Miting Lucu + Irfan Dah 6 Gigi

Ok semalam dah berjaya pegi miting KL balik hari. Pegi dengan Nadiah, our senior field planner merangkap rakan pam. Kami amik flight 6.20 pagi. Miting sepatutnye kul 9 pagi start, tapi kami mintakla datang lambat sket, dalam kul 10 pagi baru sampai KLCC.Diorang tak kasi memula, tapi dah beli tiket dah pun, maka proceed jek. Hihi...

Sekali kan, flight delay sampai sejam gitu. Boarding dah on time, tapi kat dalam flight tetibe diorang nak servis switchboard plak. Konon 10 minit jek. Saye siap tertido sampai tersengguk terantuk kusi depan lagi. Bile dah terantuk terus terjaga versi saspen. Sekali tengok flight tak gerak2 lagi. Sangat marah. End up kul 7.30 baru terbang.

Pastu stewardess plak tetibe seme tak lawa pagi tue, lagi sakit hati. Eh cam ayat jantan miang la plak. Pastu bila dah sampai KLIA tue kene tunggu plak lagi sebab flight takley parking, tempat dah ade orang amik. Dah lambat, mesti la kene amik kan. Ahh marah2.. time nak cepat dia jadi makin lambat.

Pastu naik KLIA Ekspress, kene tunggu 17 minit baru gerak. Waahh sangat mencabar keimanan gitu. Pastu sementara tunggu ketapi gerak, figure out nape semalam saye tak dapat buat mobile check in untuk flight balik Miri. Sekali baru perasan ejen gi beli tiket saya balik bulan Feb tahun depan. Mangkuk lah kan, I punyela struggle nak balik hari, kene balik tahun depan plak. Pastu sibuk la mengekol sana sini nak setelkan tiket. Hoh sebbaik setel.

Kesimpulannya sampai KLCC adalah kul 11 pagi, lambat 2 jam gitu. Pastu miting2 kul 1.30 petang dah habis. Alaaa dah stress setengah hari, miting 2 jam jek. Pastu flight balik Miri adalah kul 8.40 malam. Damn damn... Maka kami buat keputusan untuk makan2 hebat and window shopping.

Memula pegi pam dulu. 1st time masuk bilik pam KLCC. Since tak pam sejak petang Ahad, bila pam tengahari tue terus dapat 12oz, tue pun terpaksa stop sebab tak muat botol dah. Pastu makan2 dengan banyaknya, pastu shopping2. Masa sampai KLIA, kitorang dah tak larat nak jalan dah, Pancit habis. Sebbaik esok tue cuti Maulidur Rasul. Kami pegi buat foot and body massage lagi gitu, tinggalkan para suami menjaga anak di rumah. Hihi...

According to bibik, Irfan meragam 1 hari sepanjang saye takde. Ahh Irfan sangat suka merajuk dengan saye. Haritu balik ofis lambat dalam kul 7 pun dia merajuk gak. Siap takmo tengok muka lagi. Pastu harini bila dah abih merajuk, kije dia adalah peluk and kiss saye jek. Sangat manja cam dalam cite A.I (Artificial Intelligent), cite pasal robot manusia yang sangat sayang keterlaluan kat mak dia. 2 kali tengok cite tue 2-2 nangis. Haha!

Kesihatan Irfan cam tak stabil sket now. Kejap panas, kejap flu balik. Sebabnya, dia baru tumbuh 3 gigi sekaligus belah gusi atas. Maka total gigi dah 6 ketul now. 4 gigi atas tue tumbuh jarak2, cam sangat lucu, cam cite katun Ujang yang gigi jarang bersepai tue. Haha! Pastu asek merengek2 jek. Pastu kalo masuk kete asek gi gesel gusi kat dashboard kete. Sian plak. Cepat la gigi tumbuh habis...


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.