Tips Bila Baby Flu...

Lamanya tak update. Rasa cam banyak bende berlaku dalam seminggu nie tapi lupe abeh dah. Ok takpe. So entry kalini nak share pasal Irfan yang 1st time kene flu di usia 9 bulan. Nasib baik Irfan flu sampai 3 hari jek, tapi 3 hari pun, sangat kesian tengok dia.

Hidung tersumbat, pastu air hidung meleleh2 (still clear fluid yang cair). Masa bernafas, bunyi kesian sangat, cam suffer gila dia nak bernafas. Pastu minum susu, asek sesak nafas. Sebab bila hidung tersumbat, Irfan bernafas ikut mulut. So bila time breastfeed/bottlefeed, selalu dia pause banyak kali sebab payah nak bernafas. Kesian gila okay. Pastu asek bersin, tiap kali bersin, kuar hingus 1 depa. Haha! Tido malam pun asek bunyi kroh kroh sebab hidung sumbat. Saya asek terjaga tengah malam untuk tengok kondisi Irfan.

Hari ke-2 Irfan selsema, pegi jumpe Dr Chen. Patutnya appointment untuk cucuk 2nd jab yang pneumococcal tue, tapi since tengah flu, Dr Chen suh postpon lu, sebab pneumococcal injection tue ade risk untuk dapat high fever. So Dr Chen kasi ubat selsema yang minum dengan yang titik dalam hidung. Dr Chen cakap, hidung belah kiri Irfan dah bengkak kat dalam. According to him, normally nie sebab berjangkit dari orang yang flu. Tapi kat rumah nie takde sape yang flu. Maybe berjangkit kat luar, sebab kitorang banyak bawak dia keluar masa cuti 4 hari tue.

Bila flu, Irfan yang asalnye species lipas kudung dah jadi lipas sempurna plak. Kurang sket keaktifan dia. Tapi still... kat hospital tue, dia gi amik pen Dr Chen, gi tarik stetoskop, makan brochure pasal hidung bengkak, etc. Haiihh.. Hari ke-3 dah okay. Tak sempat nak amalkan petua2 dari member2 ofis hasben + petua2 orang kampung. So share jelah kat sini, takut lupe balik in future. So, nie tips2 untuk kurangkan flu untuk baby:

1. Pi mintak ubat klinik. Hahaha! Ubat titik hidung tue cam sangat membantu
2. Amik kapur sireh + kunyit hidup and sapukan kat batang hidung baby
3. Letak wap air panas kat hidung baby biar dia sedut. Baby akan nangis, tapi in 15 mins time memang akan improve banyak.
4. Macam no.3 tapi campur serbuk kayu manis dalam air panas tue sebab konon2nye kayu manis dapat keringkan hingus.

Sesape yang nak cube leh la try. Saya sempat try tips no 1 jek, bawak gi spital terus amik ubat. Haha! Owh esok nak kene gi KL, ade miting. Tapi amik flight subuh, and return malam tue. Percubaan pertama nak berjauhan dengan Irfan. Takmo overnight lagi, since now musim Irfan tengah clingy and masih terjaga pagi2 buta untuk breastfeed. Baby umur 9-10 bulan adalah peak time untuk dia kene separation anxiety (sila google), and Irfan got it now. Hope Irfan recover cepat sebab ade plan nak hantar Irfan pegi nursery/babysitter dah. Sebab ade plan nak dispose bibik dari rumah jugak (waaahh gossip nie lom share lagi, ok later2..) Bye...

3 comments:

imang February 14, 2011 at 8:16 AM  

kau sure bibik kau x bc blog ni? nyehnyehh

MammaSun February 15, 2011 at 10:26 PM  

hahaha....betol kata imang tu...kang jd isu antarabangsa antara 2 negara...jangan ko!

kunaz February 15, 2011 at 11:51 PM  

haha! lg bagus kalo dia bace. snang sket proses nk sound. hihi

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.