Nursery / Babysitter / Maid

Tak sabar plak nak tunggu wiken. Nak kuar shopping barang keperluan Irfan masuk nursery. Owhh nape ntah sangat excited nak hantar Irfan masuk nursery. Maka telah paham perasaan ibu bapa yang anaknye masuk university. Tapi nie baru nursery. Kalo Irfan masuk university nanti, ntah2 saya gi berguling2 keliling Miri 2 pusingan. Haha! (errkk tapi time tue dah tua, tak larat berguling dah)

Sebenarnya bila dapat tahu nursery yang memule saye nak hantar tue full, telah berusaha gigih mencari babysitter sementara tunggu nursery tue ade vacant. Jumpe la sorang makcik nie, dok umah seberang jalan besar rumah saye jek (tak sampai 5 minit drive kot). Dia tengah mencari untuk jage baby sebab cucu2 dia seme dah besar. Dia adalah isteri kepada imam surau dekat2 area nie. Mantap kan? Hihi...

Pastu then tetibe jumpe nursery yang kosong. Hoh kat Miri nie sangat susah nak jumpe nursery yang Islam okay! Ade sket jek tu pun cepat gile penuh. Bila dah pegi sendiri nursery tue and dah jumpe dengan teacher2 dia, terus ada perasaan ahhh nak hantar Irfaaann!!!

Tapi haritu saye and ofismate pegi gak jumpe makcik babysitter tue. Baik orangnye. Maka bitau hasben, nanti nak selalu bawak Irfan jumpe dia jugak biar Irfan kenal2. Sebab makcik tue cakap, kalau 2-2 outstation, tinggal kat makcik tue jaga pun boleh. Sangat baik makcik tue. 

"Makcik, anak saya takut orang, dia nangis kalau nampak orang dia tak kenal"
"Makcik, anak saya suke terbang, larat ke makcik nak layan dia"
"Makcik, anak saya kadang2 nangis takde sebab"

Makcik tue cakap seme okay. Kalau Irfan kecik lagi sure saya dah hantar gi sana. Owh tapi ofismate I tue maybe hantar baby dia gi sana temporarily. Cheq, hantar jela. Mintak diskaun sket, cakap nursery Kunaz murah RM100 dari rege makcik letak. Hahaha!

Hidup di perantauan nie kite kene kenal jugak orang2 tua kampung sebab diorang lagi awal makan garam kan. Sebelah umah makcik babysitter tue plak ade makcik urut. Pasni kalau beranak lagi, lehla mintak2 diorang jagekan, lesson learnt haritu tak berpantang tol2, body jadi hot gile. Ngehngeh...

Eh kejap cite makcik kejap cite nursery. Sebenarnya nak cite nursery. Tujuan utama anta nursery adalah 2 sebab sahaja. 1st nak ajar dia jangan takut orang. Nie kat rumah asek tengok muke I, bibik and papa dia jek. Owh, Irfan walaupun takut orang, tapi dia sangat suke babies and kids (jangan hint mama nak adik yer, jage awak sorang dah sesak napas dah) 2nd  sebab progress Irfan now adalah learning stage dah. Kalau dia kecik tak pandai ape2 lagi, bibik jaga dah cukup. Itu jek 2 reason utama.

Dengan keputusan nak hantar Irfan gi nursery, saya terpaksa amik risiko bahawa budak2 yang dok kat nursery cam selalu demam sebab berjangkit dengan other kids. Dan juga risiko terpaksa bangun extra awal untuk hantar Irfan then uturn balik ke ofis. Dan juga risiko kene kuar keje on time untuk amik Irfan. Dan juga risiko susah nak gerak gi memane tanpa Irfan. Dan juga risiko susah nak outstation. Maka di sinilah kegunaan makcik babysitter itu. Hihi...

Sebenarnya belum bitau bibik yang nanti dia kene keje dengan majikan baru. Tunggu masa bayar gaji hujung bulan nie. Owh I bebel2 marah bibik nie, I marah kat blog jer tau. Depan2 tak. So sempena dia nak pegi ni, tak payahlah nak keruhkan keadaan kan. Dia pun dah pernah banyak berjasa kat family kitorang. Nanti kitorang nak cakapla, reason kitorang kasi dia kat orang lain sebab dah anta Irfan gi nursery, tak mampu nak bayar 2-2 sekaligus (nursery+maid). And plus dia jiran depan umah kitorang jer pun. Entah2 seminggu sekali bibik mintak balik tengok bilik dia. Haha! 

So lepas nie kami hidup 3 beranak jela. Yeay akhirnya ade peluang menjadi supermom. Di saat ade orang jeles I ada maid, I jeles orang yang boleh survive tanpa maid. Kuang kuang... Maid for me is just kemampuan, not keperluan. Ehh tapi masa Irfan kecik memang sangat perlu, takde orang jage anak I you. Tak jumpe babysitter, nursery kat sini pun start amik umur 6months plus.

To Irfan, nanti bibik takde Irfan menjelma jadi budak yang tak menyusahkan mama boleh? Kasi mama masa kemas rumah and masak untuk papa tau! Owh thanks god sepanjang saye ade bibik, saye tak fully dependant kat dia. Tue dah beringat dari awal, takut nanti hilang skill as a wife. Hihi..

4 comments:

nety fadil February 27, 2011 at 12:28 PM  

supermom mmg bukan easy. lg2 baby. selalu jugak saya rasa mcm nak lost control jer. almaklum anak dah 4. yang kecik meragam x tau sebab ( sbb x pandai cakap lg) yg besar2 perangai2 macam2. nak make sure study anak ok lg, nk make sure diorang makan, nak make sure diorang well mannered lg, nk pastikan diorg solat lg, nk bantu hubby lg,perut hubby lagi bla bla bla..... kala tgh sgt geram, jd cool bile ingat anak tu amanah dari Allah. X jd nak pressure lebih2. Allah said anak is one of test. So accept. Cuma harapan agar Allah bantu segalanya agar succes.

anyway ... may u succes as super mom. :-)

kunaz February 27, 2011 at 12:48 PM  

herkkkkkk!!!! luruh jantung i yu.. haha! itulah, no wonder syurga bwh tapak kaki kite kn? huhu.. btw tq n slmt bkenalan :)

nety fadil February 27, 2011 at 12:57 PM  
This comment has been removed by the author.
adisu August 8, 2014 at 7:03 PM  

Kat mana babysitter yg isteri imam tu? I nk cari nursery/babysitter muslim jugak di miri

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.