Goodbye Bibik (Part 1)

Bismillah. Haha! Tak pernah2 mula entry dengan bismillah, nie entry nak kutuk maid start dengan bismillah plak. Hihi.. Ermm takdela kutuk sangat, just nak list down reason2 ketidakpuasan hati saya yang buat saya decide "Ok that's it. Irfan pun dah besar, dah bleh hantar nursery, I don't need a maid anymore" Entry nie panjang yer, so ofismate si rakan2 field planner, sila jangan komplen yer. Muahahaha!


Makin Selamber

Dulu bibik rajin tolong saya kat dapur. Masa tolong2 tue dia banyak bercerita kisah hidup dia. Ingat tak dulu saya letak rule, bila amik maid, sorang kene jadi baik sorang kene jadi tegas. In my case, hubby yang jadi tegas and I was the angel. Kikiki... Maka dengar and layan jela cerita dia. Hari berganti hari saya rasa cam dah bosan sangat dah nak layan dia. And hari demi hari jugak since dia rasa dia dah makin rapat dengan saya, dia jadi macam makin selamba dah. Dah start question mende yang saya suruh buat. Kalau tak dulu buat je ape yang saya suruh.

Contoh, kalau suruh keluarkan ayam dari fridge dia akan jawab "Tapi masih awal buk". Kalau suruh tukar baju Irfan nak bawak keluar dia akan jawab "Tapi Irfan macam ngantuk mau tidur" Macam2 tapi yang dia cakap. Pastu dah pandai menjawab jugak. Contoh saya kuar bilik lambat, tetibe dia gi pepandai goreng ayam kat dapur tanpa saya suruh. Bila saya kuar bilik nak buat kari, dia cakap "Saya sudah goreng ayam. Saya tunggu ibu tidak keluar2 bilik" Dia cakap dengan nada yang tinggi siap dengan mimik2 muke lagi. Hmmm kurang hajau kan.. Tindakan saya adalah campak serbuk kari dalam kabinet and hempas kabinet tue kuat2. Pastu terus ke ruang tamu tengok TV. 5 minit lepas tue dia kuar tanya "Ibu mau saya masakkan kari ke?" And I just said no. Makan jek ape yang dah ade.

Pastu suara makin lama makin tinggi. Saya rasa hangin jugak sebab macam maid marah majikan plak, padahal tue mungkin biasa bagi dia. Ofismate saye cakap orang Jawa memang tone cakap kuat and bunyi kasar camtu. So dia suruh saya cuba terima hakikat. Maka ok, bertahanlah terima hakikat. Tapi nape awal2 masuk takde pun tone macam tue?

So maka point pertama adalah, I hate the fact that dia dah makin selamba. Even though I treat her like a family, I still put a barrier so please jangan selamba sangat. Respect me as your employer. Sejak tue memang saya letak border trus antara kitorang. Tiap kali dia bercerita itu ini saya just sbut hanya respond sepatah jer. Either "Oooo" or "Hmm". Bile dah lama2, dia perasan saya dah tak minat nak berkongsi cerita dengan dia, dia pun dah kurangkan bercakap kat rumah.

Pastu makin lama kitorang makin jauh. Saya suruh dia buat something pun dengan gaya majikan, bukan macam comel2 cam dulu lagi dah. End up jadi terbalik, hubby plak yang jadi the good side and saya the tegas one. Dia nak kirim prepaid ke ape ke dia kirim kat hubby. Hihi...


Dah Pandai Curi Tulang & Hantu TV

Bibik was a good housemaid, but maybe not a good babysitter. Dulu saya amik dia sebulan before beranak. Saya bleh letak chop perfect kat muka dia. Keje sangat bersungguh2 sampai saya rasa cam nak merayu suh benti rest. Sangat takut dia meninggal dunia time keje. Haha! Even bila mama datang Miri pun dia cakap the same thing. Siap jadi besfren lagi, calling2 and main2 message until now. Masa nak berpisah siap nangis2 bagai.

Even lepas Irfan lahir pun prestasi dia masih maintain. Saya start perasan prestasi dia menurun bila masuk bulan ke-5 dia keje (masa Irfan umur 3 bulan). Masa awal2 start keje saye and hubby selalu remind dia yang jaga Irfan is a priority. Keje rumah tue buat bile ada masa, time Irfan tido ke. Awal2 ok. Masuk bulan ke-5 saya dah syak something. Rumah kami makin lama makin tak kemas. Ade hari tu yang habuk sampai boleh nampak dengan mata kat lantai. Pijak lantai siap kene gi bilas kaki lagi betapa banyaknya debu.

Saye tau sangat mencabar jaga Irfan, tapi takkan sampai seteruk tue takley sapu sampah langsung time Irfan tido. And saye tak sanggup Irfan bermain dalam keadaan berdebu camtu. Maka bermulalah initiative nak pasang video cam. Masa tue baru terkantoi cara bibik jaga Irfan. Irfan jaga, tido and jaga balik and tido balik seme atas dukungan bibik. Dia gi buat kantung kanggaru pakai kain batik pastu dok letak Irfan dalam tue jek. And yang dia buat adalah duduk tengok TV jek. Even Irfan dah tido pun, dia masih dok depan TV tengok TV sampai Irfan jaga balik. Kalau camtu memang tak siapla keje rumah.

Bercakap pasal TV, one time tu saya memang sangat hangin la. Even time saya ada pun, bila dah tengok TV tue memang focus habis. Pernah dia jaga Irfan, tapi mata tengok TV. Pura2 tepuk tangan main dengan Irfan. Saya dah dok belakang dia, dia masih tepuk tangan tapi mata tengok TV. Bila saya tegur dia, terus terperanjat and pegang Irfan.

Pernah jugak masa saya and huby kuar malam hari, tinggal dia jaga Irfan. Balik rumah, dia tak sedar pun kami balik. Bila bukak pintu rumah, nampak dia menelentang depan TV and biarkan Irfan main jumperoo sorang2. Huru hara dia bangun, terkejut tengok kitorang masuk rumah menegejut.

Banyak sangat lagi kesnya. Tapi tiap kali mende nie terjadi, kami wat pejam mata jek, tak pernah marah. Sebab tak pernah kene marah kot dia makin berani buat. Maka point ke-2, I hate the fact that dia sebenarnya ada masa tapi pandai curi tulang and sangat suka tengok TV sampai tak buat keje rumah.


Gatal Nak Kawen

Inilah sebenarnya punca kemerosotan prestasi keje bibik. Bibik nie hasben dia dah meninggal. Dulu selalu gak cite2 pasal arwah hasben dia, cakap rindula apela. And saya selaku ustazah, ter-rajin la plak advise macam2. Dululaa.. before bertukar jadi majikan jadian yang tegas. Pastu sempat jugak dulu dia cerita yang besfren arwah hasben dia ajak dia kawen. Pasal laki tue bawak anak2 dia jalan2 kat Indon la apela. Cite sambil sengeh2 blushing. Eiiii dahla kat dapo masa tue. Rasa nak cincang masuk kuali jek. Tapi cerita pasal boifren dia tu tak lama sebab dah masuk season saya jadi majikan tegas dah.

Apa yang terjadi, dia share seme cite tu dengan mama. Diorang kan besfren. Mama tue serampang 2 mata saya. Ade nak korek pape pasal bibik, saya suruh mama korek, pastu report kat saya. Saya kan dah tak sharing2 caring2 dah dengan bibik. Pastu masa balik Terengganu pun, abih 1 family saya dia gi cerita pasal dia nak kawen bila dah habis kontrak.

Owh sebenarnya takdela kisah sangat yang nak kawen tue. Dia kan manusia biasa jugak. Tapi yang marah nye, sejak bercinta nie, keje asyik berangan jek. Prestasi makin teruk tahap jatuh gunung Kinabalu. Ade satu video yang saya tengok bibik jaga Irfan, dia duduk termenung atas sofa sampai 40 minit. Irfan tengah main walker jerit2 happy pun dia tengok gitu jek. Takde pun nak layan excited Irfan cam yang saya selalu wat.

Pastu now tengok cara dia lap meje pun cam nak terajang jer. Otak ke mana hala ntah. Jiwang gile lap meja cam belai bulu kucing. Pastu panggil asyik tak dengar. Berangan. Dahla pekak sket, pastu berangan. Lagi parah. Sape2 yang pernah datang rumah saye sure tahu bilik rumah saye yang paling depan, memang sebelah car porch jek and dekat dengan gate.

Gate kitorang tue lom pasang motor, so kene bukak manual. Agak kuatla bunyi kalo bukak gate tue. Dok dapo pun leh dengar. Tapi si bibik loklak nie tengah dok dalam bilik depan tue, hubby balik rumah menegejut time tengahari, dah bukak gate, dah park kete, dah bukak pintu rumah, leh dia tak sedar lagi. Sampai huby masuk bilik tue terus dia melompat terkejut and terus amik Irfan. According to hubby, before tue Irfan yang masa tue baru nak belajar duduk tengah struggle nak bangun and bibik biarkan jek sambil berangan.

Pastu pintu gate and pintu rumah tak pernah kunci dah sekarang. Bayangkan hubby yang masuk dengan kuatnye pun dia leh tak dengar, inikan pencuri yang suke masuk senyap2. Kalau tak pekak takpela taknak kunci pun. Hohh sangat marah jugak part berangan nie. Memang dah banyak event lah yang kami balik masuk rumah dia tak dengar pape. Sangat risau kalo pencuri masuk curi Irfan masa dia tengah jemur kain ke ape ke. Pernah saya nampak dalam video jugak, Irfan dah nangis berapa lama dah baru dia berlari gi angkat, sebab tak dengar. Pekak.


Dah Tak Solat

Manusia yang tak solat takde tempat dalam family kami ok. Dah perasan dah tak solat now. Even masa mama datang pun mama syak dia dah tak solat. Orang tak semayang nie kadang2 tengok muke pun dah tahu, tak payah nak tengok physically semayang ke tak. Pastu bila tengok video pun memang tak nampak ade unsur2 solat.

Hubby pernah sound dia pasal solat. Masa tue dia memang takley nak tipu dah sebab kami cakap kami pasang kamera (yang nie akan cite nanti). So dia ngaku and jawab cani "Kadang2 kalu sibuk tidak sempat solat" Pastu hubby pun ceramah la cakap saye ni pun banyak kali jugak terskip solat sebab kadang2 time nak solat tue la Irfan nak breastfeed la, nangis la, etc. Tapi kene la ganti balik bile dah senang, kurang2 pun sebelum tido, ganti balik solat2 yang terlepas. Dia angguk jek tapi kitorang tengok still tak semayang gak pastu. Maka gudbai to yu yer bibik. Sape suh tak dengar kate. Kan dah kene pecat.


Suke Ambil Mudah @ Shortcut

Since dah makin malas, seme bende nak senang jek now. Contoh, wet kitchen kami nampak bersih la dari luaran, tapi bile kami bukak laci2 kabinet, hamik ko, lipas2 seme kuar. Pernah ade satu musim tue, 2-3 ekor tikus lagi ada. Sebabnya dia sumbat seme bende dalam rak, supaya nampak kemas kat luar. Bahan2 masak yang tak pakai habis, dia lipat2 plastik camtu jek pastu campak dalam drawer. Dah tak ikut system yang saya buat dulu yakni letak seme bende dalam tupperware and susun kemas2 dalam kabinet.

Pastu umur Irfan 6 bulan masih tidurkan Irfan pakai buai, sebab nak senang keje. Kalau lepas Irfan tido tu gi wat keje takpela gak, nie gi tengok TV. Buaian Irfan tue last saya pakai masa umur Irfan 3 bulan jek. Lepas tue saya memang dah tak ajar Irfan tido buai, tak kesahla saya terpaksa stay sampai jam 2-3 pagi untuk tidokan Irfan. Tapi bibik keeps pakai even dah sampai berbuih mulut pesan jangan ajar sangat pakai. Pernah 1 time saya gulung buai tue. Bila tengok video, nampak dia bukak gulungan buai tue untuk letak Irfan. Lepas tue dia gulung balik cam yang saya buat. Penipu. I hate.

And pastu sangat degil tak dengar kata. Selalu suruh dia pakai cloth diapers, selang seli dengan pampers so that jimat sket. Alang2 saya dah beli banyak, rugi tak pakai. Orang lain punyela susah nak pakai sebab anta babysitter/nursery. Nie saya dah ade kemudahan bibik kat rumah, suh pakai cloth diapers dia taknak. Yela leceh kalao berak nak kene basuh seme. Kalo pampers buang terus jek. Lupe daratan tol pompuan nie.

Selalu pesan kat dia, kalau pagi tue Irfan bangun kul 8, kul 9 nak mandikan tue, in between pakai jela cloth diapers sebab nanti masa mandi nak kene bukak. Rugila kalo pakai pampers. Tak gak reti2. Nie kisah yang baru berlaku Jumaat lepas. Kami terlupa nak bali pampers dah habis, so suruh dia pakai cloth diapers dulu. So 1 hari tu pakai cloth diapers jek. Boleh la plak. So bila dah beli pampers baru, kitorang decide nak buat catuan. Kuarkan bape keping jek sehari so that dia gilir pakai dengan cloth diapers.

So Jumaat lepas saya kuarkan 3 keping jek pampers. And guess what, dari pagi saya kuar keje jam 645 pagi sampaila saya balik keje dalam 530 petang, Irfan just pakai 2 keping pampers jek. Saya cek kat belakang, takde pun cloth diapers yang dia pakai. Pastu malam tue bila nak bawak Irfan keluar dalam kul 7 malam (after hubby balik offshore) saya suruh dia tuka pampers. Sempat lagi dia menjawab "Irfan tak berak buk, kencing saja" Malas la nak ceramah kan saya pun suruh je dia tuka gak.

Pastu pagi esok tue, subuh2 hari dengar Irfan meneran berak. Lepas jek berak tetibe Irfan meraung sekuat hati. Terkejut gila saya sebab dia tengah tido time tue. Saya assume sebab tak selesa ade taik dalam pampers. Maka gi la basuh berak Irfan dulu. Masa tengah basuh pun Irfan meraung2 cam sakit. Pelik gak. Bile nak pakaikan pampers baru perasan kulit bontot Irfan melecet sampai tersiat kulit, nampak daging jek. Ok sangat nak marah, tapi sabar dulu. Letak aloe vera gel Cosway kat tempat luka Irfan. A few hours lepas tue masa Irfan tengah happy2 main dengan saya kat ruang tamu, Irfan berak lagi. Pastu waaaa meraung lagi. Sakit kot tempat luka tue bila kene taik.

Pastu gi basuh lagi. Kebetulan bibik kat dapur masa tue. Saya pun tanya dia "Kenapa tak tukar pampers Irfan semalam?" Dia pun menjawab dengan bernada and bermimik muka lagi "Sudah tukar semalam lepas ibu suruh, dia kencing saja" Saye maksudkan sepanjang siang hari yang dia jaga Irfan tue, tapi dia ingat yang semalam saya suruh dia tukar. Ok malas nak bebel panjang saya just cakap "Kalau kencing pun tukar pampers, kuman tue. Tengok nie Irfan melecet sampai berdarah" Bila dia tengok bontot Irfan terus dia cakap Astaghfirullah. Pastu terus nampak muke kelam kabut bersalah. Pastu malas nak bebel panjang dah sebab memang tau sampai next month je dia.

Pastu cam yang saya cerita pasal Irfan makan solid dulu. Masa memula Irfan tak suke makan solid food, tahap nak abihkan 2 sudu jek leh sampai setengah jam. Pernah sampai seminggu terus dia tak kasi Irfan makan. Alasan sebab Irfan tak suka jek. Hello, saya yang sibuk keje kat ofis pun sanggup bersabar, takkan dia takleh. Memang keje dia jaga Irfan je pun. Saya benci dengan fact yang dia suka amik mudah seme keje.


Ermm tetibe rasa cam panjang gila, terpaksa buat 2 parts. Tapi setakat yang Part 1 nie saya harap seme orang pun paham reason saya nak pecat dia. Ke saya yang emo lagi demand sangat? Huhuhu...

2 comments:

f a i z a h 's February 23, 2011 at 1:43 AM  

hahaha....mmg entri yg sgt panjang tp gigih baca sbb nk phmkan situasi... yg plg sy geram antaranya: hehe :D

1) tak solat tuh plg pantang! kang rumah kita lak dpt efek dgn simpan org yg xsolat neh...bibik kakak sy jaga 3org budak...leh buat keje masak sume n solat xpenah skip pun walaupun rushing...

2)bab sound trouble tuh... bahaya weh... maunye irfan terjatuh dia xdgr ke apa... nauzubillah...

3)part xtuka diapers irfan.. angin dgq! aisya pun sama cam tuh kena kerap tuka... agak2 penuh je cpt2 tuka takut naek rashes... bibik ni xreti jg budak agaknya... irfan suka x kat bibik? means kalu apa2 nk cari bibik ke? ada org pesan kalu nk tau bibik tuh jg elok ke tak tgk cara anak kita response kt bibik... mcm bibik kakak sy (kakak sy lg la :P) contoh terdekat, apa2 kalu ummi budak2 tuh marah diaorg mesti cari bibik... siap lari sembunyi bilik bibik... berak ke lapar ke cari bibik gak... smpai kakak sy naek jeles... bibik rajin layan diaorg agaknye :P

Hehe... siap buat point lg u! sekadar pendapat :) all the best~!!

kunaz February 27, 2011 at 12:53 PM  

irfan tue dia akan sayang org yg suke layan dia tau. bibik tu plak ade hari sgt melayaaan irfan, masa tu irfan nak ah. ade ari dia brangan je keje, snyap je mulut sambil jg irfan. ms tue irfan xmau ah. so ble blk keje ktorg leh tau bibik byk layan or byk berangan. hahaha!

owh tp bagus gak kn. kalo kunaz sure jeles gilerrrr if anak nk bibik dr mak sdiri. waaaa x sanggupppp

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.