Homemade Banana Custard

Esok Irfan dah masuk nursery. 1st day. The very the saspen lagi kaget lagi cemas... Plan asal nak amik annual leave untuk standby kat rumah takut2 dapat panggilan dari nursery anak nangis non stop. Maklumlah, Irfan takut orang asing. Tapi teacher nursery beria2 cakap takyah amik cuti. Katenye normal baby gitu, she'll try her best, dalam seminggu oklah katenye. Konfiden jek. Huhu... So saya standby kat ofis jelah esok.

Last Friday dah pegi nursery tu untuk kali ke-2 untuk register Irfan. Cam bese, dah dok sana tak sedar dah nak dekat sejam. Asyik sangat main dengan budak and borak dengan teacher. Saye rase saye add bakat bukak nursery lah. Sape nak hantar anak kat saye? Bayar gaji engineer. Haha! 

And setakat 2 kali pegi nursery, saye tengok baby2 kat sana sangat behave. Cam tenteram jek nursery tue. Sangat risau nanti Irfan masuk terus jadi porak poranda. Aaaaaa... Ok masa registration teacher kasi la checklist barang2 yang nak kene bawak. Dah berjaya shopping dengan penuh riang gembira.

Tadi alang2 prepare food Irfan untuk hantar nursery esok dengan menggunakan barang2 shopping yang baru, maka sangat bersemangat amik2 gambar masak. Maka mari nak share resepi Homemade Fruit Custard. Nak share resepi je pun, intro kemain panjang. Haha!



Nie bahan2nya: air masak, pisang berangan, susu formula (yang kaler putih) and serbuk beras merah (kaler perang2 coklat). Actually, macam2 cara orang buat fruit custard nie, tapi since nak prepare untuk baby, gune ingredients yang paling simple tapisihat. 

Susu formula tue saya pakai cap Dutch Lady jek, murah, dalam RM10 jer gitu sepaket. Daripada membazir buat spare takut EBM tak cukup, bleh utilize wat masak. Saya tak gune EBM sebab masakan nie perlukan boiling, nanti mati terbunuh antibody dalam EBM, wat penat je perah kan.

This time saya guna pisang berangan, Irfan nye fevret nie. Selain pisang leh pakai buah lain jugak seperti manggo, papaya, pear, apple, labu, etc. Serbuk beras merah plak saya gunakan brand Nature's Own. Sangat sedappp! Makan plain pun Irfan suka. Nak blend sendiri beras merah pun boleh jer.


Cara masak memang sangat senang. Time mamai ngantuk pun leh wat. Hihi... Rebus jek seme bende tue, dimulakan dengan air, pastu susu tepung formula ngan serbuk beras merah. Dah menggelak sket tue taruk pisang berangan.

 
  Gune api sederhana sampai pisang lembut


Pastu lenyek2 dengan menggunakan pelenyek. Level kelenyekan bergantung pada usia baby. Cam Irfan dah nak masuk 10 bulan, saye nak ajar dia kunyah2, so lenyek sket2 jek. Kalo baby yang baru start belajar makan lenyeklah sampai halus. Bak kate pembaca berita, lenyek sampai mati tergilis.


Pastu store dalam food storage yang baru beli nih. Ehermm2 nak menunjuk barang baru beli. Hahaha! Comel bekas2 nie, tapi time saya beli tinggal last unit, kaler hijau nie jek yang tinggal.


Nie pun food container Irfan yang baru (walaupun dah ade 3 mangkuk makan). Sangat susah nak cari bekas yang tempat sudu dia lekat dengan kuat. Beli yang Tommy Tippee pun asek tertanggal. Tapi beli bekas murah cap Baby Kiko nie lekat elok plak sudu dia. Owh nie tadi since masak lebih, bawak bekal untuk Irfan makan ketika keluar bersiar2 di bandaraya Miri.

Senang kan? Irfan sangat suke custard pisang nih. Owh ini adalah hidangan pagi. Hidangan tengahari masak porridge daging tak larat dah nak amik gambar. Nanti akan share2 resepi lain lagi. Owh semoga Irfan ok di nursery esok. Ahhh kene kemas barang Irfan now. Babai!



3 comments:

~lalala~ February 28, 2011 at 10:26 AM  

oh! aku pulak yang lapar bila tgk. keke

kunaz February 28, 2011 at 6:46 PM  

waahhh cantekknye gambo profile. hihi... btw, rs custard tu cam pengat pisang tau. ko pn leh mkn, tp xyah lenyek la pisang tue. siyes sedap. hihi....

NinaAz August 17, 2014 at 5:49 AM  

mn beli bekas tu. comel

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.