Abah Rindu Akak?

Semalam mimpi arwah abah. So real sampai bangun tido cam konfius betul ke semalam bawak abah keluar makan. Orang cakap kalau mimpikan seseorang, orang tue tengah rindu kita kan? Abah rindu akak ke?

Abah, akak mintak maaf. Akak dok paling jauh dalam family. Tak dapat selalu datang melawat kubur abah. Pastu banyak kali jugak selalu lupa doakan abah lepas solat sebab asek nak cepat. Akak mintak maaf abah.

Abah, nie akak nak bitau nanti insyaallah kalau takde pape prob abah akan dapat cucu lagi. Nanti dia lahir sama bulan dengan birthday abah. Akak hepi abah sempat tengok akak masuk MRSM, masuk UTP, tengok akak grad, tengok akak kawen, datang bercuti dengan akak di Miri. Tapi akak sedih abah tak sempat tengok Irfan, adik Irfan and rumah baru akak.

Ok abah nanti ada masa kita bercerita lagi yer. Assalamualaikum abah. Alfatihah....

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.