Qurban 2010 - Dramatik!!

Sesungguhnye telah lupa update blog kerana sangat seronok berkeluarga di wiken ini. Irfan baru jek tido, maka mari meng-update dengan pantas. Ok, haritu kan pernah bergaduh dengan doctor Col. Asia sebab sangat susah nak kasi firm date untuk kitorang tukar flight tiket balik Terengganu. Kenapa sangat kalut nak balik?

Ini adalah kerana kami ada kenduri doa selamat and majlis aqiqah Irfan kat Besut tue nanti. Bonda di kampung sudah siap tempah khemah and buat kad jemputan bagai, makanya majlis itu seboleh2nya harus berlaku. Huhu...

Hari raya Aidiladha last time ialah pada hari Rabu. Majlis adalah pada hari Jumaat. Selain aqiqah Irfan 2 bahagian lembu, 5 bahagian yang lain pun adalah ahli keluarga kami jugak, kesimpulannya sekor lembu tue adalah dedicated untuk keluarga kami. Pagi yang lembu tue nak kene sembelih, kene pegi kat tempat lembu tue dulu untuk niat qurban (saye pun baru tau, 1st time amik bahagian qurban).

Dipendekkan cerita, kami telah tersilap timing waktu nak pegi niat tue. Ingat ke dalam kul 8-9 pagi gitu, sekali diorang dah panggil dalam kul 7 pagi gitu. Seme orang belum sempat mandi kot, so lintang pukang bersiap nak pegi jumpe lembu. Saye siap tak sempat pakai bra lagi gitu. Iskk iskk iskkk...

Bile dah sampai di tempat lembu, lembu kami buat hal plak. Tetibe dia saspen nak kene sembelih, maka telah memberontak dalam kandang. Habis dawai2 pagar dia langgar. Ouucchh sangat ngilu tengok. Pastu cam ala2 ngamuk gitu, saye adalah sangat saspen sebab pakai baju kurung merah. Kang tak pepasal I yang terkorban pagi tue. Huhu...

Lembu tue ngamuk2 and sangat di luar kawalan. Orang yang tukang tarik lembu tue pun nyaris terbang sebab lembu plak yang tarik dia. Padahal orang tue saiz dah nak sama besar dah dengan lembu tue. Sangat kuat lembu itu. Makanya orang itu terpaksa lepaskan tali tue. Lalu lembu itu telah berolahraga sejauh lebih kurang 1 km sebelum berjaya ditangkap kembali.

Maka kami sekeluarga terpaksa berjalan meredah semak samun ke arah lokasi lembu itu berjaya ditangkap. Sangat geli sebab terlalu banyak halangan tahi lembu yang terpaksa kami redah. Owh di Terengganu, lembu adalah macam manusia. Boleh lepak2 dengan geng tepi jalan, boleh lintas jalan, boleh dok kat traffic light, etc.

Dah sampai kat tempat lembu pun, lembu masih meronta2. According to tuan lembu, dari kecik sampai ke besar lembu tu tak pernah kene letak tali kat leher dia. Kat hidung pun tak pernah. Makanya bila pagi tue letak tali untuk heret, dia cam kaget kot. And lagi dramatik, tempat lembu tue lari and mati adalah tempat dia mana dia lahir suatu ketika dulu. Owh tanah tempat tumpah darahku gitu...

According to tuan lembu lagi, daging lembu tue sure sedap nanti sebab baru pas berlari. Sebab darah dia tengah fresh2 ngalir. Orang cakap, ayam pun kalo nak sedap, diorang hambat 1 kampung lu baru sembelih. Owh itu motif hambat ayam rupenye.

Oklah, kesimpulannya adalah sangat best sebab 1st time amik bahagian qurban. 1st time tengok proses qurban lembu dari A-Z. Oklah lepas entry nie sambung entry majlis aqiqah Irfan plak, pastu habis dah hutang entry. Hihi...

7 comments:

f a i z a h 's December 12, 2010 at 9:10 PM  

hahahahahah...lwak la entri kali ni kunaz...gelak tergolek2 guwe... :P

Lyana December 12, 2010 at 11:50 PM  

entry yg tragik dan dramatik..hikhikhik

kunaz December 13, 2010 at 6:04 PM  

hahaha! ms taip x prasan pn klakar, men taip jek. dh bace blk, lucu gak ai ni rupenye yer. hahahahaha! wekk wekk

Hida Naza December 13, 2010 at 7:42 PM  

kesian pulak kat lembu tu...lawak lah kunaz..tak sempat pakai bra.haha

iman December 14, 2010 at 10:06 AM  

hahahahahahaha

kunaz December 18, 2010 at 3:50 PM  

haha! tula.. hot sungguh. pakai bj kurung merah, pastu x pakai bra. haha

Lyana December 20, 2010 at 3:18 PM  

kunaz kantoi di blog sendirik...kekekekekkeke

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.