Offshore - Finally!

Dah nak masuk 3 tahun keje kat SKO, akhirnya Rabu lepas baru berjaya pegi offshore. Hahaha! Memule masuk SKO dulu terus kene masuk Borneo Games main badminton, lalu telah patah bahu, lalu telah di-grounded selama setahun lebey takley amik lesen offshore. Boleh refer entry ini untuk kisah itu.


Eheh tetibe gatal nak letak balik gambar masa tengah fisioteraphy bahu suatu masa dulu. Waaaa sangat kurus kering masa tue. Almaklumlah baru habis Borneo Games masa tue, training habis-habisan sampai kurus. Hihi... Alaa nie dah nak Borneo Games lagi dah tapi dah gemuk. Bak kata pepatah pondan "Mak mengah nyah..." Heyy ape nih I merepek. Ok meh sambung pasal offshore.

Bila dah berjaya pegi kursus terjun laut tetibe mengandung si Peter Pan ni plak maka takbley gi offshore lagi selama setahun. Bile Peter Pan lahir, breastfeed plak bagai. Maka hold dulu lagi tunggu baby besar sket dulu. And Rabu lepas tetibe dapat peluang pegi offshore sebab kene roll-out 1 project nie yang pilot kat Baronia, the field that I'm taking care of now.

Memule perasaan adalah bercampur gaul. Excited adalah amat dasat, jakun ler katakan tak pernah berpeluang naik platform. Tapi risau pun ada kerana sekarang adalah tengah mengalami back pain yang serious yang tunggu masa nak refer kat pakar tulang belakang jer ni (tinggal 4 papan ubat nie habis dulu) + tengah on-off demam + tengah bad weather kat sini.

Pegi bersama 3 team member lain. Owh seme laki dalam boat haritu. Weather adalah amat dasat, high swell, boat asek melambung2 gitu. Tiap kali melambung tinggi, bising orang dok jerit "Baleeekkk" - protes nak suh boat u-turn. Bila dah sampai platform, almost 2 jam okay kitorang dok manning sebab boat tak dapat nak longside. Boat sebijik cam jongkang jongket terumbang-ambing. Kat luar, berbaris orang dok muntah2 dalam laut. Seme marah2 sebab lambat sangat nak kuar announcement whether nak u-turn ke ape ke, pening kot mabuk dalam boat. Hmmm mabuk free gitu, takyah minum arak. Kuang2...

Pastu kuar la announcement cakap kalo konfiden leh nek platform, kalo tak konfiden stay dalam boat tapi boat akan stay kat Bokor sampai petang. And seme orang cau naik platform sebab tak tahan dok dalam boat goyang2 camtu. Proses boat transfer nak naik platform makan masa almost sejam sebab weather sangat teruk, baru nak rapat kat platform ombak tendang boat pegi jauh2. Dahla hujan time boat transfer tue. Maka kebasahan la kami.

Actually masa pakcik2 dalam boat tahu itu adalah 1st time saya turun offshore, seme tak kasi saya buat boat transfer. Seme suh saya stay dalam boat. Heyyy!! Pening tau! Takmau takmau! Team mate saye pun adalah sangat risaukan saye, 1st time pegi agak wrong timing sebab weather adalah sangat teruk. Rooban (our team leader) cakap it was one of the worst weather he ever encountered.

Alhamdulillah la saya survived seme tue pretty well. Tapi memang pening2 lalat la sepanjang hari. Sampai one time tue saya nampak hasben saye kat Baronia, tapi rupe2nye itu adalah Rooban. Rooban tue Indian. To hubby jangan kecik hati yer. Yang penting Rooban tue hensem. Rooban=Indian=hubby=hensem. Ehh ape I merepek nih. Nie mesti efek mabuk laut tak habes lagi nih.

And harini saya MC sebab flu teruk. Terus kene kutuk oleh ofismate, baru sekali turun offshore terus demam. Cesss! Haha! At least saye tak muntah cam lelaki2 sasa dalam boat tue. At least saya boleh buat boat transfer dalam bad weather tue dengan cemerlang. Eh eh defensive plak. Hahaha! Oklah, kesimpulannya adalah sangat gembira dapat pegi offshore walaupun terus jatuh sakit lepas tue. Haha!

1 comments:

~lalala~ April 8, 2011 at 8:19 PM  

ayat pondan tu aku macam bayangkan zaza yg ckp. keke

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.