Irfan & Nursery



Ini adalah gambar Irfan merangkak pada umur 9 bulan setengah. Walaupun posisi nampak mantap, Irfan actually berani merangkak atas tempat yan lembut jek, and paling banyak pun 2 langkah jek. Itu pun depan kitorang jek, bibik tak sempat tengok pun dia merangkak. Irfan start masuk nursery pada 28 Feb lepas, masa umur dia 9 bulan 3 minggu. 3 hari dok nursery, ini hasilnya.


Hohoho... Saya dah syak, Irfan memang ade unleashed potential, bibik jek yang asek dok dukung sampai Irfan takde peluang nak explore badan sendiri atas lantai. Owh lupe, nak jot down sejarah awal2 hantar Irfan kat nursery. Malam sebelum hantar nursery tue saya tak nyenyak tido. Lambat gile tido. Cam saspen, cam ade bende tak cukup jek.


Nie beg Irfan gi sekolah. Hihi.. Bag pack percuma Col. Asia kasi lepas beranak dulu. Yang tue untuk isi baju, pampers, towel, etc seme. Yang beg hitam adalah cooler beg untuk letak EBM and solid food Irfan yang saya dah masak simpan fridge malam tue. Bape minit sekali dok selongkar beg2 tue nak check ape lagi yang kurang. Haiiihh cam I plak yang nak masuk sekolah....

Esok tue, masa hantar Irfan, hantar sekali dengan hasben. Kete lain2, jumpe kat sana. Haha! Memula tue sebak gak ah hantar sebab Irfan kan takut orang, masa pass dia kat teacher nursery tue, dia merengek2 takmo lepas dari dukungan saye. Pastu dah sampai ofis, rasa cam nak SMS teacher sejam sekali tanye khabar Irfan, tapi tahan jek. Dalam kul 10 pagi saya SMS and teacher cakap Irfan ok tapi asyik nak teacher selalu dok dekat dia. Aiiikk?? Tak takut orang ke? Rasanye Irfan over-saspen sangat kot, maka tak kesahla sape2 pun, janji ade orang dekat dengan dia. Huhu... Pastu masa lunch hour SMS lagi, teacher cakap Irfan tengah minum susu, jap lagi dia nak tido. Aiikk? Sejak bile pandai tido berjadual nie? And sejak bile senang nak tido nie?

Hari ke-2 teacher cakap Irfan dah start main dengan kawan2 dia. Waaahhh riang hati kat tempat keje dapat SMS tue. Hari ke-3 teacher cakap Irfan dah start belajar merangkak laju2. Waaahh hepi lagi. Sangat tak saba nak amek dia petang tue. Bile amik, bile tengok Irfan merangkak laju ke arah saya, rasa sangat terharu. Terus pegi donate seketul microwave untuk nursery tue, sian takde microwave lagi, panaskan frozen food Irfan pakai air panas jek. Azab tue... Hari ke-4 dah start tak sihat yang saya kene amik dari nursery. Esok tue plak cuti jaga dia kat rumah sampaila kene masuk wad weekend tue. Sob sob...

Tue lah cons terbesar bile hantar nursery, senang sakit sket. Tapi tue la risiko yang saya nekad nak amik bile decide nak hantar Irfan kat nursery. I take it positively, biarla tue jadi proses nak kuatkan imune system badan Irfan.


Nie lagi video Irfan merangkak yang dah makin laju lepas baik demam. Skill lain yang belajar di nursery adalah skill memanjat, membebel sebut mama pama, skill pegang botol sendiri sampai habis susu, skill bangun tido tak nangis2 dah, skill tak nangis bile eksiden (kalo tak, tangan terpeleot sket masa merangkak dah meraung walaupun tak sakit) etc.

Berbalik pada kisah weekend nursery pada entry yang lepas, kitorang set la apointment dengan akak yang nak jaga Irfan tue. Dia cakap weekends dia amik half day jek hari Sabtu. Since Sabtu tue memang kitorang ade job mekap, setuju jela nak hantar. FYI, akak tue adalah kakak kepada owner nursery yang saya hantar dia now. Ofismate yang bitau kakak dia ade jage anak personally. Sekali bile pegi rumah akak tue, saye nak pengsan tengok signboard kat rumah dia. Ade signboard tulis Taska Crystal. Dia bukak home-based nursery rupenye. Baru bukak.

Pastu bile borak2 dengan akak tue, hubby cam jatuh cinta plak nak hantar Irfan kat dia. Dahla lagi dekat (Senadin gak) pastu rumah bersih gila tak hengat, akak tue pun jenis islamic and pandai didik anak. Kitorang lama gak kat rumah akak tue, masa azan maghrib bunyi, anak dia 3 orang (sekolah rendah) datang dah siap pakai baju melayu, tarik2 tangan mak dia ajak semayang jemaah. Since kitorang ada, mak diorang suh dak2 tue semayang sendiri, so diorang pun semayang sendiri 3 beradik. Sangat nice tengok. Lepas semayang diorang gi belajar mengaji kat rumah ustaz jiran kitorang.

Pastu dahla lagi dekat (4km vs. 9km dari rumah saye) pastu yuran pun lagi murah, RM280 jek sebulan. Yang bestnya, makan tengahari is provided sebab akak tue pun ade anak kecik umur setahun lebih. So dia masak porridge sekali gus. So saya perlu prepare 1 jenis food jela pasni untuk bekal Irfan gi sekolah. Currently, Irfan adalah baby ke-3, 2 lagi seme dah tere jalan dah. Akak tue cakap dia nak amik max 5 orang jek sebab dia ada sorang assistant jek. Oklah berbanding nursery sekarang nie yang dah agak ramai dah lebih 15 orang (tapi ramai budak besar yang umur 2-4 tahun)

Memula saspen nak bitau teacher nursery sekarang nak hantar Irfan tempat lain. Yela, baru sebulan, and banyak sangat mende baru Irfan belajar kat nursery tue. Pastu Irfan dah start kenal2 teacher2 and kawan2 kat sana. Nasib baik bleh gune alasan lagi dekat dengan rumah. Huhu...

Pagi semalam ade orang nak datang rumah buat trial makeup, so testing hantar Irfan kat sana half day, sebab hasben gi offshore. Guess what, Irfan loves the akak so much. Masa nak amik balik siap gelak2 lagi dengan akak tue. And akak tue cakap tak nangis takut orang langsung pun. Kat nursery baru nie, dia mandikan budak 3 kali sehari. So esok dah start hantar Irfan gi nursery baru dah...

So sesape yang dok Senadin yang tengah cari nursery/babysitter leh la nak try hantar kat nursery Irfan nie since ada 2 quota lagi untuk umur 6 bulan - 4 tahun. Nursery nie dah registered dengan welfare dah. Bersih, islamic, tak ramai sangat, murah, berbaloi... Hasben decide nak hantar cepat adalah sebab takut terlepas quota tue. Huhu...


4 comments:

Azwani Shaari March 27, 2011 at 11:36 AM  

rm280 pagi ke ptg ek... murah laa.. kat lawas, half day 12pm-6pm pun standard rm250..hadif punya babysitter amik rm200.. tp ok la, puas hati cara dia jaga..

kunaz March 27, 2011 at 1:08 PM  

rm280 full day dari kul 6.50am sampai 5pm. murah kn? mkn provided plak tue. huhu

f a i z a h 's March 27, 2011 at 11:29 PM  

wah...nk join~! tp jauh sgt...haha! bgs kunaz...cari org yg leh didik anak kita skali gus...bkn setakat jaga je...tp leh bg contoh tauladan yg baek... isau jgk kn? budak2 skrg mmg pandai je ikut apa org sekeliling dia buat... so better dgn nursery yg islamic insya allah anak2 kita pun terdidik... all the best irfan~ :)

mzakuan March 30, 2011 at 5:04 AM  
This comment has been removed by the author.
Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.