Kelas Mekap & Kelas Pastry

Jadual update blog adalah sangat merosot dah sekarang. Dah 2 bulan straight weekends asyik ade aktiviti jer. Di saat ramai orang merintih kebosanan kat Miri nie, saya sangat tak cukup kaki tangan kerajaan. Nak update during weekdays memang payah ah kan, especially bila Irfan masuk 11 bulan clock tido dia tetibe lari balik. Tido kul 1 pagi paling awal, and normally saya akan tertido sekali masa tidokan dia.

16 April lepas berjaya conduct kelas mekap kat studio tingkat atas. Itu sebenarnya adalah kelas mekap paksaan. Saya dapat banyak request untuk dinner makeup sempena Petronita dinner. Since saya kene mekap untuk performance jugak, memang terpaksa reject banyak request. Mungkin tertekan dengan rejection, maka saya telah dipaksa buat kelas mekap oleh ofismate, so that diorang bleh mekap dinner sendiri malam tu. So buatlah, walaupun studio tak berapa nak siap lagi.


Posing dalam kelas

Student paling hot


It was a happy day. Seme tue my ofismate. And semalam pulak me and Cyndi join Pastry & Baking Class anjuran Kolej Komuniti Miri. Dia ajar 4 resepi, tapi semalam buat 2 je dulu. Next Saturday lagi 2 resepi. Waaaaaa best sampai rasa nak nangis. Semalam buat Puff Pastry Chicken Pie and Watermelon Cookies. I never knew nak buat pastry tu sangat banyak teknik. Ingat ke sama cam buat cookies camtu jer.


My pastry yang before masak

Pastry Cyndi

Me, Cyndi and our pastries

 
Pastry yang dah masak. I should put more yolk

Me and Cyndi tengah uli tepung

Our watermelon cookies. Nice kan?

Cookies yang dah masak

Doh lebih, gatal gi buat strawberyy


Best kan? Irfan suke watermelon cookies tue sebab pakai unsalted butter. Next Saturday plak akan belajar buat Cheese Tart and Phillipines Moist Chocolate Cake. Hohoho... Busy cam presiden Petronita plak rasa. Muahaha!

Lepas berjaya masak 2 jenis kuih nie seriusly rasa bangga takley handle. Cyndi pun gitu gak. Kitorang jerit2 hepi dalam kete. I tatau nape Cyndi pun jadi saiko camtu. Kalau I, hepi sebab rasa cam berjaya improve skill as a wife and as a mother. Sebab tue balik rumah terus kasi Irfan makan cookies walaupun tahu ada gula dalam cookies tue. Haha! Takpela Irfan eh, sekali sekala. Haha! Pastu malam tue plak hubby balik offshore, dia taste gak both chicken pie and watermelon cookies. Sampai habis pie I dia makan. Waahh sangat best perasaan itu.

Actually banyak lagi gambar, tunggu kawan2 kelas masak upload dalam facebook. Nanti dah dapat saye upload lagi dalam entry nie. Huhu.. Best2...

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.