start keje balik. Tetibe rasa tak redha nak gi keje sebagaimana saye tak redha nak gi training aritu. Haha! I don't know why, lately I feel like ada 1 excitement that had been taken away from myself and I'm still looking for the reason. Just recently, I've been dragging my feet to the office. Besenya saya rasa gini kalo ade tak suke someone kat tempat keje or menyampah dengan politik ofis, tapi takdela plak rasa ada perasaan tue secara specific. So mungkin ada sebab2 lain.
Mungkin sebab emosi perempuan pregnant memang gini. Mungkin sebab sakit hati dengan new reorganization kat office now yang macam kelakar and menyusahkan. Mungkin sebab tahap kesihatan saya yang teruk sket now, dah nak masuk sebulan dah demam t…

End of 5 Days Training

Image
Today is my last night staying at Sunway Putra Hotel. Esok malam dah flight balik Miri. Tak sabar nak jumpa Irfan. Kesian dia. Kronik sangat rindunya sampai tahap meniarap atas lantai nak intai lubang pintu nampak bayang mama dia ke tak. Mama will spend my weekends hugging and kissing you darling.

Datang KL bawak 1 beg troli, balik Miri dah beranak jadik 2 beg. Parkson yang attached kat hotel nie ade sale 70% gitu. Baju Baby Kiko yang rege puluh2 nak dekat seratus ringgit selai leh jadi belas2 ringgit jek. Haruslah borong sakan. Untuk papa kiko borong jugak. Bibik kiko pun ade sekali. Tapi yang paling banyak mama kiko sendiri lah. Sebab kat mall nie jugak ade maternity nye shop yang jual baju2 pregnant yang compatible dengan muslimah (kalo kat Miri market dia cam untuk non-muslim jek yakni tak banyak yang long sleeves) Weeee sukerr..

Even though I'm having enough rest here, rasa cam tak cukup gak sebab demam jadi makin teruk 5-6 hari dok kat KL nie. Tataula sebab weather ke, air…

Irfanless for 5 Nights

I'm at Sunway Putra Hotel, KL now for 5 days training here. Nie adalah SKG training yang compulsory. Owh, kalo korang lom kawen or belum ade anak, setelkanlaa training cecepat. Dah ade anak nie, berat sangat hati nak tinggal anak lama2 untuk training.

This is my 2nd SKG training sepanjang career saya kat Petronas nie. Wahaha.. 1st time adalah tahun lepas yang saye bawak Irfan kat Awana Kijal yang mama and Piju turun sekali tolong jage Irfan. Irfan was 6 months masa tue. Tahun nie ade dapat sekali training, tapi terpaksa postpon sebab job commitment sebab masa tue saya masih jaga Northern sorang2 di kala tengah banyak isu and keje nak setel. Now dah ade partner, and bile dah disuruh jadi supporting Field Analyst jek, so takdelah sangat rasa bersalah nak tinggal keje untuk gi training.

Lalu isu terbesar adalah nak tinggal Irfan. Huhuhu... As you know, sejak saya pregnant 2nd nie, Irfan cam over attached plak dengan saya. Macam kaulah segalanya untukku gitu.. Sampaikan kalo dia tenga…

Should I Feel Bad?

Selama nie saye rase and saya harap saya adalah pekerja yang jujur. Saya buat semua tasks yang saya perlu buat sebaik mungkin. Kalo ade silap, I admit the mistakes tanpa nak jahat2 pinpoint kat orang lain. Tak pernah nak sesuka hati taichi keje kat orang lain and take the credits for myself lepas tue. Takde pun nak mengampu mengipas bos. Apa yang diamanahkan pada saya saya buat jek dengan ikhlas.
And then I was evaluated as not giving opportunities to my new partner to raise and show her performance as a good planner. I feel so bad. Rasa cam sangat evil menyekat progress keje orang lain. I was requested to back to give a chance for her to shine.
Ape yang agak kecewa one of the evaluators is the one who keep dumping the works to me. Dump kat dialah then she will get the opportunity to do.
But yes, I'm pregnant and I'm being sensitive. I should look at it from a different point of view. It's supposed to be a win-win situation. She will get the opportunity and I can start focu…

Maid Kene Marah

Ok, sambung pasal maid. Sampai Miri dalam kul 7 pm gitu. Sampai2 rumah jek maid terus duduk atas sofa and tengok TV. Ok memang tak reti bahasa, orang dok tengah marah kat dia, tak sedar diri lagi. Tengok cite keling ok, kempunan seminggu tak tengok sebab kat kampung channel Astro adalah limited. Pastu lupe nak cakap, sepanjang cuti kat kampung dia tertinggal henfon kat Miri, tue yang lagi tambah emo dia. Bukan masalah kitorang pun. Takde henfon pun keje cam sial, kalo bawak henfon tatau la cane.
Malam tue pendam dulu rasa marah sebab esok and lusa tue nak kene gi mekap pengantin. I told husband "Abang, saya sakit hati sangat2 nie, saya sanggup invest untuk new maid and kite start all over balik" Ok tengah pregnant, memang emo. Sebbek slow2 hasben tue, dia lagi berhemah bab emosi nie. Yelah, kitorang dah spend almost 10k untuk 2 maids. It's not a small amount for us, bukan boleh bayar ansuran or kredit kad pun bab2 amek maid nie. So hasben volunteer nak brainwash dia tim…

Maid Ikut Balik Kampung

Dah banyak update tertinggal especially birthday party Irfan 5 May aritu. Ok kalo ade peluang akan uplod gamba2 kat sini. Ignorance sket coz hasben dah tolong uplod banyak gambar kat Facebook dia. Huhu...
Ok nak cite pasal balik kampung 24 May till 1 June aritu. Balik sempena adik ipar kawen. Sebenarnya takdelah redha sangat nak balik bercuti sebab masa tue adalah musim WPB submission, musim getir untuk para Field Analyst. Last year takdela sebusy this year sebab proses last year cam smooth. Kalau time AIS workshop tu cam dah leh challenge final activities yang nak kene buat tahun depan. Tapi this year, time AIS tue cam starting point nak register new activities, pastu baru identify clashing bersepah2, macam2. Nak kene setelkan seme tue dulu baru leh proceed dengan paperwork, which ended up memang tak sempat. Saya terpaksa handover 17 tasks to the new Field Analyst yang back to back dengan saya, which is of course tak siap jugak dalam masa seminggu saya takde. Huhuhu...
It was a tiri…