Kene Tinggal @ Border Brunei

Tragedi of the day. Sepatutnye weekend nie saya takde sebarang job mekap sebab nak puasa and pegi Brunei chop passport my maid untuk yang terakhir kali. Tetibe this morning ade orang nak datang buat trial makeup lalu amanahkan hasben buat persiapan ke Brunei, passport, barang Irfan, etc.

Dah siap2 mekap orang terus turun ke Brunei. Dah sampai border masa nak kasi passport kat imegresen, owh shittt hasben lupe bawak my international passport. Dia  bawak passport biru jek sebab working permit saya dalam passport biru. So bile imegresen cakap saya takbley masuk Brunei hasben dah kelam kabut "Ke nak uturn balik amek passport kat rumah yang?"

Saya dengan macho lagi gentlewoman cakap takpe saya turun tunggu kat border jek, abang bawaklah Ati dengan Irfan masuk Brunei. Tapi uturn terus, jangan gi melancong plak kat Brunei dengan maid tinggal bini kat border. Pastu dengan hati luluh kuarla kete gi jalan ke arah surau. Kete2 kat belakang dah pandang2. Sob sob...

Kat surau saya pun solatla Zuhur sorang2. Pastu main tab, sebbaik bawak tab. 20 minit kemudian hasben sampai balik terus datang ke surau merayu2 mengemis mintak maaf. Hmmm.. sebbaik chop passport kat Brunei. Kalo chop kat sempadan Siam memang saya buat fitnah la hasben pura2 tak bawak passport saya sebab nak kawen dengan maid kat sempadan. Ngahahahhaa ngeng.

Pastu bile masuk dalam kete, saye dengan maid tetibe mengilai2 berdua sampai Irfan terjaga tido. Masa tue hasben tengah solat dalam surau. It was so funny to us tapi hasben memang rasa bersalah dah takley nak cover. Tapi sebagai seorang drama queen kene la buat drama sket. "Abang ingat semudah tue ke saya nak maafkan abang? Bawak saya shopping!! Kalo tak saya ungkit sampai mati" Lalu petang tue dapat la sehelai tudung Pearl Haya kaler pink di samping makan di Pizza Hut sampai beratus2 ringgit. Hmm tue baru kene tinggal kat border 20 minit. Kebetulan kete tengah tak banyak. Kalo kene tinggal 1-2 jam memang muflis la laki I. Hahaha!

3 comments:

Hida Naza January 31, 2012 at 9:32 PM  

Lawak lah ko Kunaz.
Nape tak mintak sekali baju sepasang?
Hahaha

F a i z a h ' s February 2, 2012 at 12:17 PM  

hahahaha :P mmg lawak... kalu sy pun terasa hati jgk...hihi

MammaSun February 3, 2012 at 8:36 AM  

hahahaha
lawak tol

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.