Old Maid vs. New Maid

Ok nie antara perbezaan maid lama and maid baru yang kami dapat detect so far:

1) Maid lama dari Jawa. Bahasa cam kasar sket, sampai agak banyak kali kecik hati sebab rasa cam dia tinggikan suara kat saya. Padahal tue nada standard dia. Kawan2 saye yang maid dia Jawa pun cenggitu gak.

Maid baru dari Pontianak. Boleh land travel jek masuk Miri pakai bas. Bahasa lembut and sedap didengar. Plus dah pandai cakap Sarawak sebab dah 3 tahun keje kat Kuching previously. Siott jek I tak pandai cakap Sarawak lagi.


2) Maid lama tue bijak sangat, tue antara silap kitorang. Maid lama belajar habis sekolah menengah okay, pandai English and siap tau nak convert currency Malaysia-Brunei-Indonesia. Maybe sebab bijak sangat and umur lagi tua dari kami so rasa rendah diri as maid tue kurang, sampai dah pandai melawan dah hujung2 tue.

Maid nie setakat sekolah rendah jek, tak mampu sambung belajar. And umur lagi muda 7 tahun dari kami. Senang hormat and dengar arahan so far.


3) Maid lama pandai buat keje rumah tapi kurang berkenan cara jaga anak. Since dia memang dah ada anak, awal2 tue ala2 berlagak terer jaga anak sampai konon2 nak ngajar saya cane nak jage anak instead of saya ajar dia. Tapi dia sangat takut kalau Irfan nangis, sampai kalau weekend tue kalau boleh taknak pegang Irfan langsung sebab takut Irfan nangis depan kitorang. Segan la tue kot, konon pandai jaga anak tapi Irfan takmau dengan dia.

Maid baru berkenan both so far, jaga rumah and jaga anak. Maybe sebab pernah experience keje kat Kuching 3 tahun. Jaga 2 orang anak, yang paling kecik dia jaga dari baby tue umur 1 bulan sampai umur dia dah 3 tahun, pastu majikan pindah gi KL, maka dapat kat saya maid tue. 1st day basuh pinggan kat rumah saya dia datang tanya, "Akak, botol Irfan nie nak basuh pakai sabun basuh pinggan yang sama ke?" A very sweet question from her. Hihi..

Pastu dia tahu Irfan takut orang tapi sangat berusaha nak rapat dengan Irfan. Irfan nangis pun dia cuba jugak dukung and now memang Irfan dah kawan2 and main2 dah dengan maid baru nie. Less than 3 days okay, seme orang kagum. Mungkin memang dah ada chemistry.

4) Maid lama datang freehair, and nak kene warning bab2 semayang. 2nd maid alhamdulillah bertudung and memang nampak jaga semayang so far. Pandai zikir, and hafal surah Yasin okay, tue yang tak tahan. Haha! Dia dodoikan Irfan sambil bace Yasin tak tengok buku pun.... So far hari2 tepuk2 Irfan sambil zikir2. Katanya "Irfan suke dengar baca al-Quran kak.." Husband pun cakap maid baru nie mulut dia cam ringan nak baca zikir, lenggok baca pun memang ok, tak nampak cam buat2.

5) Maid lama hipokrit sket. Dulu sampai2 rumah jek stay up 1 malam lipat kain 1 bilik even saya dah suh start keje esok. Over rajin sampai bangun pagi bengkak mata. Huhu... Pastu depan saya langsung tak pernah sentuh TV tapi bile tengok CCTV sepanjang hari tengok TV. Irfan membesar dalam kantung kain batik yang dia sangkut kat badan sambil tengok TV.

Maid baru nie movement dia so far nampak cam honest and tunjuk dia nye true color. Selamba jek gi dok tengok TV masa kitorang ade kat living room gak. Takdela nak control so far, action dia seme natural so far. Pastu bile ajak gi kedai pilih baju and sandal, selamba je pilih yang dia nak, straight to the point jek. If yang lama "Terpulanglah ibu nak beli yang macam mana..." Haa gitu

6) Maid lama pandai sket bab2 offer keje. Contoh masa tengah tengok TV offer nak bancuh air ke tak, nak goreng pape ke tak. Maid baru nie nak kene suruh baru buat. Tapi takpe janji tak hipokrit. And keje2 yang saye suruh dia buat so far memang puas hati, cuma memang nak kene suruh. Dia tak berani nak buat initiative, buat ikut arahan jek.

7) Maid lama suka masak. Saye dah cakap masak tue keje saya tapi dia nak gak tolong saya masak sebab suke masak. Dah banyak resepi dia dapat free2 dari saye sepanjang keje kat sini, kalo balik Indon bukak kedai makan sure laku. Haha!

Maid baru nie awal2 dah ngaku tak pandai masak. Pandai kemas rumah and jaga anak jek katanya. Tapi dia boleh tolong potong2 and goreng2 katanya. Okaylah, memang masak bukan KPI dia pun.

8) Maid lama tak cun, sebab dah tua kot. Maid baru nie masih remaja, cun la gak. Hahaha! Owh dulu maid lama saye sangat risau kalo dia curik laki I. Hahaha! Nie walopun maid baru lagi cun and lagi patut risau, surprisingly tak risau. Maybe sebab I trust my husband. So abang, jangan persiakan kepercayaan saya k. Haha!

9) Maid lama suke berkebun and bercucuk tanam. Maid nie tak sempat test lagi bab kebun2 tapi nampak gaya cam takde initiative nak kemas2 pasu bunga kat luar so saye assume dia tak minat kot. Nie nanti to be confirmed. Hahaha!

10) Maid lama suke senyum walopun tak cun. Yang nie payah senyum sket. Dia senyum bile tengok saye wat lawak bangang jek kat rumah. Owh dulu dengan maid lama berlakon serius depan maid. This time memang saye natural flow jek. Ade 1 night tue saye wat lawak ape ntah kemain lucu, gelak dia tahap tayang gigi jek. Haiihh...


Eh dah 10 bullet point. Ok la nanti sambung. Bye

1 comments:

Anonymous January 5, 2012 at 12:54 PM  

How did you manage to obtain your maid?
Mia pujuthome@yahoo.com

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.