Irfan @10 Months

Irfan dah nak masuk 16 bulan, tapi saye baru nak update progress Irfan masa umur 10 bulan. Haha! Mak yang terhegeh2... Hmm kenapa 10 bulan? Sebab sangat banyak bende berlaku masa Irfan umur 10 bulan. Mari membaca...

1) 1st time hantar gi nursery. Masa tue nursery kat Piasau, jauh sket dari ofis, 630 dah kene kuar rumah anta Irfan. Pastu baru tau ade nursery dekat Senadin, and itulah rumah ke-2 Irfan sampai sekarang. Now dah start sangat sayang kat teacher nursery, pagi2 kalo merajuk gaduh ngan saya (almost tiap pagi kot gaduh sebab asek berbelit kat badan...haha!) cepat2 nak pegi dekat teacher and takmo toleh tengok muke saye dah. Fine! Pegi la breastfeed ngan teacher!

2) Start merangkak and memanjat sekaligus. Before this masa bibik jaga bibik asek dukung sepanjang masa dalam kain batik ikat kat badan. So movement Irfan terbatas and lambat progress dia berbanding baby lain. So once masuk nursery jek tak sampai seminggu merangkak2 dah.

3) Bibik dah balik Indon sebab sangat sepi desperate nak kawen. Apela cite ko sekarang yer bibik. Elok2 keje dengan kitorang gi buat perangai. Saye jarang marahkan orang sampai tahap takmo maafkan orang tue. Tapi saye masih setia dengan pendirian saye, I won't forgive her sampai dia datang mintak maaf dengan saye. So sebelum mati tu make sure datang cari saya yer. Dosa dengan Tuhan nie Tuhan mudah je ampunkan, dengan manusia payah...

4) 1st time Irfan sakit sejak lahir and sekali sakit adalah sangat teruk sampai warded, and berlarutan sampai umur dia 15 bulan. Now jek baru dah okay sket2 lepas berubat cara Islam. Boleh refer entry lepas2.

5) Dah reti sket2 erti lesson learnt. Contoh, 1 day saya minum air sambil dukung Irfan. Then tetibe dia gi tampar mug tue sampai terlepas and tumpah seme air. Saye marah Irfan sampai dia nangis. Esok tue bila saya minum air lagi sambil dukung dia, tangan dia dah naik atas redi nak tampar mug, but then dia stop and jatuhkan tangan. Ingatla tue semalam dah kene marah sebab tampar mug. Hihi...

6) Dah pandai tau erti marah. Dia tahu bila cakap "No" dia tak bleh buat bende tue. Tapi yang tak bestnya tiap kali cakap "No" dengan tegasnya dia akan nangis. Manje cam itik. So kalo setakat silap2 kecik, terpaksa cakap "No" dengan nada pondan.

7) Dah pandai tau erti sayang. Dia tahu hug and kiss adalah perbuatan yang sangat comforting. So kalo dia tengah rasa sayang kat saya, dia akan peluk kuat2 and kiss saya lama2 kat pipi.

8) Dah start campur minum formula milk. Sebab bila gi nursery baru start belajar guna badan secara fizikal, so mungkin terlalu penat. Irfan minum dalam 35oz kat nursery. Saya hanya boleh commit pam around 25oz je sehari masa tue, so bawak spare susu formula. Hari2 habis jek susu formula tue. Memula sedih gak dah terpaksa campur, tapi alaaa bukannya hina pun kan. Now dah 16 bulan, dah banyak minum susu formula berbanding susu badan sebab production dah nyawa2 ikan.

9) Saya dah start boleh berenggang dengan Irfan. Dah bleh tinggal dia untuk pegi miting, etc. Mungkin sebab dah start campur susu formula jugak, so tak risau sangat if tinggalkan Irfan lama2. Mungkin sebab dah start hantar nursery jugak. Pastu since selalu amek job mekap during weekends, so terpaksa tinggalkan Irfan kat babysitter. Seme tue train saye untuk tak terlalu sayang nak tinggal Irfan. Kalo tak cam nak melekat je dengan anak 24 jam sebab sayang sangat2 kat dia.... Hihi...

10) Saye dah period balik after 9 bulan pegnant + 9 bulan fully breastfeed. Campo formula milk jek trus period. Huhu...

Hmm tue je kot. Heh elok2 jek 10 points. Hihi... Lastly, mari tengok gambar memori Irfan memanjat2 sebelum tere jalan...

Panjat pagar

Panjat kaki mama

Panjat stereng

Panjat walker

Panjat babycot

2 comments:

F a i z a h ' s August 19, 2011 at 11:32 AM  

1stly sgt suwit layout kunaz...hehe :P peh tuh irfan pun sgt cumillll~! :D

Anonymous August 20, 2011 at 9:35 PM  

i like his template.lighter,cpt nk load-piji comey

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.