A Horrible Journey

Ini adalah kesinambungan kisah naik flight sorang2 dengan Irfan. Owwhh sangat pengalaman pahit T_T Mintak ejen arrange seat yang paling depan tue so that luasla sket and takdela Irfan gi tendang2 orang depan. Row kitorang tue ade sorang pompuan cina muda yang baik, 1 seat lagi kosong.

Dah masuk flight, pramugari mintak kuar dismantlekan stroller, diorang tatau buat. Dem.. Pass Irfan kat pompuan cina yang dok row ktorang tue. Pastu diorang cakap takley plak letak bag kat kaki padahal seme mainan and keperluan Irfan ade dalam beg tue.

Irfan tido masa before naik flight. Bila dah bebetul masuk and duduk dalam flight baru dia terjaga. Terus mintak susu. Dah bawak dalam botol sesiap. Irfan minum dengan laju. Sangat cuak sebab plan nak kasi minum masa nak take off sebab takut dengung telinga. Flight plak lambat gila bergerak, rasa cam nak gi sekeh je pilot kat depan. Kesimpulannya Irfan habiskan susu before takeoff.

Masa takeoff agak kaget la. Suh dia breastfeed dah takmo sebab dah kenyang. So pasrah jek. Tapi alhamdulillah Irfan okay jek. Pastu main2 sampai sejam setengah. Sangat good boy la gelak2 bagai. Pastu dah penat main akhirnya mengantuk. Bermulalah dugaan...

Irfan kan jenis yang payah nak tido. Bila ngantuk dia lawan2 ngantuk dia tue. So ngamuk2 melalak2 sambil mata pejam. Setengah jam okay!!! Kasi makan iPod pun dah tak layan. kasi barang lain seme dia campak ke bawah.

Pramugrari sampai datang 4 kali. Kasi KitKat la, kasi buku la, etc. Memula tue sangay risau orang terganggu, tapi bila dah sampai setengah jam melalak, I pasrah jek you... Sambung jek goyang2 Irfan atas dukung (sambil duduk) Sedar2 dam sendiri, tengok2 dah tertido atas bahu. 10 minit lepas tue landed, kira 10 minit jek dapat tido.

Turun flight jek pegi toilet tukar pampers Irfan sebab tadi dia berak dalam flight. Busuk gila bau. Flight Miri-KL memula agak lambat, so next transit ke Terengganu saya ada dalam 30 minit jek before naik next flight. Kelam kabut gakla sorang2. Pakai pampers Irfan sambil berdiri jek.

Before naik flight ke K.Trg ade a few toddlers. Irfan main dengan diorang dengan sangat happy siap gelak terbahak2. Sangat excited melompat2, sangat lenguh nak pegang dia. Dak2 yang lain tue seme dah leh berjalan, Irfan pun perasan dia boleh berjalan gak. Huhu.. Owh btw, seme orang yang main dengan Irfan expect Irfan adalah 1 year plus padahal dia baru 8 bulan.

Dalam flight gi KT Irfan dah penat kot. Main2 laptop dalam 15 minit pastu terus tertido sampai landed. Alhamdulillah dimudahkan urusan flight yang nie. Sampai amik beg pun Irfan masih tido.

Tapi bila dia terjaga, muka dia nampak cam cemas. Cam confuse dia kat mana, pastu plak bangun2 nenek terus dukung. Cam tak kenal serba serbi. Terus melalak yang sangat dasat dari KT sampai ke Besut yakni selama 2 jam drive. Hoho...

And until now, dia takmo dengan sape2. Orang pegang jek nangis. Nak dengan saye jek. Sangat penat okay, nak berak pun terpaksa pakai gear 5. Esok dah nak gerak ke Awana Kijal. Cemana mama nak jage Irfan nie, sebab dia takmo dengan seme orang. Haiiihh...

So kene bertahanlah fizikal and emosi untuk journey balik ke Miri plak nanti. Owh yaa Maaruf konon2 pegi sama2 dengan saya, sekali dia salah tengok tiket. Maka tak sama flight. I was all alone. Nie masa nak balik Miri ade a few ofismate sekali, so hopefully ok sket. Huhuhu...

2 comments:

MammaSun January 23, 2011 at 9:56 PM  

Aku kalau anak buat bunyi2 kurang enak dalam flight, dah tak pikir orang lain selesa ke tak...lantak laaa....kalau orang lain nak marah, suruh dia tlg tenangkan itu anak....hahaha....aku siap turut serta dengan anak untuk buat bising gak....kalau dia jerit, aku pun jerit....then nyanyi2 bagai macam kat umah jek....janji anak aku bole dipujuk....hahaha

kunaz February 2, 2011 at 6:00 PM  

ko nek flight yg bape minit bese suna? if less than sejam aku rs aku mampu lg, tp 2 jam suku tlalu lama utk handle irfan dlm flight. sebbaik dia tdo aritu. huhu

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.