Irfan & Nursery



Ini adalah gambar Irfan merangkak pada umur 9 bulan setengah. Walaupun posisi nampak mantap, Irfan actually berani merangkak atas tempat yan lembut jek, and paling banyak pun 2 langkah jek. Itu pun depan kitorang jek, bibik tak sempat tengok pun dia merangkak. Irfan start masuk nursery pada 28 Feb lepas, masa umur dia 9 bulan 3 minggu. 3 hari dok nursery, ini hasilnya.


Hohoho... Saya dah syak, Irfan memang ade unleashed potential, bibik jek yang asek dok dukung sampai Irfan takde peluang nak explore badan sendiri atas lantai. Owh lupe, nak jot down sejarah awal2 hantar Irfan kat nursery. Malam sebelum hantar nursery tue saya tak nyenyak tido. Lambat gile tido. Cam saspen, cam ade bende tak cukup jek.


Nie beg Irfan gi sekolah. Hihi.. Bag pack percuma Col. Asia kasi lepas beranak dulu. Yang tue untuk isi baju, pampers, towel, etc seme. Yang beg hitam adalah cooler beg untuk letak EBM and solid food Irfan yang saya dah masak simpan fridge malam tue. Bape minit sekali dok selongkar beg2 tue nak check ape lagi yang kurang. Haiiihh cam I plak yang nak masuk sekolah....

Esok tue, masa hantar Irfan, hantar sekali dengan hasben. Kete lain2, jumpe kat sana. Haha! Memula tue sebak gak ah hantar sebab Irfan kan takut orang, masa pass dia kat teacher nursery tue, dia merengek2 takmo lepas dari dukungan saye. Pastu dah sampai ofis, rasa cam nak SMS teacher sejam sekali tanye khabar Irfan, tapi tahan jek. Dalam kul 10 pagi saya SMS and teacher cakap Irfan ok tapi asyik nak teacher selalu dok dekat dia. Aiiikk?? Tak takut orang ke? Rasanye Irfan over-saspen sangat kot, maka tak kesahla sape2 pun, janji ade orang dekat dengan dia. Huhu... Pastu masa lunch hour SMS lagi, teacher cakap Irfan tengah minum susu, jap lagi dia nak tido. Aiikk? Sejak bile pandai tido berjadual nie? And sejak bile senang nak tido nie?

Hari ke-2 teacher cakap Irfan dah start main dengan kawan2 dia. Waaahhh riang hati kat tempat keje dapat SMS tue. Hari ke-3 teacher cakap Irfan dah start belajar merangkak laju2. Waaahh hepi lagi. Sangat tak saba nak amek dia petang tue. Bile amik, bile tengok Irfan merangkak laju ke arah saya, rasa sangat terharu. Terus pegi donate seketul microwave untuk nursery tue, sian takde microwave lagi, panaskan frozen food Irfan pakai air panas jek. Azab tue... Hari ke-4 dah start tak sihat yang saya kene amik dari nursery. Esok tue plak cuti jaga dia kat rumah sampaila kene masuk wad weekend tue. Sob sob...

Tue lah cons terbesar bile hantar nursery, senang sakit sket. Tapi tue la risiko yang saya nekad nak amik bile decide nak hantar Irfan kat nursery. I take it positively, biarla tue jadi proses nak kuatkan imune system badan Irfan.


Nie lagi video Irfan merangkak yang dah makin laju lepas baik demam. Skill lain yang belajar di nursery adalah skill memanjat, membebel sebut mama pama, skill pegang botol sendiri sampai habis susu, skill bangun tido tak nangis2 dah, skill tak nangis bile eksiden (kalo tak, tangan terpeleot sket masa merangkak dah meraung walaupun tak sakit) etc.

Berbalik pada kisah weekend nursery pada entry yang lepas, kitorang set la apointment dengan akak yang nak jaga Irfan tue. Dia cakap weekends dia amik half day jek hari Sabtu. Since Sabtu tue memang kitorang ade job mekap, setuju jela nak hantar. FYI, akak tue adalah kakak kepada owner nursery yang saya hantar dia now. Ofismate yang bitau kakak dia ade jage anak personally. Sekali bile pegi rumah akak tue, saye nak pengsan tengok signboard kat rumah dia. Ade signboard tulis Taska Crystal. Dia bukak home-based nursery rupenye. Baru bukak.

Pastu bile borak2 dengan akak tue, hubby cam jatuh cinta plak nak hantar Irfan kat dia. Dahla lagi dekat (Senadin gak) pastu rumah bersih gila tak hengat, akak tue pun jenis islamic and pandai didik anak. Kitorang lama gak kat rumah akak tue, masa azan maghrib bunyi, anak dia 3 orang (sekolah rendah) datang dah siap pakai baju melayu, tarik2 tangan mak dia ajak semayang jemaah. Since kitorang ada, mak diorang suh dak2 tue semayang sendiri, so diorang pun semayang sendiri 3 beradik. Sangat nice tengok. Lepas semayang diorang gi belajar mengaji kat rumah ustaz jiran kitorang.

Pastu dahla lagi dekat (4km vs. 9km dari rumah saye) pastu yuran pun lagi murah, RM280 jek sebulan. Yang bestnya, makan tengahari is provided sebab akak tue pun ade anak kecik umur setahun lebih. So dia masak porridge sekali gus. So saya perlu prepare 1 jenis food jela pasni untuk bekal Irfan gi sekolah. Currently, Irfan adalah baby ke-3, 2 lagi seme dah tere jalan dah. Akak tue cakap dia nak amik max 5 orang jek sebab dia ada sorang assistant jek. Oklah berbanding nursery sekarang nie yang dah agak ramai dah lebih 15 orang (tapi ramai budak besar yang umur 2-4 tahun)

Memula saspen nak bitau teacher nursery sekarang nak hantar Irfan tempat lain. Yela, baru sebulan, and banyak sangat mende baru Irfan belajar kat nursery tue. Pastu Irfan dah start kenal2 teacher2 and kawan2 kat sana. Nasib baik bleh gune alasan lagi dekat dengan rumah. Huhu...

Pagi semalam ade orang nak datang rumah buat trial makeup, so testing hantar Irfan kat sana half day, sebab hasben gi offshore. Guess what, Irfan loves the akak so much. Masa nak amik balik siap gelak2 lagi dengan akak tue. And akak tue cakap tak nangis takut orang langsung pun. Kat nursery baru nie, dia mandikan budak 3 kali sehari. So esok dah start hantar Irfan gi nursery baru dah...

So sesape yang dok Senadin yang tengah cari nursery/babysitter leh la nak try hantar kat nursery Irfan nie since ada 2 quota lagi untuk umur 6 bulan - 4 tahun. Nursery nie dah registered dengan welfare dah. Bersih, islamic, tak ramai sangat, murah, berbaloi... Hasben decide nak hantar cepat adalah sebab takut terlepas quota tue. Huhu...


Blogger-droid

Testing... I bought a new phone last 2 weeks. Samsung Galaxy Ace. Rupa paras ala2 iPhone tapi lagi murah 3 kali ganda dari iPhone. Semoga Irfan tak sentuh henfon baru i nih. Huhu... Godek2 fon nih jumpe function blogging nih. Sangatttt best henfon ini!!!

Published with Blogger-droid v1.6.7

24 March 2011

Alasan tak sempat habiskan the previous entry adalah kerana tak sabar nak buat entry nie. Haha! Harini 24 March. Hasben start gi offshore dah harini. 1st time pegi offshore time bibik takde and Irfan dah kat nursery. Kelam kabut gakla nak siapkan Irfan sorang2 pagi2 buta. Nak jemur kain lagi. Kuang2.. Tapi cam biasa maintain sampai ofis dengan rekod hijau. Hihi...

Harini 24 March jugak genap 2 tahun arwah abah tinggalkan kami. Mintak sedekahkan al-Fatihah yer buat arwah abah saye. Che Engku Abdul Aziz namanya. Huhu... I miss you abah...

Harini 24 March jugak adalah rekod dunia, saya dah datang period akhirnye. Hoh! Lama gila. Rakan2 pam yang lain seme dah datang awal. Tataula sebab memang dah masa dia or sebab saya dah kurang pam lately, especially time Irfan warded memang schedule out terus. Nak kene jage Irfan super careful sampai memang tak cukup tangan nak pam. Nak direct breastfeed pun Irfan taknak sangat sebab dah masuk air 3 botol, maka dia tak haus. So production memang amaat low now.

Misi Pencarian Weekend Babysitter

Soon after Irfan keluar wad, kami telah terlupa yang kami ade job untuk mekap pengantin weekend tue, Sabtu and Ahad plak tue. Maid plak dah takde, tak sempat plak tue nak arrange cari babysitter, maka dengan pasrah lagi redha kami angkut jek Irfan ke rumah pengantin. Kami kuar jam 6.45 pagi, Irfan tengah tido lagi time tue, tukar pampers jek, maintain pakai baju pyjama, angkut jek wat masuk kete.

Siannye Irfan si anak pengembara


So bile sampai rumah pengantin, mintak izin Irfan tumpang tido kat lantai rumah diorang. Ibu pengantin adalah sangat baik lagi penyayang, bawak kuar tilam and bantal bagai. Saya pun mulakan tugas mekap and hubby tukang amek gambar. Punyelah saye berdoa Irfan tido sampai saya abes mekap. Namun tak makbul doa itu. Bile dah bangun, kami adalah sangat penat gilir2 turn jaga Irfan. Irfan masih takut orang, maka seme orang takut nak jage dia, takut nanti nangis kat majlis orang. Huhu….


Nie hari pertama mekap. Yang nie mekap akad nikah jek, jemputan pun family members jek. By 10 am dah leh blah. So masih mampu handle Irfan, tapi kami tak tunggu sampai majlis habis lah. Pegi makan kat kedai. Haha! Padahal dah leh makan kenduri free. Hari ke-2 yang haru sket, sebab kene mekap pengantin + pengapit + gi rumah jiran pengantin untuk groom hasben dia + tunggu majlis berdikir habis sebab pengantin nak tukar baju. Pastu tetamu pun memang ramai lah.

2nd day. Peluh2 I gitu...


Since tetamu terlampau ramai, terpaksa bawak Irfan masuk bilik tempat mekap pengantin. Nanti kan dia saspen tak kenal orang pastu nangis2 kat majlis orang. Maka bila dah dok sebilik, Irfan telah menjadi assistant mekap saye. Habis lipstick kat pipi dia main. Pastu since lama sangat kat rumah orang, Irfan berak sampai tembus seluar. Tak bawak seluar extra plak tue. Maka terpaksa tukar pampers and tak pakai seluar. Masa dah habis mekap pun, dukung Irfan ke kereta dalam keadaan tak pakai seluar camtu, lalu depan orang ramai yang dok bawah khemah. Huhu…

Maka telah nekad dengan hasben untuk mencari permanent weekend babysitter, so anta kat dia each time ada job mekap or any other business (AOB haha!) Next week tue pun ade makeup job lagi. Temporarily pegi hantar kat rumah makcik isteri imam yang jage baby Cheq now tue. 

Setelah penat mencari, akhirnye telah mendapat penemuan yang tak dijangka. Kesimpulannya Irfan dah ade weekend babysitter now, tapi detailnye akan diceritakan kemudian.  Hihihi...

Irfan Masuk Wad

Sumpah baru berpeluang nak update blog. Sangat super busy lah weekdays dan juga weekends lately (dah 3 weekend ade job mekap). Sampai dah kene sound nih lama tak update blog Ermm rakan2 di Facebook sure dah banyak tahu tentang Irfan kene warded aritu, tapi meh nak cite detail.

Last entry adalah pasal bibik balik Indon. A few hours lepas update entry tue, Irfan masuk unit kecemasan di MCMC dalam kul 1 pagi sebab suddenly suhu dia cecah 39.4 degree. Irfan dah start panas2 badan hari Rabu. Hari Khamis teacher kat nursery call cakap Irfan muntah2, takde selera makan and badan panas2. Doctor kasi ubat demam biasa jer. Hari Sabtu la start panas mengejut.

 Sian anak saye....

Dr Chen tak bukak klinik malam2, apetah lagi kul 1 pagi kan. So doctor biasa jek yang diagnose Irfan. Dia masukkan ubat yang cucuk dalam bontot tue. Tak lama lepas tue suhu turun 37 degree, so tak payah warded, balik rumah. Tampal coolfever yang children nye (should be still kene pakai yang untuk babies nye). Pagi esok tue bile bangun Subuh, suhu Irfan tetibe jadi 40 degree. Coolfever tue memang jadi kering kontang.

Sangat tak bermaya...

Pastu tak putus2 lap badan Irfan dengan towel lembab. Kepala plak kami pakaikan topi lembab. Kejap jek kering. Rendam dalam tab pun air dalam tab jadi suam. Panas gile badan Irfan. Pastu suhu Irfan flactuate between 38-40 degree. Pegi MCMC lagi, doctor sama still on duty. Doctor buat H1N1 test, alhamdulillah negative. Dia tukar ubat lain kot2 berkesan.

Pagi Isnin plak suhu Irfan jadi 41.5 degree, terus amik emergency leave and pegi jumpe Dr Chen. Cucuk ubat bawah bontot lagi untuk turunkan suhu. Dr Chen terus warded kan Irfan. Macam2 test kene buat kat Irfan - ear infection test, kidney/heart/lung scanning, urine infection test, denggi, etc seme result negative. Maka Dr Chen cakap Irfan maybe kene false measles. Kalau measles biasa (bahasa Melayu orang panggil campak) normally rashes tue kuar dulu then akan demam panas dalam seminggu. Tapi false measles nie, dia akan demam panas dalam 2-3 hari dulu, once rashes kuar, suhu badan akan turun.


Pesakit paling  comel kat MCMC haritu... :p


Nak tunggu rashes kuar tue, 3 malam gakla overnight kat spital. Irfan kene masuk air sampai 3 botol. Sangat nasib baik masa doctor datang nak cucuk water drip tue Irfan tengah tido. Saya peluk2 sambil nyanyi2 kat telinga Irfan masa doc cucuk, so dia tak nangis sangat. Nangis kejap jek sebab terkejut kene cucuk, tapi mata still pejam. Tapi dramatik gakla tengok darah terburai2 mengalir sampai kotor blanket Irfan. Before masukkan water drip, diorang amik sample darah Irfan gak, tue yang sampai mengalir2 tumpah darah Irfan atas katil.



Dah cucuk water drip, tangan Irfan kene letak splint and kene bungkus untuk limitkan movement tangan Irfan, kalau tak tercabut nanti. Tapi kalau dah dasar buas tue memang takley nak buat apelah. 2 kali kene vacuum balik water drip sebab darah Irfan mengalir masuk paip tue sebab gerak aktif sangat. Nurse banyak kali pesan jangan aktif sangat takut nanti kene cucuk balik. Adoii...


Tengok tangan Irfan, ade 1 punat kaler biru jek yang tinggal terkeluar dari bandage tue. Irfan dok gi gigit bende alah tue sampai banyak kali tercabut. Kene marah nurse lagi T_T Pastu sangat penat la nak control Irfan so that dia tak gi tarik wayar2 tue. Tak sukelaaa water drip nie, sebab dia cam computerized, kene pakai plug, so takley gerak jauh sangat. And if gerak aktif sangat nanti mesin tue akan jam and loceng akan bunyi kat kaunter nurse.

Bercakap pasal nurse, owh sangat seriklaaaa dok wad MCMC. Nurse dia banyak yang lucu. Sorang dua jek yang baik. 1st bengang kat sorang nurse tue asek sound saye suh Irfan jangan buas sangat sebab dah bosan kot masuk bilik nak betulkan mesin drip. Hellooooo tue baby kot... Even nurse tue sound Irfan sendiri pun bukannye dia paham.

2nd bengang sebab almost seme bende saya kene wat, diorang men kasi arahan jek. Contoh, suhu kene amik sejam sekali. So sejam sekali nurse akan masuk bilik and hulur termometer kat saya suh amik suhu Irfan. Hello.. Kot yer pun buatla sendiri time saye tengah tido, tak perlu kot nak kejut saya semata2 nak suh amik temperature. Maka memang sleepless night la sepanjang kat wad tue sebab asek dok kene kejut kat nurse.

3rd garang and tak mesra alam langsung. Irfan kene makan ubat tiap 4 jam. So cam biasalah, saya la yang kene kasi. Pernah 1 masa tue saya ngantuk sangat tak larat nak bangun, nurse datang marah sebab tak kasi ubat lagi. Irfan pun kesian tengah nyenyak tido.

Masa turn Irfan makan ubat kul 7 pagi, ade sorang nurse tue cam baik, dia cakap, takpe tunggulah baby bangun baru kasi makan. So saya pun sambung la tido. Tapi dalam 15 minit ade nurse tua lagi hodoh datang marah sebab tak kasi lagi. Dengan mamainye saya pun kasila Irfan makan ubat. Irfan sangat susah makan ubat, maka agak struggle la tiap sesi makan ubat tue.

Selain ubat makan, Irfan kene inject antibiotik gak thru drip water tue. Kesan antibiotik tue adalah akan cirit birit tiap setengah jam or less. Memang banyak gila kene prepare pampers. Yang tue takpe, sian sebab bontot Irfan melecet2. Tiap kali basuh Irfan akan melompat sambil meraung sebab sangat pedih. Sian sangat...

So berbalik pada kisah makan ubat kul 7 pagi tue, lepas kasi Irfan makan ubat saya tukar la pampers Irfan. Haritu hasben tak dapat cuti sebab ade course. So struggle la heret set drip water tue ke sinki untuk basuk berak Irfan. Tengah2 struggle tue, nurse tua hodoh tue masuk lagi nak make sure saya dah kasi Irfan makan ubat. Masa tue Irfan bebetul dalam sinki dengan wayar terbelit ke mana arah dah, tapi nurse tue tengok camtu jek and keluar bila saya cakap dah kasi ubat. Takde pun nak offer tolong pape.

Ada one time tue jugak, since tak cukup tangan handle Irfan sorang, saya letak jek dulu pampers2 Irfan yang kotor tue kat pintu toilet. Kadang2 sampai 5 pampers terkumpul. Nurse masuk pandang jek pastu kuar, takde pun nak tolong angkat buang masuk tong sampah. 

Even masa nak kuar wad pun nurse carik pasal. Dapat kuar kul 3 petang. Saye tanyela nurse, leh tak saya stay sampai kul 5 sebab tunggu hasben balik course. Dia cakap okay. Tapi tetibe datang nurse tua hodoh tue cakap "You tahu you dah boleh balik kan?" Dem... Tolongla pegi course budi bahasa...

Memang sangat penatla dok wad jage Irfan. Tido pun posisi cam haper2. Till now sakit belakang kronik nih, tarik nafas pun rasa berdenyut urat belakang. Nak kencing pun terpaksa tahan sampai 3 jam, nak kene tunggu Irfan tido lu baru leh gi toilet. And budak tue bukan senang nak tido. Kalau tinggal nanti kan dia terjun katil, tarik wayar drip water, etc. 

 Suhu dah start turun ke 38 dah masa nie

Buas, baju asek tertanggal jek

Pesakit yang ceria...

Makan henfon sebelah tangan

Layan Irfan jalan2 atas lantai

Disebabkan water drip tue pakai yang jenis elektronik, adalah sangat susah gile untuk bergerak. Sebab dia kene gune plug. Ade bateri tapi tak tahan lama, so nurse cakap if nak jalan2 pun make sure jangan lama sangat. Sian Irfan. Eh actually sian kat saya. Irfan kan jenis aktif lagi buas, water drip tue tak menghalang keaktifan dia, saya yang merana nak jaga water drip tue agar tidak musnah.


 Leh kuar jalan a few feets away jek... T_T

 Sedih takleh terbang...


 Cari nama sendiri kat board. Apparaa nurse salah eja nama


Once rashes kuar, Dr Chen terus released Irfan. Saya emergency leave sampai seminggu okay, sebab Dr Chen cakap even though false measles tak berjangkit, tapi nursery or other parents won't be happy tengok budak bercampak dekat dengan anak diorang kan. So keje saya asek dok sapu calamine lotion kat rashes Irfan tue. In 3-4 days time rashes kat muke and body  Irfan hilang alhamdulillah.


 Keadaan lepas cabut water drip

Tunggu papa datang amek

 Tata wad 303 MCMC


Nie dapat lawatan dari wakil Petronita SKO. Masa nie kat rumah after dah kuar wad. Irfan dapat hadiah mainan, tak fokus kat kamera dah. Isskk sangat hodohla muke saye, macam muke bibik plak. Sob sob... Oklah, sekian kisah jaga Irfan dalam wad. Penat wooo! Takpelah susah2 dulu pendapatan... Huhu...


Goodbye Bibik (Part 3)

Ini sudah konfem part terakhir. Haha! Tadi bibik dah balik Indon. Dia takmo keje dengan jiran kami, siap ugut kitorang lagi, if still suruh keje dengan orang lain, if dia buat perangai pape, nanti kami gak yang kene sebab nama kami still majikan dia. Kurang ajar kan?

Panjang kisahnye actually, tapi since dah berbuih mulut cite kat ofismate, tak larat dah nak menaip. Bibik pun dah selamat berambus dah tadi. Malas dah nak pikir, haritu dah berhari2 sakit otak dok mikir pasal pompuan tue. Yang penting impian dia yang gatal nak berlaki tue dah tercapai. Dari dok sini asyik dok khayal ntah kemane hala and asyik menyakitkan hati jek, baik hilang terus depan mata.

Maka hari ini bermulalah kehidupan baru kami 3 beranak... Hihi... Irfan tengah demam nie, semalam saya siap cuti lagi jaga Irfan. Nanti akan diceritakan kemudian. Heh...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.