Irfan 9 Months Today



Happy 9 months harini Irfan!!! (actually kul 7 malam tadi baru teringat harini Irfan dah 9 bulan. ngaaaaa) Mintak maap yer Irfan. Tapi tadi sebbaik ade bawak Irfan kuar jalan2 jugak. Pegi Boulevard main kat tempat mainan budak2 tue... Kira ok la tu ek Irfan...

Ketawa dok dalam kete gerak2

Sebenarnya bapak yang lelebih nak main


Owh sebbaik harini terambik a few gambar and video Irfan jugak secara kebetulan. Kalo ingat tadi sure dah dressingkan Irfan tue dalam costume lawa2. Huhu... Di bawah adalah video Irfan main2. Diikuti video Irfan terbalik ketika bermain. Haiihhh... sudah jatuh ditimpa mainan....




Sebenarnya baru perasaan yang saye tak rekodkan sangat perkembangan Irfan dari bulan ke bulan yer. Rekod sebenarnya dalam henfon, tak masuk blog jek. Heh... Owh paling latest haritu masa gi training kat Kemaman (Irfan still 8 months plus masa tue) Irfan dah tumbuh seketul lagi gigi kat gusi atas. Memule tue mama dah suspek sebab Irfan asek menggonggong seme bende termasuk tombol pintu. Pastu cranky2. Yang kelakarnya seme 3-3 gigi Irfan tumbuh kat Terengganu. Haha!

Perkembangan Irfan agak slow. Irfan pandai duduk dulu (7 months) pastu baru dia pandai ngengsot tu pun cam heret gajah atas belakang. Siap stress lagi kalo terpaksa ngengsot. Haha! Kalo tak caya tengok video di bawah, saye saje2 amik henfon letak jauh2 nak suh die ngengsot amik. Hihi...





Hahaha! Stress sampai nangis. Eh tetibe ade hasben tengah tido. Siap pakai bantal busuk Irfan lagi. Maka dah taula kan Irfan ikut perangai sape kan. Ekekeke... Walaupun bengang Irfan malas ngengsot, tapi itu sebenarnya adalah advantage untuk kami. Irfan sangat aktif, kalo tak caya tanyela ofismate saye yang dah penah pegang Irfan. Kuat seh, saya yang gagah perkasa nie pernah tewas gitu, sangat kuat budak tue. Kalo dia leh mengengsot, ntah2 runtuh dinding rumah I dia gi sodok (bahasa Terengganu tu yer)

Pastu masa 8 bulan, perkara paling sweet Irfan boleh buat ialah dah pandai kiss mama dia. Mama dia je okay. Kalau saya balik keje, Irfan yang tengah atas dukungan bibik akan cepat2 menggelupur sambil gelak2 and hulur tangan nak saye amik dia. Bila dah amik, bende 1st dia buat adalah kiss pipi saya. Orang lain dia tak wat gitu. Tapi cara Irfan kiss adalah salah konsep. Habih air liur setempek kat muke I. Tumbuh jerawat gitu ari2 kene air liur. Pastu kalo dia tengah happy sangat pun dia akan tengok muke saye and then kiss saya, cam nak cakap thank you for making me happy. Heh...

Pastu dah boleh relate sesuatu bende dengan function dia. Contohnya kalo saye selak baju nak breastfeed, Irfan akan sengeh2 happy sambil dah nganga tadah mulut sesiap. Tue maknya memang tengah nak lah tue. Kalau selak baju dia wat bodoh, maka tengah tak haus lah tue.

Irfan tak suke air masak. Kalau dalam botol dia nampak air jernih, awal2 dia dah tutup mulut. Tapi kalau nampak dalam botol tue kaler putih, terus gi gigit botol tue tak sabar2 nak minum. Pastu dulu sangat tak suke gosok gigi. Now tunjuk berus gigi jek terus nganga mulut. Pastu now bantal busuk cam dah kurang laku dah except masa nak tido jek.

Word yang Irfan paling paham adalah nama dia sendiri and "Good boy". Tiap kali sebut mende tu bila dia buat something, dia akan senyum bangga. And dia macam dah paham bila tinggikan suara, tue maknanya tak bagus untuk dibuat. Malangnye, minggu lepas Irfan ade termerangkak untuk amik barang. Disebabkan sangat excited tengok, saya menjerit yang sangat dasat. Terus Irfan jatuh terjelepok and nangis and tak merangkak dah. Alaaa...  T_T

Now hobi dia adelah nak berjalan, maka terpaksalah kami bertiga (saye, hubby and bibik) dok terbongkok2 pegang tangan Irfan untuk layan dia berjalan. Merangkak pun belum lagi. Hmmm nampak gaya dah perlu merancang untuk pasang pagar kat area tangga.

Tido now pun kalo siang hari saye pesan kat bibik suruh letak bawah jek instead of atas katil. Sebab dah suke berguling laju2. Dah ade a few near misses jatuh katil, sebbaik lom jatuh lagi. Takuutttnyerrrr dengar anak jatuh katil. Macam ade satu pagi tue, saya tido dengan Irfan atas master bedroom lah. Masa nak gi mandi saya dah kapit bantal kat kiri kanan badan Irfan. Irfan tengah tido lagi time tue. Kuar toilet jek tengok Irfan dah dok bersila atas katil. Dah pandai bangun dari tido untuk duduk. Pastu kalo nak bergerak dia merangkak and guling2. Malas nak ngengsot nye pasal.

Actually antara sebab Irfan lambat sket adalah kerana bibik kami asek ajar dia dok atas dukung jek. Selalu pesan suh ajar dia beraktiviti kat bawah. Awal2 ingatlah pastu dukung balik. Dok galas Irfan dalam kain batik yang dia lilit kat badan. Tapi kadang2 ade baiknya jugak sebab seme perkembangan Irfan adalah 1st time depan mata saya instead of depan mata bibik. Macam haritu tetibe bibik datang dengan bangga2 "Buk Irfan dah bisa duduk" And saya cam biasalah jawab "Dah sebulan dia duduk bik..." Hahahaha!

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.