Kisah Training di Awana Kijal

Yeeehaaaa!!! Dah sampai Miri dah setelah seminggu balik Semenanjung. Alhamdulillah, berjaya sampai dengan berjayanya. Ehh?? Tol ke BM tue? Ok mari bercerita kisah training di Awana Kijal dengan detailnye. Owh kalo dah detail tue makanya haruslah panjang. Hihi..

Sepanjang 2 tahun saya keje Petronas nie sekali haram saye tak pernah pegi SKG training. Sebab dulu masa kat department lama, staff sket, nak pegi training kene ikut turn. Since saya yang paling junior masuk keje time tue, turn saye adelah lambat la. Bile nak sampai turn, tuka department plak. Hihi...

Sangat takmo pegi SKG training actually kerana cikai2 pun kene 2-3 hari overnight, and normally kat KL. How do I live without my prince? Huhu... Pastu kalo nasib malang, kene stay kat Permata, lagila takley bawak family overnight sekali. Training yang saye pegi aritu pun supposenye buat kat KL, but last minute tukar pegi Terengganu. Ofismate saye, Jazlin yang kene pegi actually, tapi since dah tukar location, dia offer nak swap dengan saye.

Maka sangat bersyukur sebab buat kat Terengganu, lalu terus accept untuk pegi training. Training adalah 3 hari (25-27 Jan) tapi saye dah bertolak balik 22hb, balik Besut dulu untuk angkut nenek Irfan datang Awana Kijal untuk babysit Irfan. Kisah naik flight masa nak balik Besut dah cite kan? Hoh! 

Kesinambungan cite, menurut kawan hubby seorang doctor, Irfan telah mengalami sindrom "Strange Anxiety" yakni takut pada orang asing. Suddenly okay jadi gitu. Bila jumpe orang lain, Irfan adalah sangat freak out sampai nangis ketakutan. Pastu bila saya dukung dia balik, dia peluk kemain kuatnya, pastu terus stop nangis, tapi tersedu2 dengan sangat dasat. Owh menurut doctor itu, most babies memang akan kene strange anxiety around umur dia 8-9 months. Menarik jugak fakta2 tentang strange anxiety ni kalo korang google.

Kesimpulannya, sepanjang2 kat Besut tue Irfan memang taknak dengan semua orang. Sangat kesian kat adik beradik di rumah sebab takley main dengan Irfan. Dahla payah nak balik kan. So sangat penatla menjaga Irfan. Nak berak pun kene tunggu dia tido. 

Bertolak gi Awana 24hb yakni sehari sebelum course. Dalam kereta pun Irfan masih takley berbaik2 dengan nenek dia. Tengok muka pun nangis. Semua orang risau, cemane nak babysit Irfan dalam keadaan camtu. So bila sampai Awana Kijal, lepas check in terus kami ke Mesra Mall. Saye biarkan Piju banyak main dengan Irfan supaya cepat mesra. Ubat untuk strange anxiety nie takde lain dah, kene expose dia kat orang yang nak dibiasakan tue. Di Mesra Mall, Irfan adalah sangat gembira bermain dengan Piju. Mari lihat gambar2 yang diambil oleh Piju.

Pakar penggigit

Sangat happy bermain dengan Piju

Si anak tupai yang riang


So terus membuat kesimpulan bahawa Irfan akan okay bila saya pegi course esok tue. Sekali taaaakkk langsung!! Sangat horror dia nangis sepanjang saye takde okay. Sampai ade moment yang mama terpaksa call saye, memang nangis yang takley handle dah. So tiap kali break, orang makan2, saya gi cabut balik tengok Irfan (tapi sempat menyambar food jugak, hihi..) Hari pertama training tue, Irfan bangun tido kul 7 pagi and tido balik kul 8 malam. Sepanjang hari tak tido, asek nangis jek. Sampai bengkak mata. Sadis kan...

Menyelamatkan Irfan dari strange anxiety


Saya balik training jek, terus shift saya jage Irfan. Piju terus baring terbongkang sambil cakap "Ju takmo kawen kak..." Hahaha! Dia tolak Irfan atas stroller seharian sebab tue jek yang boleh buat Irfan tak nangis. Ade one time tue mama suruh Piju tengok2 Irfan atas stroller kat luar bilik, takut ade orang datang culik Irfan. And Piju said "Malangla sape yang amik tue, kejap jer sure anta balik" Hahaha! Pastu Piju siap pesan kat saya lagi suruh tinggal breast kat bilik, baru Irfan senyap. Hahaha! Ngok.

Hari ke-2 suddenly mood dia dah baik 50% according to mama. Dah boleh gelak2 and main2 dengan mama and Piju. Alhamdulillah... And hari ke-3 macam dah 100% kot okay. Dah sangat mesra dah. Sian, hari ke-4 saya dah balik Miri. Huhu.... Nie gambar2 yang Piju amik masa kat Awana.

Kehausan

With nenek

With uncle Piju

Para bibik upahan


The guardians


Haus lagi

Masih lapar, terpaksa makan stroller

Merobek muka mama di tepi pantai



Shopping @ Giant Kemaman

Mandi tub. Pelampung jaket hadiah dari Piju, tapi salah saiz


Sepatutnya flight balik Miri adalah malam. Tapi sangat takut kejadian Irfan nangis stengah jam atas flight berulang lagi. Sian orang yang nak tido malam2, maka terus tukar tiket ke siang hari. Mama siap buat solat hajat bertubi2 so that Irfan akan behave dalam flight. And alhamdulillah makbul doa mama.

Since tukar flight pagi KT-KL, kami check out awal sehari kat Awana Kijal and check in kat Hotel Seri Malaysia kat Kuala Terengganu plak so that takde kelam kabut pagi tue nak gi airport. Location wise memang sangat rekemended yer, sebab seme tempat2 penting dan best adalah within walking distance jek, contoh KFC, Pizza, Guardian, kedai makan, supermarket, etc. Tapi bilik2 kat hotel tue simple jela, ok la untuk buat tido.

Pemandangan belakang hotel Seri Malaysia

Flight KT-KL Irfan memang tido straight start before takeoff until landing.  Dok seat paling depan time tue, kat sebelah ade sorang pakcik yang sangat baik. Memula conscious nak breastfeed sebab nursing cover tertinggal. Orang sebelah plak lelaki. Tapi tuelah, kalo dah darurat tue memang men redah jek breastfeed. Pakcik tue sangat baik and alim, dia baca doa tiap kali flight nak takeoff and landing. Pastu selalu tanye nak tolong pape ke tak. 

Tapi yang paling kelakar pakcik tu tanye saye "Baru masuk Islam ke dik?" Celake nye soklan. Adekah mate sangat sepet haritu? Atau adakah pakai tudung versi muallaf? Dem dem. Sangat kecik hati. Saye pun cakaplaa "Eh taklaa saye memang Islam, orang Melayu. Nape tanye gitu?" 

Pastu pakcik tue cam terkejut, tak expect saye Melayu. Dia pun cakap "Owh sebab muka baby tak macam Cina, ingat ke baru masuk Islam kawen dengan orang Islam" Waaaaaa!!! Nampak sangatla Irfan tak ikut muka I kan... Tapi kot yer pun tak perlu la sampai ingat I muallaf. Haiihhh marah lagi. Tapi sebbaik pakcik tue baik. Ok fine2, alhamdulillah jumpe orang baik2 dalam flight...

Pastu flight KL-Miri plak dah tak dapat seat depan sebab dah penuh ade ramai babies haritu. Saya plak last minit tuka tiket kan. Dok sebelah pakcik tua lagi, kali ni Cina plak. Sangat baik jugakkkkkk!!!!! Saya memang dah set mind takkan makan dalam flight kalo bawak baby sorang2. Masa flight Miri-KL pun saya minum jek. Tapi pakcik cina tue suruh gak saya makan, dia cakap nanti dia tolong.

Pastu dia tolong bukakkan kotak food, tolong bukakkan polisterine nasik. Pastu tolong bukakkan plastik sudu. Tolong bukakkan plastik kek. Pastu tolong amik air. Ahhh seme bende dia tolong, keje saya suap masuk mulut jek. Pastu tolong kutip barang2 saya yang jatuh. Sangat terharu sampai tahap nak ajak pakcik cina tu kawen. Ehh itu terharu bongok namanya.

Flight KL-Miri pun Irfan tido before takeoff and bangun 20 minit before landing, which means Irfan tido selama sejam 45 minit. Rekod dunia tue. Mungkin berkat doa and solat hajat mama. So saya ada 20 minit untuk layan dia main, which is enough before dia bosan balik. So kami mainla laptop Irfan tue dalam flight. Irfan siap leh gelak2 lagi sambil main, sampaila kapal terbang landing. Owwwhhh sangat syukur alhamdulillah.

Since Irfan terjaga masa before landing, agak risau gak takut dia dengung. Nak kasi breastfeed dah taknak sebab sangat busy main laptop. So kasi makan buah anggur. Makan dulu setengah, setengah lagi tue letak kat mulut Irfan, dia pun kikis2 asah gigi 2 batang dia tue. So ok tak dengung ape telinga. 

Pastu masa turn nak amik beg Irfan dah start bosan, so kene tolak2 dia pakai stroller. Owh actually masa transit KL-Miri kat KLIA tue, saya tolak Irfan selama 2 jam non-stop sebab Irfan dah ngantuk nak tido masa tue. Dia kan meragam bila nak tido, so kalo stop stroller memang dia nangis. So masa tunggu amik beg tue, Shahrol suami Qistin, ofismate yang pegi training tue jugak yang tolong tolak stroller Irfan sampai beg saya kuar. Ahh sangat terharu sangat banyak bantuan tatkala mengembara sendirian bersama baby ganas. 

Pastu Irfan berak lagi. Maka gunakan skill basuh berak and pakai pampers sambil berdiri lagi. Ahh bila dah jadi ibu nie memang sangat skillfull la. Owh lupe nak cite, masa kat KLIA saya sangat2 nak pee okay yang tahap boleh terburai sebab dah lama tahan. So bawak jek Irfan masuk toilet tue. Sebbaik toilet KLIA besar, muat bawak masuk stroller. Masa tengah kencing, pesan kat Irfan "Jangan intai mama yer sayang, takbaik ngintai pompuan kencing" Tapi Irfan tengok dengan penuh minat, makanya terpaksa pusing stroller ngadap pintu. Ngaaaaa!!!

Ok, sekian kisah travel naik flight sorang2 dengan baby. Owh cepat la besar Irfan. Nanti boleh travel dengan smoothnye. Bak kate mama, bila anak besar rasa cam terlepas hutang 4 ribu. Huhu... Owh saya telah turun 1.5kg after balik training kerana sangat kepenatan menjaga anak. Pernah naik turun tangga 14 tingkat sambil dukung Irfan untuk tidokan dia. Huhu...


A Horrible Journey

Ini adalah kesinambungan kisah naik flight sorang2 dengan Irfan. Owwhh sangat pengalaman pahit T_T Mintak ejen arrange seat yang paling depan tue so that luasla sket and takdela Irfan gi tendang2 orang depan. Row kitorang tue ade sorang pompuan cina muda yang baik, 1 seat lagi kosong.

Dah masuk flight, pramugari mintak kuar dismantlekan stroller, diorang tatau buat. Dem.. Pass Irfan kat pompuan cina yang dok row ktorang tue. Pastu diorang cakap takley plak letak bag kat kaki padahal seme mainan and keperluan Irfan ade dalam beg tue.

Irfan tido masa before naik flight. Bila dah bebetul masuk and duduk dalam flight baru dia terjaga. Terus mintak susu. Dah bawak dalam botol sesiap. Irfan minum dengan laju. Sangat cuak sebab plan nak kasi minum masa nak take off sebab takut dengung telinga. Flight plak lambat gila bergerak, rasa cam nak gi sekeh je pilot kat depan. Kesimpulannya Irfan habiskan susu before takeoff.

Masa takeoff agak kaget la. Suh dia breastfeed dah takmo sebab dah kenyang. So pasrah jek. Tapi alhamdulillah Irfan okay jek. Pastu main2 sampai sejam setengah. Sangat good boy la gelak2 bagai. Pastu dah penat main akhirnya mengantuk. Bermulalah dugaan...

Irfan kan jenis yang payah nak tido. Bila ngantuk dia lawan2 ngantuk dia tue. So ngamuk2 melalak2 sambil mata pejam. Setengah jam okay!!! Kasi makan iPod pun dah tak layan. kasi barang lain seme dia campak ke bawah.

Pramugrari sampai datang 4 kali. Kasi KitKat la, kasi buku la, etc. Memula tue sangay risau orang terganggu, tapi bila dah sampai setengah jam melalak, I pasrah jek you... Sambung jek goyang2 Irfan atas dukung (sambil duduk) Sedar2 dam sendiri, tengok2 dah tertido atas bahu. 10 minit lepas tue landed, kira 10 minit jek dapat tido.

Turun flight jek pegi toilet tukar pampers Irfan sebab tadi dia berak dalam flight. Busuk gila bau. Flight Miri-KL memula agak lambat, so next transit ke Terengganu saya ada dalam 30 minit jek before naik next flight. Kelam kabut gakla sorang2. Pakai pampers Irfan sambil berdiri jek.

Before naik flight ke K.Trg ade a few toddlers. Irfan main dengan diorang dengan sangat happy siap gelak terbahak2. Sangat excited melompat2, sangat lenguh nak pegang dia. Dak2 yang lain tue seme dah leh berjalan, Irfan pun perasan dia boleh berjalan gak. Huhu.. Owh btw, seme orang yang main dengan Irfan expect Irfan adalah 1 year plus padahal dia baru 8 bulan.

Dalam flight gi KT Irfan dah penat kot. Main2 laptop dalam 15 minit pastu terus tertido sampai landed. Alhamdulillah dimudahkan urusan flight yang nie. Sampai amik beg pun Irfan masih tido.

Tapi bila dia terjaga, muka dia nampak cam cemas. Cam confuse dia kat mana, pastu plak bangun2 nenek terus dukung. Cam tak kenal serba serbi. Terus melalak yang sangat dasat dari KT sampai ke Besut yakni selama 2 jam drive. Hoho...

And until now, dia takmo dengan sape2. Orang pegang jek nangis. Nak dengan saye jek. Sangat penat okay, nak berak pun terpaksa pakai gear 5. Esok dah nak gerak ke Awana Kijal. Cemana mama nak jage Irfan nie, sebab dia takmo dengan seme orang. Haiiihh...

So kene bertahanlah fizikal and emosi untuk journey balik ke Miri plak nanti. Owh yaa Maaruf konon2 pegi sama2 dengan saya, sekali dia salah tengok tiket. Maka tak sama flight. I was all alone. Nie masa nak balik Miri ade a few ofismate sekali, so hopefully ok sket. Huhuhu...

Saspen Nak Travel

Owhhh the veri the saspen!! Esok adalah akan travel ke Kemaman untuk tujuan SKG training selama seminggu. Angkut Irfan sekali esok, sorang2 hasben tak ikut. Waaahh sungguh saspen lagi kaget.

Sebagai persiapan, tadi telah beli 1 lagi mainan untuk Irfan. Salesgirl fevret saya ade tadi. Dia ikut perkembangan Irfan sejak dari saya pregnant lagi. Tadi bitau la beli untuk main dalam flight. Terus dia tanya "Nak beli bateri ekstra tak?" Hahaha dengan dia2 saspen saye bawak baby ganas sorang2 dalam flight. Huhu....

Owh esok ada ofismate Maaruf sekali. Ahh bolehlaaa tue. At least ade orang leh tolong angkat2 barang or kutip2 barang yang Irfan baling dalam flight. Hahaha! Owh seme orang dalam dunia, sila doakan journey kami smooth pegi balik yer. Haha!

Eh Dah Seminggu??

Tekejut ai yu... Tak sedar dah nak sminggu ditinggalkan suami. Tak rindu pun dia. Hahahahaha! Abang, pliz jangan kecik hati. Huhu... Nie lah antara kebaikan ada baby. Dulu masa takde baby, hasben gi offshore lambat balik a few hours sebab bad weather pun saye majuk2. Ekekeke...

Masa hantar hubby gi airport, dalam kete, pesan kat Irfan yang sangat bersungguh2 "Irfan, nanti papa takde seminggu tau. Irfan dengan mama je nanti. Irfan kene behave tau. Jangan susahkan mama tau. Janji tau. Tau tau tau!" Sekali bunyi "prooottt" Irfan kentut. Ok, memang anak bertuah. Fine.

Pastu dah siap pikir nie, malam2 nak bawak Irfan ikut jalan mane nanti. Nak sampai airport ke takyah? Nak ikut jalan mana supaya if nak stop kat memana nanti senang. Ahh macam2 perancangan telah dibuat. Tapi kan, suddenly Irfan tersangatlah behave. So tak perlu drive kete untuk tidokan dia. Ajak main kat tingkat atas jek. Layan dia main dalam 2 jam straight, kalau tak layan nanti dia ngamuk.

Main laptop

Kantoi tengah melahap baju iPod Touch

Dah penat main, breastfeed, pastu mamai. Pastu wat turun masuk bilik. Bergurau senda atas katil yang sangat dasat. I geletek u, u geletek i. I cium u, u cium i. Pastu sama2 gelak. Pastu Irfan tarik rambut I, pastu I buat2 marah, pastu dia gelak2 lagi. The best part is, Irfan tarik tangan saye untuk peluk dia, then dia terus lena dalam pelukan ibunya. Owh sangatla macam suami isteri. Ehhh??

Tidur pun dah makin awal now. Kul 8.30 memang dah start mamai. Kalau dulu kul 11 malam paling awal Irfan tido, now, kul 11 tu paling lewat dah tue. Ok Irfan, behave camni selalu sampai besar tau. Jangan ngamuk2 malam hari lagi tau.


No Papa for a Week

Semalam hubby telah meninggalkan kami 2 beranak untuk ke Kota Kinabalu untuk tujuan training. Nie 1st time lepas beranak kami ditinggalkan. Agak kaget actually, since a few weeks kebelakangan nie kaedah tido Irfan adalah dalam kereta. Sangat payah nak tido yang melalak2, sampai kene bawak jalan2 naik kete baru tido. Kadang2 2-3 kali pusing Miri baru tido. Nie hasben takde sape nak bawak Irfan jalan2 naik kete dah.

I know you guys would say this "Pakai la car seat" Hohoho... kalaulah semudah itu. Huhuhu.... Irfan nie adalah baby yang sangat gagah, sangat suke menggelupur. Macam semalam lepas balik hantar hubby dari airport, amik masa sejam lebih baru leh sampai rumah dari airport sebab terpaksa stop kete banyak kali sebab dia menggelupur dalam car seat nak melepaskan diri.

Ingatkan nak breastfeed, dah angkat dia gi main stereng kete (sangat suke main stereng kete). Pastu tertekan2 hon kete, sangat malu okay Irfan tekan hon tak tentu hala. Pastu nak masukkan dalam car seat ngamuk balik. Ahhh sebbaik berjaya sampai rumah semalam. Haha! 

Oklah semoga berjaya jaga Irfan selama seminggu nie. Mari saksikan video terkini Irfan swims, a few hours before papa terbang ke Kota Kinabalu =) Dah makin konfiden dah berenang, siap nak meniarap2 dalam pool dah. Huhu....



4 hari bersama Irfan

Kat Miri nie takde ape sangat, so bile HR declare dapat cuti hari Isnin, ramai ofismate cam stress tatau nak buat ape 4 hari. Tapi bagi saya 4 hari tue cam 2 hari jek bile dah ade anak. Huhu... Nie antara aktiviti kami anak beranak sepanjang long weekends nie:


TV Time & Learn to Sit



Muke yang sangat seronok dapat masuk video. Huhu... Actually bukan nak ajar tengok TV, tapi nak ajar dia duduk. Irfan dah pandai duduk actually, tapi kejap2 jer, akan lama time dia distracted. If dia tersedar dia tengah duduk, mulelah wat2 lembik terdampar.



Video2 belajar duduk. Aktif kan kaki Irfan. Tak reti dok diam, asek nak menendang melompat jek.


Swim Time




Haha! Kami 3 beranak terkejut dengan bunyi anjing sebelah rumah. Irfan pun terkejut sampai nyaris tenggelam. Haha!


Nie pool yang saya sempat rembat masa sale tragedik kat Toysworld dulu, cam yang dalam entry nie. Irfan nie actually ada ciri2 kambing, yakni takut air. Kalau celup ngejut gitu, konfem darah tinggi budak tue. Maka kene buat introduction to water dulu. Zaza, sila beli pelampung and datang bersama Syaura. Pool adalah sangat besar, boleh meniarap 1 family kat dalam.


Shopping & Sightseeing Time

 
 


Tido dengan bahagia setelah penat bershopping. Nie shopping kat Bintang. Baju stitch nie aritu ade ofismate kat SKO jual. Tapi saya terlambat, dah banyak costume habis. Sempat amik Stitch nie sekor jek. Owh coming soon adalah costume singa, dibawa khas oleh Capap dari UK. Haha!


Nie shopping kedat mini market. Selain tue jalan2 gi kedai perabot, usha barang2 untuk studio mekap, kedai langsir, kedai buku, jiran kawen, etc. Hoh sangat penat tapi sangat seronok.

Kisah Kapel 1 Jan

Terima kasih kepada pasukan bola sepak Malaysia yang menjadikan cuti warga Petronas menjadi 4 hari (Jumaat-Isnin) Sangat seronok bercuti. Tapi nape sampai takbley update blog? Haihh biasalah busy mommy. Nie tengah busy renovate tingkat atas sebab bulan nie insyaallah dah start on dah kelas mekap. 

Pastu jiran sebelah kawen lagi. Pastu ade orang Bintulu datang ramai2 lagi. Eh thanks to Jamie and family + Parchy + sape ntah sorang lagi + Zaza and family sebab datang melawat rumah. Sori sangat2 sebab layanan sangat ala kadar sebab actually lupe korang nak datang. Kuang kuang... Nanti sila datang lagi yer, akan buat makan besar-besaran. Hihi... Ingat tau Jamie, sile datang lagi.

Pastu sakit belakang tahap takleh bangun katil T_T Semalam pegi ngurut, dah better sket tapi sakit kat tempat makcik tu tekan. Kuat gila, rasa cam tepung donat yang kene uli habis-habisan. Ok dah la kasi alasan, meh sambung buat blog. Haha!

Ok takmo dah cite pasal azam baru sebab sama jek tiap tahun, blehla refer entry azam baru tahun2 lepas. Hihi.. Azam nak kurus pun azam tahun lepas, berjaya la tapi keindahan sementara jela. Pas beranak debab balik. Ok ni kononnye nak kurus balik la kan, tapi cabarannye adalah breastfeed. Nak kurus kene cut kalori, tapi nak breastfeed kene extra kalori.

Haritu try diet GNC selama 3 hari. Sangat best shake dia, berkali2 ganda lagi sedap dari Herbalife shake. Boleh telan dengan gembira. Saya replace breakfast and dinner. Cukup 3 hari turun sekilo, tapi susu jugak turun 2-3 oz sekali pam. Mungkin terlalu immediate. Maka sekarang guna shake tue untuk breakfast jek (except cuti 4 hari ni shake tue amik cuti gak. hihi). Takpe slowly. Kalau diberi pilihan untuk kurus immediately dengan breastfeed, I choose to breastfeed.

Since takmo cakap pasal azam baru, nak cite pasal kisah 1 Jan. Follower blog saya mungkin akan tahu yang 01/01/2004 adalah tarikh saye and hubby declare kapel (haha zaman budak2 nak kene ade date declare). Kenapa 1 Jan? Sebab masa tu azam baru saya adalah nak accept hubby as my life partner.

Kami start kenal dari 2002 lagi. Pastu saye nie ala2 tarik2 tali gitu, cam ala2 jual mahal. Yela, perempuan mane bley murah2 kan. Haha! Dalam masa 2 tahun tue banyak jugak saya menduga kesetiaan dan kasih sayang encik suami (masa tue belum lagi la) Kesabaran dia pun saya uji jugak. Banyak la saya uji hubby, tapi lepas seme. Stress plak, pastu decide okla fine la kapel jelaa.. Haha boleh takk!

Kaedah declare kapel adalah through MIRC, masa tue tengah cuti kat rumah. Buat appointment gitu nak declare kapel. Hahaha! Pastu bile dah kapel, cam ala2 unbelievable gitu. Eh dah kapel ek? Eh eh? 3 tahun lepas tue tunang, setahun lepas tunang kawen, pastu berpisah jap gi keje Miri, pastu hubby datang Miri, pastu dapat Irfan. Hihi...

Eh budak kecik kacang panjang dah bangun tido. Nanti sambung. Selamat tahun baru 2011 yu olz!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.