Posts

Showing posts from April, 2012

R.I.N.D.U

Saya rindukan aktiviti2 yang pernah saya buat dahulu kala. Saya rindu nak main badminton balik. Saya rindu nak sprint 100 and 200 meter balik. Saya rindu nak berkarate balik. Saya rindu nak bergymnastic balik. Omaigooodddd rindunya saya pada sukan2 itu. 
Saya rindu nak main violin balik. Saya rindu nak berpancaragam balik. Saya rindu nak tiup seruling balik. Owhhh rindunya saye pada alat2 muzik itu.
Saya rindu masa2 saya dengan arwah abah. Rindu abah ajar cabut gigi manually. Saye tak pernah pergi klinik untuk cabut seme gigi saye. Rindu abah ajar potong kuku pakai pisau and gunting. Rindu abah ajar bukak tin susu pakai pisau. Rindu abah ajar cara kopek durian. Rindu cara abah ajar mengubat cara kampung. Abah takut hospital. Abah treat sendiri seme sakit dia. Abah hanya willing nak pegi hospital pada malam dia meninggal sebab sangat sakit. Tapi abah tak sempat sampai hospital, on the way abah dah hembuskan nafas terakhir....
Rindu abah ajarkan doa2 pendinding, cara nak pagar rumah, e…

I'm a Female Lion. Roarr!!

Sengal kan tajuk? Haha! I'm trying hard to bring back my old me. 1st tahu pregnant adalah masa 6th week. Now dah 11 weeks. Percaya tak in just a few weeks time nie saye tetibe jek berubah laku. Tetibe garang tak bertempat... T_T 
Being a Field Analyst for Northern for about 1 year and 9 months banyak melatih saya erti bersabar. Yess. I've been through a lot. Dengan selalu kene marah oleh pelbagai lapisan masyarakat, tetibe job scope bertambah2 and selalu cover keje orang lain and whatsoever, saye tak pernah kesah sebab saye tahu seme tue la yang jadi stepping stone untuk saye jadi lebih baik untuk deliver kerja saya. 
Tapi sekarang, cam seme bende saya dah amek kesah. Kat ofis tue ade sorang akak nie yang saye kurang gemar. Dah 1 tahun 9 bulan kalo nak mintak something dengan saye sure suara tinggi2, muke kerek2 and selalu ade unsur2 sindir. Tapi cam yang saya cakap saya tak pernah kesah. Eh kesah lah jugak, tapi ngumpat2 kejap pastu hilangla rasa bengang tue. Aritu akak tu b…

Ngidam Nangka

Alkisahnya harini sangat ngidam nak makan buah nangka. Rasa cam nak nangis takut tak dapat sebab before this dah ade a few makanan idaman yang tak dapat. Tapi alhamdulillah ade jual kat Miri ni ha. Siap yang dah di-pack sesiap. Manis lak tuh. Gelojoh gila makan tadi.
Lepas dah tersandar kepuasan tetibe teringat kisah lagenda Sultan Mahmud mangkat dijulang. Yang isteri laksamana tue ngidam nak makan nangka ke cempedak ntah. Pastu makan seulas yang sultan nye. Sultan sangat marah lalu bunuh pompuan tue and belah perut dia. Bila perut dah terbelah nampakla sorang baby tengah pegang buah nangka.
Penipu la sangat cite tu kan. Takkan mak dia makan nangka tak kunyah langsung. Kot yer pun ngidam takkan la kot dia gi telan nangka tu sebijik gitu. Adehh.. I plak yang emo. Haha... Ahhh sedapnye nangka tadi....
Published with Blogger-droid v2.0.4

Less Communication

Harini sangat headache. I locked myself in a room and pasang telinga Irfan main kat ruang tamu. The helper cam biasalah with her exclusive hobby, tengok TV atas sofa.
Yes Irfan agak berdisiplin dengan dia. Irfan boleh main sorang2 tanpa kacau dia tengok TV. Kalo saye yang kat depan tue dah mengah dah Irfan heret ajak main sekali. And it's been hours senyap je kat luar tu except bunyi TV and bunyi mainan Irfan.
Yes she communicates less with Irfan. I think I want to send Irfan to nursery for full day. Tapi tak yakin dapat commit amek Irfan awal petang tue. Especially now musim WPB, jadual balik keje tak menentu.
Owh btw dah 2 minggu Irfan tak gi nursery sebab flu and tetibe clock tido dah berubah balik, lepas subuh baru tido. So adakah 2 minggu full time bersama my helper tu adalah 2 minggu yang bisu? Hmmm...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Maid Mengaji

Seperti yang seme orang maklum, Irfan tak tengok TV. Sangat sangat sedih tengok anak orang lain boleh letak depan TV and mak gi buat lain. Irfan hanya tengok TV bila ade zikir or ngaji2 je kat Astro Oasis tue. Tapi takdela Oasis tue nak tayang zikir and ngaji 24 jam.
Tadi masa tengah masak lunch dengarlah my helper dok ngaji surah2 muqaddam untuk tidokan Irfan. Ngaji depan TV okay. Nak gak tue tengok TV. Haha.. Impress la gak sebab banyak gak la surah yang dia hafal. Sampai tertido Irfan dia ngaji Alhamdulillah.
To those yang tak pernah ade maid, nie lah nature majikan. We praise and blame our maid intermittently. Ahaha.. Tapi betullah bile amek maid yang muda nie memang senang sket nak handle berbanding last time amek yang tua yang konon experience tapi keras kepala sket. Cuma nak kene layan jiwa muda diorang lah. Huhu.. Pape pun perlu syukurlah at least ade helper yang leh ringankan beban kan? Huhu...
Published with Blogger-droid v2.0.4

5 May - 1 Tarikh 2 Events

Heh banyakla plak update harini. Nak buat cemane. Irfan now sejak saye pegnen nie moody dia lain macam. Asek nak ngamuk jek. So sebelum saya ngamuk jugak baik saye masuk bilik, suh maid layan Irfan. Hihi.. Sebenarnya tatau nak tulis ape. Tapi tatau gak nak buat ape dalam bilik nie sorang2. Haha!
5 May nie dah besday Irfan yang ke-2. Last year tak sempat selebret sebab masa tue musim Irfan sakit lagi. This year plan nak buat makan2 kecik2 lah sket panggil kawan2 opis. Tamaula buat besar2an sangat, Irfan pun bukannye mood tengah elok now. And 6 May tue plak saye dah kene start travel seminggu untuk training. So sape2 nak datang umah makan2 sempena birthday Irfan dialu2kan =)
Selain besday Irfan, this coming 5 May merupakan anniversary perkenalan saye dengan hasben yang ke-10. Waaaa nak nangis terharu. Dah 10 tahun kitorang saling mengenali rupenye. And cinta saya tak pernah pudar. Ahaha aiihh saye tengah pregnant nie, loya lak dengan statement sendiri.
Saye harap Tuhan akan panjangkan lagi…

Our New Maid After 7 Months

Dah nak masuk 7 bulan dah our new helper dengan kitorang. Rasanya dah cukup sesuai untuk buat entry untuk judge dia. Haha! Ingat tak last time saya pernah share yang saye bace, sebaik mana kita nampak orang tue, perangai dia sebenar leh nampak dalam 3-4 bulan. Means kalau orang tu nak menyamar ke apa ke, by 4 months dia either jadi watak yang dia menyamar tu or back to perangai sebenar. Islam pun ade cakap kan, kalau kite istiqamah buat satu bende tue 40 hari berturut2 insyaallah lekatla amalan tue. Inikan 4 bulan. Huhu...

This theory agak applicable untuk 1st maid dulu. Memang by 4 bulan dah takley sorok perangai sebenar dah. Ok back to this new one. Masih ingat tak decision kami amek dia and akan treat dia macam family instead of orang gaji? Lagipun kami amek dia dari uncle dia, bukan agent maid ke ape, so uncle dia pun cam mintak kalau boleh layan macam family. Kitorang ok jek, sebab masa tue memang memerlukan someone to help us to look after Irfan and our house.

Ada beza amek maid…

Abah Rindu Akak?

Semalam mimpi arwah abah. So real sampai bangun tido cam konfius betul ke semalam bawak abah keluar makan. Orang cakap kalau mimpikan seseorang, orang tue tengah rindu kita kan? Abah rindu akak ke?

Abah, akak mintak maaf. Akak dok paling jauh dalam family. Tak dapat selalu datang melawat kubur abah. Pastu banyak kali jugak selalu lupa doakan abah lepas solat sebab asek nak cepat. Akak mintak maaf abah.

Abah, nie akak nak bitau nanti insyaallah kalau takde pape prob abah akan dapat cucu lagi. Nanti dia lahir sama bulan dengan birthday abah. Akak hepi abah sempat tengok akak masuk MRSM, masuk UTP, tengok akak grad, tengok akak kawen, datang bercuti dengan akak di Miri. Tapi akak sedih abah tak sempat tengok Irfan, adik Irfan and rumah baru akak.

Ok abah nanti ada masa kita bercerita lagi yer. Assalamualaikum abah. Alfatihah....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sickness of 2nd Pregnancy

Jumaat lepas cuti Good Friday kat Sarawak nie, so dapatla berweekend selama 3 hari. Sangat tak productive. Bedridden jek layan pregnancy sickness. So arini I promise to myself to do something, at least to update my blog. Hihi.. I realize that I forgot to blog the stories of my early pregnancy (second one), so harini cerita pasal nie jekla.
Masa 1st pregnant Irfan dulu, sickness saya adalah sangat horrible yang tahap kene lepak sebelah mangkuk tandas untuk muntah. Sebab muntah solid yang sangat banyak sampai penuh 1 sinki sampai tersumbat sinki sebab solid besar yang berketul2. Satu keje nak cuci. So lepas tue, tiap kali nak muntah terus pegi ke toilet bowl jek. Masa tue kat rumah sewa lagi, tandas dia agak lama dan usang. Saye pun tak suke dok toilet tue lama2 tapi ape leh buat.
Muntah sangat kronik sampai Dr Mattu risau and kasi banyak jenis ubat. Sickness tue start dari 4th week lagi. This time nye pregnancy cam lain plak. Saye tak sedar saye pregnant sebab takde simtom2 macam last ti…

It Must Be The Genetic Factor

Irfan's going to hit 2 years old next month. And I'm 2 months pregnant now. Entahlah Irfan suddenly jadi makin aktif pastu makin melekat dengan saye. Jadi over manja yang kadangkala buat saya rimas. Saye masih tengah musim mabuk pening lalok dengan pregnancy sickness. So bile anak asyik nak dukung and berkepit, stress la jugak. Huhu... Cane la nak handle 2 anak pasni. Haha!
Aritu cikgu besar Irfan call lagi. Follow-up soklan pasal Irfan takley cakap lagi last time. Terharula jugak they did something untuk usahakan Irfan bercakap tapi bunyi cam dah give up sebab masih gagal. Hahaha! So soklan cikgu besar tu ialah ke you ada genetic lambat cakap? Dapat sense tak soklan tu ada unsur give up? Haha... Sian cikgu. Patutla ade perumpamaan guru ibarat lilin. Sanggup terbakar sebab bengang. Haha!
And jawapan of course lah yer. My mom kan umur 4 tahun baru bercakap. Macam Albert Einstein la plak. Korang tau tak Albert Eistein tue umur 4 tahun baru bercakap? Tapi takdela plak my mom jadik …

Yukkss Geli

Buat mak ayah yang ade anak kecik, kalau nak tukar pampers anak kat tempat lain selain rumah sendiri tolongla pikir hak orang lain yang nak gunakan tempat yang sama. Pampers tu tolongla masuk plastik and buang dalam tong sampah. Jangan biar jek dalam public toilet, sinki or tempat amek wudhuk. Kat toilet rumah orang pun ade. Geli okay!


Published with Blogger-droid v2.0.4