Posts

Showing posts from 2012

Irfan vs. Arman

Image
Pospon dulu entry pasal maid and susu formula. Nak cite pasal 2 hero saya kat rumah nie dulu. Arman dah 1 bulan 3 hari arinie. Ramai yang tanya soalan sama "Cane Irfan, ok tak dengan adik baru?" Dah lama nak update pasal nie, baru teringat harini. Hehe...
Ok, sejak pregnant Irfan memang cam tak paham langsung yang dia nak dapat adik. Tatau la kot dia saje buat2 tak paham. So bile adik Arman dah lahir, kesimpulannya dia memang tahu dia dah ade adik, cuma bebuat tak tahu.

Nie gamba 1st day Arman balik rumah. Irfan tue happy sebab orang amek gamba dia, bukan sebab happy dapat adik. Haha! Ok, Irfan actually sangat jeles dengan adik dia tapi cara jeles dia tue sangat complicated. Sampai ke harini dia buat tak nampak je kewujudan adik dia. Kalau saye or hubby tengah pegang Arman, Irfan yang tengah eksaited lari2 nak datang kat kitorang akan stop bile nampak kitorang pegang Arman, and uturn balik tak jadi datang. 
And banyak kali bila Irfan terlalu rindukan saya tapi masa tue saya…

Puting Botol Susu Yang Spill Free

Image
Haihaihai!! Eh eksaited plak. Ok, sangat rindu blog sendiri tapi tak cukup masa sangat untuk diluangkan untukmu blog kerana saye sekarang sangat sibuk menjaga 2 anak dan berbisnes semasa pantang. Anak adalah tak tido malam. Sobness.. Ok sebelum lupa, checklist untuk entry yang saye plan nak buat adelah pasal puting botol susu (which is this entry lah), pasal maid yang baru seminggu amek (3rd maid) and pasal susu formula.
Ok, Irfan adalah sangat horror perangainya masa saya pregnant aritu. Ngamuk jek keje. Kalau ngamuk dia baling botol susu sampai banjir lantai rumah. Sangat sakit hati tengok. Dahlah maid dah takde masa tue. Dalam sari tue ade la 18 kali mop lantai. Dah habis nyawa sound suruh jangan baling botol susu sampai ke sudah tak dengar, so terpaksa cari jalan lain. Mulalah saya meng-google pasal botol or puting susu yang tak tumpah bile kene baling.
Saya adelah pengguna botol Tommee Tippee yang tegar, sejak Irfan lahir sampai now umur dia 2 tahun lebih. Aritu gi kedai baby ta…

Pengalaman Bersalin 2nd Baby (Part 2)

Image
Ok dah habis lunch and breastfeed baby. Mari sambung. Eh sebelum tue mau share gambar baby. Gambar cap Facebook sahaja yer.


Haa inilah seketul baby yang besar itu. Dada adalah sangat bidang dan sasa. Konfem lelaki di situ. Masa baby dah keluar, Dr Lee buat lawak "Ehhh baby awak girl lah". Sebabnye aritu saya suruh dia scan bebetul, seme orang assume baby girl masa saya tengah pregnant, and Dr Lee cakap kalau betul keluar girl, kamu beranak free jek takyah bayar. Hahaha! Konfiden. Sebbek memang kuar boy.


Ini gambar hasben curik2 amek and uplod kat Facebook dia tanpa izin saya. Hoh buruk nak mampus muka. Muke penat tahan sakit contraction 5 jam and penat layan doktor bius hyper. Haha! Itu adalah tangan Dr Chen si pediatrician. Kalau Irfan dulu, nurse yang bawak baby kasi saya tengok.

Ok, bila baby dah masuk nursery, proses jahit perut bermula. Saya masih bertenaga untuk borak2 dengan Dr Lee. Bape kali saya suruh dia buat liposuction buang lemak perut, alang2 perut dah terbuka…

Pengalaman Bersalin 2nd Baby (Part 1)

Lamenyelaa tak update blog. Arini dah 8 ari berpantang anak no.2. Ok, kerana sangat ingin mengejar masa tapi nak gak update blog at the same time, saye taip cepat2 jek.
Change of Gynae
Seperti yang ramai tahu, gynae saya masa Irfan dulu adalah Dr Mattu. Adik Irfan memula tue pun Dr Mattu gak. And seperti yang saya dok selalu update sebelum nie, tahun nie adalah tahun busy Dr Mattu. 1st sebab memang ramai orang nak beranak tahun nie (tahun naga) and Dr Mattu pun ade pegang satu admin position yang agak penting kat Col. Asia. Kalau dulu apoimen kul 11, paling lambat tunggu pun 15 minit jek. Tapi kali nie paling lambat kami pernah tunggu adalah sejam lebih. Cam alahai baik takyah buat apoimen kan. Ade sekali, dah tengah turn consultation dengan dia dah, tetibe boss dia call suruh pegi meeting ape ntah. 
Kesibukan dia tahun nie cam mempengaruhi prestasi keje dia sket. Kalau dulu sekali consutation leh sampai 45 minit, scan memang detail habis sampai gi bilang jari, cek sumbing ke tak, etc…

On Long MC

OMG. Last entry adalah pada 9 Oct. Arini dah 31 Oct. Nak dekat sebulan tak update blog rupenye. Actually dah 2 weeks plus bercuti di rumah. Last 2 week habiskan annual leave, and starting from last week saye dah start on MC. Esok mama sampai dari Besut and Isnin depan adelah due date beranak.
Dalam 2 minggu dok rumah nie, jadual adelah sangat padat. Time saya tak sihat (I have a series of leaking problem + constant Braxton yang agak kuat dan menyakitkan) memang terbongkang jelah keje. Pastu cam biasalah dok ulang alik jumpe gynae dengan physian (for my gestational diabetes). Pastu dok busy arrange cari maid. Macam2 halangan okay nak cari maid end up bajet yang diallocate untuk carik maid saye pakai wat beli perabot baru.
Yer tebiat hodoh nak beranak dah start. Dulu masa nak beranak Irfan pun dok gile renovate rumah and buat kitchen kabinet bagai. Nie start balik. Dalam 2 weeks cuti nie saja dah ade 5 perabot baru masuk rumah. Tinggal 1 lagi, hope sempat masuk rumah before beranak. So…

Kes Pijak Perut

Kes 1: Saya tengah tido menelentang tetibe Irfan datang hempas badan atas perut sya yang boyot.

Kes 2: Saya tengah tido mengereng tetibe Irfan datang duduk atas perut, konon nak menyandar kat mama dia.

Kes 3: Saya tengah tido tepi tingkap tetibe Irfan datang pijak perut sebab nak tengok luar tingkap.

Kes 4: Irfan gedik nak berdukung lalu panjat badan saya dari bawah sampai ke atas termasuk memijak perut saya.

Kes 5: Irfan suke menggelupur tak tentu hala lalu tertendang perut saya banyak kali.

Kes 6: Saya tengah cucuk insulin kat perut tetibe Irfan datang terjah sampai jarum terodok masuk perut. Wujud ke term terodok tue?

Saya rasa seperti mahu mengikat kuali di perut sebagai protection dari serangan anak sendiri. Buat adik Irfan, thanks sebab masih survive hingga kini. Semoga kita akan terus bersabar sampai kamu keluar yer baby.

Mama Mintak Maaf Irfan

Irfan, mama mintak maaf. Lately mama banyak sangat marah2 and pukul2 Irfan. Mama tak suka and tak bangga pun buat semua tue. Banyak kali lepas mama pukul Irfan, mama pulak yang nangis pastu. Tapi bila perangai Irfan dah terlalu di luar kawalan, that is the best way untuk sedarkan Irfan yang apa Irfan buat tue salah.
Yer, kalau nak compare dengan papa, mama lagik garang. Mama lagi banyak marah and pukul Irfan. Tapi, papepun, mama yang Irfan cari dulu kan? Even lepas kita "bergaduh" besar, 10 minit lepas tue Irfan boleh datang balik cium pipi mama and peluk mama, seolah2 tak pernah ingat mama marah Irfan. Semalam Irfan tertido sambil nangis sebab mama marah Irfan teruk. Tapi bila Irfan bangun tido, the 1st thing yang Irfan buat adalah cari mama untuk peluk and cium mama... And Irfan tak pernah pun kiss papa macam tue. Huhu...
Mama harap hubungan kita akan terus begini. Mama harap Irfan paham yang mama marah bukan sebab benci, tapi sebab sayang. Orang cakap bila anak ke-2 nak …

Sambung Updet Kehidupan

Terasa adalah sangat hebat bila dapat buat 2 entry sehari dalam keadaan macam nie. Haha! Ok, mari sambung update. Iskk makin nak beranak makin kuat lak dugaan. 1st nak update yang pasal gestational diabetes (as promised).
1st week treatment adalah control diet sahaja, berbekalkan set untuk cek glucose level dan buku rekod. Kene amek rekod darah before and after breakfast, lunch and dinner. 6 kali sari kene cucuk kat jari amek darah. Saye nie walaupun berani banyak bende, actually amek darah adalah perkara yang menakutkan buat saya. 1st few injections hasben yang buatkan sebab dia dah biasa, my FIL dah berpuluh tahun diabetes. Pastu dah berani buat sendiri. Yelah, jarum cucuk jari tue tak nampak pun physically, hanya nampak sebatang pen jek pastu picit kat jari, kuarlah darah. Nak kene tahan rasa cuak bila nak picit pen tue jelah.
Seminggu strict diet tue memang suffer okay. Imagine la nasik takley, mee takley, roti takley, buah takley, sayur jek boleh. Memang lembik selembik2nye. Ter…

Dear Drama Queen

Hi Drama Queen.. I dedicate this entry to you. Di sini saya ingin meng-express-kan rasa kecewa yang amat dahsyat kepada kamu. Kamu memang seorang drama queen yang hebat. Hampir 2 tahun saye dah letak 100% kepercayaan kepada kamu sehingga kehebatan kamu saya warwarkan kepada ramai orang. Dan hampir 2 tahun juga saye rupa-rupanya tertipu dengan kamu. Mungkin isu ini tidak nampak besar pada certain orang tapi penipuan kamu terbongkar di kala saya tengah sarat mengandung dan penuh beremosi. Maka, beban kekecewaan itu terasa extra besar buat saya.
Lalu saya telah mengambil langkah untuk mengundur dari hidup kamu. Mungkin nampak terburu-buru, tapi dalam waktu yang sama banyak "penyelidikan" yang telah saya buat. Saya bukan dengar 1 side sahaja, dan bukan juga 2 side sahaja, malah berside-side. Yer memang betul, sampai sekarang semuanya masih belum jelas sejelas-jelasnya, namun ketika penyelidikan dijalankan, 4-5 penipuan yang dah terbukti memang tipu dah berjaya saya spot. Banya…

Saye Tak Sehat...

Huhuhu nangis... Sila refer kembali entry lepas yang bertajuk Update Kehidupan di Miri. Di dalam entry itu kononnye the only thing yang buat saya lega adalah sebab dah ade replacement before cuti beranak. Ok tarik balik, dah tak berapa nak lega. That partner pun suddenly kene gi Production Academy gak, and most probably dia pegi dulu before saya beranak. I baru plan nak keje sampai 1st week of October jek then amek MC sampai beranak, but then kene extend sket lagi untuk train A NEW PARTNER. Owh shitt I'm damn tired! This is the 5th time dah kot. Mengah mak nyah...
Selain itu, masalah baru pun bertambah lagi. Last checkup dengan Dr Mattu adalah masa week 29. Next checkup adalah 4 minggu kemudian di week 32. In between tue saye suddenly ade emergency di mana tetibe mengalami leaking yang agak berhari-hari. Takde peluang jumpe Dr Mattu (his schedule is so so tight this year) so I went to see Dr Lee, another good gynae at MCMC. Kat situlah tetibe discover yang my baby nye measurement…

Updet Kehidupan di Miri

Dah lama tak menulis blog dengan penuh perasaan. Tulis sekadar nak update jek. I'm on sick leave today (will update dalam entry nie jugak) and Isnin nie pun public holiday, so meaning saya weekend 4 hari lah this week. Hihi...
Ok, kehidupan agak up and down sekarang. The only thing yang buat saya super lega ialah sebab dah ade working partner untuk takeover kerja-kerja saya bila saya cuti bersalin nanti. And she is a fast learner and agak independant. Ok, saya dah pernah handover kerja pada 4 working partner yang tak pernah lekat. And saya bukan jenis manusia yang handover keje on a piece of paper or through a piece of email only.
Macam last time, for the 1st few months saya bawak partner saya to any meetings and suruh dia observed the way I present and respond to the question. Handover keje plak, siap ade manual bertulis step by step untuk setiap task yang berbeza. Ajar teori almost everyday untuk relate dengan apa yang kene buat, etc. Sehari sampai berjam2 keje ngajar jek sambi…

2nd Pregnancy: Week 31

Aritu nak nangis sangat2 sebab baru pregnant 31 weeks rasa cam dah tak mampu nak bangun katil dah. Badan cam lemah and berbisa jek rasa. Pastu Jumaat aritu kan dapat MC, amek opportunity pegi urut. OMG, tukang urut cakap angin dalam badan saya dari hujung kepala sampai hujung kaki. Tue yang rasa sangat lemah sampai nak bercakap pun tak larat. Apetah lagi nak marah Irfan. Dan Carlos... 
A few days lepas urut kuarkan angin baru rasa sihat sket. Hope bertahan lama sket. Rasanya kene gi urut 2 minggu sekali kot baru ras.a cam orang. Kalau tak seriusly rasa cam dah mati tapi hidup sebab pakai mesin hayat. Ok merepek. So weekends nie dah ade energy nak gaduh2 and marah2 Irfan. Haha! Poor you my son.. Nenek kat kampung siap nangis2 sedih mikirkan kamu yang asek bertukar tangan orang jage. Irfan nak mama benti keje? Suh papa kaya cepat2. Hahaha!
Now pregnant nak masuk week 32. Week 36 or 37 saya dah nak amek MC sampai beranak. Ala2 orang balik beranak Semenanjung gitu. Haha! Saye beranak kat…

Raya 2012 di Miri

Image
Yeayy berjaya buat 2 entry sehari. Haa tue the only gambar raya yang kitorang ada. Takde baju raya. Raya pakai tshirt. Bongok tak kitorang? Hahaha! Ahh dah memang agak, kalau dah raya kat Miri tue memanglah takkan nak meriah sangat. Dahlah maid dah blah awal2 lagi seminggu lebih before raya. Anak sakit lagi, keje opis menimbun lagi, etc. so nak beli baju raya pun tak sempat.

Sebab tak balik beraya adalah sebab mama tak kasi saya balik. May haritu dah balik adik ipar kawen. Kitorang memang takde istilah balik ikut turn. Kalau balik semenanjung jek memang balik 2 kampung sekaligus, which is journey ulang-alik sahaja dah makan 4 hari. Aritu ade maid pun pancit habis. Nie dah makin boyot and Irfan yang buas and maid plak dah takde, mama suh raya Miri je. Nanti dia datang time beranak.

Kat Miri banyak beraya kat rumah ofismate hasben jek sebab diorang mostly local Sarawakians. Rumah orang SKO yang saya pergi beraya cumalah rumah Carlos dan rumah bos saya. Ok, bos saye and wife dia sudah a…

The Runaway Maid

Yer saya perasan saya dah lama tak update blog, tapi nak buat cemane dah takleh nak elak. Seperti yang dijangka maid memang dah tak balik terus and sejak tue memang masa untuk sentuh laptop adalah sangat limited, even during weekends pun tak sempat.
Alhamdulillah in terms of managing the house, masih under control sebab saye ade suami yang pembersih dan neat-freak. Nie pun antara sebab yang saya saiko takley tengok rumah sepah. Hasben akan bersih and kemaskan sendiri rumah kalo bersepah and kita sebagai isteri haruslah berasa agak loser kan... Tapi now dengan dah sarat pregnant, loser pun loser lah.. Now memang kitorang back to back bersihkan rumah.  Kalau tak sempat, saya akan bangun tido dalam kul 1 pagi untuk sambung kemas barang2 yang Irfan lingkupkan.
Pagi2, kalau tak kene duty, hasben akan mandikan and hantar Irfan gi sekolah. So now Irfan dah full day lah kat nursery. Kesimpulannya bab rumah and bab Irfan masih under control so far. Cumanya, kalo time ade mekap job during the …

The Body Temperature

Image
Salah satu kebaikan ade maid/babysitter ialah bila anak demam takley gi skolah, adelah bekap nak jage anak. Yelah hidup di perantauan tanpa family member and both husband and wife keje memang nak kene ade bekap. But since our maid till now tak balik2, semalam Irfan tetibe lak suhu badan naik sampai 39 degree, option yang ada cumalah amek cuti or anta gak gi nursery, sebab nursery Irfan nie kalau sakit tak teruk diorang still leh jagakan. And tengok Irfan pun demam panas je takde selsema batuk muntah ape, kitorang cucuk jek ubat bontot yang 8 jam tue and hantar gi nursery.Terharu dengan the way diorang monitor suhu Irfan. Every 2 hours akan amek reading and kasi report kat kitorang. Huhu... Sorry eh Irfan awak sakit takley amek MC, takde orang nak jage. Haha! Get well soon son!

The Maid is Leaving

It's past 12 now and saya masih belum dapat tidur. Irfan tengah batuk and flu teruk. Sangat sengsara tengok keadaan dia. And keadaan makin buruk sebab esok maid pun dah start balik kampung untuk cuti raya. I'm pretty sure that the nursery will not accept Irfan with that condition. So arini saya memang kene amek emergency leave. 
Tentang maid, we have a feeling that she's not coming back walaupun dalam surat agreement yang dah di-stamp-hasil-kan dia tulis dia akan balik pada 22 August. It took a few seconds for her untuk tulis date nak balik Indon which is today but it took days for her to write tarikh balik Miri semula.
Yes, dia bukan maid yang dari keluarga yang super susah sampai desperate keluar cari kerja. Masa keje dekat Kuching dulu pun sebab kakak dia yang introduce kat jiran dia. Cam keje suka2. Every weekend lepak dengan kakak buat rebonding ape bagai. So bila datang Miri dia macam hilang semua hiburan tue. Kami kat sini tak kasi dia pakai heel, tak kasi simpan k…

Our 4th Wedding Anniversary

Hari ini 8/8 pada 4 tahun yang lalu, saya sah bergelar seorang isteri kepada syurga saya, Mohd Zakuan bin Md Nor. Tak sedar kan dah 4 tahun berlalu. Saya masih ingat, walaupun kami dah kenal selama 6 tahun and bercinta selama 5 tahun sebelum kawen, masa malam perkahwinan tue, we were like strangers. Sape baring sebelah saya nie? Eii takutnye.. and walaupun 5 tahun sibuk dok share macam2 cerita, malam tue tetibe both jadik pendiam tatau nak cakap ape. And walaupun nothing happened malam tue (saye period kuang kuangg) kami tido lambat and tak nyenyak sebab everything was so new that we could not adapt to it easily. Lalu sangat kagum dengan pengantin yang bunting pelamin. It took months for us to adapt sebab both cam mangkuk taktau ape2. Ehh kenapalah introduction cam tak senonoh. Huhu...

Lepas kawen, almost setahun hidup berjauhan, saya di Miri, hasben di Ipoh. 2 minggu sekali hasben beli tiket flight balik Miri sampai duit gaji abih kat tiket jek. Saya kat Miri plak terpaksa sewa rumah…

Mama Puasa lah Irfan...

Harini hari ke-9 puasa. Ahh puasa kat rumah adalah jauh lebih penat dari puasa kat opis. Kalau kat opis banyak penat otak, kat rumah nie penat fizikal melayan kerenah anak yang aktif. Irfan is an outdoor kid, dia jenis yang takley dok terperap dalam rumah tengok TV or main mainan. Dia jenis yang kene berlari sampai berpeluh2. Kalau perap dia dalam rumah lama2 memang dia ngamuk la. 
Nak taknak terpaksa lepaskan dia main kat area carporch. Tapi since gate kitorang belum pasang motor lagi, dia pandai tolak sendiri. Kadang2 trus dia lari keluar kat jalanraya. Penat okay nak layan and jaga keselamatan anak yang aktif. Maid kitorang pun nampak lagi sanggup wat keje rumah banyak2 dari layan Irfan. Tue yang saye cakap, calang2 orang jek yang sanggup jage Irfan sepenuh hati... Nie baru sorang anak, nie keluar lagi sorang baby boy lagi nie tataula cemane hidup saye. 
Kat opis lak time2 bulan pose nie la tetibe banyak keje. Tiap hari struggle buat keje berbeza untuk 2 bos berbeza. Saye keje str…
Published with Blogger-droid v2.0.6

Dugaan Awal Puasa

Dugaan 1st day puasa ialah tetibe Irfan demam panas. So malam tue terpaksalah banyak kali bangun untuk control suhu badan and layan ragam budak sakit. 1st day puasa saya tido kul 2.30am and bangun blk masak sahur kul 4.15am. Esok tue keje tido terbongkang jek. Sebbek 1st day puasa jatuh pada hari weekend. Cepat baik demam yer sayang...Dugaan kedua ialah maid mintak balik raya dengan penuh drama kononnye mak dia sakit and hari2 call tanya balik raya ke tak. So nak mintak cuti seminggu balik raya dengan abang dia yang keje kat Miri gak. Kitorang pun tak balik raya okay tahun nie. Lagi stress bila "ejen" yang bawak our maid cakap kalau dia tak balik semula, ejen tu taknak jamin pape.Nie lah satu keburukan amek pakai ejen yang tak berdaftar. Dulu masa 1st maid gune ejen berdaftar seme bende dah black and white on paper. This one kontrak main mulut jek. Kitorang tak cakap yes or no on the spot so sepanjang tempoh menunggu jawapan tue perangainya sangat irritating. Buat2 moody lah…
Published with Blogger-droid v2.0.6

Irfan Belajar

Image
Lunch hour merupakan the only masa yang sesuai untuk ke nursery Irfan. Before Irfan masuk nursery tue pun ade a few times saya pegi visit during lunch hour untuk jumpa principal dia, teman ofismate tengok nursery, etc. And tiap kali pegi during lunch hour sure budak2 kat sana tengah tido ramai2. Memule pelik gak cane diorang boleh tido ikut jadual, sekaligus lak tue. Risau gak kot2 kasi ubat batuk cam ade certain nursery buat. Huhu...
Pastu bile hantar Irfan gi nursery, huhh budak tue kan aktif. Jangan harap dia nak tido sesenang budak lain. So tiap kali amek memang badan dia tengah berpeluh2 main. Main sorang2 lak tue, budak lain seme tido. So, oklah buat conclusion tak kasi ubat batuk. Haha!
Tapi last 2 days bile pegi amek Irfan tengahari tue, one of the teacher cakap Irfan tido dah lama, dalam sejam lebih dah. Woohh ajaib Irfan tido. Tanyela teacher, dia main banyak sangat ke sampai penat? And teacher jawab "Taklah, dia penat belajar". Wakakakaka on the spot saye tergela…

Shaklee

Image
Okeh, now dah nak masuk 6 bulan pregnant walaupun ramai yang cakap saiz perut saya macam esok dah nak due date. Pape la korangggg... Kutuk laaaa pepuassss.... Tapi tue lah, my mom pun cakap, keturunan kitorang kalo pregnant perut memang meriah. 4 bulan pregnant dah tak nampak tapak kaki dah kalo tengok sambil berdiri. 
And saya dah tak cukup kuat untuk bangun awal pagi angkut beg mekap and berdiri and terbongkok2 mekap pengantin. Disebabkan sangat focus, masa mekap tue tak rase lenguhnye, dah abih tue ya rabbi merintih2 takmo pegi mekap dah. And I have only 1 customer left sebab dia dah janji tahun lepas before saya pregnant lagi. Harap akan masih mampu bertahan untuk mekap dia nanti.
So since dah nak berehat jadi mak andam, kene la ade job replacement kan? Lalu saya bukakla bisnes mak bidan. Alhamdulillah la sambutan agak menggalakkan jugak. Memang kebetulan kot memang musim orang tengah pregnant and beranak now. Now tak sempat rasa lagi duit hasil mak bidan sebab awal2 nie saya bua…

There'll Be 2nd Irfan

Kesinambungan dari entry yang lepas, finally tadi telah pergi checking dengan Dr Mattu. Cam biasa, appointment kul 11.30 am tapi kul 12.30 pm baru sampai turn saye. I was there alone tadi sebab hasben ade miting. Masuk2 jek bilik Dr Mattu terus saye bebel kat dia. I told him arini by hook or by crook saye nak gak tau gender budak nie. Buat la pape pun, nak tonyoh perut I ke, nak gegar ke, nak ape ke, janji nak tau gak by arini. Selagi tatau dia takley lunch. Hahaha! Zalim kan. Sebbek laki I tak ikut, kalo tak sure dia malu nak ngaku I bini dia. Hahaha!
Pastu bebel lagi, cakap Raya dah dekat. Nak beli baju pun tatau nak beli kaler ape. Nape ntah tadi tetibe ringan sangat mulut nak bebel. Dr Mattu sengeh meleret jek dengar saye bebel. Pastu bermulalah proses scan baby. Cam biasa, sangat payah okay nak tengok gender baby nie. Dr Mattu memang tonyoh betul perut saye, sakit okay! Siap nguap2 lagi masa scan sambil cakap "Ngantuk sudah saya". Masa tue memang dah exceed lunch hour …

Doctor vs. Nenek Urut

Jumaat lepas suddenly rasa sakit kat rahim, cam ala2 baby dah engage. Hahaha paler otak la sangat kan  bulan dah engage. Sabtu tue plak (semalam) kene mekap pengantin, the pain is getting worse. Rasa cam perut sangat menegang and sangat sakit kat rahim. Lalu harini telah panggil nenek urut datang rumah mengecheck ape yang patut kerana bila check dengan klinik Harmoni takde pape katanya, mungkin sekadar pregnancy growth spurt.
So bile nenek urut datang, adelah beberapa perkara saspen terjadi. 1st dia cakap baby saya nie dah 6 months, not 5 months as per doctor cakap. Ok, untuk saye yang dok jauh yang masih pening paler lagi nak pikir bila nak beli tiket untuk mama datang (sebab last time Irfan lahir secara elective ceaser, means dah tahu date awal2 so boleh beli tiket dengan konfiden) cam kaget la jugak dengan fakta tue. 
Doctor kan estimate umur baby ikut saiz baby during monthly scanning. Kalau ikut measurement, memang ngamlah 5 bulan. Kalo ikut nenek urut nie, dia estimate ikut jar…

Taska Irfan

Dah 10 bulan rupenye hantar Irfan kat Taska Bintang Comel. Sebenarnya kat Miri nie saya ade 1 fevret nursery, memang target kalau Irfan hit 3 tahun nak hantar sana. Nursery tue start amek 4 tahun actually, tapi ade special slot untuk budak 3 tahun, limited 10 orang je tak silap. And orang memang book the slot setahun awal. Betapa ramainya nak anta anak kat situ.
Sebabnye dia adalah nursery islamic yang ajar2 solat, ngaji baca doa seme. Tapi silibus lain seme ala2 montessory and bahasa perantaraan pun adalah English. Cuma tambah silibus keagamaan. Irfan tue kan ustaz, TV pun tengok yang zikir2 ngaji jek. Kartun tak penah layan. Irfan akan focus bila kite expose dia dengan aktiviti keagamaan cam solat, bace doa, etc. So saya pun nekad, lepas Irfan 2 tahun trus nak gi book nama. Sebab nursery now nie principal dia Chinese, so silibus agama nie memang takdela.
Tapi now Irfan dah 2 tahun 2 bulan, saya masih belum book. Kenapa? Sebab saya rasa taska Irfan sekarang nie dah cukup best especi…

Keje Oh Keje...

Image
Working life is getting funnier now (not in a good way btw). Saya telah mula menjalankan sesi handover yang sangat mantap buat working partner saya sempena nak beranak lagi 3-4 bulan. I manage to take my time to improve on working documents and reporting system of my department so that nanti partner leh sambung buat jek. But end up arini baru dapat news partner kene pegi production academy selama setahun starting from next week! Next week okay. Instead of saya sambung handover, dia plak handover keje kat saye.

Now, I'll be back alone completing all the datelines (belum cakap yang adhoc nye keje yang almost everyday dapat). I'm fine with the workload (will complain jugak if ade disturbance to complete my tasks) Tapi bila saya beranak nanti sape nak sambung buat keje2 tu weyyy... Ingat handover nak mengajar seme tue boleh siap overnight je ker. The boss said we'll be receiving a few newcomers in August. Ok lets wait...
Cluster yang saya jaga sangat famous dengan masalah tak…