Irfan Nak Masuk Nursery Dah

Kalau rajin, sila baca balik entry Kenapa Saya Amik Maid? sebelum bace entry nie. Huhu... Ok, dulu before beranak saya cam plan Irfan nanti nak anta nursery sebab cikgu2 dia dah well trained and environment pun memang untuk baby belajar. Tapi mama a.k.a nenek Irfan (susah tol 2-2 panggil mama nih.. I nak tukar jadi mommy lah leh? hikhik) tak kasi hantar newborn ke nursery, biar besar sket baru sesuai hantar.

Abang ipar pun cakap camtu since anak dia membesar kat rumah cam kurang bergaul, 2 tahun still takleh bercakap lagi. Oklah, since dah amik maid and kontrak adalah 2 tahun, saya plan nak hantar Irfan gi nursery masa umur dia 2 tahun. Tapi disebabkan ade new plan untuk memecat maid (haha!) maka saya nak hantar awal sket.

Irfan dah nak masuk 10 bulan now. He's so growing up now. Banyak sangat mende baru yang dia pick up and belajar. And saya kurang yakin bibik mampu assist tumbesaran Irfan. Bayangkanla, dia yang lagi banyak masa dengan Irfan kat rumah, tapi proses Irfan duduk, mengengsot, merangkak, memanjat, etc adalah seme depan mata saya jek. Kemahiran yang bibik ada adalah dukung Irfan jek. Tapi yelah, dia kan bibik. Kalau dia cerdik, takdenye dia jadi bibik kan. Sure dah amik Early Childhood Education and bukak nursery sendiri kan. Hihi...

Maka saya nak try kasi new learning environment untuk Irfan by putting him in a nursery. Next month cukup setahun bibik keje dengan kitorang. Cepat kan masa berlalu. Ceritanya cenggini. Zul jiran depan rumah tue, mak mertua dia tengah nak cari bibik sorang. Contract bibik abih bulan 3 tahun depan, tapi permit to work dia sampai bulan 9 tahun nie jek. Kami memula plan takmo renew dah, gudbai caucincau lah yu bibik. Bila bitau Zul, dia cakap jangan pecat lagi, dia nak pakai. Yang tak tahan, nak pakai segera tue, bulan 4 nie dah nak pakai. Sebab senang nak kira payment, bahagi 2 jek agent fee yang saya bayar dulu, since bibik keje dengan saye setahun and setahun lagi dengan Zul.

Maka telah kelam kabut mencari nursery. Memule dah berminat dengan 1 nursery tapi kuota dia dah full, nak kene tunggu ade baby dalam nursery tu bleh berjalan then baru Irfan leh masuk ganti tempat budak tue. Sementara tunggu tue, saya agak sibuk mencari babysitter. But then tetibe jumpe lagi 1 nursery best yang leh jaga baby yang start umur 6 bulan. Semalam dah pegi nursery tue. If Irfan masuk by next month, Irfan akan jadi baby ke-3. Baru ade 2 baby jek kat sana. Yang lain seme dah leh jalan and yang dah besar2. Dia amik sampai umur 5 tahun. And yang bestnye, nursery tu mesra breastfeeding, dah tau cara nak handle EBM cemane.

Sebenarnya dah lama nak cerita nape saya dah taknak bibik tapi panjang sangat ceritanya, takde masa lagi nak mengarang. Pastu plak bibik tue dah macam kekasih I dah yu. Kejap rasa nak marah kat dia, kejap rasa sayang. Time nak marah rasa cam nak jek update blog now. Tapi by the time nak update tetibe dia baik plak. Macam now nie dia tengah super rajin, tak sampai hati plak nak bebel dalam blog. Haha! I'll try to write about her in next entry.

Kaget gak actually nak hantar Irfan gi nursery. Dah lama biasa pegi and balik keje dengan comfortnya takyah rush anta anak gi babysitter, ni now nak kene hantar kat nursery yang jauh dari rumah plak, kat Piasau. FYI, these few weeks sejak plan nak pecat bibik memang saya dah train buat seme bende tanpa bibik. Sian bibik I kelam kabut tengok I buat keje rumah. Kesimpulannya memangla sangat boleh hidup tanpa maid, cumanya kalau ada maid lagi comfort la. Tapi takpe, anggaplah nie cabaran towards becoming a supermom. Hihi... Owh sangat siot ofismate I cakap, siannye nursery yang jage Irfan. Sure penat. Ngeng.. Hahaha!

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.