R.I.N.D.U

Saya rindukan aktiviti2 yang pernah saya buat dahulu kala. Saya rindu nak main badminton balik. Saya rindu nak sprint 100 and 200 meter balik. Saya rindu nak berkarate balik. Saya rindu nak bergymnastic balik. Omaigooodddd rindunya saya pada sukan2 itu. 

Saya rindu nak main violin balik. Saya rindu nak berpancaragam balik. Saya rindu nak tiup seruling balik. Owhhh rindunya saye pada alat2 muzik itu.

Saya rindu masa2 saya dengan arwah abah. Rindu abah ajar cabut gigi manually. Saye tak pernah pergi klinik untuk cabut seme gigi saye. Rindu abah ajar potong kuku pakai pisau and gunting. Rindu abah ajar bukak tin susu pakai pisau. Rindu abah ajar cara kopek durian. Rindu cara abah ajar mengubat cara kampung. Abah takut hospital. Abah treat sendiri seme sakit dia. Abah hanya willing nak pegi hospital pada malam dia meninggal sebab sangat sakit. Tapi abah tak sempat sampai hospital, on the way abah dah hembuskan nafas terakhir....

Rindu abah ajarkan doa2 pendinding, cara nak pagar rumah, etc. Kami selalu rasa selamat kalau abah ada sebab abah banyak ilmu. Rindu sentuhan abah. Rindu pelukan abah. Rindu senyum abah. Rindu ketawa abah. Rindu tengok air mata abah. Saya rindu segala2 yang ada pada abah....

Life must go on....


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.