Irfan's 1st BirthdayPresents

Saye tau saye dah lama tak update blog, nie time nak start update nie suddenly blur. Banyak sangat dalam paler otak tatau mane nak share dalam blog. Huhu... Ok sambung kisah travel 4 hari 3 malam di Terengganu while hubby was taking care of our sick boy.

Alhamdulillah, Irfan dah sihat kejap masa tue (now dah demam balik). Tapi sian hubby, saye balik rumah jek tengok hubby dah berjanggut abes. Cam dah sebulan terdampar kat pulau misteri. Hahaha!

Balik Miri jek, terus kebizian dengan WPB. WPB tue work programme budget yer korang, annual event yang selalu gemar memecahkan kepala otak para pembuatnya. And this is my 1st time doing WPB for my new department, maka banyak nak kene belajar, refer sana sini, jumpe orang itu ini, etc. Sampai rumah nak dekat Isyak lagi gitu you...

And saye balik dari Terengganu jek hubby plak turun offshore, till today. Pastu dapat anak lak cap tikus. Maka lagilah ketidakcukupan kakitangan. And weekend aritu plak dapat pegi mekap model untuk kursus fotografi anjuran Kolej Komuniti Miri (kolej yang saya belajar buat cake and pastry tu). Maka terpaksa anta Irfan ke babysitter. Ok dah habis 3 perenggan introduction. Hahaha!

5 May lepas kan birthday Irfan. Since mak bapak Irfan busy sket maka lambat sket celebration. Kek ape pun takde. Takpe tunggu family datang dari Trg celebrate makan kek sama2. Even though there was no cake, papa and mama belikan Irfan hadiah tau!


 Hadiah walker dari papa. Konon nak ajar cepat berjalan, tapi Irfan lagi tertarik main mainan kat walker tue. Haha! Owh btw now dah laju dah jalan pakai walker nih, tersembam pun dah pernah. Mantap gitu....


Mama kasi activity table nie. Meja dia kalo terbalikkan leh wat main lego. Tapi so far Irfan main yang nie jek lu. 

Irfan kushyuk explore barang atas meja

Pastu since Irfan sangat suka kejar bola 1 rumah sampai siap trapped bawah babycot lagi (cemane leh masuk bawah babycot yang sempit tue, pastu tak reti kuar) mama pun belikan set busy balls untuk Irfan. 


Sangat comels! Ade 5 bijik 1 set, seme warna and bunyi lain2. 1st time dapat bola2 tue Irfan baling 1 rumah pastu clumsy gi kejar 5 bola serentak. Macam kucing. Orang Trg cakap menikus. English ape ntah. Mousing kot. Wahaha bangang...
 
Officially nie jadi hadiah fevret (tamak nak kejar 5 bola sekaligus)

 Dan juga sebagai fevret food...


Pastu bawak Irfan outing kat Piasau Boat Club. Mari tengok gambar2 Irfan yang I cilok dari fesbuk encik hasben:

Nak bawak gi pantai tapi silau la plak petang tue...

Senyum dalam kesilauan

Maka main kat playground jek

Over hepi sampai pejam2 mata

Irfan happy, mama and papa pun happy sama tau

Gelak sampai terkeluar pusat

Ok next round selebret dengan nenek and uncle2 plak yer Irfan. Hepi belated besday yer Irfan sayang. Mama doakan Irfan tido awal. Hahahaha! Haa nanti nak wat entryla psal Irfan nye sleep pattern yang sangat mengagumkan tue. Boleh takkkk tak tido time mama busy WPB.

And semoga Irfan sihat2 selalu. Jangan asyik sakit yer sayang... Owh btw, a few days ago bawak Irfan jumpe Dr Chen lagi sebab high fever lagi. Tekak Irfan ade ulcer rupenye. Patutla nangis sepanjang malam sampai bermalam2. Nurse yang selalu jaga kaunter tue cakap sian kat Irfan asek sakit jek. Dia cakap, mak dia cakap kat dia, kalau anak selalu sakit, dia nak suh mak dia benti keje jage dia. Wahahaha! Memule nak pitam dengar statement tue. Hmmm.. memang cita2 nak jadi surirumah pun tapi tak cukup kaya lagi nak benti keje. Dear hasben, cepat2 naik pangkat jadi manager yer. Muahaha!


Leaving Irfan... (to sleep)

Now adalah di Gem Beach Resort Terengganu. Ade software training kat INSTEP. Walaupun nie adalah kali pertama tak tido tanpa Irfan, pastu sampai 3 malam plak tue, pastu Irfan tengah sakit plak tue, saye tak sedih langsung. Eheh...

Ahhhh 2 bulan tak cukup tido + seminggu tak tido langsung jaga Irfan sakit, I really need a break. Tadi dalam flight tido straight 2 jam. Stewardess nak kasi food pun saye cakap takmo and sambung tido. Hahaha!

Semoga hubby dapat survive jaga Irfan. Sian gak kat hubby especially nak kene bawak Irfan pegi specialist sorang2 untuk pakai nebulizer. Batuk Irfan adalah sangat teruk and kahak dia dah penuh kat salur paru2. Batuk kuar kahak, muntah kuar kahak, sian... Pastu Dr Cheah suh datang nebulizer hari2 sampai dia puas hati.


Dah banyak kali sangat kene nebulizer sampai leh terlelap. Haha!

Malam before travel nie, suh hubby buat rehersal jaga anak sakit. Memula agak runsing sebab nyaris gagal. Haha! Tiap malam around kul 1 pagi, suhu badan Irfan akan tetibe naik jadi 39 degree gitu. And bila dah tinggi camtu, saye akan cucuk ubat bawah bontot tue. Semalam bila Irfan dah start high fever, saye pegi kejut hubby nak suh cucuk ubat tue, prektis la konon. Hubby pun cucuk la. Lepas cucuk jek gedebuk dia gi auto jatuh, tido sebelah Irfan. Heyyyyy!!!

Pastu kejut lagi suh lap badan Irfan. Hubby bangunla pegang kain letak atas badan, pastu sambung tido lagi sambil pegang kain. Waaaaa!!! Memula risau cemana nak travel nih. Men sleep when they feel sleepy, but not for moms. Mak takkan tido kot selagi anak tak tido dengan selesa. Tapi malas la nak pikir kan, belasahla, bila lagi nak prektis tinggal anak kat hasben kan. Hihi... Gudluck yer bang stay up jage anak. Haha! Saye nak tido puas2 kat resort nie. Tukar shift yer 3 hari. Haha!

Owh tadi before naik flight petang, sempat bawak Irfan jumpe Dr Chen. I raised my concern yang suhu Irfan naik tiap malam start kul 1 pagi. Cam constant trend tue. Then baru tau bende baru. Bila baby unwell, dia sometime memang ada peak time suhu badan akan naik. Normally 3 group peak time: 10am-12pm, 4-6pm and kul 12-2am. Kire Irfan jatuh dalam group 12-2am tue la tapi beza akan extend sampai kul 5pagi. And Irfan akan menangis sepanjang malam tiap kali high fever.

Oklah nak TIDO dah. Hahaha!

Irfan Sakit Lagi

Banyaknye events yang tak sempat capture dalam blog nie. Arrgggghhh stress dengan diri sendiri sebab tak sempat curi masa update blog. Huhu.... Irfan is sick now, again... He's having high fever again, his temperature reached 39.7 degree last night.

Irfan cukup setahun 5 May lepas. 6 May terus dia demam sampai ke harini. 2 malam dah saya tido kul 530 pagi bangun kul 10 pagi. Whole night tak tido langsung jaga anak yang sakit. Suhu Irfan akan start suddenly naik jam 1 pagi ke atas. If tak bangun lap2 badan memang akan makin naik. Maka terpaksa tido2 ayam 10 minit sekali untuk check suhu and lap2 badan Irfan.

Pastu dia batuk and muntah sangat teruk. Bukan muntah susu, macam muntah orang besar yang sampai membuak2 keluar. Sian Irfan, sangat lemah and asyik nangis jek. Masa 1st time Irfan high fever sampai kene warded dulu, Irfan cergas jek, sebab masuk air dalam badan. Saya penat nak jaga kebuasan dia jela. Now suhu takde seteruk haritu tapi dia sangat lemah. Keje nangis, tido and minum susu jer. Dr Chen cakap memang baby akan comfortable bila masukkan air dalam badan. But this time we decided to take care of him at home only. Tak larat dah nak dok wad.

Everyone yang datang tengok Irfan cakap nie maybe demam sebab nak boleh berjalan. Entahlah, logik gak sebab masa 1st time demam teruk dulu lepas tue terus leh merangkak and memanjat dengan jaya. Tapi mungkin jugak sebab kesan injection pneumomoccal last week (2nd jab). And mungkin jugak sebab suhu now, ramai gak makhluk Miri demam now (termasuk I.. haha!)

Tadi baru balik kasi Irfan nebulizer kat Dr Cheah (Dr Chen tutup on weekends). Dr suruh datang buat neb sampai 3-4 hari actually. Problemnya, Selasa nie saya dah kene travel ke Instep selama 4 hari gitu. Ahhh susahnye hati tinggal anak sakit kat rumah... Hope Irfan akan baik by esok sebab Dr Cheah expect demam dia akan baik dalam masa 3 hari.

Habis plan nak sambut birthday Irfan weekend nie. Looking at his condition, memang stay rumah jela jalan yang terbaik. Takpe, don't worry Irfan sayang. Selagi mama hidup, you will be under my greatest care ok. No matter how hard it is, or if mama terpaksa jatuh sakit sebab jaga Irfan, you'll be my priority....

Happy 1st Birthday Irfan

Today is 5th May. Happy 1st birthday my little prince. It is almost 1 am now and my baby is still actively chasing a ball around the house. Dah nak masuk 2 bulan saya tido kul 3 pagi everyday sebab clock tido Irfan tetibe berubah. Banyak tido siang kat rumah babysitter.

Unlike other mothers, 1st birthday untuk 1st baby harus sepatutnya sangat beria. Cam Zaza si mama Syaura, berbulan2 plan birthday party. Tapi saye... huhu... sian Irfan... Papa Irfan kene turun offshore esok. Mama plak busy dengan keje ofis, start bulan May kami field planners adalah agak busy, next week saye siap kene outstation 4 hari kat Instep. Tak bawak Irfan this time.

Maka adalah tak sempat nak plan birthday party untuk Irfan. Pastu nak shortcut, outsource ofismate suh jadi party planner. Tapi malangnya party planner adalah field planner jugak, makanya turut busy, makanya tak sempat jugak jadi party planner. Hahaha!

But the good news is, my mom and my twin brothers are coming to Miri hujung bulan nie. So lehla selebret sesama. Kire nanti birthday Irfan akan ade 3 kali sambutan - dengan mama and papa, ngan nenek and uncles and lastly dengan ofismate. Huhu...

Mama mintak maap yer Irfan takde party meriah utk Irfan. Weekends nie kite kuar makan best2 dengan papa yer. Pastu nanti nenek datang kite makan best2 lagi kat tempat lain plak k.. Nanti mama beli hadiah k (waaa tak beli lagi). Papepun mama tetap sayang Irfan yer sayang... Happy birthday Irfan dari mama and papa....

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.